Selasa, 20 April 2010

MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK..

Siapa yang kena mengembekk tuh? HEHEHE. Sebenarnya entry ni adalah cerita mama yang masuk bakul angkat sendiri. HAHA. Layan jelah ek Mama terasa hebat skit sebenarnya...(betul ke skit jer?)
Nak cerita pasal nasi kerabu sebenarnya. Mama dah semakin terer wat nasi kerabu tau..(Laaa...tu je ker?)..Terasa berlagak jugaklah bila papa kata nasi kerabu mama boleh bagi 9 markah out of 10. Tokma pun kata dah boleh jadi pure kelantanis. So mana2 wanita kelantan yang x pandai wat nasi kerabu kena bagi tabik hormat kat mama...HAHAHA..(berlagak tahap gaban)

 Ni dia nasi kerabu yg mama buat 2 minggu lepas...siap ada ikan celup tepung telur masin..sebelum ni mama dah try wat nasi biru.jadi jugak..hehe
 Solok lada pun ada....resepi sendiri


Inilah rupa hidangan bekfasthari minggu kami...Fuhhh....kekenyangan semuanya..

Nota kaki: Teringat nasi kerabu biru kat kedai Dewan....(Ketereh Kelantan)

Khamis, 15 April 2010

SAYU HATI

Semalam Dhiya muntah...malam tuh sampai 4x muntah. Mama kesian tengok Dhiya. Dia asyik mintak air masak jer. Mama x pasti kenapa dia muntah, kalau keracunan makanan, Dhiya xde plak cirit birit,demam pun xder. Sedih sangat tengok muka keletihan Dhiya. Mama rasa nak menangis. 
Arini alhamdulillah. setakat ni x muntah lagi, papa kata kalau dia muntah nak bawak klinik. Tapi mama tengok Dhiya macam x berapa cergas. Dia hanya nak main game kat henset, x macam slalu main basikal lah...berlari2lah.
Dhiya plak cepat susut badannya. Hari ni mama tengok dia semakin kecil..xkan perasaan mama jer. Dukung pun ase ringan. Arini mama peluk, cium dia sekerap mungkin....cakap kat dia mama sayang dia..suh dia kuat lawan ase nak muntah. 
Mama nak tengok Dhiya ceria macam selalu. Sunyi rumah ni bila Dhiya sakit...
Skang Dhiya tengah tidur....biarlah dia berehat.Dia x cukup tido malam tadi.....tapi mama jadi sedih...waktu macam ni slalunya dia x tido...Dhiya tengah mengekek gelak tengok mickey mouse atau kartun2 yang dia suka..

Nota kaki...
Anak mama sayang...cepatlah sembuh, kuatkan semangat...mama tahu Dhiya anak yang kuat. Mama sentiasa doakan keselamatan dan kesejahteraan Dhiya...Mama sayang Dhiya sangat2...
Mama x suka tengok Dhiya sakit....mama ase bersalah pada diri sendiri sebab Dhiya sakit....

Rabu, 14 April 2010

"Irdina Saffiyah's Birthday Giveaway"

    first of all...hepi belated besday untuk Deqna...(sorri nurul...lama x leh online so baru ni jer alert tentang besday Deqna)..for this 3 wonderful years...unty wish Deqna akan trus membesar sebagai anak yang cergas, cerdas dan solehah...

    So sebagai tanda ingatan kat Deqna, unty join contest nih..dengan harapan Deqna cabutlah nama unty nanti..hehehe..


    Giveaway ini anjuran: http://nurulazhamsfamily.blogspot.com/ 
    Giveaway Piriod : 6 April~6 May 2010

    Selasa, 13 April 2010

    1304

    Itu bukan no ekor tau, jangan plak tersalah sangka....tekalah ape yang ada sebalik no itu?....

    YEzzzzzzaaaa...itu tarikh lahir mama AKA tarikh hari ini. Dah tua rupanya mama.Ase macam baru jer semalam menyambut ulang tahun kelahiran yg ke-18. Agak2lah kan!!!! tambah 10 tahun tu beb...tapi takper, rasa muda...no jer bertambah tapi jiwa maintain muda.HEHe. Jgn usia bertambah, berat pun bertambah cukuplah..
    Apa agaknya yang papa bagi kat mama tahun ni? Masih lagi menjadi tanda tanya. Nantilah mama hupdate surprise papa tuh..
    Sebenarnya dalam usia begini, mama x mengharapkan apa2 hadiah pun, cukup sekadar ingatan dari papa..kasih sayang yg x berbelah bagi, dan kebahagiaan rumahtangga yang kekal sampai syurga....amin..tapi kalau ada papa nak bagi..Alhamdullilah..mama terima dengan tangan terbuka..Kwang..kwang..kwang...


    Nota kaki
    Hepi Besday to me myself...hope to be a better person, good wife ever and best mama forever
    Impian tahun ni nak dapat 1 ag baby..hehe