Memaparkan catatan dengan label SAKIT. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SAKIT. Papar semua catatan

Rabu, 23 Februari 2011

ROBOCOP THE RETURN

Huhuhu, sakit bahu mama semakin tidak tertahan akhir2 ni. Semakin sengal, semakin lemah. Kalau dulu dulu pakai jam besi jer yg terasa berat giler, skang ni pakai gelang pun terasa sengal2. Henbeg apatah lagi, nak bawak belah kanan x berapa nak reti..huhuhu..

So, sepanjang minggu ni mama terpaksa ler menjadi robocop semula macam 5thun lepas. Dulu, mama kena jadi robocop hari2 tau, sebab posture mama dah lari. Bahu dah semakin ke depan, so bahu nampak jatuh dan badan sedikit bongkok. Nak tengok suit robocop mama?

Posture Brace with Steel Stay

  • Provides proper posture support
  • Breathable material keeps your skin cool and dry
  • Suitable for poor posture, osteoporosis and arthritis
  • The brace is designed to correct poor posture, relieve upper back pain caused by kyphosis or arthritis and prevent progressive deformity
  • Elastic straps hold the back in proper position and stabilizer stays help improve posture & trunk alignment
  • Triangle configuration correctly distributes pressure to tip of shoulder
  • Additional stays help reinforce back alignment and proper posture
  • Crisscrossing straps provide more support and make the support easy to adjust
  • Corrects poor posture and prevents slouching

Brand OPPO...Seksa jugak pakai menda ni, kena berdiri, dan duduk tegak ajer...
Sebab tu tiap kali pakai ni, papa panggil mama robocop
Tapi nak buat camner dah terpaksa. Dulu, setahun pakai hari2 nampak jugak hasilnya, tapi skrang ni kena beli yg lain ler...yg lebih focus pada bahu. Sebab sakit sangat dah nih.


ShouldeSupport

Shoulder Support
  • Provides compression and support to shoulder and aids healing of the shoulder
  • Provides therapeutic warmth to the shoulder and upper arm
  • Gives the wearer support and added protection
  • Minimises chances of future injuries

Yg ni lebih membantu kot, cuma masalahnya kat silang dia tu, sebab kat bahagian tu ler tulang mama yg patah. Tulang clavicle yg dibulatkan dalam rajah kat bawah nih. tulang tu terletak antara leher ngan bahu...


Mungkin mama sekarang ni kekurangan kalsium tahap kronik kot, 
tu yg sakit sangat. Dah lepas ada anak, dukung2 anak ag..
Dulu hari2 makan kalsium + vit D, bila x sakit tinggalkan gitu jer rutin tu, skang bila dah sakit semula, mulalah....nak salahkan siapa?/ HUHU.

U oll yg masih sihat walafiatkan, jagalah tulang2, jangan sampai patah. Sebab skali patah, azabnya selagi nyawa di kandung badan ler. Makan ler kalsium banyak2. 
Tetapi kekadang kita x mintak pun jadi camnih kan, dah takdir..huhuhu..berserah ler.
Tapi lagi rasa x puas hati bila kita jadi macam ni sebab kecuaian org lain.....

Mama lagi sakit hati, masa kena langgar tuh, pemandu yg langgar mama bawak g klinik berhampiran, tapi Doc bertugas claimed mama xder mengalami sebarang kecederaan dalaman kecuali luka kat bahu, dan belakang. then after 1 week, mama sakit yg teramat then g Hospital wat x-ray ternyata tulang mama patah, so mama x dapat nak claim insuran tau, sebab laporan pada polis kata mama x patah..huhuhu..sedih sangat. Sudah jatuh ditimpa tangga.

Tambahan masa tu teramat ler buta pasal insuran atau segala claim2 ni. Ditambah lagi duk sorang2 sebagai perantau kat KL ni..huhu. Sedih, sedih..(Kejadian berlaku kat Kepong)

Nota kaki:
Sebab kecederaan ini, mama jarang dukung Dhiya tau, asyik papa jer dukung. Mungkin sebab tu Dhiya lagi manja ngan papa kot. huhu

*Jangan ler tegur bahu mama senget, kalau berjumpa yea...terasa hati I..hehe. Tapi, sejak patah kan, bahu jadi semakin besar ler, dan memang susah nak kuruskan bahagian tu. doc kata, berlaku pertumbuhan otot dan tisu baru menggantikan tisu rosak kat area patah tuh. Terlebih2 plak dia membiak..hehe

Selasa, 25 Januari 2011

DOAKAN SAYA

Harini memblog tanpa tengok blog..uhuhu.
Masih masalah dengan brodban..sangat sedih..banyak cerita nak cerita nih.
Tapi x best ler cerita kalau xder gambar.

