Selasa, 31 Julai 2012

TALAM UBI

kenal x kuih talam ubi????
sajer jer kan, kang x pasal2 kena maki
time-time gini gi wat entry makanan..hahahhha.

Teringat kat tokma time buat kuih ni..
dulu me x berapa suka kuih talam ubi ni..
tapi masa balik kelantan tahun lepas, ada org jual..sedap sangat
kat Kelantan orang panggil boko ubi..

Ritu beli ubi,
so memang dah nekad nak buat talam ubi nih.
gigih tau ME menyagat ubi...
seb bek x tersagat jari sendri, kang x pasal lagi den
jadi Raja Bersiong

Talam ubi in progress...
time ni dah letak atas dah..yg bawah tu x ingat nak ambik gambar..

Tada....
Talam ubi @ boko ubi
tapinya lapisan atas tu lagi tebal dari ubi..
Xper leh diperbaiki nih..hehehe

Yg penting rasanya..sedapppp
yummy..yummmy..Dhiya pun suka tau...
banyak jugak dia makan..


Nota kaki:
Buat kuih traditional lagi mencabar dari buat kuih moden..tapi mama lagi suka buat kuih traditional.
buat kek or biskut mama x pandai tau..huhuhu..sedihhh

BLUSHER

Sejak dua menjak gambar me tersebar kat FB..
(Wahhh....tersebar yg x tahan tu..)
ramai jugak kengkawan rapat yg PM ler, SMS me
bertanyakan tentang blusher yang me pakai...

Wahhh...x semenggah mak glamer sekejap nok
kalau time ni ada produk makeup nak jual, komfom laku.hehe
Idok ler tersangka-sangka upenya ramai terbekenan kat blusher tu
(Sentap mak tau, blusher yang hangpa semua nampak dulu.kuikuikui)
Kepada yg nak tengok gambor silalah terjah FB..
xleh review kat siniler, kang ada lak tengok ngan meluat

Hokeh ler....mehler me share kat sini, kalau share kat FB kang
ramai lak komen kata me ni budget cun, huhu
paling xpun ,me bimbang lak mereka2 yg jual makeup tu
tutup kedai..wahhhhhhhhhh...ayat poyooo x hengat.

Sebenor-benornya, tiada yg tipu..me pakai blusher brand:

GIVENCHY PRISME AGAIN
NO 2..LOVING PINK



Tapi me dapat ni sebab menang kontest hokeh
bukannya me beli...me xdok duit nak beli mekap memahal
siyes, lama dah x membeli makeup, pakai yg menang kontest jer
itulah satu2nya blusher yang me ada..huhu
pengakuan ikhlas dari me...huhu..sedih, sedih

xceli, memang best blusher ni (dengan me ler)
warnanya senang nak blend ngan muka me
dan yg penting x bertompok2..

kepada yg bertanya tu...sila terjah SOGO..haha


nota kaki:
Me tengah cari petua nak ilangkan sunburn kat muka ni..


*Teringin sangat nak beli makeup BobbiBrown...bila ler tercapai nih

Isnin, 30 Julai 2012

MEREKA DAN SAYA

ehem..ehem...( sambil betul2kan halkum)..
testing suara 1, 2, 3 ...

Lama plak x menulis nih..x cukup masa ler
Xceli me serabut skit ler kebelakangan ni
nenek me sakit, bebaru ni cuti balik tengok nenek

Perasaan me x dapat nak dibayangkan..
bila tengok sekujur tubuh yang membesarkan me
terlantar x bermaya, 
X sanggup ase, kalau boleh me nak gantikan tempat tu
Tapi itulah kuasa Allah, 
tetap akan ada sakit selepas sihat, tua setelah muda, 
Me redha...tapi air mata x tahan jugak bila renung muka nenek
kerana muka tulah yg selalunya tersenyum tiap kali me balik kg.

