Selasa, 2 Mac 2010

PAPA & CLARKS

Baru2 ni papa selalu ngeluh kasut kerja papa dah uzur. Tapi x jumpa lagi kasut yang berkenan di hati. Papa ni kan terkenal dengan kecerewetannya. HEHE. Hari tu, masa window shopping kat ONE UTAMA, papa berkenan kat kasut Clarks. Bleh tahan jugak harganya..


Butik clarks ONE UTAMA

Semalam mama tengok kasut papa dah uzur tahap gaban...so lepas solat maghrib semalam kami
pun bergegas ke ONE UTAMA untuk bli kasut...

Sampai jer trus ke butik Clarks. Dah berkenan sangatlah papa 2...So mula2 dah decide memang nak bli kasut yg tengok hari tu, tapi bila pusing2 dalm kedai tu papa mula rambang mata.Ada plak sepasang lagi yg menawan hati papa....HUH..papa,papa...

Inilah kasut yg mencuri perhatian papa...harganya RM4++

Nak tahu kasut mana papa pilih?...jeng..jeng


Design ni tinggal 1 pair jer....salesman tu kata, hot sale item ni..

Mama lebih suka kasut ni. Nampak up to date skit..Kasut first tu smart, simple tapi nampak agak classic. Lagipun kasut ni ag murah..hehe. RM388. Berbaloilah dengan papa yg jarang tukar kasut tu...


Eh ada plak model kasut kenit ni...HAHA...INILAH KASUT BARU PAPA

Haaaa....,mama berkenan kat kasut ni, tapi harganya RM248..FUHH! Mama leh dapat 3 pasang kasut Carlo Rino yg mama berkenan kat JUSCO aritu...tapi malam tadi mama x sempat nak shopping untuk mama, pergi dah lewat...Frust jugak rasa.Dah la j-card previlege day aritu mama x dapat pergi, sbb ayah mi datang rumah...HUHUHU...kesian betul mama


Yg warna brown tu mama berkenan....papa blikan lah.

BUAH GOJI


Ni lah goji fruit yg ayah mi bagi..RM55 sekotak..

Mama sebelum ni tak pernah dengar tentang buah goji tapi ari jumaat lepas Ayah mi ada bagi kat papa sekotak untuk di cuba. Katanya macam kismis. Mula2 mama fikir 2x jugak nak try...yelah x pernah dengar pun....tapi mama ada wat research skit2...

Barulah mama tahu buah ni berkhasiat jugak..tapi mahal tau.sekotak 2 RM55.
Dhiya suka makan...sedap katanya.Rasa dia macam kismis tapi tawar..

Ikut apa yang mama baca buah goji ni boleh makan mcm 2 jer atau boleh rendam wat air, atau leh wat sup ngan buah kundur....ooooo...barulah mama tau.


Ni rupa buah goji...macam kismis kn? tapi warna merah..

Antara research yg mama jumpa:

"Para saintis telah menemui Goji sebagai buah kuno yang berharga mengandungi polisakarida bioaktif yang paling tinggi dan lebih aktif berbanding dengan tumbuhan yang pernah mereka temui sebelum ini "

Hakikatnya, Goji merupakan makanan yang paling berkhasiat di dunia!

Penyelidikan sains pada tahun-tahun kebelakangan ini
  • Goji memanjangkan usia.
  • Menjadikan anda rasa dan kelihatan muda.
  • Meningkatkan tenaga dan kekuatan.
  • Mengekalkan tekanan darah yang sihat,mengurangkan kolestrol dan menyokong fungsi hati yang sihat.
  • Menghilangkan tekanan dan gelisah.
  • Mengurangkan kesakitan semasa kedatangan haid.
  • Menentang penyakit.
  • Membina darah yang kuat.
  • Dan 26 faedah kesihatan lagi yang tercatat dalam buku Goji Dr.Mindell.

