Jumaat, 30 April 2010

LUCKY DRAW VERSI XDER PERASAAN


Ni first contest for May..hehehe..(lucky draw..harap2 penuh lucky sempena May ini)
Hadiahnya: xtau lah plak..tapi tempat per1..ke2..ke3..ke4 akan dapat hadiah
Tarikh tutup: kejap jer lagi..

ADAMAYA: Hakikat Dunia Sekarang

Semalam tengok Adamaya..(Ala..drama bersiri tekini kat TV3 kul 6.30ptg tuh)..semalam ceritanya mengundang marah tokma kat si Maya. "bodoh tul pompuan nih.." katanya. Bukan tokma jer tau, kat fb sibuk kengkawan bercerita tentang Adam dan Maya nih..ramailah yg geram kat Maya. Wah!!!nampaknya menjadilah lakonan si Lisa Surihani tu kan? Dah nama pun drama, kalau x mengundang kontroversi dan sakit hati di hati penonton belum dikatakan berjaya ler....
Mama bukan drama addict, tapi minggu lepas teringin plak nak tengok...sebab leh lah menambah komen kawan2 dalam fb..hehe. Bila mama layan siri semalam, geram gak jadinya ngan sikap Maya tu kan?kan?kan?
Hakikat dunia sekarang ni memang ramai yg macam perangai Maya nih. Sekeliling kita, mesti kita pernah terdengar cerita macam nih. Mama kurang mengerti dengan sikap wanita yg dah punya suami yg baik, good looking, kerja pun ok untuk tampung keluarga, penyayang, dan menyayangi kita sepenuh hati tapi masih mencari yg lain. Hakikat manusia x pernah puas dengan apa yg dimiliki semakin terang di mata kita kan? Mama susah nak mengerti orang yg x sayangkan suami sendiri..(suami yg sempurnalahhhh..x termasuk yg mendatangkan masalah)..Kenapa ek? Dowang nih x puas dengan 1 ker?
Dunia sekarang membuatkan dunia rumahtangga kita penuh cabaran, kalau tersalah langkah, bahaya jadinya. Bukan sahaja masalah isteri curang, suami curang, sekarang ni masalah LOBO (laki orang bini orang) macam makin menjadi2 tau..menakutkan dan menyeramkan bila dengar satu demi satu cerita dari kengkawan.
So..mama cuma nak ingatkan diri sendiri dan kengkawan yg sudi dengar peringatan dari mama nih....biarlah institusi kekeluargaan kita mendapat rahmat dan berkat dari Illahi..Jauhkan lah diri kita dari segala bentuk fitnah, atau perbuatan yang merosakkan keberkatan rumahtangga kita kerana mama percaya, kita bina rumahtangga kita dengan cinta yg suci dan biarlah cinta itu terus suci tanpa noda2 dosa.
Jauhkanlah diri dari kecurangan. Kekadang apa yg kita kejar tuh x sebaik yg kita ada..dosa plak yg bertambah  :(

Nota kaki:
*Apalah yg mama mengarut ni..mama geram dengan Maya tuh..dosa tau buat macam tuh. Suami skit punyer baik..cari jugak yg huduh perangai tuh
*Dah la..x suka cakap tentang curang2 nih....

Rabu, 28 April 2010

JUALAN GUDANG METROJAYA BUAT KU SERBA SALAH


Last month yg buat kat Bukit Jalil tu mama x dapat pergi..(Ala, x ingat plak sebab aper ek). Kawan mama kata memang berbaloi sebab barang murah giler tapi orang macam ikn sardin dalam tin. Terpikir gak mcmaner nak bawak Dhiya..si kecik tu x suka tempat ramai org gitu..mudah bnor ngamuk nyer..

Pastu last week mama dgr tentang ni mama nekad nak pergi, mama nak bli sling bag..tapi 3 hari lepas mama nyer mak teh col ajak g kenduri umah dia. So mama kena balik kg minggu ni..HUHU..berbelah bagi nih...nak bli bag...x balik kg kang kecik hati org tua...HUHU..

nota kaki:
*bli beg? balik kg? bli beg? balik kg?...esoklah ajak papa gi....hehe..
Jumaat trus balik kg ngan beg baru..cantikkkk
*kalau x dapat pg pun..secretbargain kan ada..hehe..(ada upah promote ker?)