Nenek dan Dhiya....

nenek diusia 85 thun..
semoga nenek cepat2 sihat yea

Selain kisah nenek...ada la masalh kehidupan lain 
yang terpaksa me hadapi lately ni...
Hidup ni macam tu ler, pasti ada ujian dan dugaan
semua tu mematang kita andai kita beroleh pengajaran dari itu

Tapikan................ape perasaan u oll..
Bila gi opis, u buat muka selamba, mekap, pakai macam bese
tapi more than 10 person tegur...
"Dear, ada masalah ker???" 'Eily, kalau ada masalah share ler"
"Eily, x best x dengar eily gelak" "eily x bersuara, sunyi plak rasa"

Me rasa sangat teruja, bahagia, bersyukur, dihargai
rupa-rupanya me dikelilingi oleh ramai orang yg sayangkan me
xtau nak tulis macamaner untuk gambarkan perasaan terharu ini
semua masalah ilang sekelip mata

Kawan2 yang me ada sekarang sangat superbbb..
sangat bersyukur hadir dikalangan mereka
me sangat bahagia kat sini..
luv u oll ler


Nota kaki:
Doakan kesejahteraan dan kebahagiaan idup me, yea kengkawan
juga doakan nenek me cepat sembuh

Rabu, 25 Julai 2012

EHEM...TENGAH BUAT APER TU???

Ehem...ehem tengah wat aper tu???
Gambar ni snap dari kereta..Masa balik Kg aritu...

Cuba u oll teka makcik ni watper??????
Saper jawab ngan cepat dan tepat me bagi hadiah...








Nota kaki:
hidup ini penuh warna-warni dengan gelagat manusia 

Khamis, 19 Julai 2012

BANYAK MINUM AIR vs JANGAN MINUM AIR BANYAK

Kita selalu dengar orang pesan kena minum air banyak kan??
MEmang betul kena minum 8 gelas air sehari
baik untuk sistem badan kita, dan banyak ag kebaikannya

Bebaru ni me gi berurut ngan bidan kg...
Sambil mengurut tu, sambil berbual2 ngan si bidan yg me panggil 'wan'
(me panggil wan sebab semua org panggil dia wan..hehe)
banyak gak ler petua lama-lama me korek dari wan
especially petua kewanitaan...

Masa menurun petua tu, ada wan tu cakap
Pompuan ni jgn minum air banyak2..x elok
me tanya ler wan tu semula:

Me:   Eh betul ke wan, bukan orang kata minum air banyak bagus???
Wan: Memang ler, tapi orang pompuan ni x bagus minum banyak..
         Kalau minum tu kena setengah gelas jer sekali minum, tapi minum kerap..
         selalunya orang main teguk jer..x elok, nnti kembang urat2 perut.

Hokeh..u oll nampak x apa yg wan tu nak sampaikan...
Perkataan yang sama iaitu banyak..tapi membawa maksud yg berbeza
sebab tu orang kata, orang2 tua ni selalunya banyak info tersembunyi..hehe
(siusly me x paham secara detail yg dimaksudkan dengan kembang urat perut@rahim..
tapi yg me paham, some bad impact to our womb

Sambung Perbualan ag:

Wan:  Sebab tu orang x  bagi minum air sejuk, kena minum air panas,
          Kalau minum air sejuk kita teguk sesuka hati jer, tapi air panas, kita hirup perlahan2.

See..ilmu kedua..ituler sebabnya kenapa orang kata ais tidak elok..haha

Banyak lagi ler, ilmu me korek ngan wan tu sepanjang sesi
urut-mengurut berlaku..

*ehem..ehem..perbualan tersebut telah ditranslatekan ke bahasa yg mudah difahami,,
kerana wan menggunakan longat pahang yg sangat pekat**
kang ramai lak yg xpaham..hehehe

Hasil seterusnya dari aktibiti berurut itu ialah::


Kena makan maajun kg

Berusaha tangga kejayaan..kan kengkawan
Berusaha demi kesejahteraan keluarga itu, insyallah dapat pahala
inyallah jugak Allah berkati



Nota kaki:
Best ler duk kg...berurut ngan bidan lama ni sangat best tau..tangan dia tu lain skit rasanya..
dah ler gtu, xder bayaran dikenakan, ikut suka hati nak sedekah berapa..
dapat ubat traditional yg dibuat lak tu..komfom xder pengawet..hehe
banyak lak tu wan bagi....
             

Rabu, 18 Julai 2012

NOSTALGIA



Lama x ternampak kat tv kan???
Sesaper yg pakai astro tu mesti dah lama x terperasan
Buat kami yg x pasang2 ag astro ni,,,
Pastu dapat channel tv2 ngan tv3 jer, tetiba ngigau
ingatkan ad astro kat umah, bukak2 tv kuar ler menda alah ni.haha

tetiba terasa nostalgik plak..
tingat kat tv itam putih umah aki dulu..


