Memaparkan catatan dengan label DHIYA KHAIRINA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label DHIYA KHAIRINA. Papar semua catatan

Selasa, 28 Februari 2012

MEMBESARLAH BAGAI JUARA, PUTERIKU


Hari ini 28.02.2012..
4 tahun telah berlalu
Tapi rasanya baru semalam mama dengar tangisanmu
Rasanya baru semalam mama sentuh jari kecilmu
rasanya baru semalam mama cium pipi harummu

Dhiya Khairina
4 thun sudah kamu mewarnai hidup mama
bina kekuatan dalam diri mama, bina 1 rasa bangga dalam diri mama
kerana hadirmu mama bergelar "mama"
Setiap keletah, tawa, tangis mu jadi halwa telinga mama

Dhiya Khairina
Membesarlah anakku, terokailah hidup ini
sekiranya jatuh nanti, bangunlah..tabahkan hatimu
sepertimana mama tabah keranamu
mama tetap akan ada untuk memimpin tanganmu
tetap disisimu...menemani setiap langkahmu

Dhiya Khairina
sesungguhnya kamu pelengkap, kamu penyeri 
mama amat sayangkan kamu, seluruh jiwa raga mama
Selamat ulangtahun kelahiran ke4, sayangku
Membesarlah bagaikan juara, 
Jadilah anak cemerlang dunia dan akhirat
Doa mama mengiringi setiap langkahmu
Moga Allah pelihara kamu, anakku...



Fresh...2nd Day

Pertama kali berjaya meniarap.. 4 bulan
Kamu menangis tiap kali tidak berjaya memusingkan badan
Akhirnya dengan susah payah,,,berjaya jugak meniarap..

Pertama kali berjaya melungsur laju ke depan
pertama kali kamu pandai melungsur, kamu bergerak mengundur
mama dan papa selalu ketawakan kamu..
x baik betul kami..
akhirnya kami bertepuk tangan bila kamu berjaya kedepan
Dan mama perasan air muka puas hati kamu..
Tahniah anakku

Bercubaan merangkak
Waktu ni kamu bersungguh2 untuk mengangkat tubuh..
akhirnya kamu berjaya merangkak.
Mama menangis tengok kamu...sambil tepuk tangan

ur first step..anakku.
akhirnya kamu berjaya melepaskan tangan dan melangkah ke arah mama
ini antara saat yg mama xkan lupakan..
rasa bertuah sangat kerana berjaya rakam saat ni
Air mata mama menitis lagi sambil bersorak seronok..

ur first car..
hari pertama papa belikan walker...

Pertama kali mengjahanamkan bedak compact mama..hehe
Anak mama dah pandai nak bermakeup..

ur first teeth..
kamu tumbuh gigi taring dulu..
semua orang kata kamu pelik..hehe
dan yg lagi pelik taring kamu tumbuh 2 skali

ur first competition
Pertama kali kamu join competition di Carefour subang jaya
Pertandingan baby dalam walker.
Kamu yg paling kecik skali..peserta lain semua 1tahun ke atas

First time jatuh.
Ya Allah, masa ni mama menangis macam orang giler..
huhuhu..tapi kamu kan kuat

ur first bike..

 Ur First Ride-naik merry go round.
Menangis kamu, tengok muka takut kamu tu.

Ur first lipstick..hahah
first time kamu bermakeup..
dah pandai nak melaram anak mama


Segala-galanya pertama bagi kamu tersemat dalam memori, mama
hepi 4th besday my cute princess............



Tanpa mama sedar, kamu dah besar upenya
dah pandai melaram, pandai buat lawak, pandai bercerita
Mama dah ada teman berbual, teman memasak
Kamu betul2 mewarnai hidup mama



Nota kaki:
Sedih plak ase..huhuhuhu..
*harini sambutan besday Dhiya kat sekolah..

