Memaparkan catatan dengan label SUSU IBU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUSU IBU. Papar semua catatan

Khamis, 14 Oktober 2010

BATUK SELEPAS 2 TAHUN SETENGAH

Bulan lepas Dhiya batuk(baru nak cerita kan????? x ingat ler beb)
But yg nak bagitau,itu adalah 1st time Dhiya batuk ssepanjang usianya setakat ini..
Mama sedikit gabra and panikkiranya first time menghandle anak yg batuk..
Mama bawak g jumpa doc..
(Mama ada jumpa klinik baru, klinik kecik amat..murah..tapi doc nyer sangat bagus)
*nnti wat entry tentang doc n klinik ni ek...

Masa jumpa doc tu, mama mintak ler tips, tanya sebab,
then macam2 ag ler mama tanya (Siap buat list soalan siap2)
Mama gitau ler sedikit klam kabut sebab x pernah ag Dhiya batuk sebelum ni

Part yg best bila doc tu cakap ayat ni....
'anak breastfeed ker?'
Mama jawab "yes..fully n xclusively breastfeed for 2 years ++"
Doc kata ' good..thats why dia kuat, x pernah batuk...kalau budak lain, xtau braper kali dah batuk'

So kengkawan...aper lagi nak disangkalkan kebaikan susu ibu

Then nasihat dan kata doc:

1. Anak batuk adalah perkara normal..
(sebenarnya apabila anak batuk, mereka sedang melawan kuman dan penyakit dalam badan mereka, dengan cara mengeluarkannya dalam bentuk batuk
*ni mama baru tau

2. Masa anak batuk, jangan bagi buah-buahan sebab bimbang getah atau allergen pada kulit buah buat tekak bertambah gatal dan batuk..sebaiknya bagi buah dalam bentuk jus

3. Sebolehnya, elakkan bagi anak makan ubat batuk..cuba kawal batuk anak dengan banyak minum air masak...bawa untuk pemeriksaan utk pastikan lendir, kahak dan paru2 dalam kadaan terkawal

4. Bagi anak makan ubat demam utk melegakan rasa sakit tekak. Ubat demam bertndak sebagai pain killer, dan boleh melegakan keperitan tekak anak.
*yg ni pun baru tau

5. Bagi kekuatan emosi untuk anak anda melawan batuk tersebut..berikan kata semangat. Selalu kata padanya yg dia anak yg kuat dan mampu atasi sakitnya. Walaupun masih kecil. Insyallah, dia paham ape yg ibunya cuba sampaikan.

6. Kalau masih breastfeed, kerapkan penyusuan kerana bakteria baik dalam susu ibu membantu menguatkan sistem imun anak


7. Sudah tentunya, ais, kekacang, ais krim, sweets dan coklat di elakkan ketika anak batuk


Then, after few days Dhiya baik dari batuk tanpa makan ubat batuk..
sangat bangga dengan kekuatan anak mama itu.

Nota kaki:
Itulah pertama kali Dhiya batuk dan sepanjang usia Dhiya ni, baru 2x selsema. Tu pun x lama, dan x kuat..demam pun x pernah lebih dari 3 hari..semoga Dhiya terus membesar sebagai anak yg sihat

Isnin, 11 Oktober 2010

MAMA ADA MASALAH BARU, HARAP U OLL DAPAT TOLONG

Mama nak tukar susu Dhiya..
macamaner cara yg terbaik ek???
Dhiya refused susu baru ler...asyik cakap 'cucu ni uwek'..haha

Before this, saper yg ikuti perkembangan susu Dhiya ni mesti tau
betapa susahnya nak bagi Dhiya follow up ngan susu formula..
Dhiya fully breastfeed for 2 years ++..then breastfeed secara terus..(mama x pernah pump pun)
Mula2 dulu sangat susah Dhiya nak terima puting...tapi ok ler selepas mama trained
then time nak terima susu tepung tu..memakan masa berbulan2 utk terima..