Isnin, 16 Julai 2012

TEMASYA SUKAN TAHUNAN, ADA VVIP DATANG

Lalalalaala...arini sekolah kami cuti sebab sukan semalam
Seronok giler..ini pengalaman pertama me join sukan tahunan
bukan sebagai murid, tetapi sebagai parent dan kakitangan
menarikkan, kena buat tarikh hari ini dalam sejarah tu...

Apa yg menarik tentang Sukan Tahunan sekolah kami ialah;
Walaupun sekolah kami sekolah kampung,
Murid2 pun x ramai, (lebih beberapa orang jer nak termasuk senarai SKM)
(SKM= Sekolah Kurang murid)
Dengan segala kelengkapan yang langsung tidak mencukupi
tapi kami amat-amat berbangga dan berbesar hati bila..............................


Dato Sri Liow Tiong Lai, Menteri Kesihatan Malaysia
 sudi datang merasmikan sukan kami dan memeriahkan suasana




Beramah mesra dengan penduduk dan AJK

Dato Sri bukan saja sudi merasmikan sukan
malah sudi menyampaikan hadiah kepada pemenang, makan2 bersama kami
dan yang paling kami terharu, Dato Sri sudi tukar baju pakai baju sukan kami
*Gambar Dato Sri sampaikan hadiah x dapat snap ler, 
sebab mama bertugas bahagian catatan dan markah..
time tu ada acara tengah dijalankan..nak meriki pada orang lain malas ler lak



 Antara Gambar umah sukan...
seronok tengok ibubapa bertungkus-lumus menghias rumah
rumah sukan, memang kami serahkan pada ibubapa utk hiaskan
nnti len entry cerita pasal umah2 dihias cantik ni


 Dhiya dengan kawan baik dia


Dhiya sibuk tolong hias rumah gak..hehe



 Acara rebut kerusi guru dan kakitangan..
Me dapat juara, x tahan tu
Abis semua orang me tolak jatuh..huwahuwaa



 Rumah Merah Juara keseluruhan
Time ni Dato Sri Liow Tiong Lai dah balik
dia ada mesyuarat penting, xleh tunggu semua game abis
Acara Kemuncak...Rebut gula-gula..
Yang paling x tahan, ada jugak acara rebut gula-gula untuk parent.
sajer suka-suka


Walaupun secara dasarnya kami serba kekurangan..
tapi kami sangat enjoy dengan sukan ni,
Atleast semuanya berjalan sempurna, xder masam-masam muka
xder gaduh-gaduh, dan kami sangat hepi...Ukhuwah antara kami semakin erat.
Pendek kata macam lagu wonderpet tu..
'kami x besar dan kami x kuat, bila bekerjasama semua jadi mudah




* Paling best ayat ucapan Dato Sri ialah:
Walaupun pada hari ini, anak-anak ada yang berlari tanpa kasut, dengan fasiliti yang serba kurang, 
tapi siapa tahu ada antara mereka ini nnti, berlari di trek kejohanan antarabangsa dan dunia, dengan bangga 
mengibar bendera Malaysia..
(Saya Sokong!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!)






Nota kaki:
Muka sunburn giler akibat sukan semalam....berbelang macam zebra dah..haha

Sabtu, 14 Julai 2012

SENTAP DAN BENGANG

Pagi semalam me masuk2 opis ada suratkhabar atas meja
surat khabar GPK 1 punyer...camner ada atas meja me pun x tau
Me belek2 punyer belek, skali tersentap dengan berita berikut:






Bayi lelaki berkenaan ditinggalkan bersama botol susu dan payung.
Kesiannya anak x berdosa ni....

Berita Lanjut: 
Sumber:sinaronline


Me sangat sangat ler bengang..
Dah ler budak tu sangat ler comel..huhuhu..boy lak tu..
Tapi Allah tu maha berkuasa, nasib baik ler ada orang lalu kat situ kan?
Kalau x??? sampai hati sungguh ibunya tu...
Kengkawan yang dah lama kenal me mesti paham kenapa me bengang.
huhuhuhuhu






Nota kaki:
Sesungguhnya anak itu adalah amanah Allah yang tidak ternilai harganya....

Jumaat, 13 Julai 2012

TEMPURA CHICKEN NUGGET

Me kalau beli nugget mesti beli yang tempura
me x suka nugget biasa yang banyak serbuk2 tu
salah satu sebab tempura nugget ni x mengotorkan minyak
lagi satu nugget yang banyak serbuk2 tu sangat kuat makan myak..huhu

Dah banyak brand jugak ler me try Tempura Nugget nih
Antaranya Marina, First Pride....
Tapi kali ni me nak cerita pasal Farmbest Tempura Chicken Nugget

Nak tau aper yang bestnya??
Me pun x berapa pasti, tapi Dhiya suka sangat brand ni
Alkisahnya me try beli ni bila Pasaraya ada wat offer ritu
RM7.90 sepeket, me beli ler nak try
Skali me tengok Dhiya makan bersungguh2...
10 keping dia habiskan sambil berkali2 cakap sedapnya, sedapnya
Me pun xtau ler naper, brand ni sangat menambat selera dia..


