Khamis, 21 April 2011

JOM DOAKAN IQY

Mesti ramai yg kenal ngan anak teruna Naa yg hencem dan suka sengeh depan kamera ni kan?

Ni dia IRFAN RIFQY..
Sian dia sekrang tengah sakit.

Skang ni anak Naa ni (RIFQY) sedang ditahan di hospital kerana disyaki paru2 dijangkiti kuman susulan demam yg iqy alami bebaru nih.

Sian betul tengok budak kecik admitted tu ward
mesti lebam2, bengkak2 tgn kena amik darah

Semalam mama 'terchat' dengan baba Iqy ni, mama tengok YM Naa online, mama ingatkan Mamarifqy tapinya babarifqy yg on..tapi dari perbualan tu, katanya Iqy semkain aktive semalam berbanding hari sebelumnya.

Jom sama2 kita doakan iqy cepat sembuh...
manerlah tau, suatu hari nnti kita pulak ditimpa musibah,
doa dan sokongan dari kengkawan jugak yg kita perlukan.

Semoga Rifqy cepat sembuh dan ceria selalu.
Semoga Allah sentiasa lindungi Rifqy dan keluarga dari segala kejahatan dunia,
dari segala penyakit merbahaya dan dari gangguan syaitan. Aminnn..


Nota kaki:
Skrang ni macam 1 fenomena tau, bila budak demam jer, kena jangkitan paru2. 
Bimbang lak rasanya kan?


* x dapat bukak FB. x tau status Iqy harini..huhu..semoga bertambah sihat yea, cayang

KFC CHICKEN CHOP KEMBALI?????

Dulu pernah ada kan? 
skang ada semula ker???? best2..mesti terjah ni.
suka2...yummy..yummy


Nak tau lebih lanjut leh klik gambor yea..
klik iklan nuff tu pun boleh.

Pssttt: Papa sesi makan2 lepas dapat gaji nnti, kita makan ni ek..x sabar rasanya.
Macam terbau2 plak bau KFC.hehe


Nota kaki:
Aiii...kena lupa diet sekejap nih

*yg x berapa nak best ialah, bila sampai kat KFC tu, ayamnya idok ler sebesar dlm gambor tu.wakakah

PETUA - KETUMBIT MATA

U oll tau x ketumbit tu????
Ala, yg bengkak kat kelopak mata tu..
(org dulu2 kata, dapat ketumbit ni sebab ngintai org mandi)
Xder maknana okeh!! x ngintai pun boleh ketumbit jugak

macam ni ketumbit tu..
u oll pernah kena?

Bebaru ni, mama bangun jer pagi rasa macam gatal kelopak mata
tenyeh punyer tenyeh, ase sakit ler plak. Abaikan jer mula2.
Pastu petang tu ase macam x sedap jer. Tanya papa..naper mata mama ni?
Papa tengok then kata..kena ketumbit..Opppss, mama x ngintai tau..hehe
Mama lum pernah kena ketumbit or sakit mata..x pernah skali pun.

Esoknya, ketumbit tu, masih lum serius ag..
Pas papa gi kerja, mama landing sambil buat 1 aktibiti terkini.
iaitu, meletakkan uncang teh atas mata, niat asal utk hapuskan eyebag
Ni gara2 cadangan u oll sumer dalam entry ni:
http://violetgloves.blogspot.com/2011/03/beg-yg-wanita-x-suka.html
Sejak itu, mama amalkan penggunaan uncang teh ni..
tahap keberkesannya..nnti mama cerita dalam next entry..

Berbalik pada tajuk...
selepas 2hari, papa pun tanya mama
"Eh Dinda, ketumbit awak ritu, x jadi pun. Dah baik dah kan?
Awak wat camner?"

Oh, baru tingat kat mata..raba2. genyeh2..eh x sakit dah ler.
Telek2 kat cermin, wahhh...xder kesan pun ..
Asenya xder letak paper ubat pun..then baru tingat kat uncang teh.

aktiviti pepagi mama skang ni.hehe
Kalau ada uncang teh, jgn buang yea.

Dan dengan ini diistiharkan bahawa...
Selain dari merawat masalah mata spt: eyebag, dark circle dan merehatkan mata
Uncang teh sejuk boleh digunakan utk merawat ketumbit tahap tdk serius.
Kalau dah serius tu, silalah rujuk pada yg pakar.hehe.
(Berita baik mesti dikongsi bersama)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU KETUMBIT

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.
Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.
Penyebab
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah 
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan
Patogenesis
Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.
Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Simptom-simptom
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah



Nota kaki:
*Saper ada petua lain cepat kongsi..


*Papa kata, hari yg sama mama kena ketumbit tu, ada sorang cikgu pompuan kat sekolah dia datang sekolah ngan spek itam. Bila tanya cikgu (ustazah) tu kata terpaksa pakai spek arini. Dalam hati papa kata " ni mesti kes ketumbit macam bini aku"..gelak sakan mama dgr papa cerita.

Rabu, 20 April 2011

APA ITU WORDLESS WEDNESDAY??

Aritu ada mamarifqy tanya mama apa itu wordless wednesday...
X sempat2 nak cerita..
Memula mama pun xtau, baca entry banyak tulis WW..
pastu mama pun memulakan aktiviti menggoogle.
Dapat ler sedikit info, then sejak tu mama pun terbabit ler dalam aktiviti WW nih.
First entry mama pasal ww:


so sebelum lupa ni nak cerita kat Naa dan kengkwan yg masih konfius.
Wordless Wednesday(WW) ni cuma 1 fenomena yg mana blogger hanya menempek gambar dan membiarkan gambar itu bercerita utk entrynya haritu. 
Maksudnya xder cerita berjurai2...tapi hanya gambar.

Yang mama tau, ada web khas tentang WW ni
dan kita bleh kalau nak publish entry WW kita ni kat web tu.
(mama x pernah buat pun)..ni link nyer..

Utk keterangan lebih lanjut boleh ler klik2 link kat bawah ni ek.
Biar yg pakar bercerita lanjut..hehe



What is wordless wednesday?
On Wednesdays all over the internet, bloggers post a photograph with no words to explain it on their blog. Hence the ‘wordless’ title. The idea is that the photo itself says so much that it doesn’t need any description.

             -------------------------------------------------------------------------
Wordless Wednesday (WW) is a visual blogosphere phenomenon. 
Whereas blogs (web journals) are primarily about "words" bloggers love to dress their journal entries with imagery. 
WW is a simple blog post featuring a photo which conveys a message that speaks for itself without using words. However, there are no specific rules about WW posts so a few (and sometimes, many) words may accompany a photo or image that is the focus of a WW blog entry.

Read more: 
http://healing.about.com/od/blogs/a/ww-wordless-wednesday.htm



Psssst:
Mama ada jugak terbaca yg Wordless Wednesday ni ada kait ngan peristiwa yg mereka2 ni tampal gambar org2 yg dah mati dalam tragedi (macam tsunami kat acheh dan pengeboman di bali) pastu senyap bertafakur. Yg tu, mama x pasti.
Macam ni kot:
Hehe..gambar ihsan google

Nota kaki:
Sekali sekala seronok jugak bila gambar bercerita, x payah tulis panjang2. Baca komen yg org pikir apa pasal gambar tu pun best.