Khamis, 9 Februari 2012

CONVO SI PARI-PARI

Lagi cerita tahun lepas punyer
katanya dah lama x menghupdate kan, kan???
Xceli ni bukan ler convo secara formalnya..

tapi nak kata x formal..memang formal pun
sebenarnya, disebabkan dhiya masuk sekolah kat sini
dah bulan 8 so kira macam menumpang jer lah
tapi sebab nak jaga hati anak (sambil jg hati maknya)
(katanya anak kakitangan kan?kan?)
Dhiya pun berkonvo ler skali


Memula ikat kemas jer rambut..
skali mortar board tu kecik then xleh adjustable..huhuhu

Dapat freegift jer..
sijil x dapat ler, dah katanya menumpang.
Dhiya paling kecik tau, masa ni 3 thun jer

Tapinya kan..lepas majlis penyampaian sijil
ada plak pertandingan pakaian beragam
yg tu dhiya xcited sesangat....
jom tengok aksi2 dhiya

si pari-pari bagi pose terakhir sebelum berjuang di atas pentas

Lambaian miss world..hahaha


CAtwalk atas pentas dengan penuh gaya..haha

Dan dengan bangganya..mama nak announce kat sini..
Dhiya jadi juara..
Juara cilik, dia yg paling kecik, paling berani atas pentas..hehe

Sebab kecik sangat...x larat nak bawak hadiah..
cikgu kena tolong bawakkan..haha


Posing si pari-pari juara..hehehe






Nota kaki:
Mama bangga sangat dengan Dhiya..
Kembang kempis hidung mama bila semua orang puji dhiya berani
budak2 lain yg 6,5 tahun semua Dhiya kalahkan..

Isnin, 6 Februari 2012

SMS FROM NESTLE

Dhiya minum susu formula start umur 2 1/2 tahun
sampai ler sekarang..so dah hampir 2 thun ler kan??
tapinya dalam masa 2 thun 2, dah braper kali tukar susu
Pelik betul, ntah aper ler nasibnya sampai jadi sebegini.

Bukan sebab ada alahan ker aper ker..
tapinya susu tu sendiri yg bagi masalah kat mama nih
dhiya tu punyer ler choosy bab susu ni,
nak buleh stop susu badan ganti ngn susu formula tu pun
punyer ler payah yg amat...

http://violetgloves.blogspot.com/2010/02/dhiya-minum-susu.html
ni entry memula mama citer tentang percubaan bagi Dhiya susu formula
tapinya kejap jer menjadi tu pastu masalah demi masalah bermula
http://violetgloves.blogspot.com/2010/04/botol-nya-susunya.html
http://violetgloves.blogspot.com/2010/10/mama-ada-masalah-baru-harap-u-oll-dapat.
http://violetgloves.blogspot.com/2010/11/pengaruh-sheila-majid.html

cerita demi cerita...akhirnya Dhiya stick ngan nespray tu
sampai ler sekarang..tapi itu bukan pengakhir masalah
ada 1 ag masalah timbul plak...

beberapa minggu lepas, mama dapat sms dari NESTLE
"Susu Nespray membesar akan ditamatkan penegeluaran"
Hadooooooooooooo....mama pening tau, bermula plak sesi pick n try
bukan senang tau....first pilihan mama...


Kenapa mama terus pilih susu nih???
Sebab susu ni tengah hot, kerap sangat keluar iklan..
So mama cuma berharap, Dhiya terpengaruh ngan iklan tu.
Senoga taktik mama tu berjaya

Setakat ni Dhiya minum....tapi mama x bleh trus menarik napas lega
Takut masalah lama berulang lagi..try 2,3x pastu xnak.

Harap2nya kali ni masalah ni x serius..
Mama nak Dhiya minum susu terus menerus sampai besar
jadikan susu amalan, x nak stop.
lagipun sekang dhiya minum susu dalam training cup
memang dah x minum dengan botol susu, x der aper nak isau.




Nota kaki:
Anak-anak sekarang ni pandai sangat memilih kan?
Bila banyak sangat pilihan macam tu ler jadinya, parent pun pening

Jumaat, 27 Januari 2012

MASIH ADAKAH YG RINDU???