BOTOL NYA @.SUSUNYA

Satu cerita menarik yg mama nak kongsi nih. Berita yg melegakan saraf2 otak mama dan melegakan hati seorang ibu yg gundah gulana nih. Mama pernah pos entry dulu tentang Dhiya yg xnak susu
(citernya kat SINI). Dah macam2 susu try dan macam2 cara mama buat. Maklumlah Dhiya ni x pernah campur susu formula pun..fully breastfeed..pastu mama ada citer Dhiya start minum susu Nugrow kan? HUH.2x buat jer asenya pastu trus xnak..
But now, semua masalah tu dah terbang dari kepala mama ni..coz Dhiya skang dah minum susu dan dia sangat2 suka susunya..sehari kadang2 sampai 5x nak susu...Mama bleh tersenyum sebab pasni x perlulah mama survey sana sini utk cari sample, try susu tu, susu ni..
Dhiya suka susu ni...Excella Gold Madu..

Kisahnya...mama just tekad nak bli, bila balik bancuh, Dhiya minum sampai habis and petang tu mintak lagi..sampailah hari ni dia minat..cuma yg jdi kemusykilan mama dan papa ialah..adakah Dhiya minum susu ini sebab dia suka susu ini atau Dhiya suka botol susu yg kami baru beli..sebab ada gambar MICKEY MOUSE..(kan mama pernah post entry sblm ni. SINI)

Ni lah rupa feeding cup Dhiya..she choose it herself..and she liked it so much

So kesimpulannya yg maner satu ek..susu nya @ botolnya? Lu kena pikir sendirilah..mama..hehe 
(Hanya Dhiya tahu jawapannya)

Nota kaki: 
Mama ase indu plak saat2 bonding masa mama breastfeed Dhiya, sedih plak ase x berkepit ngan Dhiya malam2..Sejak minum susu ngan botol ni, Dhiya ag closed ngan papa..wat mama jeles tau..



Lirik Lagu Harapan Tanpa Suara 
(Kempen Kami Prihatin)
Di dalam kandungan ibuku tersayang
Amannya kurasakan
Degupan jantungmu, jantungku
Irama penuh syahdu

Kuingin rasai kehangatan pelukan

Belaian kasih sayang
Kujaga kau di hari tuamu
Andai panjang usiaku
Korus
Namun hanya harapan tanpa suara
Di dunia cuma seketika
Jasad kaku dibaluti kertas usang
Terbiar bagai sampah terbuang

Dimanakah ibu, dimanakah ayah

Bonekakah atau manusia
Anak tidak berdosa menjadi mangsa
Oleh hawa nafsu yang serakah

Lagu S.Atan

Lirik Habsah Hassan

Selasa, 27 April 2010

MICKEY MOUSE LOVER

Sejak bila ia bermula? tidak dapat dikesan..bagaimana ia bermula? juga tidak dapat dikesan..Kenapa itu pilihannya? juga tidak dapat di kesan...
Hahaha..Inilah alkisah anak dara mama yg tengah taksub kat MICKEY MOUSE..Sekarang ni semua menda nak MICKEY MOUSE


Sebelum ni papa selalu kata.."kalau bleh nnti saya xnaklah anak saya obses kat kartun karakter." 
so untuk menyahut permintaan papa itu, kami sebagai parent x pernah blikan Dhiya baju, mainan or aper2 ajer yg bercorakkan kartun. Selalu baju Dhiya bunga2, atau Corak2 geometri atau gambar2 binatang yg Dhiya leh belajar melaui gambar2 tu.Tapi sejak akhir2 nih pantang nampak gambar MICKEY MOUSE semua dia nak..Kesian plak x bli dah dia minat..HUH..(Papa lagi truk mengalah dari mama tau..)...Penyudahnya sekarang ni cadar Dhiya..MICKEY MOUSE, botol susu..MICKEY MOUSE,
Baju tidur..MICKEY MOUSE..buku2 MICKEY MOUSE dah bertimbun kat rumah ni..
Dhiya siap hafal lagu MICKEY MOUSE..siap leh nari macam MICKEY MOUSE tu.  kalau time kartun MICKEY MOUSE org lain memang xleh tengok tv. Yg bestnya Dhiya akan memberi sepenuh perhatiannya pd rancangan tu..AND NOW..semua karakter dlm MICKEY MOUSE tuh dia hafal....OH! ANAKKU...

