Memaparkan catatan dengan label hidup ini. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label hidup ini. Papar semua catatan

Khamis, 15 September 2011

KISAH KITA..BUKAN KISAH DONGENG SAJA

Lagu ni ditujukan khas buat seorang insan 
insan yang namanya terletak teratas dalam diari kehidupan
insan yang menghadiahkan kebahgiaan, kegembiraan, kedukaan, 
insan yang membuat senyum menghias bibir ini, 
yang membuat air mata menemani mata ini..

insan yang mematangkan kehidupan ini sebagai seorang wanita
semoga dia memahami bait demi bait lirik lagu ini


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

nota kaki:
Mungkin cinta sebegitu memang kisah dongeng sajer.............
Susah nak cari cinta sejati kat dunia sekarang ni, 
* Masih ingatkah janji susah senang jatuh bangun bersama kita dulu???????
Saat susahnya awak, saat senangnya awak, saat sihatnya awak, saat sakitnya awak
saat sukanya awak, saat deritanya awak....saya setia disisi, kanda....

Selasa, 16 Ogos 2011

SELAMAT TINGGAL SUBANG JAYA

Dah lama rasanya x menulis..
Rindu pada kengkawan setia, hanya Allah saja yg tahu.
Tapi apakan daya, insyallah dalam masa terdekat ni
cuba mencari alternatif supaya dapat berhubungan semula..

Well, dah 2minggu++ menjadi perantau..
tetiba seronok plak dengan kehidupan baru ni
dikelilingi oleh orang yg baik2, sentiasa ada yg ikhlas memberi pertolongan
dapat majikan yg sangat prihatin, penyayang..
Ya Allah, menangis kesyukuran bila Allah permudahkan segala urusan
Serasi plak hati disini...

Keputusan dah mama buat, xkan kembali lagi ke Subang Jaya
Subang Jaya antara memori terburuk dalam diari kehidupan mama.
Kat sini mama sangat tenang
X sampai sebulan dah nampak jelas, hikmah yg Allah bagi.
Syukur sangat....cuma sedikit terkilan bila,
xpelah, yg mana duk Selangor tu, ada masa kita still leh gather2
Still boleh kontek mengontek. hehe

Kengkawan semua, doakanlah yg terbaik utk mama yea.
Hanya doa kalian penguat mama....



Nota kaki:
Sesungguhnya tiap kesusahan itu hadir bersama kesenangan, 
fitrah kehidupan semuanya berpasangan, cuma kekadang
bila dilanda kesusahan, kita butakan mata dari memandang kesenangan yg datang seiring.
Hanya susah yg kita nampak.

Jumaat, 12 Ogos 2011

BILA KITA DIUJI...

Salam Jumaat semua..semoga Jumaat kali ni membawa
seribu rahmat buat kita semua.

Sebuah kehidupan tu umpama masakan,
dugaan dan cabaran dalam kehidupan itu adalah rencahnya
jika tiada dugaan dan cabaran maka tiada rasa, hilang nikmatnya masakan kita.
Sebagai hamba pada yg Esa, kita harus yakin dugaan dalam kehidupan itu
walaupun sangat sakit di hati, sangat seksa di mata
tapi jika kita yakin setiap dugaan itu mendekatkan kita dengan Maha Pencipta
Insyallah kita akan merasa ketenangan

Orang kata hidup kita ni macam roda, sekejap di atas sekejap dibawah.
Tapi yakinlah yg percaturan Allah itu adalah yang terbaik utk kita
walau pada mata kasar kita semuanya pahit, tapi pandanglah dengan mata hati
betapa Allah itu sayangkan kita, kasihkan kita.

Setiap apa yg diaturkan Allah itu sesungguhnya amat cantik, amat indah
Jika Allah kata sesuatu itu bukan hak kita, maka biar apa pun yg kita lakukan
sudah tertulis ia bukan hak kita, mengapa harus kita tangisi
kalau Allah kata itu hak kita, ia akan tetap akan menjadi hak kita
biar apapun dugaan yg datang, biar apapun yg melanda hidup kita

So kengkawan, jika kita dilanda musibah
jangan sesekali mengalah, jangan sesekali ngaku kalah untuk berjuang
jangan sesekali terus tersungkur, kerana sesungguhnya
Allah tetap bersama kita sekiranya kita yakin dengan hadirnya Dia
Sekiranya kita tidak pernah lupakanNya

Mama bukanlah sebaik manusia, malah pengalaman dalam kehidupan juga masih cetek
tapi Alhamdulillah, tuhan menguji dan menguji hingga menyedarkan mama,
hingga boleh berkongsi sedikit rasa dengan anda semua.

yakinlah Allah itu sentiasa bersama kita, setiap masa setiap ketika.
Biar ada yg ingin musnahkan kehidupan kita,
tapi kehidupan kita di tangan Allah, kalau tidak diizinkanNya
maka kehidupan itu tetap akan sempurna buat kita.

Ingat jugak, kita ni sebagai ibu, yg mempunyai anak
kekadang balasan Allah itu tidak datang terus
mungkin silap kita harini, anak kita yg merasa keesokan harinya.
Sama-samlah muhasabah diri



Nota kaki:
Orang tua selalu kata, sekali kita buat jahat kat orang
10x kita akan mendapat kejahatan itu semula.........

Isnin, 8 Ogos 2011

SALAM RINDU

Salam semua....
Rindu sangat kat semua, huhuhu, tapi apakan daya,
buat sementara waktu inilah dia takdir kita. huhuhu. sedey ler plak.

Ramai upenya yg request mama utk update pasal kerja dan tempat kerja
Bukan xnak update, nak sangat...nak cerita pengalaman dan segala kisah sukaduka
tapi xboleh di update lagi buat sementara waktu
takut ada yg amik kesempatan atas keadaan yg berlaku ni
Mereka2 yg tahu mesti paham ape yg mama maksudkan.
Maafkan mama yea kengkawan, tapi...... 1 fine day, bila mama rasa dah bersedia
mama akan abadikan jugak disini...
semuanya mama dah karang sebaiknya, cuma tunggu masa sesuai nak menaip jer.

