3 tahun yg lepas, pada tarikh hari ini (31 Mei 2007) tepat pukul 7.30malam, di Masjid Kg. Merchong, semua ahli keluarga terdekat kita menajdi saksi termetrai ikad dan kabul kita. Rasanya masih terngiang2 suara lantang Tok kadi menikahkan kita. Rasa baru semalam saya mencium tangan awak penuh hormat. Masih terasa hangatnya ciuman awak di dahi saya..dan saya masih dapat rasakan debaran hari itu sampai saat ini. Sudah tiga tahun semuanya berlalu, kanda. Sudah 3 tahun, bantal dan selimut kita kongsi bersama. Masa berlalu sangat pantas seolah mencemburui kemesraan kita berdua.
Kanda
Masa yg berlalu memberi kita ruang untuk mengenali diri masing2. Untuk kita saling memahami, saling melengkapi, saling menghormati. Saya akui dalam 3 tahun itu, mungkin banyak kekurangan dan kekhilafan saya sebagai wanita, isteri dan ibu terlihat di mata awak. Ampunkan saya, ampunkan segala kekurangan saya, kekhilafan saya. Saya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kekurangan. Tapi percayalah, saya sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik, menjadi isteri yg dekat dihati suami, menjadi ibu yg baik. Kanda, ampunkan saya sekiranya pada pandangan mata awak, saya masih lagi bukan isteri yg terbaik seperti yg awak dambakan..maafkan saya.
Kandaku
Masih ingat saat hadirnya Dhiya Khairina dalam hidup kita? Saat pertama kali ujian kehamilan kita lakukan di pagi isnin. Betapa saya bahagia melihat kegembiraan di wajah awak, betapa saya bahagia menerima kucupan dan pelukan awak. Betapa kita bahagia, kanda. Dhiya mengikat kasih kita, lambang cinta kita yg amat dalam. Teruknya alahan mengandungkan Dhiya rasanya hilang melihat kegembiraan awak. Betapa awak tatang saya bagai minyak yang penuh sepanjang saya mengandungkan Dhiya. Sungguh kanda, saya bahagia. Hari ini, Dhiya Menjadi saksi, cinta kita semakin mekar, cinta kita semakin hebat biarpun setelah 3 tahun berlalu.
Kanda
Biarpun tahun berganti tahun, saya tetap insan yg pernah awak kenali dulu, yang masih menyayangi awak sepenuh hati, yang menyintai awak seluruh jiwa raga, yang menyayangi awak tanpa jemu. 3 tahun masa berlalu, tidak sedikit pun mengubah cinta saya pada awak, malahan rasa cinta, rasa kasih dan rasa sayang itu terus bercambah, terus berbunga dan saya harap harumnya itu sampai ke syurga.
Setiap dugaan yg kita tempuhi sepanjang 3 tahun ini jadilah landasan dan sandaran untuk kita menempuhi esok yg lebih mencabar.bersamalah kita membaiki setiap kelemahan diri, kekurangan diri agar hidup kita lebih bahagia
Kanda....
masih ingat lagi saat mula2 awak jatuh cinta pada saya?
masa tu awak kata terharu lihat betapa saya bersungguh sanggup bersusah payah untuk miliki cinta awak
saya masih sama,kanda..masih bersungguh ingin terus memiliki awak
masih ingat saat kita buat keputusan untuk kawin?
masa tu awak kata, x sanggup berpisah dengan saya setelah banyak saya berkorban demi awak
saya masih sama,kanda....masih sanggup berkorban apa saja demi terus bersama awak
masih ingat lagi hari2 pertama kita hidup sebagai suami isteri?
awak tanyakan saya, sanggup saya hidup susah dengan awak?
ingatkah awak jawapan saya?
dan jawapan itu tetap sama hingga kini
masih ingat lagi saat mula2 awak jatuh cinta pada saya?
masa tu awak kata terharu lihat betapa saya bersungguh sanggup bersusah payah untuk miliki cinta awak
saya masih sama,kanda..masih bersungguh ingin terus memiliki awak
masih ingat saat kita buat keputusan untuk kawin?
masa tu awak kata, x sanggup berpisah dengan saya setelah banyak saya berkorban demi awak
saya masih sama,kanda....masih sanggup berkorban apa saja demi terus bersama awak
masih ingat lagi hari2 pertama kita hidup sebagai suami isteri?
awak tanyakan saya, sanggup saya hidup susah dengan awak?
ingatkah awak jawapan saya?
dan jawapan itu tetap sama hingga kini
saya tetap terima awak seadanya tidak kira baiknya atau buruknya awak
kasih,cinta saya tetap utuh untuk awak tanpa sedikit pun rasa sesal bersuamikan awak
saya masih setia dengan janji saya untuk tetap bersama awak tidak kira ketika bangun atau jatuhnya awak
ketika susah atau senangnya awak, ketika sakit atau sihatnya awak
saya akan sentiasa disisi awak, sebagai isteri, sebagai rakan, sebagai guru, sebagai teman, sebagai pendorong, pembakar semangat awaksaya terus akan pimpin tangan awak....terus hingga ke syurga
Tiada yg lebih indah dalam hidup saya melainkan menjadi isteri awak....
saya amat2 sayangkan awak..teramat amat sayangkan awak...
Tiada yg lebih indah dalam hidup saya melainkan menjadi isteri awak....
saya amat2 sayangkan awak..teramat amat sayangkan awak...
Kanda yg amat kucintai
Sayangilah diri ini seperti mana tulusnya aku menyayangimu
kasihlah aku sepenuh hati sepertimana aku kasihkan mu
cintailah diri ini dengan seikhlas jiwamu
kerana kasihmu, cintamu, sayangmu yg membuatkanku kuat menempuhi hidup ini
kamulah yg membahagiakan hidupku
Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke3, kanda
Semoga perkahwinan kita berkekalan sampai syurga
Semoga perkahwinan kita berkekalan sampai syurga
Sehidup Semati
Berkat kesabaran kita
Menempuhi segala
Ku bersyukur kau masih setia
Kau insan teramat ku cinta
Namamu terpahat di dada
Untuk selamanya menyayangimu
Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati
Ku berikan kasih kepadamu
Seluruh kehidupanku
Kerna itu saja buatku bahagia
Ku rela korbankan segala
Yang ku ada di dunia
Moga kau gembira selamanya
Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati
Moga kita berpanjangan
(Moga kita berpanjangan)
Menikmati rasa cinta
Di antara dua insan... oh...
(Di antara dua insan)
Ku berdoa setiap masa
Agar kita lebih lama di sini
Bersama kau di sisi
"Kasih ku percaya
Kita berdua
Sehidup semati
Kini dan selama-lamanya
Sehidup semati"
Menempuhi segala
Ku bersyukur kau masih setia
Kau insan teramat ku cinta
Namamu terpahat di dada
Untuk selamanya menyayangimu
Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati
Ku berikan kasih kepadamu
Seluruh kehidupanku
Kerna itu saja buatku bahagia
Ku rela korbankan segala
Yang ku ada di dunia
Moga kau gembira selamanya
Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati
Moga kita berpanjangan
(Moga kita berpanjangan)
Menikmati rasa cinta
Di antara dua insan... oh...
(Di antara dua insan)
Ku berdoa setiap masa
Agar kita lebih lama di sini
Bersama kau di sisi
"Kasih ku percaya
Kita berdua
Sehidup semati
Kini dan selama-lamanya
Sehidup semati"