Nota kaki:
Mama tengah cari online store yg jual soft toys Disney..nak bli patung mickey untuk Dhiya..kat market RM50 seekor kalau couple tuh dah satus..huhu..sayang plak duit asenya..(maaflah Dhiya..mama kekut skit,,hehe)
Kawan2 tolong suggestkan any blog yg banyak jual mickey stuff

Isnin, 26 April 2010

HATI-HATI SHOPPING DI GIANT

Kalau anda seorang pelanggan setia Giant, anda perlu berhati-hati dengan situasi ini:

Malam tu mama surf internet tentang promosi barang2 di Giant, and mama tertarik dengan promo ni. 

So semalam dgn bersemangatnya mama mengajak papa ke giant, kebetulan memang dua2 barang ni hampir habis kat rumah.Rezeki mama, stok masih ada so, mama pun amik 1. Sebelum tuh, mama tgk harga kat gondola RM19.89..(aik, murah 10sen dari iklan)..hepi a..Masa scan, harga yg keluar ialah RM24.99...APA? Papa dah naik angin, kenapa mahal lak?...Selepas mama bagitau harga dalam intenet ialah RM19.99 dan kat gondola RM19.89, so cashier g check kat gondola tuh..memang RM19.89..seb baik bagi harga tu, kalau x mau x ngamuk papa tuh..banyak sangat bezanya.

Papa naik angin sangat sebab bukan first time menda ni berlaku pada kami. Papa pernah beli Gillette Foaming Gel yg tertera harga RM4.99 tapi bila kami check resit, harganya ialah RM5.89. Dah RM1 Giant dapat untung free. Bayangkan kalau ada 10 orang beli yg sama dalam sari, bereapakah keuntungan gelap yg Giant dapat dalam sebulan untuk semua pasaraya yg ada di Malaysia? HUH..X PATUT.. 

Pastu mama pernah bli satu pants. Longgok jer dalam promo bin tuh...Harga yg dia tulis from RM9.90-RM12.90..tapi bila dalam resit RM14.90..masa tuh papa ngamuk sakan kat Giant tuh. Papa wat report kat pengurusan coz this is not the first time..HUH. At last mama x bli pun pants tuh.

Ada ag satu kes, mama tengok iklan dalam paper, pampers Dhiya (HUGGIES) murah. Iklan tuh tulis for all sz, tapi bila pergi semua size M jer, size lain langsung xder..

Kesimpulannya kami rasa amat tertipu dengan Giant..sebab dah banyak kali jadi gini.. 

Nota kaki:    Nasihat mama, check lah resit anda bila dah bayar, and make sure anda catat harga yg anda lihat...supaya plan kita untuk berjimat berjaya...

BabyIbu Giveaway: Secret Bargains


Mama memang selalu ikuti perkembangan blog babyibu sebab blognya cantik, banyak info tentang parenthood dan mama banyak gak mintak tutorial tentang dunia blogger dengan ibu nih..bila babyibu wat giveaway ni mama amt berminat nak sertai giveaway from babyibu nih kerana hadiahnya dr secret bargain (sebuah blog yg menawarkan barang2 yg cukup xclusive..)
Hadiah utamanya seperti dibawah:....(amat2lah menarik perhatian)


Victoria Secret EDT (Secret Charms)


Hadiah Saguhati
  • Voucher RM 20 x 2 pemenang
  • Voucher RM 15 x 3 pemenang

Mama sangat2 berminat dengan sunglasses Liz Claiborne tuh, Nape? Nak gantikan sunglasses mama yg dah senget dipulas oleh Dhiya :(..dan dah old fashion tuh...Hopefully adalah luck mama..), lagipun design dia mama suka.
Semua hadiah ni sponsored by secret bargain. Kat blog secret bargain ni banyak pilihan handbag, sunglases, wallet, shoes, perfume, watches and so on. semuanya branded items..eg: Coach, Guess, Timberland, Ck dan banyak lagi..semuanya from US. Lagi menarik secret bargain sediakan sistem kutu for their royal customer..mama pun dah order something for papa..x sabar nak tunggu. HEHE. Special order ag tuh! So pada sesiapa yg searching for branded items in an affordable price, jgn segan silu lawati secret bargain..memang berbaloi-baloi..


