Memaparkan catatan dengan label RENUNGAN. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label RENUNGAN. Papar semua catatan

Jumaat, 29 April 2011

AYAT PELINDUNG DARI SIHIR

Hidup dizaman di penghujungnya ni, bermacam2 dugaan yg ada.
Termasuk jugaklah dugaan datangnya dari manusia yg berhati busuk..
Kengkawan, ni mama nak kongsikan antara ayat2 pelindung dari gangguan syaitan dan amalan ilmu sihir.

Kekadang tu, kita x sedar pun ada yg iri hati dengan kita kan?
Iri hati dengan kebahagiaan kita, iri hati dengan kehidupan kita.
yg iri hati sebab cinta x berbalas pun ada tau...huhu

So hati2 ler yea..kengkawan..Musuh sebenarnya ada di mana2..
Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dan keluarga dari gangguan syaitan
dan dari sifat keji dan kejam manusia sekeliling kita.


.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )


وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118)فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ | 122
Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun (122). 


2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )


فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ | 82
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82). 

3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )


وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى | 69
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).

Semoga memberi manfaat kepada semua di pagi jumaat yg indah ini.
Jadikanlah amalan yea...setiap kali solat mintalah perlindungan Allah.



Nota kaki:
Pernah lihat saat2 getir sepupu menghabiskan hayat, tersiksa kerana perbuatan sihir.
Muntah keluar paku, mata buta tiba2, badan panas 40c sepanjang masa. Setiap kali bangun tido badan penuh dengan kesan umpama kena cakar. nasi tetiba ada ulat. Kesian sangat teringatkan arwah..

Isnin, 4 April 2011

DOAKANLAH KEBAIKAN UTK SAHABAT KITA

Dengan internet yg lembab macam kura2 ni
hanya segelintir blog jer yg leh view...so aktiviti BW
terpaksa ler dikurangkan..sabar lagi 2hr utk pulih.

Blog kengkawan yg x banyak gambar, gambar kecik2,
yg senang loading leh ler terjah..ada jugak yg boleh baca
tapi xleh komen..hadoooo..siksa jiwa raga.

Dlm masa berBW tu, terbaca blog sorang sahabat.
Amy Syaquena.
Ya Allah, rasa sebak, keras rasa dada,  nak bernafs pun payah.
Air mata mama ni jatuh menitis laju...
Kesian sungguh sahabat mama tu..dugaan demi dugaan
dan lah diuji Illahi, dapat pulak kawan yg x sepatutnya jadi kawan.
X percaya??? u oll baca nih....

copy paste dari blog Amy
huhu..mulut longkang betul si X nih.

Sedih, sakit hati dan menyesal rasanya kalau ada kawan camnih.
Memang tersentap, kecewa....mama yg baca ni rasa tersentap
apatah lagi Amy sendiri.

Utk pengetahuan semua, Amy baru jer keguguran...
utk keberapakalinya, mama x sure ler, tapi bkn first time
Mama rasa dah banyak kali jugak Amy dapat
kata2 macam ni, selalu terbaca dalam blog n FB dia.
Mama pun kekadang ada jugak terkilan dgn kengkwan yg kekadang tu x paham dengan masalah dan kerumitan yg kt alami, tambahan dengan masalah zuriat ni.


Mama bukannya nak tambahkan luka hati Amy..
Tapi mama nak ajak kawan2 yg kenal mama,
yg baca blog mama ni.........
Jom sama2, kita doakan utk Amy..
Agar Amy segera dikurniakan cahayamata
Agar dia sentiasa bahagia..
Agar tertutup ler mulut manusia yg tak berhati perut ni.
Manalah tau, doa salah sorang dari kita dimakbulkan tuhan.

Buat Amy...
Bersabarlah, Amy
Semoga Allah permudahkan segalanya.
Semoga Allah sentiasa berkati hidup Amy dan suami
Dipelihara rumahtangga Amy..
Diberkati rezeki Amy..
dan dikurniakan zuriat yg sihat.Aminnn...
(semoga Allah mendengar doa saya ni, Amy. Ikhlas dari sorang sahabat)

dan mama terbaca dalam blog MaRyam..
Asenya sesuai utk Amy:


BILA DIRI DIHINA

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenakIstighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) 
  • sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  • Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  •  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  • Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita 
walaupun buruk pada pandangan manusia, 
namun sebaliknya pada pandangan Allah. 
Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. 
Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.


Nota kaki:
Setiap perbuatan yg baik akan dibalas baik..dan setiap yg jahat itu, kejahatan menanti mereka


*Dulu mak mama selalu kata, 1x kita buat jahat kat org, 10x org lain akan buat kat kita. 1x kita buat kebaikan kat org, 10x bahkan berkali2 kebaikan menanti kita.
Renung-renungkan..


