Memaparkan catatan dengan label Islamic. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label Islamic. Papar semua catatan

Jumaat, 15 Julai 2011

I'KTIRAF - ZIKIR TAUBAT

https://blogger.googleusercontent.com/img/b/R29vZ2xl/AVvXsEiQnWTC4narMWhGtV82lMVLKumPYOMTC56dpPBLuUJWevVYojFkYjpxdBgBmctfSs4fAuywyvjtMNKWOOrJt-KJCtb8vFhK1XjvYg6D1hLV9vDqfnCaiLbVWofdo-nqGc1oafdM2L9fMdQ/s400/Taubat1.jpg


I’tiraf
Wahai Tuhan ku tak layak ke syurga Mu
Namun tak pula aku sanggup ke neraka Mu
Ampunkan dosa ku terimalah taubat ku
Sesungguhnya Engkaulah Pengampun dosa-dosa besar

(versi arab)
Ila hilis tu lilfirdausi ahla
Wala aqwa alnnaril jahim
Fahabblitau batau wafir zunubi
Fainnakarob firul zanbi azim

Kami takut kami harap kepada Mu
Dosa-dosaku bagaikan pepasir di pantai
Dengan rahmat Mu ampunkan daku 

Oh Tuhan kuWahai Tuhan selamatkan kami ini
Dari segala kejahatan dan kecelakaan
Suburkanlah cinta kami kepada Mu

Akulah hamba yang mengharap belas dari Mu
(Raihan)



Pagi Jumaat ni hujan start dari malam kul; 4 pagi tadi
Kalau arwah Aki ada dulu, dah ditadahnya air hujan tu
katanya air hujan malam dan pagi jumaat penuh rahmat
boleh buat penawar penyakit, dan segarkan diri
Tapi nak tadah tu kena tempat lapang atau atas bumbung...

Sekarang ni, semakin ramai org x endahkan semua tu kan?
Semakin ramai org lupa tentang rahmat dari Illahi..
Semoga kita terjauh dari mereka yg lupa dan alpa...amin


Nota kaki:
Tetiba terasa sayu ler plak, bila hujan pagi jumaat..Terasa rindu dan teringat kat Arwah aki..
Al fatihah buat Allahyarham Abdul Rahman Haji Rahmat dan Allahyarham Zainuddin Muhammad.

Jumaat, 17 Jun 2011

HUKUM DUNIA TANPA SEMPADAN


Bila isu agama menjadi persendaan..
macamaner nak didik org islam nak mendalami islam??
X patut ler utusan luluskan kartun ni kan utk di terbitkan
sepatutnya kena lebih sensitif bila membabitkan kekeliruan isu agama

nak komen pepanjang takut jugak, takut tersalah cakap, tersalah bagi info
tapi yg pasti jgn ler kita terpedaya dengan hukum dunia yg semakin tua ni
berbalik pada pegangan agama, al-quran dan hadith, dan Sunnah Rasullah
Insyallah kita sentiasa dalam bimbinganNya

Pandangan u oll????


Nota kaki:
Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dari kesesatan

Jumaat, 20 Mei 2011

INDAHNYA KEAJAIBAN ALLAH

Sebenarnya menda ni dah agak lama berlaku...
masa mama balik kg dulu, dalam bulan 3 macam tu ler.
Tapi ntah naper, entry ni duk dalam draft jer..sebab xtau nak xplain camner
tambahan gambar x berapa jelas..

Suatu malam tu..........masa tu kami baru balik dari melawat pak sdara mama
dia xciden so admitted to HTAA kuantan. Balik tu dah lewat malam.
Dalam kereta ada mama, papa, Dhiya dan nenek.

Dari Kuantan ke rumah nenek tu, memang jalan sunyi jer.
Banyak pantai dan hutan jer keliling jalan.
Ntah camner, mama merenung ke luar tingkap...
Mama cakap kat Nenek, cantiknya bulan malam ni...memang cantik tau.
Tetiba pandangan mama terpaku ke awan yg sedang berarak.
banyak kali tenyeh mata, tapi tetap ada kat langit tu..