Antara barang menarik mata mama di secret bargains...tapi semuanya hot items..kalau lambat sold out..HUHU.Barang2nya sesuai dibuat hadiah untuk yg tersayang..(banyak lagi barang menarik tau)..nak tengok klik SINI

Sabtu, 24 April 2010

KERETA SAYA MINAT

Semalam bukan kali pertama, tapi dah 2,3 kali mama perasan..Cuma mama diamkan ajer tp tertanya jugak nape ek?. Mungkin dia saja nak amik tahu, xkan berminat kot, angan2 kosonglah namanya tuh.Tapi bila malam tadi, tiba2 dia bagitau mama, ..
"Sayang, saya jumpa dah kereta yg saya minat"..
Mama trus geleng kepala sambil tersenyum kambing..Laaa patutla, mama selalu tengok papa asyik surf intenet tentang kereta mewah...Sebab mencari kereta yg dia minat upanya..HUHUHU papa.
Memang selalulah mama perasan papa selalu surf kereta mewah artis malaysia, kereta mewah VIP, and so on...mama masih pelik then tanya..
"Nape nak bli ker?".
.Papa pun jwb...
"uih, agak2lah Dinda oiiii,..bulanannya pun melebihi gaji saya, cuma nak amik tau sbb bila kawan2 bercerita tentang kereta mewah, saya asyik telopong jer, x pernah dengar nama2 tuh, apatah lagi nak komen bentuk, enjin dan sbg.."
Itu sebabnya, papa. Macam2 kan, org lelaki nih?. Kadang2 tuh yg bercerita tu pun ntah2 baru terjumpa kat intenet malam td, esok trus jadi berita sensasi kat kedai kopi, macam lah dia penah tengok kete tu...
Ikut papalah...janji papa bahagia
Nak tau kete apa yg papa kata dia suka tuh......

NISSAN GTR...(memang cantik pun papa...smart)
kat Malaysia ni, Datuk Lee Chong Wei pakai kete ni

Nota kaki:
Topik orang lelaki bercerita x boleh lari tentang kereta, kenapa ek?
Papa: jomlah kita sama2 berangan pakai kete tuh...hehe..:)

Jumaat, 23 April 2010

JELAJAH BLOG IBU


Salam en. Ben...

Sejak dua menjak ni mama bukak semua blog kawan2 semua mesti ada entry Jelajah blog ibu. Mama baca gitu2 jer, mula2 malas jer nak layan, sebab mama malulah blog mama ni baru setahun jagung. Ilmu tentang dunia blogger mama pun paras2 hidung jer..Tapi bila mama blog walking and hoping hari2 semakin ramai plak kengkawan yang membuat entry tentang jelajah blog ni.Masa mama baca entry Nurul tentang en.Ben buat mama terpikir 2x. Apa salahnya mama mencuba, sekurang2nya en.Ben bleh bagi ilmu untuk mama trus memantapkan blog mama nih.

Mama benti kerja sejak lahirnya Dhiya, menjadi surirumah, fully breastfeeding mum adalah satu pengalaman baru pada mama, so mama timba pengalaman dari para blogger yg sudi mencurah ilmu dan berkongsi pengetahuan. Setelah sekian lama menjadi silent reader akhirnya mama terpikir utk memiliki blog sendiri. At least banyak masa terluang kat rumah ni bleh mama manfaatkan dgn berkongsi cerita dengan kawan2 maya. Maka terciptalah blog ini.

Blog ni, coretan harian mama, cerita-ceriti yang mama rasa nak kongsi dengan para2 ibu, terutamanya tentang perkembangan Dhiya, pasal makan2, aktiviti keluarga yg best, cerita terkini tentang mama sebab ada jugak old friends yg berjauhan mengikuti perkembangan mama melalui blog nih.Mama pun baru jer berjinak2 dgn giveaway, sambil2 nak belajar wat giveaway sendiri pasnih.