Setelah berbagai2 susu mama try, akhirnya Dhiya terima susu Excella Gold (Neslac by Nestle)
Aper rasa susu tu, mama pun x pasti sampai Dhiya minum dari first time beli..



Sekarang Dhiya still minum susu ni, 
tapi lately ni susu tu macam dah semakin kurang di pasaran
bebaru ni g Carrefour langsung xder, g Mydin pun xder kat Tesco ada beberapa kotak jer
mama takut susu tu discontinued, so mama amik keputusan awal utk tukar susu


Mama beli Anmum...tapi Dhiya langsung xmau minum..huhu

Ada sesaper boleh bagi tips???


Nota kaki:
Kekadang susu ni, dowang slowkan pasaran utk naikkan harga kan???
Kalau naik harga mama x kisah sangat, takut discontinued jer...
bukan senang nak bagi Dhiya minum susu..sampai Paed pun pernah nasihatkan mama bagi susu segar jer kat Dhiya..sebab dah macam2 sample dia bagi tapi Dhiya xnak

*sesaper jumpa stok susu excella gold 3+ honey..dangan harga menarik, tolong ler bagitau mama...

Khamis, 6 Mei 2010

ANTARA YG BERILMU DAN CETEK ILMU

Kali ni nak cerita sikit tentang peel atau perangai kawan2 disekeliling mama nih.
Orang tua2 kata "banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.".
Macam2 versi versus cerita, pandangan, pendapat dan teguran orang sekeliling mama ni
tentang menyusu badan..(La..mama ni, tu jer ke topiknya?)..
Iye..itulah topik perbincangan kita.

Mama berjaya menyusukan Dhiya selama 2 tahun tanpa bantuan susu formula,
dan mama menyusu secara terus kepada Dhiya.
Pendek kata Dhiya x pernah pun isap puting getah.HEHE.
Alhamdulilah, sebagai ibu mama berbangga dgn pencapaian diri sendiri..
Wah!!! Ni versi Angkat bakul :)
Sepanjang menimba pengalaman sbgai ibu menyusu mama ada jumpa dengan
2 kumpulan manusia di sekeliling

NO.1....GOLONGAN YG BANYAK ILMU
* Kebanyakan kengkawan yg berilmu nih adalah mereka yg begitu menyokong penyusuan ibu. Mereka yg sentiasa menggali, mencari dan menambah ilmu supaya dapat menyusukan baby selama yg mungkin. Biasanya apa sahaja pendapat atau pandangan atau teguran dari golongan NO.1 ni berdasarkan fakta dan hasil pengalaman serta penggalian mereka. Mama cukup tabik dan gembira ada kawan2 dari golongan NO.1 ini.

NO.2..GOLONGAN YG AGAK CETEK ILMU
*Adoi..nak citer lelebih kang ada plak yg terasa kan? Golongan ni biasanya terdiri daripada Mak Joyah yg lebih kuah dari nasi. Hehe. Kekadang suka sangat jaga tepi kain orang..ape orang lain buat semua x betul. Ade je salah silap di mata dia.HUH. Mama ada jugak kenal golongan NO.2 ni. Sakit telinga di buatnya.

Meh mama citer situasi2 yg pernah mama alami...


Situasi 1
Mama pernah bertandang kerumah orang kenduri. Masa tu umur Dhiya hampir menginjak 2 thn.
Dhiya menangis nak susu. Mama pun carilah tempat yg agak tersorok.
Tiba2 terserempak dengan Mak Joyah (Gol NO.2) Dgn ramahnya dia tanya mama..

'Laa, nyusu badan lagi ker? Napelah x bagi jer susu botol..kan senang kat tempat orang ramai gini.'
Mama pun berkata dalam hati.
.'uihhs..bukan ke susu badan agi senang, angkat baju, trus dapat.
X pyh ler aku duk mencari air panas, sinki nk basuh botol'.