Then mama pun amik kamera..kebetulan kamera mama leh 18x zoom
so mama try to capture awan yg sedang berarak itu..
dengan harapan mata mama ni x salah pandang...
Tapi mama x mengharap sangat, tambahan plak kamera mama ni 
memang x power pada waktu malam

Nak tahu ker apa yg mama nampak tu???

u oll nampak x ????
Kalimah ALLAH terbentuk di langit
yg sangat jelas di mata mama...
gambar ni langsung x edit..kecuali buat circle tu

 Gambar ni mama try edit ngan photoscape..
Tapi mama ni x pandai ler mengedit...
sebelum ni semua gambar dalam entrymama x pernah pun edit, 
camner dalam kamera camtu ler gambarnya.

Tapikan...1 keajaiban yg mama alami ialah....
Bila mama cuba zoom...perkataan tu terus x nampak.
cuba zoom in gambar dalam kamera pun, xleh.....


Papa cakap kat mama...kenapa x suruh berhenti then boleh capture elok2
mama cakap takut nnti, kecoh nak benti tepi jalan, x sempat nak capture plak.
takut awan tu berarak then terlepas ler mama moment tuh
Memang mama capture sambil kereta bergerak tau..

Kalau ada DSLR tu mesti agi puas hati kan? lagi power...

Sebenarnya ni kali ke2 mama tengok kebesaran dan keajaiban Allah ni.
Pertama kali bulan puasa tahun lepas...
Mama bangun nak masak sahur, pastu bukan pintu kat dapur...
Tetiba mama pandang ke awan dan lihat awan tertera perkataan MUHAMMAD
(dalam bahasa jawi ler kan)..berarak pastu terus hilang skit demi skit
menangis mama masa tu...sedih sangat sebab time tu mama tengah uzur
terus mama kejutkan papa suh sembahyang hajat...
memang langsung x teringat kat kamera atau apa2 pun.

u oll pernah x ada kenangan atau mengalami moment indah camni..
jom ler kongsi


nota kaki:
Kejadian Allah itu semuanya indah.....

Jumaat, 29 April 2011

AYAT PELINDUNG DARI SIHIR

Hidup dizaman di penghujungnya ni, bermacam2 dugaan yg ada.
Termasuk jugaklah dugaan datangnya dari manusia yg berhati busuk..
Kengkawan, ni mama nak kongsikan antara ayat2 pelindung dari gangguan syaitan dan amalan ilmu sihir.

Kekadang tu, kita x sedar pun ada yg iri hati dengan kita kan?
Iri hati dengan kebahagiaan kita, iri hati dengan kehidupan kita.
yg iri hati sebab cinta x berbalas pun ada tau...huhu

So hati2 ler yea..kengkawan..Musuh sebenarnya ada di mana2..
Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dan keluarga dari gangguan syaitan
dan dari sifat keji dan kejam manusia sekeliling kita.


.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )


وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118)فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ | 122
Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun (122). 


2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )


فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ | 82
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82). 

3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )


وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى | 69
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).

Semoga memberi manfaat kepada semua di pagi jumaat yg indah ini.
Jadikanlah amalan yea...setiap kali solat mintalah perlindungan Allah.



Nota kaki:
Pernah lihat saat2 getir sepupu menghabiskan hayat, tersiksa kerana perbuatan sihir.
Muntah keluar paku, mata buta tiba2, badan panas 40c sepanjang masa. Setiap kali bangun tido badan penuh dengan kesan umpama kena cakar. nasi tetiba ada ulat. Kesian sangat teringatkan arwah..

Rabu, 23 Mac 2011

DIRIKANLAH SOLAT, ANAKKU

Mama tau ramai dah baca nota Wardina ni, dalam dia nyer official page kat FB
Tapi mama nak jugak tempek kat sini utk panduan mama, dan utk tatapn Dhiya suatu hari nnti..
Kerana ilmu yg disampaikan ini amat bermakna buat semua ibu..
Pada yg belum baca, silalah baca....
Pada yg belum follow official page Wardina, silalah follow, even u oll x minat dia pun, ambik ler segala info dan ilmu yg dikongsikan bersama..Wardina x pernah lokek ilmu tentang keibubapaan ni..
Mesti u oll x nyesal punyer, dari layan gossip2 jer, baik korek ilmu berguna.


Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

Firstly mama nak ucapkan tahniah buat Wardina...
Beliau berjaya menjadi seorang ibu yg wonderful, dalam dunia moden yg amat mencabar ini.
Bukan senang nak didik anak supaya ingat solat dengan peredaran dunia yg semakin lupakan agama sekarang ni. Ini kenyataan kan?
Harap mama setabah, sekuat, seteguh Wardina dalam usaha mentarbiahkan anak bersolat.
Semoga mama berjaya...Aminnnn..Allah sentiasa bersamaku, Insyallah..

Walaupun Dhiya baru berusia 3thun, tapi Alhamdulillah, dia dah tunjukkan kemampuan dan jatidiri dalam menunaikan solat.
Buat usia begini, asalkan dia tahu asasnya sudah cukup, bagi mama.
Yg penting pendidikan dan pendedahan yg berterusan.
Harap bila usia Dhiya dah 7 thun nnti, dia sudah faham segala tertib
dan faham kebaikan serta kewajiban menunaikan solat seperti Amna..


Alhamdulillah...dah semakin tertib.


Sangat terharu tengok detik nih.
Tiap kali tengok gambar ni, rasa sebak.
Betapa bernilainya jadi seorang ibu

 Jangan lupa doakan mama dan papa yea..sayang
SEmoga kebahagiaan dan keberkatan sentiasa 
bersama keluarga kita..Aminn
Doa mama, agar Dhiya membesar sebagai anak yg solehah
dan cemerlang dunia akhirat..
Tiada apa yg mama harapkan dari Dhiya, selain doa.


Nota kaki:
Tetiba sebak plak tulis entry nih...
*Tq Wardina berkongsi ilmu

Untuk join fanpage Wardina boleh klik link nih: http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah?ref=ts

Jumaat, 18 Mac 2011

KERANA MULUT BADAN BINASA



Ada orang bila dia berkata2..
Kekadang dalam nada hanya bergurau
tapi kata-katanya itu amat menusuk kalbu
mendatangkan keinsafan,
membuatkan kita teringat2, terngiang2 kata2nya itu
Kekadang sampai menitis air mata teringatkannya
sampai mendorong diri utk berubah..

Ya Allah, tingginya nikmat Engkau hadiahkan utk org sebegini
Indahnya suara mereka, lunaknya kata2 mereka
Malah Engkau haramkan dari mulut mereka segala yg tidak baik
Betapa Engkau pelihara mereka ini
Adakah aku juga bakal Kau pelihara sebegitu????

Ada orang lainnya, setiap kali mereka berbicara
tiap ayat dan baris kata di susun indah
setiapnya dihias indah dengan nada yg sungguh mempersona
tiap orang yg mendengar bagaikan terpegun
Tapi sayangnya, tidak kekal dihati
keindahan dan keinsafan hanya beberapa waktu diingati

Ya Allah, Engkau bagi mereka ini kurniaan yg besar
dan mereka sedar tentang kurniaan itu
Maka mereka gunakan utk memberi dakwah pada yg hilang pedoman
tapi yg mendengarnya Engkau tutupkan hatinya
betapa ruginya si pendengar itu
Ya Allah Engkau jauhkan lah aku dari golongan pendengar buta hati itu.

Tapi ada juga diberi kurniaan yg hebat
Pandai berbicara, pandai berkhutbah
tapi mereka gunakan utk kepentingan diri sendiri
mereka gunakan utk menghancurkan orang lain
mereka gunakan utk sakiti hati org lain
Ya Allah, Engkau peliharalah diriku, mulutku
dari berkata yg tidak baik

Ada juga manusia
pabila dibukanya sahaja mulut mereka
maka akan keluarlah kata2 yg amat menyakitkan hati
kata2nya menyakitkan telinga utk didengar
yg terkeluar dari mulut mereka
hanya sesuatu yang mendatangkan sengketa

Ya Allah.. Aku merayu, Engkau jauhkan diriku,
Peliharalah diriku dari menjadi golongan ini

Sesungguhnya aku hamba yang lemah
Hanya Engkau yg tahu apa yang terbaik utk hambaMu..