Anyway en.Ben, mama teramatlah baru dalam dunia blogger ini. Bantuan, tunjuk ajar dari insan2 yg bermurah hati mcm en. Ben nih amatlah mama alu-alukan dan dahului dengan jutaan time kasih...Rasa amatlah bertuah sekiranya en.Ben sudi menilik blog mama nih..

So mana2 kawan blogger tak kira samada yg berpengalaman luas, atau yg baru setahun jagung macam mama nih, kalau nak en.Ben jelajah blog anda sila KLIK SINI untuk maklumat lanjut...

BERIANI POWER

Beriani Power...tu nama kedai nasi beriani kat USJ 1...

 BEE PEE..(singkatan utk beriani power..selain nasi beriani, ada masakan panas, western food)

Jumaat lepas, slpas bawak tokma gi PPUM utk follow up checkup, melilaulah papa cari kedai makan untuk mengisi perut yg lapar..mula2 nak bungkus nasi kukus tapi time kasi sampai tuh, gerai baru nak buka...bilanampak kedai nih, papa pun kata.."kita try nasi berianilah hari nih.."
Nasi beriani? Mama memang jarang2 sekali makan, sepanjang hidup baru sekali 2 try kot..portion dia besar sangat..memang x habis mama makn, apa lagi time mama tengah bertungkus lumus menurunkan berat badan nih.

So hari tuh, walaupun nasinya agak mengiurkan, tapi mama dapat mengawal emosi. HAHA..(macam x caya kan?)..Hanya papa dan tokma yg makan..makan layan tomyam campur jer semangkuk. Akhirnya berjaya tidak menurut nafsu makan..:)
Wah berseleranya papa and tokma..

Tengok Dhiya wat muka nakal...skang dah macam2 memek muka wat kalau amik gambar

Papa kata nasi dia not bad..tokma kata sedap.Mama tengok kat dinding kedai ni macam2 keratan akhbar tentang kedai nih..Glamor ugek upenyer kedai nih.Nape xtau pun sebelum nih?haha


Nota kaki: 
mama teringin makan nasi beriani kat Batu Pahat..(dulu kawan2 slalu citer ada satu tempat best, bos dulu pun slalu citer nasi beriani batu pahat sedap..
Nurul...tau ker tempat yg dimaksudkan..HEHE
***nape gambar mama xder?..harini mama ase gemuk sangat..so no picha plss!!!! :P

WARNA-WARNI i-CITY

Malam ahad yg lalu, papa ajak g tengok lampu2. Mama confius and tanya..'lampu aper, papa'..then papa gitau ada member dia suggest bawak Dhiya g layan bandar warna-warni kat i-city Shah Alam. So apa lagi, mama trus jadi xcited. Dhiya plak macam paham2 jer g derak..HEHE.
Tapi nak jadi al-kisahnya, kamera plak abis batery malam tuh..so x berapa banyak gambar bleh taruk..
Cantik sangat tempat tuh, penuh warna-warni. Dhiya xcited tahap gaban, x abis mulut dia sebut..'atik, atiknya,atik..'..X rugi tau bawak anak-anak gi sini, sebab kita boleh tgk keexcitedan mereka..

Tengoklah muka x sabar Dhiya tuh..


Permandangan dari seberang jalan..masa ni baru perasan batery mulai kekurangan
 
 Dhiya yang over xcited..

 Snowman pun ada...area ni macam kita berada diluar negara time2 nak krismas..

 Batery dah mula berkelip2 merah..huhu..sedihnya..tengokgambar kuda blakang tu jelah ek..

Nota kaki: 
Apa yg tak best parking agak susah/jauh, seb baik malam tu dapat parking tepi jalan yg berdekatan

Khamis, 22 April 2010

EVERYTHING FOR U FROM ME 1st ANNIVESARY CONTEST

Contest ini anjuran:  Nur Hananni Mansor
http://nani-pojan-hanifatihah.blogspot.com/ @ http://nani-pojan.blogspot.com/

Tarikh Tutup: 15 May 2010
Hadiahnya sangatlah lumayan..hehe

DHIYA KHAIRINA BINTI AZMAM
D.O.B. 28/02/2008
2 tahun 2bulan
This is Dhiya's 2nd Birtday..(28/02/2010)


Besday party Dhiya diadakan kat rumah cousin2 kat Putrajaya. kat sana ramai kanak-kanak..Dhiya nampak sangat hepi and teruja untuk meniup kek.Start from this day, Dhiya pandai nyanyi besday song

Jawapan soalan cepuemas:vincent shoes pink stripes

TERLEBIH KUNYIT KER?