Me memang pengguna tegar Farmbest Chicken Meatball
Memang best band ni, tapi sekarang nampaknya me menambah koleksi
koleksi yang perlu ada dalam peti ais

Ibu mana x xcited tengok anak makan berselera macam tu..
Selalunya goreng 10pcs boleh makan kami sekuarga bertiga
tapi sekrang 10pcs tu untuk Dhiya sorang..huhu

u oll cuba ler..maner ler tau menawan kalbu
Rasanya ala-ala chicken nugget McD tu..bestttttt!!!!!!!!!!!!!!




Nota kaki:
Dhiya sekarang pandai request suh me masak itu ini, siap cakap makan luar x sedap, 
mama masak lagi sedap..huhuhu..Sejak mama kerja ni, lunch terpaksa ler kita makan orang lain masak. :(

Khamis, 12 Julai 2012

SUDAH DAPAT GADING BERTUAH, TANDUK TIDAK BERGUNA LAGI

ohhh..itu bukan motor kami yea..motor saper ntah, x ingat nak blur no plate
xperla..glamer sekali sekala


ishhkkk..issskkk kesian betul kan???
Kalau masa me muda remaja dulu
zaman it x berapa nak canggih tu, zaman henpon pun besar dabak
dah ler besorrr mahal lak tu,
pendek kata sapa pakai enpon time tu memang kaya tahap gaban ler
Zaman2 tu....menda alah ni ler benda paling kaya
Jadi tabung paling besorrrrr..
mana x nyer, kalau ada 10 orang beratur pun sanggup ag jadi yang ke11..haha
pastu mula ler bengang jer yg orang yang bergayut lama2 tu
Tambahan plak yang jenis pandai2 curi line tu kan..
memang bergayut ngan aweks x hengat ada 10 orang lagi kat belakang

Time tu duit syiling amat berharga hokeh
sayang wooo nak belanja duit syiling beli air ke cekelat ker
memang menabung untuk tabung yang 1 ni..(public phone)
tapi bebudak sekarang ni, duit syiling x berharga langsung
kalau ada ler tercicir kat maner2 xder orang pedulipun

Akhirnya si Public Phone menerima ler nasib sebegini..huhu
sedih menengoknya..
Betul ler kata peribahasa:
Sudah dapat iphone mahal, gagang berwayar tidak berguna ag
Eh....sudah tukar sekarang ek???

* yang "Menampar Poster" tu pun......bingai jugak, kalau dah terbaring macam tu saper lah yang nak menengoknyer...kalau zaman dolu2 memang laku ler kalau tampal kat public phone..
sekarang maner ada orang nengok

Nota kaki:
Lagi satu benda yang kaya jugak zaman xder seven eleben dulu ialah
mesin air gedegang..hehe...

Rabu, 11 Julai 2012

HALAL KE TIDAK NIH????

U oll mesti pernah makan megi
x kira ler brand aper pun kan???
Maggi, Mamee. Pama, Cintan dan berbagai ag

Ni nak citer, ritu me nak makan bihun sup mamee ni
kalau malas datang tu mamee jer la kan..
Then masa nak masak tu terperasan sesuatu..
Cuba u oll tengok..

Mamee bihun sup perisa ayam

Memang xder aper yang pelik
Xder aper pun yg janggal atau meragukan
Tapi keraguan timbul bila tengok nih....

 apa yg u oll perasan?????

Halal kat perencah tu, halal yg x diiktiraf ler, xtau pun halal dari maner, 
kalau ada tulis halal from organisasi maner tu xder ler kita takut sangat,
at least ada jugak pihak2 yang nak tanggung pemberian halal tu
kan selalu dia tulis ' Ditanggung Halal'..
maksudnya kalau ler x halal, dosa tu mereka tanggung jugak

Me jadi was2 terus check megi lain yg ada dlm simpanan

Sama jer hokeh..
Megi punyer langsung xder, pama pun xder..


Kesimpulannya, mama jadi was2 nak makan 
Apa pandangan dan pendapat u oll??? 
cer komen skit, sharing is caring...............