Aminnn..




Nota kaki:
Ini nukilan peribadi, hanya peringatan utk diri sendiri, atas pengalaman sendiri.


*Kalau sepanjang mama menulis, kalau ada ayat yg menyakitkan hati semua, mama mohon maaf atas keterlanjuran..kerana yg baik itu datang dari Allah , dan yg tak elok itu datang dari kelemahan mama sendiri.


Semoga kita semua mendapat keberkatan Jumaat yg berkah ini..Aminnn

Khamis, 17 Februari 2011

JANGAN KIRIM SALAM

Petang ni nak kongsi skit pengetahuan dan info...baru jugak baca nih. Sangat berguna kat kita semua kot.
Mama pun sangat terasa okeh. Memang mama ada lakukan kesilapan nih. So kepada semua yg mama pernah ungkapkan perkataan 'salam'..mama mintak maaf yea..Tapi dari sudut hati, ia membawa maksud yg sebaliknya...

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, 
Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya  “WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan  

    bagi“Assalammualaikum.”
(Sumber dari FB)



Jadi kengkawan, segala ilmu yg baik, mari kita amalkan dan kongsikan. Segala yg silap kita perbetulkan, segala yg kurang elok kita hindarkan..
Renung2kan dan selamat beramal...wahhhh...nak jugak guna tag line glamer tuh..wakakah

Nota kaki:
Kekadang rasa menyesal plak x dalami bahasa Arab dulu. Dapat B ajer PMR. Pastuh trus tenggelam. haha. Tapi asasnya yg sebenar tetap pada niat dan hati. Cuma bila kita dah tau, kita perbaiki ler kan?
 *Kalau ada mama tertulis salam masa komen kat entry u oll sila tegur yea, dah terbiasa..

Jumaat, 29 Oktober 2010

MALAM PERTAMA KITA

Mama dapat emel ni semalam dan hampir2 mendeletenya,
tapi bila sampai ayat terakhir bacanya sebak pulak rasa dada...

jom kita hayati bersama sebagai renungan di hari Jumaat yg indah ini





Satu hal sebagai bahan renungan Kita...
Tuk merenungkan indahnya malam pertama
Tapi bukan malam penuh kenikmatan duniawi semata
Bukan malam pertama masuk ke peraduan Adam Dan Hawa

Justeru malam pertama perkawinan kita dengan Sang Maut
Sebuah malam yang meninggalkan isak tangis sanak saudara

Hari itu... mem pelai sangat dimanjakan
Mandipun...harus dimandikan
Seluruh badan Kita terbuka....
Tak ada sehelai benangpun menutupinya. .
Tak ada sedikitpun rasa malu...
Seluruh badan digosok dan dibersihkan
Kotoran dari lubang hidung dan anus dikeluarkan
Bahkan lubang-lubang itupun ditutupi kapas putih...

Itulah sosok Kita....
Itulah jasad Kita waktu itu

Setelah dimandikan.. ,
Kitapun dipakaikan gaun cantik berwarna putih
Kain itu ...jarang orang memakainya..
Karena sangat terkenal bernama Kafan
Wangian ditaburkan kebaju Kita...
Bahagian kepala.., badan. .., dan kaki diikatkan
Tataplah.... tataplah. ..itulah wajah Kita
Keranda pelaminan... langsung disiapkan
Pengantin bersanding sendirian...