Secara keseluruhannya, mama okey dalam x okey dengan kehidupan baru nih.
kekadang rasa kuat, kekadang rasa down sangat.
buat 1st week ni rasa down yg kuat kot, mama xder snap even 1 pic pun
gambar masa bekerja, ntah ler, pikiran asyik melayang jer..

Gambar Dhiya pun dah lama x menyenap...kasi rehat itu camera. huhu
dan jangan x tau, persiapan raya langsung x buat lagi ni.
Mama ker, papa ker, dhiya ker xder baju raya lagi,
Ntah ler, xder semangat lak nak beraya tahun nih.
Bila mood nak bersoping tu datang xtau ler, tambahan ngan mama yg x bergaji nih
gaji dapat lepas raya, hadoooooo...sedeh betul tu,
kalau ler KPM x tangguh melapor diri dulu, mesti mama dah bergaji bulan nih.

by the way terima kasih kat kengkwan kat yg sentiasa sudi melawat blog mama ni
walaupun mama xder kesempatan langsung melawat blog u oll.
opis mama xder internet tau..sedeyyyyyyyyyyyy....
Kalau ada masa ujung miggu. imsyallah mama akan melawat u oll semua.


pada yg rindu kat Dhiya.. :)
Kat mama, ada yg rindu ker??? hehe. Xder gambar terkini ler


Selamat meneruskan ibadah puasa..
Doakan yg terbaik utk mama yea kengkawan.

Nota kaki:
Mama x pos lagi hadiah utk pengomen, maaf yea kengkawan..sibuk menyesuaikan diri
dengan new life..akan diusahakan utk diposkan secepat mungkin.

Rabu, 22 Jun 2011

TERIMA KASIH ALLAH ATAS NIKMAT 2011

Tahun 2011 memberi seribu 1 makna buat kami sekuarga
tahun yg Allah limpahi kami dengan rezeki dan nikmat x terhingga
Alhamdulillah..syukur yg x kehadratNya

Kami di beri nikmat kesihatan yg baik..
Alhamdulillah buat 6 bulan pertama 2011 ni
Kami sekuarga belum pernah sakit, demam, selsema or batuk
Dhiya pun x pernah demam atau selsema pun lagi, dia sangat sihat tahun ini.
Pendek kata memang  save budget bahagian blaja klinik..hehe
Alhamdulillah....Semoga nikmat kesihatan ini tidak Allah tarik dari kami


Dalam masyarakat cina, jade peach ni membawa erti
longevity and good health (belajar boleh percaya jgn)


Selit sekeping gambar budak yg sihat.dan semakin panjang akal


Tahun 2011 jugak, genap papa mengajar 10 thun
Alhamdulillah, tahun ni naik ler grade papa...
Then tahun ni jugak papa dapat sambung belajar,
Aminnnnn...impian papa dah tercapai...

Tahun 2011 jugak, mama dapat kerja...
X sangka dapat kerja sebagai goverment servant
dah setahun lebih mama gi temuduga...sampai dah hampa dah pun
selepas temuduga tu memang x pernah apply aper2 kerja pun
tapi rezeki Allah tu di mana2...
Alhamdulillah syukur padanya..kerana sentiasa membantu kami.



Semoga nikmat kesihatan dan nikmat dunia yg kami perolehi ini,
tidak akan melalaikan kami dari bersyukur padaNya..


Nota kaki:
2011 Jugak first time mama dapat cash out nuffnang..Alhamdulillah


Allah itu sentiasa mendengar dan memahami rintihan hambanya..kembalilah padaNya
Mohonlah petunjuk dan kasih sayangNya..

Jumaat, 22 April 2011

MISTERI SUARA MISTERI

Petang semalam hujan lebat di Subang Jaya ni.
Bersama kilat sambar menyambar, guruh berdentuman..
Arggghh, memang mama seram + takut..
Tambahan tinggal berdua pulak ngn Dhiya, papa gi tuisen.

TV plak...Alaaaa, ASTRO maca, ler u oll xtau
Ase hujan jer tv pun sama jer gelapnya ngan langit kat luar nun. huh.
Lagi ler rumah sunyi sepi...Dhiya duk kusyuk main ngan mainan
Then, mama ke dapur nak buat something for minum petang.
Dalam hati terpikir jugak, sejuk2 ni buat pengat ker bubur ker sedap jugak
Papa balik sejuk2, dapat hirup pengat ngan teo panas..uihh nikmat.

Masa mama kat dapur, tengah gentel gandum nak buat 'Butir Nangka'
(Dhiya duk main dalam blik)
Mama dengar Dhiya panggil mama..
'Mama, mamaaaa....mamaaaaaaaaaaaaaaaaa"
macam agak2 sayup sebab hujan lebih kuat, cara panggil tu macam tgh takut
Mama pun jawab "Ada apa Dhiya, mama kat dapur ni"
sambil kuatkan sedikit suara, sebab takut suara ditelan hujan

Selang beberapa minit
'Mama.....mamaaaaaaa..........mammmaaaaaaaaaaaaa"
skali lagi Dhiya panggil...Mama pun jawab lagi
'Dhiya,...mama tengah buat kuih ni. Kenapa???'
Senyap jerx berjawab pun.....
Dan selang beberapa minit lagi
'Mama...mamaaaaa...mamaaaaaa'

Mama pun basuh tangan, lap2..then terus ke bilik Dhiya.
Kesian plak..cara dia panggil tu takut dan nak mintak pelindungan dari mama
Mama terpikir dia takut kilat or guruh agaknuya
Sampai kat pintu bilik, tengok Dhiya tengah kusyuk main....
Pastu, mama pun macam terpinga2, terpisat2 kat pintu bilik tu
macam xder tanda2 Dhiya panggil mama pun
Bila nampak mama kat pintu bilik tengah perhatikan dia
Dhiya trus tanya mama
"ape mama? mama cakap dgn siapa" (kenapa mama)
'Tadi Dhiya panggil mama ker? kenapa panggil mama?"
"Dhiya main ler mama, dhiya x kacau mama pun"



Gulpppp...telan air liur jap...
Hati macam dah x senang kan, si mama tu memang dah dasar penakut.
Terpikir plak suara siapa tadi.....tapi memang sebijik suara Dhiya ler.
Xkan ler mama x kenal suara anak sendiri. Dengan nada dan cara panggil tu
sebijik mcam Dhiya...Seram sekejap...
Nak kata jiran tetangga, xkan ler hujan2 ni mama dengar dekat plak suara dowang.

