"Perempuan bersepah, tapi isteri susah nak cari?"
Kalau saper pernah tengok cerita budak Kelantan mesti
macam bese dengar ayat tu kan????
Tapi jgn salah anggap, mama bukan nak cerita pasal pompuan
ni nak cerita pasal seorang sahabat.....
Mama nak ucapkan TERIMA KASIH buat seorang sahabat
yg sentiasa ada, sentiasa disisi memberi semangat dan dorongan
sentiasa ada utk mendengar masalah, sentiasa memberi kata2 semangat.
Syukur sangat kerana dunia pembloggeran yg mengeratkan kami
Walaupun, dah lama saling kenal, dah lama serasi bersama (chewahh)
tapi hakikatnya kami x pernah lagi bersua muka...
Ajaibkan dunia blogger nih????
Terima kasih x terhingga buat MRS.K...
kerana sentiasa meminjamkan bahu, bila mama menangis
sentiasa mengambil berat, sentiasa bertanya khabar
sentiasa sudi mendengar masalah, dan cerita mama..
"Sedia mendengar.....that's what fren for"
ni sms dari MRS.K, sesungguhnya mama menangis kesyukuran
dikurniakan kawan sebegini.
Saat kesukaran melanda, saat ase jatuh terjelepuk
ada jugak yg sudi menghulur tangan, pimpin supaya kembali berdiri
Terima kasih, Kay...for being such a good fren indeed.
Semoga suatu hari nnti ada jodoh kita berjumpa yea.
Nnti me banja makan2 ek.....
Buat kengkwan lain jugak, tq..kerana sentiasa ada
menjadi penyokong mama, sentiasa ada memberi dorongan.
Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua
Nota kaki:
Buat balas di balas baik..
Semoga hidup kengkawan sentiasa diberi kebaikan