*Amy..Mak eily pernah kata, kalau org tanya, naper xdapat anak ag...jawab kat org tu:
"Try awak doa kat tuhan n try tanya, naper Allah x bagi saya anak lagi ek..maner lah tau, Allah bagi akak jawapan sebab dia x bagi saya jawapan lagi,"..huhu ( tu mak ajar eily jawab soalan yg org selalu tanya..hehe)

Jumaat, 1 April 2011

BABAK MENITIS AIR MATA-SEMANIS KURMA

Malam tadi tetiba hati tersentuh amat masa tengok
rancangan SEMANIS KURMA
Menitik2 air mata masa dengar cerita penutup
dari Ustazah Siti Norbahyah
Tajuk semalam ialah TANGGANG MODEN, salah siapa?

Terus amik telefon rasa nak call mak....
Tapi tengok jam dah lewat, mak kat kampung tido awal
kang call jugak ganggu tido dia, pastuh takut dia terkejut ingatkan emergency malam2 tetiba call...

Pagi ni, pas papa gi kerja terus call
Lega dapat mintak maaf ngan mak
Mintak ampun segala dosa lalu, maklumler masa muda2 dulu
banyak jugak asenya buat salah,
banyak jugak asenya sakitkan hati mak tanpa sedar dan sedar..huhu
jiwa remaja ler katakan..

Bukan x pernah mintak maaf....selalu
tapi semalam memang hati tersentuh ngan cerita:

"seorang anak yg sebelum ni pernah derhaka ngan ibunya
tetiba waktu nak bersalin, suaminya tiada di sisi, 
hanya si ibu yg pernah didrehakainya dulu menemani di luar wad..
Tapi dia sukar utk bersalin...hinggalah dia tumpah darah...
then ketika doc kalut nak ganti darah, ibunya mintak didermakan darahnya
supaya darah yg mengalir dalam badan anaknya tetap darahnya


Malangnya bila si anak sedar betapa sukarnya menjadi ibu
sedar yg dia amat berdosa dengan ibunya..
belum sempat dia mintak maaf, ibunya sudah tiada
sejurus selepas mendermakan darah tu"

Mama x pandai ler nak bercerita,
Tapi memang sedih giler cara ustazah NorBahyah cerita
Dia sendiri pun sebak dan nak menangis masa bercerita tuh..

U oll tengok x semalam????
Kalau ada peluang, silalah tengok ulangannya..
Mesti tersentuh hati, mesti menangis punyer..

kenangan ngan mak masa Konvo 

* Mak, saya tahu banyak salah dan silap saya kat mak. 
Saya tahu banyak kekhilafan saya dulu..
mungkin saya pernah buat mak menangis, 
mungkin saya pernah buat mak kecewa, 
mungkin saya pernah buat mak sedih, 
mungkin saya pernah mengecilkan hati mak...
Ampunkan saya, mak, ampunkan saya....
Walau sekecil mana pun salah dan dosa saya 
tolong ampunkan saya. 
Saya betul2 sedar, betapa sukarnya menjadi seorang ibu...
Apatah lagi ibu beranak 6. 
Yang dulu hidup dalam serba kekurangan....


Semoga Allah sentiasa melindungi mak...
Sentiasa diberikan kesihatan yg baik, 
dipelihara dari segala penyakit, 
dari segala kejahatan syaitan dan dunia.
Semoga mak dipanjangkan usia, agar saya dapat berbakti pada mak 
Semoga semua amalan mak diterima, 
dan mak menjadi penghuni syurga..Aminn
(Harap nnti mak akan baca entry ni, kalau x pun, Dhiya akan baca...semoga dia amik pengajaran)


Doa2 dalam SEMANIS KURMA semalam:
Ayat doa 1: Doa Nabi Ibrahim


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! As-Saffat, Ayat 100

Ayat doa 2: Doa Nabi Zakaria


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. Ali-Imran, ayat 38





Nota kaki:
Sekrang ni ramai anak yg jadi Tanggang tanpa kita sedar,,
Si suami lebihkan isteri dari ibu, si isteri pulak lebihkan ibu dari suami..Renungkanlah..


* X suka ngan iklan sijil simpanan premium BSN kat Radio, nampak sgt ketepikan ibu dari isteri; skali ibu berkecil hati x berkat rezeki..
Ala iklan yg "Man, mak kecik hati dengan kamu, ayah kamu belikan merc, isteri kamu dapat barang kemas, mak yg membesarkan kamu...bla,,,bla...bla..
(sila dgr jawapan anak yg xleh blah)...