Kelmarin semasa meronda-ronda blog kengkawan
Me tertarik betul ngan blog
mamalieyna
Entry dia memuri untuk anak keduanya...
Cayalah mamalieyna, sungguh cantik purian mu itu..
berwarna-warni, memikat selera..
|
pinjam gambor mamalieyna yea..(utk kebaikan xper kan?kan?) cantikkan??? nampak menawan selera si kecil |
Masa Dhiya baby dulu, me selalu jugak memuri ni
me belajar dari parenting books, parenting classes yg me hadiri
Alhamdulillah, Dhiya suka dan me sangat teruja
Cuma masa tu me tidak aktif lagi berblog
so xderler koleksi cerita n gambar purian me
Tapi me bukan nak cerita, cara atau teknik memuri bagai
tapi me nak cerita pasal mindsetting sesetengah orang
harap u oll, terutama kawan2 me yang baca blog ni yang bergelar ibu
dapat ler pengajaran, pengalaman dan dapat semangat dari entry ni
Ceritanya begini:
Last few weeks, 1 of my colleuge (Si A) nak stop breastfeeding
Then dia kata dia xtau nak wat camner,
me pun bercerita panjang ngan dia
apa ilmu yg me dapat, dengar, baca dari geng2 breastfeeding mother
yg mostly me kenal melalui blog ni, me bagitau dia
me suggestkan kat Si A supaya pam susu tu, then bagi ngan bottle
slow2 bentikan direct bf...Ada la pulak Si B bagi suggestion
"Pamkan then buang susu tu"
me pun jawab " Kenapa nak buang, simpan susu tu,
nanti boleh masuk dalam purian anak tu, boleh buat pancake utk anak,
boleh buat macam2" me dgn semangat cerita..
tapi tau x apa respon beberapa orang ibu yg ada kat kantin masa tu???
Semua tanya me "Purian tu aper???"
me dengan lurus bendulnya xplain ler kat dowang
pastu u oll nak tau aper respon dowang????
"uweeekkkk, kau biar betul eily???? x lalu ler akak nak wat gitu,
letak susu ibu dalam tu bagi anak makan?????"
Me pun terkedu..depan2 me ni bukan calang2 orang,
semua mereka berpendidikan tinggi, anak dah 2,3..
tapi terus me rasa, ceteknya pemikiran dowang...
susu ibu kan paling berkhasiat, kenapa ler nak geli.
Me dulu, susu yg x abis me masukkan dalam bubur Dhiya, dalam purian Dhiya,
dalam adunan pancake, bancuh ngan cereal.
Macam2 me buat.....nak geli aper susu tu lagi banyak khasiat dari susu tepung
Si A sebenarnya baru pas keguguran...
dan dia berpendapat dia keguguran sebab dia BF masa ngandung
Me sangkal habis-habisan kenyataan dia
Me pun duk citer tentang kengkawan me yang telah berjaya
dalam tandom nursing ni...tp me gitau jugak kena nasihat doc
Tau x???? Majoriti yang ada kat kantin tu x bersetuju ngan me
Kebanyakan mereka xtau pun leh tandom nursing
ada jgak yg kata
"kalau tgh ngandung, yg keluar tu bukan susu,
kalau susu pun x berkhasiat"
tepuk dahi me dengar..hadoiiiiii...mengapa secetek itu pengetahuan mereka
Dan, ramai jugak yang tanya me,
purian tu aper??? macamaner nak buat???
Macam x pernah dengar langsung tau...
tu belum lagi me sebut EBM, tandom pumping,
mesti dowang ag terpinga-pinga
Then time tu kan, me rasa bangga, bersyukur, tapi sedikit sedih
bangga sebab me telah buat yg terbaik utk Dhiya,
bangga sebab x sia2 me berhabis duit beli macam2 buku pemakanan baby
bangga sebab me berhabisan masa pergi semua kelas pemakanan baby
me rasa bersyukur sebab me ada kengkawan macam
mamalyna,
mommamia,
nad,
wanhezrina, dan ramai lagi
kalau nak list semua x terlist punyer..
(tengok betapa ramai kengkwan yg hebat me ada)
kawan2 yang me kenal dalam blog ni semuanya banyak ilmu BF
semuanya berlumba-lumba nak bagi yang terbaik untuk anak
ALhamdulillah, kawan2 me dalam ni banyak ilmu untuk dikongsi
atleast xder orang nak "uweeeekkkkk" kalau me kongsi pasal BF
|
mommamia..pinjam gambar yea.. me sangat suka tengok stok ebm mommamia banyak ilmu breastfeeding me dapat dari mommamia sangat berbangga ada sahabat macam ni tau |
tapi me sedih ler, sekarang ni me dikelilingi oleh mereka2 yang macam ni
yang melunturkan semangat me, xder kawan yg bersungguh2 nak bf
xder orang me nak cerita2 pasal beli breatpump,
pasal stok susu dalam peti beku..huhuhu
sebab tu ler me aktifkan semula blog ni,
me takut ler kehilangan kengkwan dalam ni yg banyak ilmu
takut hilang tempat nak sharing n caring :)
so tahniah pada kita semua yg boleh breastfeed selama mungkin
yang bersungguh2 mencari ilmu demi yang terbaik untuk anak2
tabik spring untuk kita semua...
jom tepuk tangan ramai-ramai
nota kaki:
Me jeles sungguh tengok kengkwan sekarang ramai yang memuri ler,
ramai yang berlumba kumpul stok susu....bila ek turn me ni???
*geng2 kat sini x pernah tau psal blog me, so x kisah ler me bercerita pasal dowang..hahah