Goji Kaya dengan Vitamin C(5oo kali ganda)

Penyelidikan sains pada tahun-tahun kebelakangan ini

  • 5oo kali ganda lebih vitamin C.(berbanding oren - ikut berat)
  • 6 kali ganda lebih tinggi kadarnya berbanding bee pollen.
  • Lebih beta karoten berbanding karot.
  • Mengandungi lebih 18 amino acid.
  • 21 unsur mineral.
  • Kaya dengan Vitamin B1, Vitamin B2, VitaminB6, dan Vitamin E.

(Terjemahan buku Jepun ke dalam bahasa cina mengenai faedah Goji:)

Ben Cao Hui Yan menyatakan:"Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang, membuang angin, merupakan herba yang sangat baik.

Goji telah digunakan dalam Perubatan Tradisional oleh rakyat China selama 5000 tahun. Terdapat beberapa teks perubatan Cina purba yang menyanjung faedah kesihatan yang mengagumkan daripada buah Goji ini. Berikut adalah antara teks perubatan berikut:-

Ben Cao Hui Yan menyatakan: "Goji meningkatkan Qi atau daya kehidupan, menyokong darah, menyuburkan yin dan yang,membuang angin, merupakan herba yang sangat baik".

Ben Cao Bei Yao menyatakan: "Goji menyuburkan paru-paru, membuang angin, membersihkan hati, menguatkan buah pinggang untuk menyokong Qi, meningkatkan ptensi seks, memperkuatkan otot dan tulang serta mencerahkan mata".

Ben Cao Gang Mu menyatakan: "Goji membuang Qi yang tidak baik daripada 5 organ, mengawal aliran tenaga penting, mencerahkan mata, menegangkan saraf, menjadikan hidup panjang umur".

Isnin, 1 Mac 2010

JIWANG FM

Lagu ni papa antar kat email mama...terharu, sungguh terharu. Terima kasih, papa. Papa yang mama kenal bukanlah romantik sangat orangnya tapi bila skali skala papa jiwang gini...tersentuh gak hati mama.....thank you so much, papa

Lirik Lagu Iris - Awie

Song / Lagu : Iris - Awie

Lyrics / Lirik Iris :

Kau masih ku cintai...sungguh
dari awal dulu hingga hari ini
aku pasti seyakinnya pasti
kaulah satu untukku

kau masih dewi hatiku...sungguh
biar sejuta tahun hilang di hari
usah gusar...sayang...usah ragu
aku milik mu

Cintaku jika kau tanya pada bintang
kemilauan sinar takkan hilang
akan aku sinari duniamu
moga terpadam sangsi mu

cintaku jika kau lihat tingginya awan
takkan tercakar tinggi cintaku
hanya hati ku tahu apa mahu ku
dan duniaku pasti milik mu
hingga ke akhir hayat ku...

kau masih ku cintai...sungguh
dari hari pertama kau ku nikahi
aku pasti...yakinnya pasti
engkau milikku

 taken by him... :)

MIRROR MIRROR ON THE WALL

Anak mama ni memang pantang kalau jumpa cermin....macam2 keletah depan cermin. Kalau jumpa cermin, x kiralah kat maner pun mesti perasan cantik punyer...hehehe
Macam ni lah keletah anak perempuan kan. Macam maner plak kalau ada anak lelaki?HUH


Hmmm....comel jugak aku ni...ada gaya erra fazira x?


Uihh...naper orang dalam cermin ni ikut aku....peliklah!!!



Posing2, jangan x posing. kat salon pun ok per....



lihatlah gaya manjaku....

Tapi mama pernah terbaca artikel tentang baby...bila baby memberi respon dengan baik terhadap cermin, dia sebenarnya sedang belajar dan otaknya sedang berfikir. itu adalah perkembangan positif.

Hopefully Dhiya sedang mengukuhkan daya ingatannya, bukan sekadar perasan comel...hehe