Salam semua...
Dah lama giler x membuat entry..terasa kekok pun ada..hehe

Banyak cerita nak share dengan semua kengkawan.
Nnti ler, ada sesi bercerita, kali ni nak buat entry pengubat rindu jer

So pada unty2 dan geng2 yg merindui Dhiya..
Entry ni untuk kamu..hehe



Dah besar kan??? x sedar masa berlalu


Anak dara mama...
Terserlah keayuan gitu..haha



Ada ker yg rindu kami??? hehe
Kalau ada alhamdulillah....


Nota kaki:
Siyesly...rasa lain macam plak nak menulis entry, macam beku plak idea.hehe

Khamis, 4 Ogos 2011

SHOPPING PUTERI

Kalau tadi cerita yg mama dia mereleasekan tensen ngn soping elianto
eh, anak dara tu x kurang jugak, xnak mengalah ngan mamanya
dah ler lip gloss mama kena paw ngan dia..

Masa gi soping semalam Dhiya mengepaw mama tau..
nak tengok hasil yg dapat di pawwww????


Bekas pencil. colouring book ngan sticker.
Kat kuantan ritu paw mama bes galas princess.. huhu


Secara amnya....
Mama sendiri x pasti sejak bila Dhiya mula berkenan ngan princess stuff ni
Sebelum ni semua menda nak Mickey Mouse..
X perasan anak dah membesar sebagai anak dara..hehe

Sekarang ni pantang nampak Princess semua dia nak..huhuhu
Nampak gayanya tahun depan nyer birthday party kena tema princess ler nampaknya.


Nota kaki:
Dalam ramai2 tu dhiya paling suka snow white,..dia kata snow white paling cantik.

Selasa, 2 Ogos 2011

LIKE DOTER LIKE MOTHER -EPISOD 2

Dulu mama dah pernah wat entry kisah 'LIKE DOTER LIKE MOTHER'
nak baca boleh ler klik link nih:

Utk episod ke2 ni...silalah merujuk pada gambar kat bawah



*



*



*



*





Comel x????



Nota kaki:
Dhiya sekarang ni semakin pandai nak yg sama2 ngan mama tau..
X lama lagi mesti lebih dari mama..huhuhu

Jumaat, 15 Julai 2011

RESEPI KEK CARCA MARBA

Setelah 4 thun bergelar mama, pengalaman banyak mendewasakan
Salah 1 yg mama belajar dari dunia seorang ibu ialah, prihatin dengan persekitaran.
Malahan menjadi seorang ibu jugak, melatih mama jadi penyiasat x bertauliah
yg x kurang hebatnya di muka bumi ini..
*kalah Detective Conan tau, apatah lagi Detective Lim (Gerak khas)

Teknik paling penting dalam menjadi penyiasat dalam dunia seorang ibu ialah:
'Bila anak menyepi sorang diri, senyap seribu bahasa, silalah amik langkah berjaga2'
Dengan kehebatan mama..maka semalam suspek telah berjaya diberkas
dan tapak kejadian telah disita utk siasatan lanjut.


Tapak kejadian....
Pada awalnya suspek tidak mengaku bersalah
Tapi, bukti kehadiran suspek ditempat kejadian dapat dikesan.


Tapi, mama bukan nak cerita pasal men bedak tu..bukan, bukan..cerita tu x best.
Kes tu dah biasa kita jumpa di mana2 rumah yg ada anak tengah membesar.
Cuba u oll fokus kat cawan pink itu..


Bila mama bau ada bau bedak johnson + losyen+ baby oil + aquos cream
Ntah bila dia seludup cawan+sudu masuk bilik xtau ler.


Sesi soal siasat telah dijalankan. Pada awalnya suspek tidak mengaku.
Namun,  kehandalan mama menyoal siasat
maka suspek telah memberikan jawapan yg agak munasabah

Mama: Dhiya buat aper ni?
Dhiya: Dhiya xder buat aper2 pun..
Mama: Ni saper yg main bedak abis macam ni?
Dhiya: Dhiya xtau...
Mama: Tuhan marah cakap tipu, nnti kena potong lidah. Tu yg bedak penuh baju tu?
Dhiya: Sori mama...
Mama: Ni dalam bekas ni..saper buat macam ni??? 
Dhiya: Dhiya, BUAT KEK..macam mama.

