Khamis, 14 Oktober 2010

BATUK SELEPAS 2 TAHUN SETENGAH

Bulan lepas Dhiya batuk(baru nak cerita kan????? x ingat ler beb)
But yg nak bagitau,itu adalah 1st time Dhiya batuk ssepanjang usianya setakat ini..
Mama sedikit gabra and panikkiranya first time menghandle anak yg batuk..
Mama bawak g jumpa doc..
(Mama ada jumpa klinik baru, klinik kecik amat..murah..tapi doc nyer sangat bagus)
*nnti wat entry tentang doc n klinik ni ek...

Masa jumpa doc tu, mama mintak ler tips, tanya sebab,
then macam2 ag ler mama tanya (Siap buat list soalan siap2)
Mama gitau ler sedikit klam kabut sebab x pernah ag Dhiya batuk sebelum ni

Part yg best bila doc tu cakap ayat ni....
'anak breastfeed ker?'
Mama jawab "yes..fully n xclusively breastfeed for 2 years ++"
Doc kata ' good..thats why dia kuat, x pernah batuk...kalau budak lain, xtau braper kali dah batuk'

So kengkawan...aper lagi nak disangkalkan kebaikan susu ibu

Then nasihat dan kata doc:

1. Anak batuk adalah perkara normal..
(sebenarnya apabila anak batuk, mereka sedang melawan kuman dan penyakit dalam badan mereka, dengan cara mengeluarkannya dalam bentuk batuk
*ni mama baru tau

2. Masa anak batuk, jangan bagi buah-buahan sebab bimbang getah atau allergen pada kulit buah buat tekak bertambah gatal dan batuk..sebaiknya bagi buah dalam bentuk jus

3. Sebolehnya, elakkan bagi anak makan ubat batuk..cuba kawal batuk anak dengan banyak minum air masak...bawa untuk pemeriksaan utk pastikan lendir, kahak dan paru2 dalam kadaan terkawal

4. Bagi anak makan ubat demam utk melegakan rasa sakit tekak. Ubat demam bertndak sebagai pain killer, dan boleh melegakan keperitan tekak anak.
*yg ni pun baru tau

5. Bagi kekuatan emosi untuk anak anda melawan batuk tersebut..berikan kata semangat. Selalu kata padanya yg dia anak yg kuat dan mampu atasi sakitnya. Walaupun masih kecil. Insyallah, dia paham ape yg ibunya cuba sampaikan.

6. Kalau masih breastfeed, kerapkan penyusuan kerana bakteria baik dalam susu ibu membantu menguatkan sistem imun anak


7. Sudah tentunya, ais, kekacang, ais krim, sweets dan coklat di elakkan ketika anak batuk


Then, after few days Dhiya baik dari batuk tanpa makan ubat batuk..
sangat bangga dengan kekuatan anak mama itu.

Nota kaki:
Itulah pertama kali Dhiya batuk dan sepanjang usia Dhiya ni, baru 2x selsema. Tu pun x lama, dan x kuat..demam pun x pernah lebih dari 3 hari..semoga Dhiya terus membesar sebagai anak yg sihat

5 ulasan:

Unknown berkata...

syabas eily!! meneruskan usaha BF bkn sesuatu yg mudah kan..

BIONIC WOMEN berkata...

betul tu fiza..kekadang kita rasa tertekan, tapi bila tengok hasilnya...alhamdulillah, hepi sangat

Tanpa Nama berkata...

saya memang sokong penuh ibu2 yang bf nie.ingat nanti kena wat contest ttg posisi penyusuan dlm kenangan..hehe.seronok kan sbnrnya menyusu anak..memang imun dorg kuat

T@sh Sch@ berkata...

betol tu kak
susu ibu sangat mustajab ..

share pengalaman:
selalu kalu scha balik kg ..
gatal2 mata sampai merah & bengkak
(sensitif / alergik bau & bulu kucing).. segala jenis ubat xjalan ...

kakak scha titikkan air susunyer dalam mata scha (3titik)mcm pakai ubat mata tu ...
alhamdulillah lega lepas tu ...
ini dia amalkan juga untuk seluruh ahli keluarganya .. andai terluka kerana jatuh atau apa2 ajer lah .. semuanyer dititikkan dengan susu badannyer ...

:P

BIONIC WOMEN berkata...

wan nurul hezrina:
best ugek tajuk contest tuh..hehe

Tashscha:
petua tu akak selalu dengar..
susu ibu kan penuh dengan macam2 bakteria baik..