Pastu mak Joyah bersuara lagi..'Kerja aper skang?'.
Mama pun menjawab dgn penuh tdk minat.
' x kerja dah sejak anak lahir, nak jaga sendiri..lagipun suami kata setuju'
.Dengan panjang lebar mama menjawab.
Pastu Mak Joyah jawab
 'Baik ngko x payah blajar tinggi2 kalau nak duduk rumah jer, jaga anak, jaga laki'..
Mama dah naik geram..tapi dalam hati menjawab jugak.
.'Baik aku jaga laki, kang laki aku lari, ko kata aku x pandai jaga laki'..huh.

Tapi, setelah diselidik, rupa2 Mak Joyah ni jaga cucu dia sebab anak dia sibuk cari duit.
Kaya nyer x jugak mama tengok..HEHE.
Motif Mak Joyah ialah nak bandingkan mama dengan anak dia yg berjawatan tinggi
dan cucu dia yg minum susu mahal..


Situasi 2
Sejak mama berjinak dalam FB ni, ramai ler kengkawan yg kontek balik.
Ramai ler kengkawan masa sekolah, masa kat U yg kontek semula.
Yang mama malas nak layan bila ada yg tanya mama kerja paer skang?
Hado..payah toi nak xplain kat dowang.
Terasa kecik plak kat mata dowang bila nak bagitau yang mama ni dah x kerja.
Benti sebab nak jaga anak. Lagi malas nak layan bila soalannya dari kengkawan yg obses kerja berbanding rumah tangga. Akan timbul lah sesi dialog ini:

"Eily, ko kerja paer skang?"
'Aku dah x kerja, dah benti sejak baby lahir. Aku nak jaga anak sendiri'
"Uihh, ngko biar betul, nak makan aper x kerja"
Masa tu mama nak jer jawab..'apa ko ingat laki aku x bagi makan?'
"Kerjalah eily, rugilah belajar susah2, last2 x kerja..lagipun kalau kerja leh ada duit sendiri, leh shopping"
Dalam hati mama berkata..
"Shopping jer ngko ingat, aper ngko ingat laki aku x bagi duit blanja ker?"

X murni ker jadi surirumah? x bagus ker kita jaga makan minum suami kita.
Tengok anak2 kita tidak terabai...x murni ker semua tu? Hina sangat ker jadi surirumah?


Situasi 3
Tapi bila jumpa gol NO.1 emosi mama ceria semula sebab dialog akan jadi:
"Ngko kerja ape skang?"
'x kerja jaga anak'
"Wahh, best lah, x payah pening pikir nak bli susu, nak pilih nursery, bayar nursery, anak pun terjaga"
Lega skit hati mama tau...Gol NO.1 slalunya akan tanya soalan yg positif tentang susu,
tentang anak dan tentang pengalaman menjdi ibu dan surirumah...
Then soalan yg paling best yg Gol NO.1 tnya
"Kenapa stop susukan Dhiya? Truskanlah selagi boleh."
Mama pun jawab 'Nak pregnant ag tahun ni'
"Eh, bolehlah meyusu walaupun pegnant, dah ada baby pun bleh share ngan kakak dia tau?
Pergilah mintak consult ngan paed."
Wow..bestkan..nampak x betapa banyak ilmu yang mereka ada? Itulah yang mama maksudkan.



Nota kaki:
X salah kan jadi surirumah? Apatah lagi dapat menyusukan anak selama yang mungkin. Susu ibu tu kan terbaik utk bayi. Kepada kengkawan semua bagilah sepenuh semangat pada ibu yg menyusukan anak. Sokongan, galakan dari anda tu lebih baik dari cemuhan tau...

*Pemberitahuan kpd kwn2 mama yg tnya knp mama stop Breastfeed Dhiya bila dia 2 tahun...
Jawapannya, mama nak pregnant lagi this year, and mama mengalami masalah period x regulate, so klau nak pregnant, gynae suh mama stop breastfeed and amik hormon pill for at least 3months to regulate period than baru leh try pregnant..doakan mama ek.