Mempelai diarak keliling kampung yang dihadiri tetangga
Menuju istana keabadian sebagai simbol asal usul
Kita diiringi langkah longlai seluruh keluarga
Serta rasa haru para handai taulan
Gamelan syahdu bersyairkan adzan dan kalimah Dzikir

Akad nikahnya bacaan talkin....
Berwalikan liang lahat..
Saksi-saksinya nisan-nisan. . yang telah tib a duluan
Siraman air mawar.. pengantar akhir kerinduan
Dan akhirnya.... tiba masa pengantin..
Menunggu dan ditinggal sendirian,
Tuk mempertanggungjawab kan seluruh langkah kehidupan

Malam pertama yang indah atau meresahkan..
Ditemani rayap-rayap dan cacing tanah
Di kamar bertilamkan tanah..

Dan ketika 7 langkah telah pergi.....
Sang Malaikat lalu bertanya.
Kita tak tahu apakah akan memperoleh Nikmat Kubur...
Ataukah Kita akan memperoleh Siksa Kubur.....
Kita tak tahu...Dan tak seorangpun yang tahu....




Nota kaki:
Setiap hari mama berdoa semoga, kami sekuarga mati sebagai Islam...
dan bukan golongan yg hina

Ahad, 29 Ogos 2010

ALHAMDULILAH, TUHAN BAGI KESEMPATAN

Harini mama sangat hepi....Alhamdulillah, tuhan bagi kesempatan utk mama laksanakan niat mama yg 1 ni..

Korang semua berbuka aper arini?
Arini mama berbuka (macam ler pose kan)..hehe..teman papa berbuka tu, kira berbuka lah kan?
sambung semula....arini berbuka ngan kew teow goreng jer + ayam goreng salut tepung 
(gambar x sempat snap ek..hidang2 jer azan berkumandang)



Buah melaka sebagai pemanis mulut arini..

Arini mama bertungkus lumus siapkan sedikit juadah utk Moreh org kat surau dekat rumah ni..
Alhamdulillah, tuhan bagi kesempatan, masa dan tenaga utk siapkan juadah yg x seberapa
kebetulan plak arini, giliran blok mama utk sediakan Moreh surau..

So ni bahagian mama

Cekodok pisang
(gambar bawah tu, tinggal balance sahaja ek)

Hehe, mesti korang kata, apelah mama ni...cekodok pisang jer
Mama x plan pun nak wat cekodok pisang ni tau..
tadi g kedai tengok banyak sangt pisang awak kat kedai tu dah masak ranum
kalau biarkan ag sari mesti buruk...
so mama beli ler pisang tu, tolong tuan kedai tu dari kerugian,..wakakkah..niat baik punyer

SEbenarnya, mama terpikir, kuih2 manis lain dah selalu sangat orng buat
ntah2 orang pun dah jemu nak makan..time berbuka pun dowang tengok kuih yg sama jer kan
so mama pikir wat cekodok ni, boleh dowang kunyah2 time berbual ker, time jalan kaki nak balik umah tu, xpun kalau jenis yg bawak balik utk anak2 tu, xder lah anak dowang berebut kan..
sebab ada banyak dalam 1 beg tu
(bagus kan mama, siap packing beg2 camtu....angkat bakul sendiri ni)

then


Wat agar2 santan yg gunakn gula melaka bukan pewarna ijau..hehe
sedap tu..resepi mak mertua..

Process memacking..sebelum papa bawak time nak g terawih

Mydin xder sponsor apa2pun kecuali beg plastik recycle ini..
(recycle baik utk persekitran...sempat wat iklan..haha)
jangn plak korang kata mama bli kat mydin tau...
mak berbasah peluh, mydin plak dapat nama sebab beg plastik itu..huh


So.....itu sahaja cerita harini
agak penat n mau rehat kejap

Esok baru nak wat entry soping baju raya ek...orang lain duk kecoh tentang baju raya ni, nak jugakkkk!!!


Nota kaki:
Esok adalah hari utk soping yg seterusnya.....looking baju raya for my Kanda plak. Papa kata esok pkl 10a.m kitaorng dah ad di mall...semangat x lakiku itu????hahaha

Isnin, 2 Ogos 2010

ANAKKU BERHATI KERING

Semuanya terjadi malam kelmarin. Dhiya mengamuk dengan semengamuknya...atas sebab nak tengok tv. Papa lak gi men badminton ngan kengkawan. Sepanjang hari Dhiya x tido, so mama mengharapkan Dhiya tido awal pada malamnya.
Malangnya baru 10min tido Dhiya bangun, nak tgk tv. Masa tu dah 12 tengah malam. Dngan penuh sabar mama pujuk, ajak tidur semula...tapi makin kuat plak suara Dhiya mengamuk.menjerit2, menangis dengan semahunya...