Tapi mama tetap buat berani, cekalkan hati.
Meneruskan aktiviti membuat butir nangka..
Pastu Dhiya pun datang ke dapur....Mama buat aper??
Sebab mama dia dah seram dan meremang bulu roma, maka
"mama buat kuih...Dhiya tolong mama nak? teman mama kat dapur ni.."
"ok..." jawab Dhiya
"Jangan main sorang2 kat bilik time hujan2 ni, ribut kuat. Takut"

Sebabkan mak dia penakut, tanpa sedar ajar anak jadi penakut..hadoiiiiii.
U oll jangan tiru tips parenting yg ni ek...hahahha...

U oll pernah alami macam nih? CErita ler..cerita lerrr..
Dulu selalu nenek pesan, kalau kilat or guruh jgn tengok cermin.
nnti syaitan menumpang...kilat, guruh dan petir tu tanda amarah Allah

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Nota kaki:
U oll kenal ker bubur butir nangka? org Kelate komfom kenal. 
nnti ler ek buat entry, skrang ni xleh uload gambor..huhu


*Masa taip entry ni, walaupun dah tengahari tapi still meremang bulu tengkuk

Rabu, 6 April 2011

KISAH SEBALIK VIDEO KLIP ANWAR IBRAHIM

OPPPSSS...xder videonya kat sini okeh..
x sanggup mak nak letak video dalam diari tatapan anak2 suatu hari nnti.
Ni bukan mama nak cerita pasal details video itu.
Mama tengok pun gitu2 jer kat Berita semalam..

Zaman dah di punghujung ni, macam2 boleh berlaku
Apatah lagi dalam dunia politik yg memang kita x pasti mana betul mana salah
kekadang yg salah jadi betul, yg betul jadi salah
hakikat politik itu, payah benar nak cari yg benar dan sahih...
semuanya putar belit belaka..

Semalam baca dalam blog AMIRAH.
http://amirahabukassim.blogspot.com/2011/04/di-sebalik-kontroversi.html
tertarik juga, nak bercerita pasal perasaan seorang isteri di sebalik semua ni.


Apa agaknya perasaan seorang isteri setelah bertahun2 tidak putus ngan kontroversi hina si suami?
Adakah kita sekuat Datin Seri Wan Azizah ni?
tapi..Benarkah dia kuat menangani semua nih? Atau berpura2 supaya nampak kuat?
Hanya dia dan Allah saja yg mengetahuinya kan

Sekali kita lihat cara dia mempertahankan suaminya..
mmg kita dapat rasa kekuatan, kesetiaan dan ketabahannya menghadapi semua ini
tapi bila 2x kita tengok, seolah2 kekuatan yg cuba dia tonjolkan,
sikap mempertahankan itumakin memperlihatkan kelaraan hatinya..

Sekiranya bukan Anwar Ibrahim dalam klip tuh?
Betapa berdosa org yg menhuru-harakan suasana demi pangkat dan harta
hingga sanggup merobek-robek perasaan seorang isteri dan anak2 yg sudah bertahun2 bergelut dalam kontroversi
Tapi sekiranya betul Anwar Ibrahim dalam klip tu..?
huhuhu..bayangkan betapa walangnya perasaan seorang isteri..
hancur luluh hatinya, porak porandalah jiwa, sia-sia rasanya selama ini berjuang
demi kepercayaan terhadap seorang lelaki, demi maruah seorang suami
akhirnya tersentap pulak dengan 1 lg kejutan

Sudahnya, yg menjadi mangsa, masih seorang isteri...

Tapi ...bila bercakap tentang ni, teringat kata2 pakcik mama:

Kalau kita berkahwin dengan seorang askar, maka kita harus pandai bertempur seperti askar
kalau kita berkahwin dengan seorang kelasi kapal, maka kita tdk boleh mabuk laut
kalau kita berkahwin dengan seorang seorang peguam, maka jagalah kata kerana kita xkan menang
kalau kita berkahwin dengan seorang doctor, jangan sesekali kita mabuk darah
kalau kita berkahwin dengan seorang guru, hendaklah tidak alah dengan kapur
kalau kita berkahwin dengan seorang artis, kena tahan gosip dan paparazi


dan jika kita berkahwin dengan ahli politik, maka pemikiran kita harus juga seperti seorang ahli politik, harus berkata seperti seorang ahli politik, kerana pada dasarkan seluruh kehidupan peribadi kita sudah pun dipolitikkan..


Disebalik gagah seorang suami, ada isteri yg sentiasa memahami, 
dibahu si isterilah suami menangis bila terasa kegagahannya tergugat...
kerana hanya isteri pandai menyimpan rahsia kelemahan si suami

Hari ni, bila kecoh orang bercerita tentang kisah Anwar ni..
seriuosly teringat ayat2 pakcik tu..(ni mama kena tazkirah pasal pilih jodoh dulu ler)

Memang kita xkan tau apa sebenarnya yg terjadi dalam kehidupan mereka
kerana kehidupan mereka politik....
so sebagai org yg tidak tahu, tidak arif serta tidak berkecimpung dlm dunia politik
kita x boleh buat kesimpulan aper2 pun, dari pihak mana skali pun...
kerana dalam politik, apa sahaja boleh berlaku...

