Sejak jadi salah seorang warga Kelantan ni kan..
banyak jugak bahasa Kelantan yg mama dah belajar
Masa mula2 papa bawak balik mama jumpa keluarga dia (lebih krg 4bln sblm kawin)
memang mama x paham ..kalau dowang ngumpat mama pun redha jer lah
(tapi masa kat MRSM dulu ada la belajar ciput2 ngan
As comel dan kengkawan seangkatan) masa tu siap terkeluar ayat ni:
"Aku x nak kawin ngan orang Kelantan, payah benar nak paham"
huhuhu..'As....ngko ingat x ayat ku itu???? sudah makan diri beb'
Tu kitanya sesi pertama pembelajaran kita
Sesi ke2 ni mama nak ajar perkataan yg sama tapi lain makna.
(wahh..terasa plak diri ini Pensyarah Pengajian Melayu UM....hikhik tinggi cita2)
Hokey...jom sambung sesi pembelajaran.........
Perkataan pertama:
SEGAN
Korang mesti kata SEGAN itu samalah macam malu kan???kan???kan???
Dulu mama pun macam tu. Sebab memang segan itu sama ngan malu pun
Tapi cuba dengar ayat ni
"Basuh kaki anak tu, kena cemar...segan dah budak tu"
U oll tahu x...dalam bahasa kelantan SEGAN itu ialah GELI
*segan itu disebut sege
Perkataan Ke2:
SEMALAM
Yang ni memang mama slalu konfius dan selalu silap bila bercakap
Di Kelantan SEMALAM membawa erti MALAM TADI
dan SEMALAM dalam bahasa biasa di sebut KELMARIN dalam Bahasa Kelantan
Biasanya KELMARIN tu membawa erti hari selepas semalam kan???
Perkataan ke3:
TEMBOK
Tahukah anda, TEMBOK itu bermaksud JALANRAYA
Ayatnya "Budak2, jangan main tepi tembok tu, bahaya!!Kereta laju2 nih"
tapi mama x tau ler plak perkataan aper yg menggantikan tembok
Kengkawan ada yg boleh tolong????
Masa memula jadi warga Kelantan mama memang sangat konfius
Tapi sekarang tidak lagi, ramai sedara mara yg kata
mama dah expert kecek klate, bahasa2 kampung pun mama pandai
Kekadang ada ugek orang yg x percaya mama ni org luar
(istilah org kelantan bagi org yg bukan asal Kelantan)
Org dulu2 kata kalau nak seribu daya, x nak seribu dalih
walau setebal maner pun kamus..
tapi bahasa camni kena belajar ngan sepenuh hati
baru boleh kuasai, kena datang dari hati
*Orng Kelantan..kalau salah jangan marah tapi bagi ler teguran..mama just nak berkongsi ilmu
Nota kaki:
Kat Rompin, Pahang dialek dia biasa2 jer..pendek kata sama jer ngan bahasa harian org kat KL ni
*buat As...selamat pulang ke Malaysia...semoga perjalananmu selamat