Ahad, 24 April 2011

SAYA TELAH DITEGUR

Ingat x segment "Saya mahu ditegur Eyriqazz".yg mama join dulu
Mama telah ditegur oleh GTO..best2..
Terima ksih kat GTO kerana sudi singgah dan menelek entry n blog mama nih.


Nak tau tegurannya?????
Eyriqazz berkata...



thanks join..Ini teguran saya..salah silap harap maafi..
1st off all, kenapa perlu minta maaf...mama yg minta ditegur
of coz ler sedia terima segala teguran itu, positif atau negatif :)
1)Nama blog agak unik...namun masih belum cukup unik dan memberikan makna yg menguja.
TQ...nama blog tu.. no komen rasanya. hehe

2)Header-Cantik...Love it..
Kredit to WANSTEDDY atas design header yg mantop

3) Template - umm, agak keanak-anakkan skit, selection of colour mcm kurang matching
Template tu, akan di baiki, cuma lum jumpa yg berkenan di hati..
cuba utk mengetengahlan unsur violet seperti URL blog.

4)Entri blog mostly agak panjang...It's Ok namun cuba selitkan lebih byk gambar 
so people tak cepat boring n klik X..
Memang mama ni suka membebel panjang kat blog ni.
kena kurangkan lagi bebelan nih. hehe

5)Too many widget di sidebar..boleh kemaskan dan buang mana2 yang tak patut
akan dikemaskan..Insyallah

6)Pasal width tu,saya minta maaf..saya pun kurang mahir bak2 template ni..hik3..
Width header Wan dah settled kan..sekarang dah ok

7)Font blog entri agak kecil..kalau first time saya singgah,saya akan klik X,

2nd time, akan x lagi...
Font blog mama ni kecik ker??? rasanya dah cukup besorr.. Allerta 14px
or mungkin yg x guna google chrome x dapat detect font ni kot????

8)Selection of colour entri..umm,kenapa sekejap biru,sekejap kuning,sekejap merah.
umm..kurang selesa membaca...
Yg colour entry tu.....sedang diperbaiki.
sekarang mama cuba utk maintan nota kaki warna merah, dan note warna jingga,
tapi tulisan entry warna putih., picture description warna biru, nnti setting semula

itu je...maaf ya sekali lagi...
tq so much

* Eh u oll view blog mama ni, keluar font camner????? 
sepatutnya font Allerta 14px


Nota kaki:
U oll plak...meh ler komen tentang blog mama nih.....nak dengar segala komen itu.
Nak perbaiki penampilan nih.

TIDURLAH WAHAI PERMAISURI

Lately ni, penyakit susah tidur malam Dhiya datang smula.
Makin teruk plak kali ni. Kelmarin kul 3pagi baru tido.
Pastu bila papa n mama bangun kul 6pg tu, dia bangun skali.
kul 9 dia tido semula, kul 1 or 2 ptg baru bangun.

Kekadang dia paksanya kami bentang toto depan TV..
Ok fine, ingatkan dia x suka tido dalam blik, tapi sama jugak
kami berdua dah syok2 berdengkur,
bila tersedar tengok Dhiya masih main sorang2.
Dia x kisah pun kami dah tido, dia maintain leh menyanyi dan main lg.
Kenapa ek jagi macam nih?


Mama rasa x elok ler utk perkembangan dia.
Jadual harian pun terganggu, waktu membaca, waktu belajar,
waktu makan semuanya terganggu.
Mama dah try lewatkan waktu mandi dia.
Kul 9 MLM macam tu, baru mama mandikan skit2..
then buatkan susu ajak tido, tapi x jalan daaaa..
(Bukan x elok utk Dhiya ajer, mama n papa pun x cukup tido)

Try2 survey kat tenet..jumpa ler skit2..tapi mcm x bantu sgt
kebanyakannyer cerita pasal baby.
Saper ada tips2 atau cerita dan panduan nak share??
Plizzzzzz....sangat memerlukan

Alahai..tomeiiinya Dia tido


Ni Dhiya...mama tujukan lagu ni khas buat Dhiya

Tidurlah Permaisuri


Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah
Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata ahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kuberjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

pssst: Dulu mak mama selalu nyanyikan lagu ni kalau dodoikan kami

Jumpa article menarik ni dalam BABYCENTER
Six sleep mistakes parents make and how to avoid them
Getting young children to sleep, and to stay asleep, is one of the biggest challenges of early parenthood. Fortunately, we can help you side-step the most common sleep mistakes and improve your chances of a good night's rest.