Antara tanda2 kiamat yg sangat relevan dengan kes ini:
  • Zina bermaharajalela
"Dan tinggallah manusia-manusia yang buruk, yang seenaknya melakukan persetubuhan seperti himar (keldai). Maka pada zaman mereka inilah kiamat akan datang." - Sahih Muslim
  • Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
  • Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kam sebelumnya,kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih  Muslim
  • Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyik kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
  • Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
  • Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
  • Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)

Sumber:



Nota kaki:

Bertahan utk tdk mempolitikkan blog ni, tapi x tertahan terbuat entry ni..
kerana saya juga seorang isteri..cuba memahami perasaan isteri lain


Semakin ramai manusia yg mengambil kesempatan atas kekhilafan org lain, bukan menginsafi diri atas kekhilafan itu...
secara simboliknya, inilah maksudnya tanda2 dunia akhir zaman:
Apabila manusia memakan daging saudaranya....



Rabu, 23 Mac 2011

DIRIKANLAH SOLAT, ANAKKU

Mama tau ramai dah baca nota Wardina ni, dalam dia nyer official page kat FB
Tapi mama nak jugak tempek kat sini utk panduan mama, dan utk tatapn Dhiya suatu hari nnti..
Kerana ilmu yg disampaikan ini amat bermakna buat semua ibu..
Pada yg belum baca, silalah baca....
Pada yg belum follow official page Wardina, silalah follow, even u oll x minat dia pun, ambik ler segala info dan ilmu yg dikongsikan bersama..Wardina x pernah lokek ilmu tentang keibubapaan ni..
Mesti u oll x nyesal punyer, dari layan gossip2 jer, baik korek ilmu berguna.


Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

Firstly mama nak ucapkan tahniah buat Wardina...
Beliau berjaya menjadi seorang ibu yg wonderful, dalam dunia moden yg amat mencabar ini.
Bukan senang nak didik anak supaya ingat solat dengan peredaran dunia yg semakin lupakan agama sekarang ni. Ini kenyataan kan?
Harap mama setabah, sekuat, seteguh Wardina dalam usaha mentarbiahkan anak bersolat.
Semoga mama berjaya...Aminnnn..Allah sentiasa bersamaku, Insyallah..

Walaupun Dhiya baru berusia 3thun, tapi Alhamdulillah, dia dah tunjukkan kemampuan dan jatidiri dalam menunaikan solat.
Buat usia begini, asalkan dia tahu asasnya sudah cukup, bagi mama.
Yg penting pendidikan dan pendedahan yg berterusan.
Harap bila usia Dhiya dah 7 thun nnti, dia sudah faham segala tertib
dan faham kebaikan serta kewajiban menunaikan solat seperti Amna..


Alhamdulillah...dah semakin tertib.


Sangat terharu tengok detik nih.
Tiap kali tengok gambar ni, rasa sebak.
Betapa bernilainya jadi seorang ibu

 Jangan lupa doakan mama dan papa yea..sayang
SEmoga kebahagiaan dan keberkatan sentiasa 
bersama keluarga kita..Aminn
Doa mama, agar Dhiya membesar sebagai anak yg solehah
dan cemerlang dunia akhirat..
Tiada apa yg mama harapkan dari Dhiya, selain doa.


Nota kaki:
Tetiba sebak plak tulis entry nih...
*Tq Wardina berkongsi ilmu

Untuk join fanpage Wardina boleh klik link nih: http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah?ref=ts

Jumaat, 11 Mac 2011

BILA DIRI DISAYANGI

Bila Diri Disayangi (Ukays)

Terdengar bisikan mesra
Kalimah keramat bermentara
Bermulanya siang berakhir malam ku
Tak akan ku jemu menyebut namamu

Tiada batasan waktu
Tiada tempat mu tertentu
Di gunung di lembah, di darat, di air
Siapa pun hamba, keikhlasan doa, keagungan
Kasih merubah takdir

( korus )
Bila ku sedari diri disayangi
Langkah kaki ini semakin berani
Bila terkeliru ku ucap namamu,
terasa diriku Kembali dipandu

Engkau pertama, tiada akhirnya
Aku dalam kegelapan engkaulah cahaya
Izinkahlah aku menumpang di sini
Di bawah naungan kasih dan sayang mu
Ku berserah diri


Pagi jumaat ni bagi selingan skit ek...
Mama suka lagu ni, makna dan maksud tersirat sebalik lirik tu, sangat indah.
Tetap lirik terbaik bagi mama, dari dulu sampai sekarang.
Ramai jugak x paham sebalik setiap lirik lagu ni..
kengkawan geng2 mama dulu pun ingat ni lagu jiwang...

Kenapa korus mama Gariskan???
sebab sangat menyentuh jiwa bait2 tuh
hayati lah betul2..

Semoga kita sentiasa berpeluang kembali padaNya
setiap kali kita tersasar di jalanNya..Amin.

Nota kaki:
Hidup ini penuh pancaroba, penuh dugaan dan rintangan, terpulang pada kita bagaimana nak hadapinya. Semoga kita tabah dan sentiasa di bawah lindungan yg MAHA ESA.
Agar sentiasa tidak sesat di jalan yg terang

Rabu, 9 Februari 2011

HIDUP INI PENUH PANCAROBA

Kelmarin sewaktu baca entry k.eli@eliza diana, (bukan senang nak senang)
buat mama termenung panjang, memikirkan kehidupan kami sekuarga.
Masa baca entry k.eli tu siyesly menitis air mata, sedih , sebak semuanya ada. Gigih sungguh suami k.Eli
berusaha utk kesempurnaan hidup mereka sekuarga.
Mungkin k.eli dah temui sedikit harga utk susah payah, pahit duri dan segala macam dugaan yg mereka tempuh dalam mencari erti kehidupan.