Mama dah agak panas...tetiba tingat plak kat entry 'kemahiran menyerap bunyi' dari Diyana..
macamaner Diyana mendiamkan anknya yg menangis dengan menangis lagi kuat dari mereka...
Mama ase nak try skill tu sebab dalam hati mama terpikir semua anak2 mesti takut atau sedih bila tengok mama dowang nangis...mama pun menangis dengan nada kuat skit dari suara Dhiya..
nak tau aper jadi???????

Dhiya langsung x endahkan mama, makin tinggi ag suara dia ader laaa...
'mama nak ibi'...'mama nak ibi'..'mama ucak ibi'....sambil tangan tu tarik tangan mama, tarik pipi mama, tarik muka mama...nak jugak bukak tv....Mama yg meraung menangis tu langsung dia x hirau...
Ya Allah ya tuhanku..kerasnya hati anak aku..

Tiba2 hati kecik mama tersentuh...air mata mama mengalir dengan laju. Sebak menguasai dada mama...x semena-mena mama menangis. Air mata semakin laju, teresak2 mama dibuatnya...
Hati mama sedih bukan kepalang...
Mama bayangkan, camner kalau kekeringan hati Dhiya tu kekal sampai dia dewasa. Macamaner mama masa tu, adakah Dhiya sanggup ketepikan mama demi kehendak dan kemahuan diri sendiri.

Ya Allah, dimana agaknya silap mama mendidik Dhiya. Di mana kurangnya perhatian dan kasih sayang mama utk Dhiya. Mama dah cuba wat yg terbaik utk Dhiya..korbankan kerjaya, korbankan kesenangan...semuanya kerana mama lebih pentingkan tanggungjawab mendidik dan membesarkan Dhiya.

Dhiya..anak mama sayang, mama sedaya upaya didik Dhiya dengan sebaiknya, dengan penuh kasih sayang, dengan penuh ikhlas. Mama sedayanya akan bekalkan Dhiya dengan pendidikan yg terbaik samada duniawi atau ukhrawi. Mama x mengharapkan apa2 balasan dari Dhiya kecuali jadilah anak yg baik, anakku. Jadilah anak yg solehah..yg taat dan sayangi org tuamu...itu jer harapan mama.

Mungkin Dhiya masih kecil, xper mama redha dengan apa yg dah terjadi walaupun dari sudut hati kecil mama, mama kecewa dengan tindak balas Dhiya. Mungkin ada kesilapan mama dalam mendidik Dhiya selama ni.

Andainya suatu hari nnti, Dhiya dewasa dan blog ini masih bernyawa...dan andainya Dhiya terbaca entry ini, mama nak Dhiya tahu tiada apa dalam dunia ni yg dapat tandingi kasih mama untuk Dhiya...dan mama halalkan susu mama selama 2 tahun itu untuk Dhiya. Harapan mama, semoga susu yg mama susukan utk Dhiya itu menjadi darah daging yg baik, dan menjadi jati diri utk Dhiya jadi anak yg baik...Aminnnn

Mama dan papa sayangkan Dhiya dengan sepenuh jiwa.

 Bismillahirrahmanirrahim....