Mistake 1: Putting your child to bed too late
Mistake 2: Relying on motion .
Mistake 3: Overstimulation
Mistake 4: Skipping the bedtime routine
Mistake 6: Inconsistency
Mistake 6: Moving to a big bed too soon


Nak tau lebih details??? 
http://www.babycenter.com.my/baby/sleep/mistakes-parents-make/
http://www.babycenter.com.my/toddler/sleep/understandingsleep2/



Nota kaki:
Jeles tengok anak org lain kul 9 or 10 dah tido. Maka mak bapak dowang pun leh tido awal. huh

Sabtu, 23 April 2011

BLUES SURIRUMAH

Sejak akhir2 ni, banyak kali gak merungut kat papa
kata asenya diri ini mau bekerja semula...
kenapa??? Ntah ler, bila Dhiya dah semakin besar
kebosanan mula menyelinap dalam kalbu ku ini..hehe

Tapi sebenarnya...mama suka jadi surirumah.
Pelikkan?? sekejap suka..sekejap boring.
Ntahler mama macam xder pendirian tetap tentang hal ni.
hahaha...jangan salahkan mama hokeh....dah lama x bekerja.
Indu weh, nak pegang duit sendiri, nak soping sakan makan..
tanpa perlu gesel2, kenyit2 mata, atau merengek2 kalau ada menda berkenan.

Tetiba letak gambar ni kan..
tapi ni ler series yg mama paling suka.
siap request ngan papa suh beli DVD full version

Tapi antara kelebihan surirumah yg org bekerja x dapat ialah

1. Boleh bangun tido lambat..
Hahahhaa...letak no.1 tu. tapi idok ler hari2 bangun lambat.
sebetulnya mama bangun awal tau.6 lebih dah bangun,
tapi pas papa gi kerja..debummmm semula atas katil.
Nikmatnya terasa, tambahan plak dapat anak yg memang spesis bangun lambat.
Slagi x pukul 11 or 12 dia x bangun. Tapi mama xder ler bangun selewat itu.
banyak ag kerja nak settle.

2. Boleh jaga anak dengan sejaganya..
X caya sila tanya ngan DYEA IRDINA...betul kan cik puan Dyea???
Umur Dhiya dah 3thun+++, baru skali batuk masa umur 2 thun setengah
http://violetgloves.blogspot.com/2010/10/batuk-selepas-2-tahun-setengah.html
Baru beberapa kali selsema x serius, demam pun boleh bilang ngan tangan.
Dah pandai membaca, menulis...cuma cakap ler pelat.
Memang 1 nikmat bila dapat tgk anak membesar dengan sihat dan cergas depan kita.
Then paling best dapat DIRECT BREASTFEED Dhiya utk 2 thun setengah..

3. Jaga makan pakai suami 
Paling heaven bila jadi seorang surirumah ialah dpt antar dan sambut suami balik kerja.
Sungguh rasa sangat indah, bila dapat bukakan pintu kat suami, sambut, cium tangan.
Nasi dah terhidang atas meja. Dengar suami bercerita tentang kerja dia haritu.
tambahan kan, bila tengok jam tu, lagi setengah jam laki nak balik,
time tu mulalah sibuk cari minyak wangi, cari lipstick, cari sikat
siap cium2 baju takut bau ikan goreng tadi..hahahaha..

4. Boleh asah skill memasak
Banyak masa utk godek2 segala apa yg ada kat dapur. Nak belek2 buku resepi.
Yg x pandai masak pun jadi pandai tau..dah memang kena masak pun kan.
Xkan jadi surirumah, laki kena makan kat luar jugak.hehe.

5. Cuti x payah apply
Sebagai seorang isteri kepada cikgu, yg memang banyak cuti tu kan???
cuti adalah penting yea...so kalau jadi surirumah ni x pyh ler pening2 nak apply cuti kalau time cuti sekolah tu tiba.
Pendek kata kalau sebulan cuti sekolah, sebulan ler balik kg ek..hehe.
Boleh kemana ajer tanpa pikir kerja...masyukkk sunggguhhhh...
Kalau kerja x dapat ler cuti sakan kan?kan?kan?

Banyak lagi tau kelebihan surirumah..
malas ler nak senarai sumer, kang org menyampah lak nak baca.

