Isnin, 30 April 2012

YA RAHMAN YA RAHIM

Allah itu amat pemurah.....................

Pada awalnya dulu saya rasa tercampak..
rasa dibelenggu masalah, demi masalah...
dugaan demi dugaan, cabaran demi cabaran dalam hidup
saya pernah pasrah, pernah rasa kecewa yang amat sangat
pernah rasa tewas dalam kehidupan...

Tapi Allah itu tidak zalim
bila saya semakin dapat rasakan ketewasan itu
bila saya rasa semakin tidak mampu melawan takdir tersurat
tetiba perjalanan kehidupan saya berubah hala...
satu persatu Allah tunjukkan saya jalannya
tapi sebab kerana kesedihan dan kekecewaan mengusai hati dan akal
mata bagai terpukau, x dapat lihat kurniaan illahi.

Satu persatu kehidupan saya berubah...
saya pernah dicaci kerana tidak berkerjaya..
dikata bagaikan pembantu rumah yang selekeh...
Allah bela saya, maka tanpa terduga saya dapat kerja
walaupun tidak seberapa tapi Alhamdullilah,
menjamin masa depan saya sekiranya berlaku sesuatu x diingini

Bermacam hinaan yang saya dapat...
saya bagai terumbang ambing
tapi Allah bagi saya kesini dikelilingi orang yg x pernah
pandang rendah pada saya.....Alhamdulillah...syukurrrr...
Rezeki saya disini sentiasa dimurahkan..
terkini tentulah naik gaji..hehehhe..
belum abis lagi tempoh percubaan, dah dapat naik gaji

Jalan bagi saya seolah2 terbentang....
semua urusan saya disini Allah permudahkan..
Anak, kehidupan, semuanya terbela..
pendek kata, walau apa pun terjadi,
andai takdir saya kena hidup bersendiri disini saya tidak gentar
mereka-mereka yg ada disekeliling saya adalah kekuatan saya

dan kekuatan saya yg paling saya sayangi
anak kesayangan saya....dialah superstar saya..
tiada kata lain dapat gambarkan betapa dia menyenangkan hidup saya.


Nota kaki:
Hanya Allah tahu betapa saya sayangkan kehidupan saya sekarang

Jumaat, 27 April 2012

BERTEMU SAUDARA DI TEMPAT ASING

Duduk jauh dari hiruk pikuk bandar..
bergaul dengan masyarakat desa, kekadang memberikan kita
gambaran manusia yang jauh berbeza..
mungkinkah kerna hierarki yang berbeza, 
atau kualiti udara yg disedut memberi impak yang berbeza

Saya selesa di kampung ini...
dengan suasananya, dengan masyarakatnya, dengan sahabat yang saya ada disini
kehidupan disini mengajar saya erti sederhana..
kawan-kawan saya disini mengajar erti toleransi
dan sahabat-sahabat saya disini mengajar erti hormat-menghormati

kami jauh dari hiruk pikuk kota
tapi itu memberikan kami udara yg bersih dan segar
walaupun kekurangan pusat membeli belah.
segala yang ada disekeliling sekadar ada..

Tapi disini saya bina kekuatan diri
ditunjangi kawan-kawan dan sahabat yang sentiasa ada
disini belum pernah kenal erti musuh
disini susah yang datang mesti ada yang hulurkan tangan

Saya bahagia dikelilingi oleh insan2 berhati mulia
kerana sebelum saya kesini, 
saya sentiasa dibayangi seseorang yang berhati busuk
yang nampak segala kekurangan saya dan mengambil kesempatan pada itu
dalam saya sengsara
\saya dicampak kesini, dan sejak kaki saya menapak disini
saya x pernah rasa susah...saya x pernah rasa janggal
saya gembira, saya bahagia....saya bersyukur

buat sahabat2 yang sentiasa ada disisi saya
tika susah senang, yang sentiasa membantu saya
terima kasih tidak terhingga.....
sesungguhnya disini, biarpun dulu sedikit asing
tapi saya temui saudara.........


Nota kaki:
sekali kita nampak keburukan orang, 10 kali kita menampakkan keburukan sendiri.

Khamis, 26 April 2012

TAMAK

Manusia ni kekadang tamak....
tamak dari segala sudut...
Macam2 jenis tamak yang dapat dilihat
Tamak tu kan permainan dunia, orang yang tamak itu 
sahabatnya syaitan..

X pandai sangat nak bercerita tentang agama
tapi apa yang ada disekeliling kekadang adalah percerita yang hebat
kisah dan jalan2 yang perlu dilalui didunia ni
bagaikan 1 ensiklopedia yang lengkap..
kehidupan harian kita sebenarnya adalah penglipurlara.

Selalunya, manusia akan suka pada yg bukan haknya
dengki tu memang selalu memainkan peranan utama 
apa yg ada, yang Allah kurniakan 
yang Allah kata adalah yang sebaiknya untuk kamu
tapi yang itulah selalu dipersiakan...

yang bukan hak kita, 
yang bukan ditakdirkan untuk kita
yang itu yang kita kejar, yang itu yang kita nak
yang itu yang kita harapkan...