© Segala puji dan syukur hanya untuk Allah Tuhan alam semesta. Ya Allah limpahkanlah solawat dan salam   

      kepada Sayidina Muhammad, pembuka pintu rahmat Allah, Sebanyak pengetahuan Allah, selawat dan salam 
      yang selalu tercurah sekekal kerajaan Allah, dan juga kepada keluarga dan para sahabatnya. 
© Ya Allah jadikanlah aku dan keturunanku orang-orang yang selalu mendirikan solat, Ya Allah, kabulkanlah doaku. 
© Ya Allah berilah aku ilham untuk mensyukuri nikmat yang telah Engkau kurniakan kepadaku dan kepada  ibu-bapaku, dan agar aku dapat beramal soleh yang Engkau redhai, jadikanlah keturunanku orang-orang  yang soleh, sesungguhnya aku bertaubat kepada-Mu dan sesungguhnya aku termasuk orang-orang yang berserah diri. 
© Aku serahkan anak-anakku di bawah perlindungan kalimat Allah yang sempurna dari ganguan syaitan, mara bahaya dan dari pandangan yang penuh kedengkian. 
© Ya Allah berkatilah anak-anakku, janganlah Engkau celakan mereka, kurniailah aku ketaatan mereka, jadikanlah mereka buah hati Nabi Muhammad SAW dan kedua orang tua mereka. 
© Ya Allah berilah mereka ilmu para arifin, jadikanlah mereka faqih (alim) dalam agama, ajarkan kepada mereka pengetahuan takwil, dan tuntunlah mereka ke jalan yang lurus dan benar, dan jadikanlah mereka ulama yang mengamalkan ilmunya, dan masukkanlah mereka ke dalam golongan hamba-Mu yang soleh. 
© Ya Allah tumbuhkan mereka dengan sebaik-baik pertumbuhan, dan jadikanlah mereka orang-orang yang memberi petunjuk dan mendapat  petunjuk. 
© Ya Allah berilah mereka taufik untuk menyintai-Mu, mentaati-Mu dan   mencari keredhaan-Mu. Ajarkanlah kepada mereka semua yang bermanfaat  dan berilah mereka manfaat dari semua yang Kau ajarkan. 
© Ya Allah lindungilah mereka dari segala fitnah, baik yang nyata maupun   tersembunyi, dan juga dari segala macam kejahatan.
© Ya Allah mudahkanlah urusan mereka, dan perbaikilah keadaan, perbuatan dan  niat mereka .
© Ya Allah berilah mereka kehidupan yang baik di dunia dan di akhirat. 
© Ya Allah bantulah mereka agar dapat mengingat-Mu, mensyukuri nikmat-Mu, dan beribadah kepada-Mu dengan sebaik-baik amal ibadah. 
© Ya Allah akhirilah semua urusan mereka dengan keberhasilan dan  selamatkanlah mereka dari kehinaan dunia dan akhirat. 
© Ya Allah jadikanlah pendengaran, pandangan dan kekuatan mereka menyenangi jalan petunjuk-Mu, dan jadikanlah hawa nafsu (keinginan) mereka  patuh pada ajaran yang dibawa oleh kekasih-Mu Muhammad SAW. 
© Ya Allah selamatkanlah mereka, berilah kesihatan dan maafkanlah mereka, panjangkan umur mereka dalam ketaatan dan keredhaan-Mu, terimalah amal mereka, sesungguhnya Engkau Maha Kuasa atas segala sesuatu dan  Engkaulah yang patut mengabulkan doa. Dan limpahkanlah selawat dan salam kepada Sayyida Muhammad SAW serta kepada para keluarga dan sahabatnya.
Walhamdulillaahi Rabbil ‘Alamin.

Khamis, 8 Julai 2010

MATA KITA KAMERA SEMULAJADI

Ada seorang kawan telah emailkan kat mama menda ni..mama amat teruja nak kongsi dengan semua
Subhanallah...memang hebat kejadian Allah, pada namanya sahaja kita dapat lihat kebesarannya

Jom kita hayati, dan sama2 merenung kebesaran Maha esa
Semoga Kita bukan dari golongan yg lalai

Ok..skang u oll kena fokuskan kat titik bertiga kat kalimah Allah tu selama 10 saat
then alihkan pandangan kat dinding..
Lihatlah keajaibannya

Ya Allah ya tuhanku....syukur atas kurniaan agung mu pada kami semua..


Nota kaki:
Mata kita ibarat kamera semulajadi yg tiada tolok tandingnya..Hargailah mata kita