Oooooo...dia buat kek upenya macam tu????
Hahaha..kreatip jugak tapi intrepretasi bahan yg salah
Tu bukan setakat kreatip dan inovatip ajer
tapi orang kelantan kata "DAMAH HARTA"
Abis dia campurnya segala menda yg ada..

Nak marah pun x jadi tau...Tapi x marah kang, di buatnya lagi
Kalau macam tu, 3x buat kek abis sebotol bedak, sebotl baby oil, losyen bagai.
kopak ler poket bapak hang anak oiiii.. 

psstt: Ada yg berminat nak order kek Carca Marba ngan Chef Dhiya utk raya nih???
Harus buat tempahan awal utk mengelakkan kehabisan stok.  



Nota kaki:
Anak2 ni cepat betul belajar dari persekitaran kan? 
tanpa kita sedar dia perhati dan hafal menda yg selalu kita buat

*Damah @Damas = habis wang kerana boros (Kamus dewan edisi 4)

Rabu, 13 Julai 2011

KONSERT FREE - DHIYA & THE PIANO

Dhiya memang suka muzik..
Barang mainan pun banyak muzik instrument jer...
Leh tengok enty nih:
http://violetgloves.blogspot.com/2011/02/kau-muzik-dihatiku.html
X tau ler minat muzik tu tumpah dari maner, mama ngan papa 1 alat muzik pun x pandai, nyanyi komfom sumbang tau..hahahha...

Aritu gi The Summit USJ...Dhiya kusyuk duk men piano
Memang kalau gi Summit, dia mesti ajak mama gi kedai piano tu..
Test bakat free kat situ..hehehe..Buat konsert syok sendiri ler Dhiya tu
Nak beli yg tu mama x mampu lagi ler anak oiiii...main free boleh ler.


 Sebelum memulakan konsert..hehe


Kusyuk....lagak profesional


Dhiya tujukan kat mama..lagu ni.. :)

Gigih...versi lagu rancak..laju..haha

Lentik2 jari jemari tu

Penutup.....dah la anak oiiii..jom kita balik..
1jam++ mama duk melayan dia main piano kat situ.
seb baik ada kerusi..

Amacam unty2 semua???? Terhibur x ngan konsert Dhiya???

Atas minat Dhiya yg mendalam kat muzik ni mama ingat nak register muzik class
tapinya mama lebih suka Dhiya masuk kelas ballet...
Bagi dia ada keyakinan diri yg tinggi, dan stage present yg bagus
selalu kalau gi Taipan tu, nampak budak2 baya Dhiya baru balik dari kelas ballet
pakai dress ballerina tu...comellll sangat.geram..
selalu bayangkan Dhiya pakai gown tomeiiii tuuu..

Mama tengah mikir ler ni, nak antar BALLET ker nak antar Kelas Muzik??
Pendapat kengkawan?? keduannya skali mama x mampu ler plak kan.


Pssttt: Aritu masa gi servey School for Dhiya, ada teacher tu cakap 
"Kat sekolah nnti, boleh menulis, melukis, bersenam, main dan boleh menyanyi, dancing"
Dhiya pun nampak happy then jawab
 "Nanti Dhiya nak nyanyi 'Kalau Berpacaran' jer.



Hahahhaa.....cikgu tu ketawa jer, mama ngan papa pun senyum simpul..
bikin malu mama n papa yea Dhiya..haha



Nota kaki:
Dhiya sekarang ni pandai ikut Angelina Ballerina menari..hehe

Isnin, 11 Julai 2011

MARI MEWARNA BERSAMA DHIYA

Perkembangan proses pembelajaran Dhiya dah pernah mama abadikan sebelum ni
Menulis, melukis, membaca, menconteng, mewarna...
Alhamdulillah x sukar maner nak ajar Dhiya tu semua..

Kali ni nak ceita pasal mewarna plak....
xceli dah pernah ada entry mewarna part 1..so...
Jom kita tengok cerita mewarna part 2, ada improvement x agaknya?