Nota kaki:
Teringat pesan ustaz, kalau kita dah was2, jadi xleh makan dah.
kalau kita makan jugak dalam keadaan was2 tu...sendiri ler pikir

KERANA 'R'

Somewhere - kelantan

Gambar ni amik masa kereta tengah gerak
Gigih tu nak amik, dapat senget pun xper
seb baik x gegar gambar, kira hebat jugak ler



Nota kaki:
Bahasa Budaya Bangsa

Selasa, 10 Julai 2012

HMMM...WANGIIIIIIIIIIII

Tq BLUINC
Menang dari Majalah EH...
Wangiiiii..

Nota Kaki:
Saya dah x aktif contest online or blog..
Majalah jer aktif tu pun suam-suam kuku

Isnin, 9 Julai 2012

DURIAN DAH BERBUNGA


Weekend bebaru ni adik ipar me datang sini
so alang2 datang tu x sah ler x menjamu durian
dah katanya tempat banyak durian..

Kat area sini durian paling tersohor ialah 'MUSANG KING'
tapi idok ler me beli musang king tu..
xtau ler, me rasa kurang nikmat ler makan musang king
isinya besor2, xleh makan banyak2..muak

Me beli durian kg jer...
Me beli ngan sorang tokey ni, dia ada kebun
so selalunya me call dulu, dia akan kutip n simpan utk me
dapat ler buah durian yang fresh, baru gugur...
tokey ni plak jenis x kedekut, main cincai2 jer
pastu yg agi best dia bagi me campur2 jenis durian....

Ni Sebahagian jer tau....
me kira2 semua semalam ada 15 biji = RM40
Nak amik gambar semua...sian plak en suami + Dhiya
Duk wat muka jer, tunggu nak makan durian, tapi me sibuk amik gambar jer


Dalam bebanyak durian tu..buah yg ni paling besorrr tau,
tapi naper me amik gambor x nampak besor ek???? huhuhu.
Ni tokey tu kata, buah first batch dari pokok tu..
Buah ni agak muda skit

ni isi buah yang agak muda tu...
sedapppp...
Yang ni plak isi buah kuning...tapi kamera me cap ayam
x berapa nampak kuningnya..

yang ni speses lain plak..cantik kan isi dia???
Tu yg me suka beli ngan tauke sorang ni..
dia selalu bagi macam2 jenis buah kat me


Jadinya 3 hari 3 malam ler me menjamu adik ipar ngan durian
alang-alang nak makan, makan sampai lebam kan? haha
Durian-durian ni me dah telan, wat bubur kacang, wat serawa
dah tinggal lagi 3 biji, dah ase muak dah nak makan..huhuhu
pastu x tau nak buat aper ag..buat tempoyak ler nampak gayanya



nota kaki:
Me nak balik kg petang ni....nenek yang membesarkan me tengah sakit..
doakan untuk nenek me ya, kengkawan

ENTRI BENGANG

Entry kali ni entry bengang
Bengang dengan tailor yg ntah aper2 ntah
Saki hati tau...rosak baju i jadinya.
Me menangis macam budak kecik bila sampai baju ni kat tangan
baju ni my mom yg tolong amik kat tailor then pos ke me
Upahnya yaaa ampunnnn mahal tau..sekali ganda rege kain



Dua pasang baju me yang hancusss dibuatnya






Kain baju ni me sayang sangat2...
en hubby yg pilihkan untuk me...agak mahal ker regenya bagi me yg x berapa kaya nih
Kain jenis Chiffon..
Me buat kurung moden tapi bila dah siap jadi macam jubah
Dah ler tu...me suh dia letak lining tapi x letak pun

Nampak x tangan me tu????
Kalau nak pakai jugak kena pakai inner ler nampaknya..
Tapi tetap xleh pakai, kalau pakai jugak macam me pinjam baju orang lak 
sedihnya...ni baju hubby bagi 




yang ni plak me ngandung 9 bulan pun boleh pakai tau
me x tau ler naper bleh besar dabak gini
kalau yea pun nak perli me x payah le malampau sangat
Memang ini 1st n last me antor kat tailor ni


Payah benor nak jumpa tailor sekarang ni
Nak cite 1 pengalaman me ngan tailor tau..
Kedai tailor ni agak gah jugak ler kat 1 pusat membelibelah area subang jaya
Me antor baju sambut menantu masa tu..
Me siap bagi design, siap bagi batu2 yg me nak dia tampal kat baju tu..
Upah dia.....dua kali ganda rege kain lace me tu tau..
Tapi bila time nak amik tu, tengok baju me tu me menangis macam budak2 tau
Memang me terduduk kat kedai tu, pastu nangis teresak-esak
Baju me nak sambut nantu tu...huhuhu
Tapinya me ni jenis x pandai gaduh ngan orang kan, x terpikir nak mintak ganti rugi
memang 3hari 3 malam jugak me nangis..