Semalam, kami laki bini, tido pukul 3pg, dengan mata bengkak. 
Menangis semahunya bila kami kenangkan kehidupan kami, susah payah kami, dugaan hidup kami.
Mengingati balik semua dugaan yg Allah turunkan buat kami buat kami rasa sangat insaf.

Seriusly, kami xder apa2. Hidup kami amat sederhana. 
Papa masih kuat lagi rasanya menempuhi segala dugaan, diakan lelaki.
Tapi mama sebaliknya, mama pernah rasa rendah diri yg amat sangat, rasa patah semangat dan sebagainya.
Mungkin apa yg pernah mama lalui dalam kehidupan x sepahit apa yg org lain lalui.

Tapi Alhamdulillah, kami sedar dugaan yg kami lalui banyak mematangkan kami.
Menyedarkan kami, kami masih ada satu sama lain, masih saling menyayangi antara satu sama lain.
Kami masih berusaha dan berusaha semoga Allah tunjukkan kami jalan utk kesempurnaan hidup kami.

Teringat kisah mula2 kami bercinta dulu, masa papa ajak mama kawin, papa pernah kata
"saya ni anak org susah,  saya sendiri pun susah. Kalau awak sanggup hidup susah, terimalah saya"
kata2 tu masih terngiang2 di telinga mama. Papa anak yatim, kehilangan ayah sejak umur 15thun. 
Masa mama kawin ngan papa, papa masih menanggung seorang ibu yg sakit, adik lelaki belajar u, beserta adik bongsu yg masa tu sekolah menengah. Itu pengorbanan papa yg amat x ternilai.
Tapi kami masih boleh hidup gembira, bahagia. Dan bila papa minta tolong mama jagakan ibunya, mama berbesar hati. Itulah yg hanya mampu mama lakukan utk membalas jasa  mak mertua mama membesarkan seorang suami yg baik utk mama. 

X semua antara kita semua ni, hidupnya senang. X semua hidupnya bahagia. x semua hidupnya sempurna.
Mungkin ini dugaan Allah, buat kami, tapi lain pulak dugaannya utk org lain.
Mama tahu ramai jugak yg mencemuh "dah tahu susah, naper x kerja?" 
memang dah lali dgn ayat2 macam tu. Selalunya datangnya dari org2 yg dekat dengan kita, yg boleh lihat kadaan kita, tapi buat2 x paham.
Biarlah kami laki bini yg tahu kenapa. Mama yakin setiap apa yg baik kita lakukan, akan di balas baik.
Lambat atau cepat ajer. Kalau kita sabar, Insyallah semuanya akan lebih bermakna.

Ini hanya luahan hati mama. Xder tempat rasanya nak luahkan apa yg terbuku di hati.
Papa tu dah kebal telinga dah kot nak dengar. Dialah suami, dialah kawan, dialah segalanya bagi mama.
Rakan kongsi sehidup semati. 

Semoga kami sekuarga temui jalan utk kesempurnaan hidup sepertimana k.eli dan keluarganya temui, 
sepertimana IBuayahdamia temui..Mereka ni org yg x lokek bercerita tentang kehidupan.
segala cerita kehidupan mereka menjadi inspirasi utk mama memperbaiki kehidupan. Doakan yg terbaik buat kami.


Pic:Mr.Goog


Nota kaki:
semoga kita semua bahagia dunia akhirat. 

Jumaat, 29 Oktober 2010

MALAM PERTAMA KITA

Mama dapat emel ni semalam dan hampir2 mendeletenya,
tapi bila sampai ayat terakhir bacanya sebak pulak rasa dada...

jom kita hayati bersama sebagai renungan di hari Jumaat yg indah ini





Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....




Nota kaki:
Setiap hari mama berdoa semoga, kami sekuarga mati sebagai Islam...
dan bukan golongan yg hina

Rabu, 20 Oktober 2010

DAH LAKIKU MEMANG HENSEM

Panas!!!!!!!!!Panas!!!!!!!!Panas!!!!!!
kontroversi terhangat abad ini......

(haahhahaha...tq mr.goog)
mai2 sini dengar 1 cerita.
inilah cerita bila suami saya hensem
ramailah pompuan dok gila2
gilakan lakiku yg hensem
(sila nyanyi ikut lagu axion.......hahahaha)

Hensem ker lakiku itu?????
Bagi diriku yg x seberapa ini, memang dia hensem
tapi syukur kepada Illahi, kerna mengurniakan suami hensem kepadaku
rupanya sempurna, segak, tampan, xder cacat cela
(kepada suamiku itu, jangan kembang plak)

Tapi alkisahnya ada pulak pompuan x ingat tuhan
kalau bujang xper, bini org pulak tu..
laki dia x hensem kot, sebab tu dok gila kat laki orang
duk puja2 sampai lupa keluarga, hukam hakam agama apatah lagi 

Dah perangai huduh gitu, patutlah xdapat laki hensem
Kesian anak2 dia, dapat ibu yg gile
(oppppsss...dah ader anak ker???? yesssss..betul, dah ada anak)
memang panas giler kan?????
kontroversi hangat tika ini...

Pada kawan2 yg rasa tidak berkaitan.....jangan libatkan diri anda dalam kontroversi ini..hahaha
Kalau ada yg makan cili, pedas ternganga ler time nih
manerlah tau, org dimaksudkan duk korek cerita dari blog ni.

Dah lah tu...malas nak memperhebatkan kontroversi pepagi gini..
tapi emosiku ini membara bagai suhu gunung berapi
kalau anak dara ku boleh ag terima, dahaga kasih sayang ler katakan
ini bila yg dah ada org peluk hari2 pun, mata duk liar menilik hak org
tamak haloba..

Nota kaki:
Cantik ker, hensem ker semua tu pakaian dunia, di sana esok Allah bukan pilih siapa yg hensem, bukan tengok rupa.....ntah2 kita ni hadir berwajahkan anjing ker babi ker kita xtau..sendiri sediakanlah makeup yg sepatutnya untuk disana nanti...