Masa jumpa Anje n Balqis kat Sunway Pyramid ritu
Anje ada hadiahkan princess coloring book set (skali pencil warna)
Balik tu, sampai jer rumah, mandi2 trus nak mewarna...

Tengok tu kusyuk..siap bersilang2 kaki

 Mama panggil buat dono jer tau..

Marah mama ganggu konsentrasi...

U oll nak tengok x hasil seni Dhiya???



Well, sebagai ibu, mama bangga dengan hasil seni dhiya pada usia 3 thun,
kembang kempis idung mama tau..seb bek xder lalat.. :)
Nampaknya ada perkembangan ler berbanding part 1 dulu

Pastu yg lagi mama teruja ialah
Dhiya dah pandai kenal warna...
Walaupun kaler2 tu comot2 lagi tapi atleast,
betul ler warna yg dia pilih based on gambar asal tu kan???
Well done, mama bagi 5 bintang kat Dhiya..hehe


 vs

Nnti mama beli lagi buku mewarna ek...
Tq to Anje sebab bagi Dhiya buku princess ni..


Entry2 berkaitan Akademik Dhiya:
Dhiya menulis
Dhiya membaca 
Dhiya melukis
Dhiya mewarna part 1



Nota kaki:
Sangat teruja tengok anak pandai 1 persatu perkara depan mata..hehe
Kiranya homeschooling dhiya berjaya ler kan?


*Sekarang Dhiya dah addicted to princess karekter ni..semakin dewasa ler katakan.

Selasa, 5 Julai 2011

MARI MENGIRA BERSAMA DHIYA

Kali ni cerita pasal Dhiya lagi...
Hehehe, x abis2 cerita pasal Dhiya kan???
Nak buat camner, blog ni pun ditubuhkan utk mengabadikan ksh dia.

Kali ni xtau ler nak gelak guling2 ker, nak hantuk kepala dus, dus kat dinding
Nak kata lucu tu memang ler lucu...memang kelakar tahap dewadewi
tapi x sampai hati lak nak gelak...

Meh nak cerita, pastu u oll decide ler
nak gelak guling2 atau hantuk kapla kat dinding,
Tapi kalau sakit sendiri tuam ngan ais ek..hehe

Sila perhatikan rajah dibwah: (Ceh macam soklan pekse BM UPSR)

Ini hasil tulisan Dhiya...xder aper yg lucu kan????
Cuba baca perbualan kat bawah plak yea.....


Dhiya: Mama..Dhiya dah siap tulis.
Mama: Okey..pandai....Dhiya tulis nombor apa ni??

Dhiya diam kejap sambil garu2 kepala x gatal
jari-jari tu duk angkat jatuh angkat jatuh mengira ler tu kengkonon...

Mama: Dhiya tulis nombor aper ni????
(kuat skit suara mama...dah tau dah Dhiya lupa lagi ler tu)

Dhiya: Dhiya tulis book, book, book, book, book, book, books..


Kepala mama pun keluar segala bintang2, spring2, tanda soal, seruan segala
memang ngam2 soi 7x ler dia sebut book tu..hahahaha..

wo..wo...wo..haiya anak, jangan kasi malu lu punyer apak
lu punyer apak sudah 10thun jadi cikgu math oooo,
sedikit tercalar kredebiliti lu punyer apak

Tapi xper, xper, anak mama tetap bagus, tetap pandai
kalau tanya mama, mama kata betul ler jawapan tu
mama akan kasi full marks, siap bagi 6bintang lagi
cuma Lembaga Peperiksaan Malaysia jer yg x terima jwpan sedemikian
Nak buat camno kan?

Rasa mcm ada rama2 jer dlm perut mama ni duk merayap2
suh gelak kuat2, tapi x boleh nak gelak sangat, 
kang ilang mood anak nak belajar, rasa down lak mama gelakkan dia.


Nota kaki:
Dhiya dah tau bilang sampai ten, tapi dia kenal nombor sampai 5 jer, tapi no 8 dia kenal.