Last2 me jahit sendiri segala manik, segala batu...
Yang ag best, wife kawan hubby pn hantar kat situ baju raya
tapi baju dia rosak teruk...bayangkan dia bersaiz L
tapi bajunya jadi size S...dia mintak ganti rugi baju ngan harga kain skali.


Nota kaki:
Uginya rasa x balajar menjahit dulu, tapinya tangan me ni keras betul bab2 kesenian macam ni. huhu
kureng sket bakatnya..hahaha

Jumaat, 6 Julai 2012

KISAH SAYA, KENGKAWAN DAN BREASTFEEDING

Kelmarin semasa meronda-ronda blog kengkawan
Me tertarik betul ngan blog mamalieyna
Entry dia memuri untuk anak keduanya...
Cayalah mamalieyna, sungguh cantik purian mu itu..
berwarna-warni, memikat selera..

pinjam gambor mamalieyna yea..(utk kebaikan xper kan?kan?)
cantikkan??? nampak menawan selera si kecil


Masa Dhiya baby dulu, me selalu jugak memuri ni
me belajar dari parenting books, parenting classes yg me hadiri
Alhamdulillah, Dhiya suka dan me sangat teruja
Cuma masa tu me tidak aktif lagi berblog
so xderler koleksi cerita n gambar purian me

Tapi me bukan nak cerita, cara atau teknik memuri bagai
tapi me nak cerita pasal mindsetting sesetengah orang
harap u oll, terutama kawan2 me yang baca blog ni yang bergelar ibu
dapat ler pengajaran, pengalaman dan dapat semangat dari entry ni

Ceritanya begini:

Last few weeks, 1 of my colleuge (Si A) nak stop breastfeeding
Then dia kata dia xtau nak wat camner, me pun bercerita panjang ngan dia
apa ilmu yg me dapat, dengar, baca dari geng2 breastfeeding mother
yg mostly me kenal melalui blog ni, me bagitau dia

me suggestkan kat Si A supaya pam susu tu, then bagi ngan bottle
slow2 bentikan direct bf...Ada la pulak Si B bagi suggestion
"Pamkan then buang susu tu"
me pun jawab " Kenapa nak buang, simpan susu tu,
nanti boleh masuk dalam purian anak tu, boleh buat pancake utk anak,
boleh buat macam2" me dgn semangat cerita..
tapi tau x apa respon beberapa orang ibu yg ada kat kantin masa tu???
Semua tanya me "Purian tu aper???"
me dengan lurus bendulnya xplain ler kat dowang
pastu u oll nak tau aper respon dowang????
"uweeekkkk, kau biar betul eily???? x lalu ler akak nak wat gitu, 
letak susu ibu dalam tu bagi anak makan?????"
Me pun terkedu..depan2 me ni bukan calang2 orang,
semua mereka berpendidikan tinggi, anak dah 2,3..
tapi terus me rasa, ceteknya pemikiran dowang...
susu ibu kan paling berkhasiat, kenapa ler nak geli.
Me dulu, susu yg x abis me masukkan dalam bubur Dhiya, dalam purian Dhiya,
dalam adunan pancake, bancuh ngan cereal.
Macam2 me buat.....nak geli aper susu tu lagi banyak khasiat dari susu tepung

Si A sebenarnya baru pas keguguran...
dan dia berpendapat dia keguguran sebab dia BF masa ngandung
Me sangkal habis-habisan kenyataan dia
Me pun duk citer tentang kengkawan me yang telah berjaya
dalam tandom nursing ni...tp me gitau jugak kena nasihat doc
Tau x???? Majoriti yang ada kat kantin tu x bersetuju ngan me
Kebanyakan mereka xtau pun leh tandom nursing
ada jgak yg kata "kalau tgh ngandung, yg keluar tu bukan susu,
kalau susu pun x berkhasiat"
tepuk dahi me dengar..hadoiiiiii...mengapa secetek itu pengetahuan mereka