Isnin, 18 Oktober 2010

LUAHAN DARI HATI YG PANAS

Dulu....bila mama start berblog...mama x pernah terlintas untuk menulis sesuatu yg x elok
sesuatu yg sedih atau sesuatu yg amat menyakitkan hati...
mama xnak isu2 macam ni yg menjadi tatapan anak2 mama suatu hari nnti
sebab mama menulis blog ini sebagai satu jurnal supaya bila anak2 mama besar nnti, 
mereka tahu aper yg berlaku dalam hidup mereka sebelum ini...
hari2 mama menulis...menulis setiap kejadian dan peristiwa indah, setiap pengalaman yg menjadi 1 pengajaran dalam kehidupan..semoga anak mama ambik iktibar dari semuanya...
semoga mereka tahu betapa indahnya mereka membesar.

Tapi...
sampai satu ketika, bila 1 peristiwa yg datang mengubah semua itu..
mama terpaksa coretkan luahan hati ini, supaya anak2 mama bertanya mama suatu hari nnti
apa sebenarnya yg terjadi sehingga coretan ini mama buat..
dan mama yakin, mama mampu menceritakan kepada mereka dengan setiap inci dan sudut
kerana apa yg berlaku sangat menyakitkan mama..
inilah kehidupan anak2ku...inilah dia....

Kenapa mama???Apa yg berlaku???
Anak2 mama....biarlah secara detailnya hanya kita sekeluarga yg tahu..

Mama menulis dengan ikhlas
ikhlas mencari kawan, ikhlas berkawan dan ikhlas dalam setiap bait yg mama taip
tapi bila ada manusia yg kejam, menggunakan setiap inci blog mama ini
untuk menghancurkan hidup mama
mama marah, kesal, benci dan amat sakit...

Buat kengkawan yg ikhlas berkawan dengan mama.....
Berhati2lah dengan setiap manusia disekeliling anda..
tidak kira yg ada didepan anda atau di alam maya
kerana mungkin ada yg berniat untuk menghancurkan hidup anda

Manusia ni...kekadang luarannya nampak baik, cantik
tapi hakikatnya didalam busuk, bernanah, berulat dan keji..
Mereka lupa tentang dosa dan mereka lupa tentang neraka
Semoga Allah balas dengan sekeji kehidupan buat manusia yg hina ini.

Anak2 mama.....selagi mama ada upaya dan kekuatan,
selagi iman di dada mama, selagi Allah bersama mama
mama xkan mengalah dengan ujian dunia ini,
mama akan berjuang utk pastikan kebahagiaan tetap milik mama dan anak2 mama
dan mama akan pastikan  hak dan kehidupan anak tetap milik anak mama



Nota kaki:
*Mama tetap yakin Allah bersama2 mama
*Buat sahabat2 yg ikhlas berkawan dengan mama, terima kasih kerana setia menemani mama di blog ini, biarpun hanya di alam maya, tapi kehadiran anda semua begitu bermakna buat mama

Rabu, 5 Mei 2010

YANG MANA CINTA SEJATI?

Petang semalam seperti biasa duk melayan Adamaya..tahap geram kat Maya tuh xleh tahan plak bila sesuka hati mintak cerai. Pastu bila siap kena khalwat tapi x insaf ag,.trus berasap idung mama.Sebijik macam naga asenya.(Ileks a..drama jer beb..)
Citer Adamaya ni wat mama tingat kat kisah cinta seorang kawan. Kawan mama yg terlalu obses ngan first love. HUH..N3 arini bukan nak cerita tentang kawan mama tu ek..(x baik tau bukak pekung kat dada orang).

YANG MANER SATU CINTA SEJATI? Cinta Pertama @ Cinta Terakhir?


Cinta pada yang Esa tu memang lah yang paling sejati, tapi harini kita cerita tentang cinta sesama manusia ok?
Bagi mama yg sejati tu, yang terakhir..yang kita sanggup korban jiwa raga, kongsi hidup, kongsi suka duka, kongsi bantal, kongsi duit dan segalanya kita kongsi. Yelah sampai anak pun kita kena kongsi. x sejati lagi ker macam tu? Cinta terakhir selalunya xkan berbelah bagi lagi. Cinta yg buat kita tekad untuk memiliki dan terus dimiliki. Cinta yg akan kita bawak sampai ke pintu Syurga.  Insyaallah..(Semoga tuhan merestui)

Cinta pertama plak?

Cinta pertama bagi mama sebagai satu langkah untuk lebih matang dalam kehidupan. Sebab x semua cinta pertama ni bersatu..x semua cinta pertama ni kekal..(Ada jugak yg kekal dan bertahan...Alhamdulillah). Bagi yg kekal bahagia dengan cinta pertama tu, janganlah marah mama plak..kisah hidup kita mungkin x sama..ini pandangan peribadi mama jer.
Cinta Pertama selalunya wat orang obses sebab itulah pertama kali jatuh cinta, tapi kalau cinta pertama tuh x boleh bawak kemana pun, x datangkan kebahagiaan, x menjanjikan kehidupan yang lebih baik, mengapa kita mesti kenang? Lebih baik kita jadikan semua kenangan tu sempadan utk kita perbaiki kelemahan diri, supaya kita lebih matang dalam melayari kehidupan yg serba mencabar nih. Kalau betul cinta pertama itu begitu valuable kenapa kita ada cinta kedua, ketiga dan seterusnya...yg terakhir itu juga yg indah kan?

Berbalik lah kita pada jodoh dan ketentuan Illahi. Redha atas apa kurniaanNya, kerana ketentuan Allah itu sebenarnya yang terbaik dalam kehidupan kita. Hargai apa yg kita ada supaya nanti yg kita kendong x keciciran.