Tapi ada ler jugak time x bestnya kan...
Time x best mesti ler time nak membeli dengan sesuka hati tanpa segan silu.
tambahan apa yg kta nak beli tu, melebihi amaun elaun bulanan..hehehe.
Rasa segan nak mintak memintak ni (mama ler, org lain x tau)
Sanggup pendam, diamkan dalam diri dengan harapan suami memahami
(tapi dah ngko x bagitau, mana dia nak tau kan)..hehe

yg x best jugak bila nak menjawab segala pertanyaan orang, cemuhan orang
bukan semua orang paham kelebihan jadi surirumah ni tau.
yg ramai org nampak ialah surirumah ni, kuno dan x best..huhu

Cer baca..cer baca kata pakar berkenaan surirumah
http://www.bharian.com.my/bharian/articles/Bukansenangjadisurirumah/Article

entry dulu2 pasal surirumah..kalau nak baca ler
http://violetgloves.blogspot.com/2011/01/siapa-kata-senang-jadi-surirumah.html
http://violetgloves.blogspot.com/2010/05/antara-yg-berilmu-dan-cetek-ilmu.html







Nota kaki:
xtau kenapa membebel gini..xder motip sebenarnya..hahaha

Jumaat, 22 April 2011

MISTERI SUARA MISTERI

Petang semalam hujan lebat di Subang Jaya ni.
Bersama kilat sambar menyambar, guruh berdentuman..
Arggghh, memang mama seram + takut..
Tambahan tinggal berdua pulak ngn Dhiya, papa gi tuisen.

TV plak...Alaaaa, ASTRO maca, ler u oll xtau
Ase hujan jer tv pun sama jer gelapnya ngan langit kat luar nun. huh.
Lagi ler rumah sunyi sepi...Dhiya duk kusyuk main ngan mainan
Then, mama ke dapur nak buat something for minum petang.
Dalam hati terpikir jugak, sejuk2 ni buat pengat ker bubur ker sedap jugak
Papa balik sejuk2, dapat hirup pengat ngan teo panas..uihh nikmat.

Masa mama kat dapur, tengah gentel gandum nak buat 'Butir Nangka'
(Dhiya duk main dalam blik)
Mama dengar Dhiya panggil mama..
'Mama, mamaaaa....mamaaaaaaaaaaaaaaaaa"
macam agak2 sayup sebab hujan lebih kuat, cara panggil tu macam tgh takut
Mama pun jawab "Ada apa Dhiya, mama kat dapur ni"
sambil kuatkan sedikit suara, sebab takut suara ditelan hujan

Selang beberapa minit
'Mama.....mamaaaaaaa..........mammmaaaaaaaaaaaaa"
skali lagi Dhiya panggil...Mama pun jawab lagi
'Dhiya,...mama tengah buat kuih ni. Kenapa???'
Senyap jerx berjawab pun.....
Dan selang beberapa minit lagi
'Mama...mamaaaaa...mamaaaaaa'

Mama pun basuh tangan, lap2..then terus ke bilik Dhiya.
Kesian plak..cara dia panggil tu takut dan nak mintak pelindungan dari mama
Mama terpikir dia takut kilat or guruh agaknuya
Sampai kat pintu bilik, tengok Dhiya tengah kusyuk main....
Pastu, mama pun macam terpinga2, terpisat2 kat pintu bilik tu
macam xder tanda2 Dhiya panggil mama pun
Bila nampak mama kat pintu bilik tengah perhatikan dia
Dhiya trus tanya mama
"ape mama? mama cakap dgn siapa" (kenapa mama)
'Tadi Dhiya panggil mama ker? kenapa panggil mama?"
"Dhiya main ler mama, dhiya x kacau mama pun"



Gulpppp...telan air liur jap...
Hati macam dah x senang kan, si mama tu memang dah dasar penakut.
Terpikir plak suara siapa tadi.....tapi memang sebijik suara Dhiya ler.
Xkan ler mama x kenal suara anak sendiri. Dengan nada dan cara panggil tu
sebijik mcam Dhiya...Seram sekejap...
Nak kata jiran tetangga, xkan ler hujan2 ni mama dengar dekat plak suara dowang.

Tapi mama tetap buat berani, cekalkan hati.
Meneruskan aktiviti membuat butir nangka..
Pastu Dhiya pun datang ke dapur....Mama buat aper??
Sebab mama dia dah seram dan meremang bulu roma, maka
"mama buat kuih...Dhiya tolong mama nak? teman mama kat dapur ni.."
"ok..." jawab Dhiya
"Jangan main sorang2 kat bilik time hujan2 ni, ribut kuat. Takut"

Sebabkan mak dia penakut, tanpa sedar ajar anak jadi penakut..hadoiiiiii.
U oll jangan tiru tips parenting yg ni ek...hahahha...

U oll pernah alami macam nih? CErita ler..cerita lerrr..
Dulu selalu nenek pesan, kalau kilat or guruh jgn tengok cermin.
nnti syaitan menumpang...kilat, guruh dan petir tu tanda amarah Allah

Jangan biarkan hidup anda diselubungi misteri...

Nota kaki:
U oll kenal ker bubur butir nangka? org Kelate komfom kenal. 
nnti ler ek buat entry, skrang ni xleh uload gambor..huhu


*Masa taip entry ni, walaupun dah tengahari tapi still meremang bulu tengkuk