Dan, ramai jugak yang tanya me,
purian tu aper??? macamaner nak buat???
Macam x pernah dengar langsung tau...
tu belum lagi me sebut EBM, tandom pumping,
mesti dowang ag terpinga-pinga

Then time tu kan, me rasa bangga, bersyukur, tapi sedikit sedih
bangga sebab me telah buat yg terbaik utk Dhiya,
bangga sebab x sia2 me berhabis duit beli macam2 buku pemakanan baby
bangga sebab me berhabisan masa pergi semua kelas pemakanan baby
me rasa bersyukur sebab me ada kengkawan macam
mamalyna, mommamia, nad, wanhezrina, dan ramai lagi
kalau nak list semua x terlist punyer..
(tengok betapa ramai kengkwan yg hebat me ada)
kawan2 yang me kenal dalam blog ni semuanya banyak ilmu BF
semuanya berlumba-lumba nak bagi yang terbaik untuk anak
ALhamdulillah, kawan2 me dalam ni banyak ilmu untuk dikongsi
atleast xder orang nak "uweeeekkkkk" kalau me kongsi pasal BF


mommamia..pinjam gambar yea..
me sangat suka tengok stok ebm mommamia
banyak ilmu breastfeeding me dapat dari mommamia
sangat berbangga ada sahabat macam ni tau
tapi me sedih ler, sekarang ni me dikelilingi oleh mereka2 yang macam ni
yang melunturkan semangat me, xder kawan yg bersungguh2 nak bf
xder orang me nak cerita2 pasal beli breatpump,
pasal stok susu dalam peti beku..huhuhu
sebab tu ler me aktifkan semula blog ni,
me takut ler kehilangan kengkwan dalam ni yg banyak ilmu
takut hilang tempat nak sharing n caring  :)

so tahniah pada kita semua yg boleh breastfeed selama mungkin
yang bersungguh2 mencari ilmu demi yang terbaik untuk anak2
tabik spring untuk kita semua...
jom tepuk tangan ramai-ramai


nota kaki:
Me jeles sungguh tengok kengkwan sekarang ramai yang memuri ler, 
ramai yang berlumba kumpul stok susu....bila ek turn me ni???


*geng2 kat sini x pernah tau psal blog me, so x kisah ler me bercerita pasal dowang..hahah

PRINCESS SAYA

salam...
arini mula entry ngan salam.
ucap selamat kepada pembaca blog yg budiman
(hikhik, bahasa berbunga2...)

Ramai upenya yang rindu ngan Dhiya...
So entry kali ni me bagi gambor Dhiya yea..
Khas buat unty Ayu@ citarasarinduan

Nak lekat gambor lama semuanya..
gambor besday Dhiya bulan Febuari dulu
(Dah setengah tahun dah pun..huhuhu) gasak ler

Ni lah dia besday girl yang dah lapuk..hahaha


kek request by Dhiya...
Anak dara saya pandai memilih sekarang
Dia cakap nak kek ada gambar princess n ada strawberry banyak2

Celebrate ngan kawan2 kat prasekolah

besday girl


 Biar aper pun posing...menten stail ala model
xnak tengok kamera tu..hahah



Wajah kesayangan hamba..
Muka suci seorang anak


Mama nak nyibuk jugak..hehe

Nota kaki:
Tanpa sedar anak dah semakin besar....

Khamis, 5 Julai 2012

TOLONGGGG!!!!!

Kengkawan...nak tanya sesangat ni
tolong yea, kepada yang tau dan pandai..

Kengkawan..
kenapa setiap blog yang kuar comment site macam ni
me xleh nak komen ek????
Apa yg patut me buat..me dah try banyak kali tau
tapi xleh..kenapa yea??????


Me tau ramai yg tau ni..
meh ler kongsi ilmu...
Tunjuk ajar ku sifu..

oppppppsss...ada yg x paham masalah saya, so saya edit semula..hahaha
kalau comment site yg pop up window tu saya xder masalah komen, tapi kalau blog yang guna comment site macam kat atas saya xleh nak publish..
dah try macam2, tapi bila publish nothing happen...xtau ler naper

kalau ada blog kengkawan yang guna comment site macam kat atas ni, saya kena jadi silent reader jer la..huhuhu

Nota kaki:
Dah Lama menyepi sampai banyak menda me ketinggalan 

SIAPA RAMLI YANG DICARI-CARI????


Sedang semua orang duk kecoh mencari Ramli..
Ramli maner???? 
Ala Ramli yang selok diri nak ke Old Trafford tu..
Lu oll kenal x ngan Ramli tu???