Baru-baru ni, setelah hampir buntu untuk masak lauk ape, mama pun amik keputusan masak ayam percik. Dah lama x buat. Mama pun perap ayam dengan bawang2, serai, lengkuas, dan kunyit (semuanya blend)..hampir tengahari mama pun bakar ayam.(memang berkepul2 asap dalam rumah, tapi baunya..hmmmm sungguh wangi,terliur dibuatnya..)HEHE..masuk bakul a tu!!! :)
Then tiba masa buat kuah perciknya pula,setelah bahan2 tumis ditumis, santan dimasukkan, mama tengok dalam bekas perap ayam tadi ada sisa bahan2 pemerap, sayang plak nak buang, mama pun masuk dalam kuali...ALAMAK skali terlupa lah dalam bahan tadi banyak kunyit...nak tengok hasil ayam percik kuning mama?
Ni dia ayam percik kuning mama...tapi papa kata rasanya sedap..8/10 markah. hehe.
(kuning pun kuninglah asalkan suami dan mak mertua kata sedap...dan mama pun terasa hebat..kwang..kwang..kwang)

Rabu, 21 April 2010

BILA DHIYA PANDAI SHOPPING


Dalam trolley Dhiya tuh ada bantal, jajan, buku dan sepasang baju tidur yg Dhiya ambik sepanjang ronda2 tesco.,,
 
WAhhh..Anak mama dah pandai shoppinglah!!! Mama follow jer belakang Dhiya sambil perhati ape yg Dhiya letak dalam trolley tuh...Tapi penyudahnya, satu aper pun mama x bayar..HEHE.
Si Shopingholic tu aper ag..mengamuklah..

BUKAN LUCAH TAU!!!!

ibu2, mama2, mummy2, ummi2 jangan plak tersalah tafsir entry mama nih....
baca dulu tau baru tahu apa simboliknya..
Gambar nih mama amik dari satu blog masa blog hoping..mama tertarik dengan simbolik gambar nih.
NOTE: Image may contain offensive imagery. Don’t look if easily offended.

Research has shown that young children cannot identify the intimate couple because they do not have prior memory associated with such scenario. What they will see are the nine dolphins.
The 9 Dolphins are:
1. On the woman’s left of her right arm…above the man’s head
2. To the right of the woman’s right breast
3. To the left of the woman’s left breast
4. The shadow beneath her breasts (small one)
5. All the way down her left leg to her knee
6. On the opposite side to the one above ^^ , but slightly higher up
7. On the woman’s lower intimate part
8. To the left of the woman’s left arm
9. Below the one above ^^
I believe that only 3-5 year olds can actually see the dolphins.

Apa yang mama nak kongsi ialah....betapa minda dan pemikiran anak kita tu suci, bersih dari pencemaran dan perkara yg tidak baik. Sebagai parent kadang2 kita tak sedar bila minda anak kita tercemar..kan?kan?
Dari mana punca pencemaran tu pun kadang2 kita terlepas pandang.Awasilah anak kita.Setiap apa yg dibaca, setiap pertuturan, setiap perkataan kerana sekeliling kita terlalu banyak virus yg merosakkan..HUHU

Nota kaki: 
anak2 dilahirkan suci ibarat kain putih, ibu bapalah yg mencoraknya...
*Apa yg anda nampak dulu? Dolphins ker intimate couple? :P

Selasa, 20 April 2010

NASI LEMAK CINTA SAYANG

Semalam mama ngan papa gi antar Su Mira ke UiTM, pastu Dhiya plak kecoh nak makan nasi lemak. Memang dari tengahari lagi dia cakap nak makan nasi lemak. Then, masa tu dah malam, upanya ingat lagi si kenit nih dengan nasi lemak...asyik merengek ajak papa makan nasi lemak..
so sebab x sanggup nak hampakan anak daranya, papa pun sibuk mencari kedai nasi lemak..2,3 kedai gak masuk tapi semuanya xder nasi lemak malam2...then ada a satu brother tu suggest kedai Nasi Lemak Cinta Sayang...and we all pun mencubalah nasi lemak itu semalam..
 Kat sini layan diri.nasi amik sendiri (so bleh sukat sendiri banyak mana perut bleh tampung..hehe)
lauk pun banyak sangat choice...
Kedai ni kat seksyen 7, Shah Alam...