Nota kaki:
Cintailah orang yg mencintai kita kerana dia lebih pandai menghargai...
*buat en azmam mahmud...andalah cinta terakhir mama, cinta yg akan mama bawa mati, pada cintamu mama sanggup berkorban apa sahaja, dan mama impikan untuk terus berpimpim tangan denganmu hingga ke syurga

Jumaat, 30 April 2010

ADAMAYA: Hakikat Dunia Sekarang

Semalam tengok Adamaya..(Ala..drama bersiri tekini kat TV3 kul 6.30ptg tuh)..semalam ceritanya mengundang marah tokma kat si Maya. "bodoh tul pompuan nih.." katanya. Bukan tokma jer tau, kat fb sibuk kengkawan bercerita tentang Adam dan Maya nih..ramailah yg geram kat Maya. Wah!!!nampaknya menjadilah lakonan si Lisa Surihani tu kan? Dah nama pun drama, kalau x mengundang kontroversi dan sakit hati di hati penonton belum dikatakan berjaya ler....
Mama bukan drama addict, tapi minggu lepas teringin plak nak tengok...sebab leh lah menambah komen kawan2 dalam fb..hehe. Bila mama layan siri semalam, geram gak jadinya ngan sikap Maya tu kan?kan?kan?
Hakikat dunia sekarang ni memang ramai yg macam perangai Maya nih. Sekeliling kita, mesti kita pernah terdengar cerita macam nih. Mama kurang mengerti dengan sikap wanita yg dah punya suami yg baik, good looking, kerja pun ok untuk tampung keluarga, penyayang, dan menyayangi kita sepenuh hati tapi masih mencari yg lain. Hakikat manusia x pernah puas dengan apa yg dimiliki semakin terang di mata kita kan? Mama susah nak mengerti orang yg x sayangkan suami sendiri..(suami yg sempurnalahhhh..x termasuk yg mendatangkan masalah)..Kenapa ek? Dowang nih x puas dengan 1 ker?
Dunia sekarang membuatkan dunia rumahtangga kita penuh cabaran, kalau tersalah langkah, bahaya jadinya. Bukan sahaja masalah isteri curang, suami curang, sekarang ni masalah LOBO (laki orang bini orang) macam makin menjadi2 tau..menakutkan dan menyeramkan bila dengar satu demi satu cerita dari kengkawan.
So..mama cuma nak ingatkan diri sendiri dan kengkawan yg sudi dengar peringatan dari mama nih....biarlah institusi kekeluargaan kita mendapat rahmat dan berkat dari Illahi..Jauhkan lah diri kita dari segala bentuk fitnah, atau perbuatan yang merosakkan keberkatan rumahtangga kita kerana mama percaya, kita bina rumahtangga kita dengan cinta yg suci dan biarlah cinta itu terus suci tanpa noda2 dosa.
Jauhkanlah diri dari kecurangan. Kekadang apa yg kita kejar tuh x sebaik yg kita ada..dosa plak yg bertambah  :(

Nota kaki:
*Apalah yg mama mengarut ni..mama geram dengan Maya tuh..dosa tau buat macam tuh. Suami skit punyer baik..cari jugak yg huduh perangai tuh
*Dah la..x suka cakap tentang curang2 nih....

Selasa, 20 April 2010

KENAPA MANUSIA MAKIN KEJAM?

Hari ke hari semakin banyak plak kes buang bayi nih. Macam dah jadi tajuk wajib newspaper. Kenapalah mereka ni kejam sangat? Xder ke rasa sayang, kesian, sedih....Ya Allah..Mama plak jadi fobia nak baca paper, tambahan plak kalau gambar baby tuh kat muka depan, besar2 plak tuh..(Metro lah selalunya..).kadang2 blum baca isi kandungan tapi tengok gambar pun mama dah nangis..macamane agaknya perasaan si pembuang tu sewaktu dia campak bayi tu..(cuba bayangkan)

Mama kalau tengok gambar2 nih, satu jer terlintas kat kepala, senangnyalah mak mereka ni beranak..mama dulu hampir 24jam sakit masa nak deliver Dhiya. Pastu mudah plak dowang nih ngandung, mama nih hari2 nunggu untuk pegnant agi...Kawan2 mama tuh ada yg berpuluh tahun kawin tp tuhan x bagi rezeki lagi..ada yg berhabis beribu2 berubat sana sini semata2 nak baby..

Kuasa Allah, siapalah kita hamba yg lemah ni nak menafikan semuanya...sekurang-kurangnya mama amat bersyukur tidak digolongkan dalam golongan macam nih dan tiada kawan2 dari mereka nih

Nota kaki: 
mungkin ramai yang dah bergelar ibu tapi tidak semua Allah kurniakan dengan naluri keibuaan...
Terima kasih Ya-Allah jadikan aku seorang ibu dan kurniakan aku naluri keibuaan dan kau limpahi keluarga kami dengan kasih sayang yang kuat supaya aku menyayangi zuriatku sepertimana ibuku menyayangiku

Isnin, 22 Mac 2010

SUDAH BEGITU TAKDIR UNTUKMU...

Mula2 marilah sama2 kita sedekahkan Al-Fatihah buat Moksu mama yg telah pulang kerahmatullah pada Jumaat yang lalu semoga rohnya dicucuri rahmat.

Sejak dari hari mama dapat berita pemergian Moksu, sampai hari ni mama asyik terpikir pada nasib Zura, Atiqah dan Amirul (anak2 arwah moksu merangkap sepupu mama). Mereka ni masih bersekolah..yang sulung (Zura) sedang mengikuti kursus kejururawatan, yg kedua (Atiqah) baru tungkatan 5 dan yang bongsu (Amirul) baru darjah satu. Sedih mengenangkan mereka sekarang yatim piatu, tiada ayah dan ibu. Bagaimana nasib mereka di hari muka.