Me kenal sangat ngn Ramli tu..
Hebat budaknya tau...
Kalau x caya, Silalah percaya..
Oklah, khas untuk lu oll semua
Pembaca blog yang sangat2 me hargai
dengan bangganya me perkenalkan Ramli yg dicari











tuuuuuu dia, penuh semangat kesukanan...Majulah sukan untuk negara













Hebatkan Ramli tu.....
Eja 'Pemain Kebangsaan ' Pun salah
dah macamaner Ramli oiiiiii....
jangan Jersey jer 'Gempak' tapi main mcm hampeh
Ramli oh Ramli, Silalah luluskan diri dlm UPSR dulu
terutamanya paper Bahasa Melayu..hahah
silap aribulan dengan dia skali mak dia cloroxkan..hahaha





Nota kaki:
Kekadangkan budak-budak yg x mampu beli kasut bola, jersey bola tu ler yang pandai main bola sebenarnya..huhu

Rabu, 4 Julai 2012

SAPER PERNAH JUMPA??

Me ada masalah ler sekarang ni..
agak berat jugak ler sebab ia byak gak mempengaruhi mood

Cehhhh..masalah macam berat sangat kan
propa jer lebih..hahaha
well sebenarnya me sedang mencari menda alah ni



H&S hair & skin care Aqua Minerals Dandruff Conditioner - 530ml pump bottle
H&S Aqua Mineral Dandruff Shampoo 



Shampoo brand ni me pernah beli kat Watson Sunway Pyramid
Memang rasi giler pakai, best a, rambut lembut, kelemumur hilang
me beli 1 set skali conditioner n hair treatment
walaupun sama head n shoulders tapi lain kesannya
Me ni memang payah skit nak dapat shampoo yang sesuai

Sempat 2 kali jer me beli..
sekarang ni semua watson asenya me dah terjah
tapi tidak jugak berjumpa ngan brand ni ag...
maner nak cari ek?????
Adakah me kena masuk kedai2 jual barangan jepun tu baru jumpa ek??

Nak mintak tolong,
kalau ada sesaper pernah nampak shampoo ni
bagitau ler me ek??? Jasamu akan ku kenang..huhu




nota kaki:
Susah giler nak dapat shampoo yg betul2 sesuai ngan rambut dan kulit kepala.



PENCURI VS POLIS

Hebat betul pencuri zaman sekarang

Cuba teka aper yang x kena???
Teka ler..Teka ler????
Para cikgu BM xkan xdapat tangkap aper yg x betul..

(Pssttt: Sowi Gambar x berapa clear, amik ngn hp cap ayam)




Nota kaki:
TQ to my hubby, sebab dia terperasan n capture gambar ni.
Memang sah dia cikgu BM sejati..hahah


Selasa, 3 Julai 2012

DHIYA N STITCHES

Entry sebelum ni me ada gitau nak cerita
tentang Dhiya yang jatuh kat sekolah 
Well, teruk jugak kot sebab 
meninggalkan parut seumur hidup..huhu

Dhiya jatuh masa main2 kat sekolah
masa tu mama baru pas makan kat kantin 
then ada budak datang kat mama jerit...
Dhiya jatuh kat Prasekolah..
Memula mama cool lagi, pastu budak tu bagitau 
"Dagu Dhiya berdarah. besar luka dia"
Alamak mama jadi panik, gabra, sedih semua ada

Bila sampai kat prasekolah tu, 
tgk Cikgu Dhiya tgah pegang dagu dhiya
apa agi air mata terus ler mengalir, 
mama dia ni dalam hati penuh bunga..hahahha

Guru besar terus ajak bawak dhiya ke hospital
sampai kat sepital tu, MA kata ni kena jahit
Hadooo, lagi mama gabra..x hengat dah nak amik gambar
time tengah jahit tu pun teringat gak nak amik gambar
tapi sian lak tengok Dhiya menangis2, so mama peluk dia
Kena 3 stitch kat bawah dagu..huhu
So tinggal ler parut kekal selamanya..


Nangis kejap jer...pastu menten x bersalah
puas duk tanya camner jatuh dia xnak cakap
mesti dia wat salah, sebab tu dia x nak cakap..

tengok ler 3 stitches Dhiya
kesian kan? kan>


nota kaki:
Budak2 tengah lasak ni memacam kan?? 
nak marah cikgu pun xleh jugak, bukan dia dapat fokus anak kita jer..huhu