Isnin, 4 Julai 2011

TONGKANG PECAH

Kalau dia senyap jer dalam masa 5minit ke atas tu
silalah bayangkan diri anda seperti spy NCIS dan silalah pergi ngintip
tapi sila penuhkan ilmu pertahanan didada, kalau x mesti anda pengsan

Malas ase nak tulis pepanjang....
Rasanya tiap2 hari kena kemas bilik anak dara sorang ni.
Kalau setakat sapu2, kebas2, tegang cadar, sembur perfume
xper lagi, mama boleh buat dengan hati terbuka luas, tanpa buka mulut pun

Tapi kalau dah macam tongkang pecah sebegini rupa
Maunya x fingsan mamanya, nafas pun dah semput ni...
seb bek ler xder asthma, kalau x kalut mencari inhealer




Maunya mama mengaum dgn keterluasan mulut lebih luas dari singa.
Bayangkan singa besor kat Sunway Pyramid tu mengaum...Dapat bayangkan?
huh, lagi dasyat kot mama mengaummm..hahahha




Pastu boleh plak dia buat muka x bersalah...siap sebut cheese lagi...

Tu baru anak sorang, pompuan lak tu...
Hadoiii... malas lah nak membebel pepanjang
nak mengemas plak ni......
Memang dah macam kena langgar garuda dah pun bilik ni.
Ni pun kalau kemas pun, x sampai sari ni....tunggang langgang semula
itulah kerja mama hari2...bengkek jer rasa...
seb bek anak sendiri, kalau anak kucing dah lama isi dalam guni
pos ngan papa time nak gi kerja tu, tinggal kat highway..huwaahuwa



Nota kaki:
Ada petua x nak ajar anak mengemas?????

Jumaat, 1 Julai 2011

VOCAB DARI ANAK YG PELAT

"Tucumatt, mama"

Tucumatt tu aper?? puas mama suh Dhiya ulang2..
Menghayati betul2 ayat dan intonasi anak,
bukan senang jugak tau nak paham anak yg pelat nih. hahaha.
Ni perkataan baru yg Dhiya pandai sebut ni, sebab baru sari 2 ni
dhiya asyik sebut perkataan nih

U oll rasa aper tucumatt???
Matt, tu kena tekan skit, ada sabdu kat situ..hahaha
Ada jugak unty2 yg teka kat FB..tapi semuanya salah


Agak2 unty yg lain boleh teka ker aper tu 'tucumatt'???

Setelah berulang kali dengar, baru ler mama paham
then bila mama tanya Dhiya betul ker mama cakap tu..dia kata betul
hehehe..macam tu ler selalu, kalau mama x paham
mama akan try padankan dengan perkataan lain berkali2
then kalau dia kata betul, ituler yg dia maksudkan.

Kalau sebelum ni..maksud kelatkelatkat u oll tah tau dalam entry
http://violetgloves.blogspot.com/2011/02/kelatkelatkat.html

Pastu maksud putai pun u oll dah tau dalam entry ni
http://violetgloves.blogspot.com/2011/06/putai-di-atas-pokok.html

hari ni kita tambah lagi pengetahun vocab kita sebagai ibu..

Maksud tucumatt ialah:

Thank you very much...


Hahahaha..jauh kelaut luas bunyi ngan maksudnya kan?kan?
mama perasan, kalau mama buat susu, dhiya cakap 'tucumatt' mama
kalau mama siap pakaikan baju "tucumatt, mama"
Selalu jugak dhiya sebut 'Tucumatt tu"

Pasni, kalau sempat mama nak rakam ler, dhiya sebut tucumatt.hehe
lucu sangat bunyinya, hehe
mama dah betulkan, tapi bunyinyer tetap sama. haha


Nota kaki:
* anak u oll pelat x? ada x perkataan yg lucu..jom ler share
sangat seronok melalui moment bergelar seorang ibu

Khamis, 30 Jun 2011

TEKAK MAHAL

Selalunya, most of the day ler,
Dhiya akan amik bijiran utk breakfast...Almaklumler bangun lambat
Dhiya akan bangun pagi 11 ke atas
So mama xsuka bagi dia heavy breakfast nnti time kami lunch 
dia kenyang plak..so dia akan makan skit jer.