Ayah mereka (Pak Cu mama) meninggal dunia 2 tahun lalu akibat barah hati. Pakcu adalah adik kepada ibu mama. Masa kematian pakcu dulu mama lihat kesedihan mereka, hilangnya tempat bergantung tapi mereka masih ada ibu tempat berpaut hidup. Arwah ayah mereka ada meninggalkan sedikit KWSP dan Takaful.Tapi, ibu mereka hanya surirumah tiada pekerjaan selain menjual kuih. Adakah masih ada baki duit untuk mereka adik beradik terus meneruskan kehidupan tanpa mengharapkan ihsan orang?Wallahualam...
Agaknya kesedihan kehilangan ayah baru mula ilang dari minda mereka, mereka di uji lagi dengan pemergian ibu tempat begantung hidup. Hati mama sebak mengenangkan perjalanan hidup mereka yang masih panjang. Di mana tempat mereka menumpang kasih, bermanja, mengadu dan pada bahu siapa mereka nak berpaut.

Memang betul mereka masih ada ibu dan bapa saudara, masih ada nenek tempat nak bermanja, tapi betah kah kita nak meminta pada saudara bila tiada duit dalam poket? betahkah kita nak menangis di bahu bapa saudara bila dirudung duka? betahkah menumpang tidur diriba nenek bila hidup diuji dengan dugaan dari Illahi? betah kah kita?walang sungguh hati mereka....
Mama berdoa agar tuhan permudahkan urusan hidup mereka 3 beradik agar mereka dapat menyusuri liku kehidupan dunia ini dengan tenang. Semoga tuhan kurniakan kepada mereka ketabahan dan kegigihan bagi mereka membina hidup, semoga ikatan persaudaraan mereka bertiga tidak dipisahkan. Amin!!! Apa yang kita boleh buat adik2ku, semuanya takdir ilahi. Suratan qada dan qadar tuhan x dapat kita lawan. Insyallah ada hikmah yang tersembunyi disebalik semua ini.Allah takkan menguji kita lebih dari kemampuan kita....

Dalam hati mama berdoa semoga dipanjangkan usia, agar mama boleh membesarkan Dhiya dengan sempurna, agar Dhiya ada tempat bertaut dan berteduh hinggalah dia betul2 mampu berdikari.Agar hidup Dhiya tidak terumbang ambing tanpa bimbingan dan panduan dari mama dan papa. Amin.

Akhir sekali, semoga roh pakcu dan moksu dicucuri rahmat dan ditempatkan dikalangan orang2 beriman..amin

Ahad, 28 Februari 2010

GAGAL

Arini hari yang cukup x best pada mama. Semunya gagal, semua dirancang x jadi...HUH. Rase down sangat, stress pun ada..

APA YANG MAMA GAGAL BUAT HARI NI?


  • GAGAL MERANCANG BIRTHDAY PARTY DHIYA
(Hari ini birthday Dhiya yang ke-2, mama rancang party untuk Dhiya dari few months ago. Tapi hari mama gagal untuk laksanakannya....mula2 tok n aki Dhiya x dapat datang, pastu Aunty dan Su Mira xleh balik sebab ada aktiviti kat U masing2..pastu mama tengok papa macam x bersungguh, wat mama sedih n malas nak handle...kesudahannya, kesian kat anak mama..SORRY, Dhiya. Bukan macam ni yg mama harapkan, it suppose to be something memorable to you )
  • GAGAL JADI TUAN RUMAH YANG BAIK
Kelmarin Ayah Mi Dhiya sekeluarga datang melawat tokma kat sini. Mereka datang secara mengejut wat mama kelam kabut. Mama cukup x suka orang datang rumah secara mengejut macam ni. Yelah dowang kan orang jauh, banyak yang perlu mama sediakan. Tapi semalam, mama gagal sediakan makan tengahari kat dowang atas sbb yg privacy. Kegagalan yang amat menyakitkan.
  • GAGAL SEDIAKAN BREAKFAST HARI NI
Hari ni pulak, sibuk pikir tentang besday Dhiya yang x jadi ni, mama x sempat sediakan bekfast untuk tokma n papa. semuanya makan roti jer. Sian tokma, mesti lapar 2....Mama sedih ni.
  • ADALAH 2,3 PERKARA LAGI YANG MAMA GAGAL...X SANGGUP NAK KONGSI

Mama sedih ni, terasa gagal menguruskan diri, anak dan rumahtangga dengan baik..

Hari yang penuh kegagalan bagi mama.

Sabtu, 20 Februari 2010

KASIH TERCIPTA

FUHHHH....lega rasenya. Kan mama dah cerita tentang dugaan utk mama masa kat ka aritu.(Tau skit2 kan?).

Kini mama happy sangat. Mama berjaya hadapi ujian Allah 2 dengan redha. Mama dah semakin tenang dan yang penting mama di beri satu kehidupan baru yang lebih bermakna...

Mama lebih kenal diri, mama lebih paham dengan kehidupan ini, mama paham Qada&Qadar tuhan. Mama dah semakin matang.

Mama yakin, ALLAH xkan menguji hambanya, melainkan yang mampu ditanggungnya..

So kalau kawan2 mama ada yang diuji Allah, redhalah dgn dugaan 2, cuba praktikkan ni:

1-Amik air sembahyang untuk tenangkan diri

2-Mintak ampun dengan tuhan, berdoa di beri kekuatan

3-Muhasabah diri, dan fikir apa agaknya dosa dan kekhilafan kita yang mungkin Allah sdg
ampunkan

4-Telefon ibu kita, tanya samada ada dosa yg kita lakukan terbekas dihatinya, mintak halal air
susu yg kita minum

5-Mohon ampun dengan suami, kot2 kita ada buat silap

6- Terus menerus berdoa semoga kita terus kuat, redha dgn apa berlaku dan mohon x diuji
begini lg

7- Pejam mata rapat2, tarik nafas dalam2, tenangkan minda dan berkatalah dalam hati
"AKU BERSYUKUR KERANA AKU INSAN TERPILIH YG KAU TIDAK LALAIKAN, YA
ALLAH"

Mama x copy dalam mana2 buku, inilah apa yang mama buat hari tu...ALHAMDULILAH..Mama rasa keberkesanannya..

p/s: ingat, kita akan selalu di uji, kerana hidup kita pinjaman ILLAHI