Nasi lemaknya memang best...mama pun setelah di ayat oleh papa, akhirnya telan jugak nasi lemak malam2..habis diet mama...(huhu) susah betul nak berdiet....

Nota kaki:
"ala mama, bukan selalu pun kita mari sini, trylah nanti terliur plak"..ayat2 manis papa menghasut mama untuk makan..huhu

TERIMA KASIH...BEAUTIFUL BLOGGER AWARD

Terima kasih pada Nurul kerana bagi award kat mama...
Mama baru perasanlah.HUH. Banyak jugak mama ketinggalan setelah sebulan duduk dalam gua..HEHE
Mama amat terharu, sebab mama ni baru setahun jagung dalam dunia blogger, banyak yang mama x tahu tapi ada jugak orang yang nak bagi mama award..
Time kasih Nurul, jasamu dikenang.HEHE. Menjadi pembakar semangat buat mama terus menjadikan blog ini lebih padat dan berinformasi...

KENAPA MANUSIA MAKIN KEJAM?

Hari ke hari semakin banyak plak kes buang bayi nih. Macam dah jadi tajuk wajib newspaper. Kenapalah mereka ni kejam sangat? Xder ke rasa sayang, kesian, sedih....Ya Allah..Mama plak jadi fobia nak baca paper, tambahan plak kalau gambar baby tuh kat muka depan, besar2 plak tuh..(Metro lah selalunya..).kadang2 blum baca isi kandungan tapi tengok gambar pun mama dah nangis..macamane agaknya perasaan si pembuang tu sewaktu dia campak bayi tu..(cuba bayangkan)

Mama kalau tengok gambar2 nih, satu jer terlintas kat kepala, senangnyalah mak mereka ni beranak..mama dulu hampir 24jam sakit masa nak deliver Dhiya. Pastu mudah plak dowang nih ngandung, mama nih hari2 nunggu untuk pegnant agi...Kawan2 mama tuh ada yg berpuluh tahun kawin tp tuhan x bagi rezeki lagi..ada yg berhabis beribu2 berubat sana sini semata2 nak baby..

Kuasa Allah, siapalah kita hamba yg lemah ni nak menafikan semuanya...sekurang-kurangnya mama amat bersyukur tidak digolongkan dalam golongan macam nih dan tiada kawan2 dari mereka nih

Nota kaki: 
mungkin ramai yang dah bergelar ibu tapi tidak semua Allah kurniakan dengan naluri keibuaan...
Terima kasih Ya-Allah jadikan aku seorang ibu dan kurniakan aku naluri keibuaan dan kau limpahi keluarga kami dengan kasih sayang yang kuat supaya aku menyayangi zuriatku sepertimana ibuku menyayangiku

INGATAN DARI PAPA

 Mama dah terlambat update entry ni due to my internet probs....xpelahkan?
What do i get from my special man for this besday????
HAHA..Xderlah seberapa sangat tapi cukup menghepikan dan mengharukan. Yang penting ingatan dan kasih sayang yg tak berbelah bagi....LUV U, Papa.

 ni kad besday yang cute dari papa....dengan kata2 yg simple tapi bermakna
 Ni plak dari Dhiya dengan handprint skali..how sweet!!!

Hadiahnya mama tunjuk kotak je lah ek...x seberapa pun, tapi mama cukup2 hargai...

Pastu adalah makan2 skit. Kali nih papa blanja kat secret recipe. Mula2 papa nak wat surprise besday kek, tapi memandagkan mama tengah diet, nanti xder plak orang nak abiskan kek tuh..bazir jer...so papa bawak mama g secret recipe and choose whatever kek that i want...i like...

Besday punyer pasal...diet campak tepi...esok start diet smula..(Aci ke gitu?)

Nota kaki:
kanda kesayanganku, terima kasih atas semuanya. Mama amat hargai, jauh disudut hati mama rasa bertuah kerana disayangi, diberikan perhatian dan dimanjakan olehmu..luv u