Memang favourite breakfst dhiya ialah KOKOKRUNH
(eh betul ker eja gitu ek).....
Semangkuk kokokrunch ngan susu + pisang boleh ler buat alas perut
tunggu pukul 1 lebih papa balik kerja tu...

Ok berbalik pada tajuk entry kita, 
Bebaru ni gi  beli barang rumah kat TESCO
Dhiya dari rumah ag duk bising kokokrunch dia dah abis
bila sampai kat tesco kami dipaksanya cari kokokrunch dulu.
Tapi tengok regenya sedikit mahal berbanding kat Mydin.
Gilos mahal kan kokokrunch tu...huhuhu...
Papa pun guna kaedah lain, dia gi offer Dhiya kokokrunch TESCO
Haha..murah giler tau, 1 beg 700gm baru RM4.90. hehe

Haha..amik ngko..besar 
Macam ada anak 4 or 5 orang jer kan?

Memula tu Dhiya xcited tau, jnji ada kokokrunch kan?
Tapinya bila balik rumah, breakfast esok harinya...
Nak tau aper jadi?????



Dia rasa jer sesudu 2, pastu hirup susu jer

Dan..hari2 berikutnya, memang susu ajer yg dihirup
kokokrunch tu semua ditinggalkan camtu jer.
X sedap katanya...bila mama rasa, sedap jer, xder ler beza sgt pun
Hadoi la anak, dahtu aper ler mama nak buat ngan sebungkus besar tu??
Dah ler tupperware besar utk simpan pun mama x sempat beli lagi.

Papa kata, kalau lagu ni ore klate kata 'ada tekak'
hehehe...mama pun jawab, memang ler ada tekak.. :)
ini bukan setakat ada tekak ni, tekak mahal ..... haha..

ps: 
Dhiya ni memang terkenal ngan sedikit fussy bab2 camni, bab brand, jenama..
susu segar pun dia dapat beza yg dutch lady ngan marigold yg gambar lembu tu. huhu



Nota kaki:
Anak2 sekarang ni advanced kan????
Kita dulu, apa yg ada depan mata tu ler hentamnya.. sedap x sedap tu lain cerita

*saper tau aper2 resepi kuih ker, kek ker yg guna kokokrunch?? hehe

Rabu, 29 Jun 2011

PUTAI DI ATAS POKOK

"Mama...mama..cepat sini cepat"...
Dhiya panggil mama sambil terlompat2 keexcitedan..

"Cepat mama tengok putai kat pokok"
Kata Dhiya sambil jari telunjuk halus tu tunjuk kat pokok
kat luar rumah, kat pintu dapur sana...

"PUTAI??????!!!!! aper tu"..puas mama memikir..

u oll rasa aper PUTAI itu?????




Masa mama post kat FB status tu ada yg ingatkan
Dhiya tunjuk petai kat pokok...hehehhe
Ke ada jugak yg rasa memang petai????????
Dhiya x kenal petai ler kengkawan, mama ngn papa dia x makan petai


hehehhe.. bukan petai yea unty Amy @ unty Anje




Bukan petai jawapannya....
PUTAI yg si maksudkan oleh Dhiya ialah:







Seekor TUPAI



Masa mama ternampak tupai kat atas pokok tu
mama gelak guling2 sambil tekan2 perut..huwahuawahua..
boleh plak dia terbalik sebut..lucu, lucu
masa papa col, mama masih ag gelak2 cerita kat papa..

"Itu bukan putai ler Dhiya, itu TUPAI"

"Ooooo..pupai".......Dhiya jawab dengan penuh confident
kengkonon dah tersangat betul ler dia sebut..
skali ag mama ketawa...

Pastu masa papa balik, mama sajer suh papa tanya
dhiya nampak aper kat pokok tadi....

"Ada pupai kat pokok, sebut betul2...pu....pai" 
Dhiya jawab penuh confident then siap ajar papa dia sebut betul2..

Lucu betul ler layan Dhiya Khairina ni....


Nota kaki:
Tapikan seb bek jugak anak mama ni kenal ngan tupai..walaupun salah sebut. haha