Maka, jadilah kita seperti pepatah lama
'Yang dikejar x dapat, yang dikendong keciciran'

tapi, kita manusia biasa yang penuh kekhilafan ni
masih x belajar dari kesilapan itu....
masih x percaya dengan ketentuan Illahi..
masih buta tentang yang maner buruk dan maner baiknya
maka selamanya kita jadi manusia yang rugi


Nota kaki:
Sama-samalah kita perbaiki diri

Rabu, 25 April 2012

KASIH YANG SATU

Dalam kehidupan kita sehari-sehari, percayalah yang Allah
sentiasa akan bersama kita, x kira tika susahnya kita, tika senangnya kita.
Manusia, kebanyakannya akn menjauh, lari, hilang
bila tibanya saat sukar kita, bila jatuhnya kita, bila rebahnya kita
malahan manusia selalunya nampak segala yang buruk dan busuk tentang kita
terlebih dulu dari nampak baiknya, cantiknya, dan hebatnya kita.

Manusia juga mula mencari segala kesilapan dan kekhilafan kita
bila kita diambang ketidakselesaan, jauh dari menghulurkan tangan
menyambut kita dari jatuh tersadung batu
Ada..............ada yang begitu, tapi tidak ramai..
nak bilang dengan jari pun belum tentu, abis jari kita yg 10 itu.
mungkin yang ada disekeliling kita tiada satu pun..
orang yang kita sayang....yang kononnya sayangkan kita
sepenuh jiwa dan raga..belum tentu ada masa kita kian rebah
Maka rebahlah kita sendiri, kalau mampu
bangunlah kita dengan kudrat yang ada menyapu segala
tanah dan kotoran melekat di lutut dan baju..

Tapi Dia yang Esa.......
Maha mengasihi, maha menyayangi....
Sudah jadi lumrah, kala jatuh tersungkur,,,Dia yang kita ingati.
X percaya??? Nama Dialah yang kita sebut saat jatuh itu
bukan nama orang2 tersayang yang sentiasa dihati dan minda..
Maha Suci dan Agungnya kasihnya, walaupun hanya taat rebah itu kita ingatkan Dia
tapi Dia tetap hargai.....
Bila ingatkan Dia kita jadi tenang, hilang segala sakit..
Bila ingatkan Dia kita rasa bagaikan dialam lain..
Jiwa kita bagaikan baru bernyawa...
Sucinya kasih Dia yang satu...
X pernah mengecewakan, menyayangi Dia x pernah menyakitkan
Dia x pernah melukakan hati...

Ya.......berkali2 saya lupakan Dia
berkali2 saya tewas dalam percaturan hidup
tapi berkali2 juga saya cuba perbaiki...
saya cuba menjadi insan yang terbaik..
yang cuba memperbaiki hati sendiri,
cuba menghargai kasihNya pada saya
Saya tahu saya tidak dilupai, Dia selalu menguji saya
tanda ingatannya pada saya...

Kasih manusia kekadang hipokrit
kerana kita xtau aper dihati mereka
bernarkah seperti kata-katanya
ikhlas perilakunya..seriringkah perbuatan dan hatinya..

Biarlah merangkak-rangkak sekalipun
tapi tekad dan iktikad itu ada...saya mahu terus dikasihiNya..
Biarlah kasihNya pada saya melebihi kasih Manusia pada saya
saya akan terus memperbaiki diri,
supaya saya tidak jauh dariNya.....

Ya Allah, bantulah Hambamu ini...
Tetapkanlah pendirianku, perbaiki akidahku, perindahkanlah akhlakku


Nota kaki:
Kekadang hati ini sakit, bila pikirkan tentang manusia

Selasa, 24 April 2012

TRANSFORMASI

Saya mengenali dan mula menerokai alam blog selepas melahirkan Dhiya.
Mulanya hanya mencari maklumat, info dan panduan tentang penjagaan anak, tentang penyusuan. Maklumlah anak first, dah tentu pengetahuannya amatlah cetek.
Asalnya hanya mencari ilmu, lama-kelamaan jatuh cinta dengan blog, dan minat
menjadi seorang blogger meruap-ruap...

Dengan bantuan beberapa orang blogger hebat, akhirnya saya mampu hasilkan WARNAWARNIKEHIDUPAN...
Dari situ saya mula aktif berkongsi cerita, berkongsi pengalaman, dan berkongsi silaturrahim'
Blog ni penuh dengan cerita si Manja saya....Dhiya Khairina..
Memang blog ni didedicatedkan untuk dia pun..........

Sepanjang bertahun2 mencurah idea menghasilkan entry demi entry..
banyak info dah saya ceduk, dan yang lagi best ramai sangat kawan yang saya dapat
kawan yg ikhlas...kawan yg hanya sekadar kawan...
dan yang paling best, ada juga yg jadi bestfren sampai sekarang...
Sungguh..........saya rindu kawan2 saya..rindu coretan2 mereka
rindu kata2 semangat dari mereka, nasihat dan pandangan dari mereka.

Tapi dalam memungut ilmu dan pengalaman bergelar blogger...
ada jugak sedih, jerih dan perihnya....
bila ada yg mengambil kesempatan..yang jadi musuh dalam selimut
yang menjadikan lembaran hidup kami sekuarga sebagai bahan
memporakporandakan rumahtangga kami...

Hanya Pada Allah saya berlindung, moga semua niat jahat itu
dapat ditangkis dan saya sekuarga dilindungi Allah..

Maka, bila 'mama' bertukar 'saya'
blog ini jugak akan ditransformasikan....
mungkin kisah kami sekuarga tidak akan menghiasa lagi skrin ini
yang ada pun mungkin coretan demi coretan
cerita dan kisah kehidupan harian yg xkan melibatkan keluarga lagi

Buat kengkawan, yang selam ini memberi sokongan dan dorongan.......
insyallah, selagi mampu menulis, saya akan terus menulis..
cuma yang pasti, saya menulis bukan seperti dulu...


nota kaki:
Aku menulis bukan kerna nama...