Harini, kejap lagi...mama nak g klinik. Hajatnya nak g DDMC, jumpa Dr.Kamal
(My gynae..feveret dr)
tapi setelah bincang ngan papa semalam, pegi kinik dekat ni dulu.
If ada yg serius atau still x puas hati baru ke Damansara. Jauh jugak tuh nak gi.

Mama sakit aper? Ntah ler.xtau ag, tu yg nak gi check up harini.
Samada sakit buatan orang atau sakit yg x di buat..
Dah 3minggu Miss p x kunjung tiba, tapi dah 2x wat HCG test, still negative.
Walaupun mama ni jenis period x stabil tapi x pernah ler plak lambat sngt gap nya.
(haaaa...mesti ada yg salah sangka bab buatan org tu kan???..hehe)

Semalam mama sakit perut yg amat, langsung xleh tido..Rasa macam ada batu kat dlm perut.
Sakit macam ni mama pernah rasa masa ada fibroid masa ngandung Dhiya dulu.
Pinggang plak sakit yg amat2 sangat bila malam, nak pusing2 pun xleh.
Xtau ler naper nih..harap2 xderla paper yg serius. 

Kengkawan semua, doakan kesihatan dan keselamatan mama ek..
Kalau ada yg pernah alami situasi camni..jom ler share..mama agak stress dah pikir.
Berat badan pun sejak sari 2 ni naik sedangkan dh 3hr x lalu makan nasi.
ditambah lagi, ibu jari kanan luka teruk kena grater. Ngan kuku hancur skali,
masa sagat Arrowhead nak buat kerepek smlm. Bangun pagi ni plak tekak sakit.
Ya Allah, banyak sungguh dugaan minggu ni...


Nota kaki:
Masih x dapat berBW...sorry kengkwn..nak suh papa survey streamyx ler

Khamis, 12 Ogos 2010

UJIAN DAN CABARAN SEMUA NI :(

Hari kedua berpuasa mama diserang demam, sakit pala yg amat, selsema (bersin x benti)..hadusss...
Dugaan, dugaan...semalam baca dalam fb ramai kengkawan yg sakit dihari pertama puasa, 
manatau, uper2nya mama plak sakit di hari kedua.


Mama x larat sungguh ler, mata pun ase pedih jer, tekak sakit, 
suara mama dah ada ala2 Ella tau. Mungkin sok lusa boleh record lagu..huhu
Tapi seb baik ler Dhiya good behaved harini, bangun pun dah kul 12.30 then she request bubur.
Senang skit kerja mama, wat bubur campur ayam, sayur..kalau x kena masak nasi + lauk.

Mama demam start malam tadi....
Time sahur pun mama x larat nak bangun
Time kasih tak terhingga kat papa yg menyediakan sahur pagi tadi
Mama bangun makan jer..
Alhamdulillah, terima ksh Allah kerana mengurniakan aku seorang lelaki yg x berat tulang.
Pagi tadi sahur sup ayam, sayur kankung goreng ngan telur asin.
Semalam papa request nak makan cendol pulut harini
then mama ingatkan nak wat mee karixtau ler larat x mama ni, 
harap2 tuhan bagi kekuatan utk mama sediakan makanan utk suami dan ibu mertua.



Ni pesanan penting ni:
*Buat ibu2 yg ceaser masa bersalin dulu, mama nak tanya ler, u oll kekadang ase x sakit kat parut tu. 
sakit nyer mcm senak. Mama rasa sakit ler, kelmarin g klinik then doc kata normal, even org yg dah 5 thun pun kkdg ase sakit, but mama kn beware ler, klau 3 minggu x baik gak, doc tu nak refer mama pada hospital, takut ada insider bleeding or bengkak...nampaknya mama kena g DDMC jumpa Dr.Kamal Bahrin semula ni, jauhnyer laaaa.
Atau fibroid mama kembali ek...takutnya


Nota kaki:
*Harini papa kena bawak tokma g check up kat PPUM..harap2 semuanya selesai awal then papa bleh balik tolong mama