Rabu, 18 Januari 2017

MY NOT SO LITTLE SISTER ANYMORE



Throwback
Mama ni ada sorang jer adik pompuan...
yang sorang tu lah bestfriend, kawan berkongsi hobi, berkongsi masalah
yang sorang tu jugaklah kawan bergaduh, kawan dengki mendengki. hehe

Well, dalam gembira dengan next step of her life (alwiz pray the best for her)
All good things..all good things..(kata olaf dlm frozen tu)
Rasa sedih plak rasanya melepaskan musuh ketat ni menjadi milik orang

Lepas ni, nak bergurau pun, kena berpada2 dah, 
dah berborak berjam2 sampai pagi pun kena berpada2 dah
masa nak berjumpa pun dan terbatas...





Majlis sambut nntu (selepas 2 bulan nikah) hehe



Selamat menempuh alam berumah tangga buat unty ilah. 
semoga semuanya selamat dan sejahtera
semoga rumahtangga dibina sentiasa dalam rahmat illahi.
diuji dan teruji tu perkara biasa, #Allahkanada

Nota kaki:
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami, jadikanlah kami isteri2 solehah yang menyenangkan mata dan hati suami2 kami. Jadikanlah kami ibu2 terbaik buat zuriat2 kami. Aaaaminnn

#adikidungmancung
#kakakidungkembang 


DOA UNTUKMU ANAK

Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak negeri ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlumba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian

Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan

Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu

Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih

Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah
ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami
dengan air mata penyesalan akan kelalaian kami


MIRZA ZAHRAN, DHIYA KHAIRINA, KASIH KHAIRINA, MIRZA ZAHRIN


Nota kaki:
Ya Allah, kau peliharalah anak-anakku dari segala kejahatan manusi, kajahatan dunia dan kejahatan syaitan.
Pimpinlah anak-anakku ke jalan yang lurus, jadikanlah mereka golongan yang faham agamanya. Aaminn

Selasa, 17 Januari 2017

DAH TUKAR, SIAPA PERASAN???


Sebagai langkah pertama....
Sila lihat sudut sebelah kanan blog mama ni..
dah tukar dah gambar family. 

Nanti kita citer banyak2 menda lagi tau..
Tunggu!!!!








Nota Kaki:
#Allahkansentiasaada
#semogakamisekeluargasentiasadirahmati

KAMI DAH DATANG

Assalamualaikum...
duk berkali2 buat comeback tapinya xde jugak entry terkini kan? kan?
Naik menyampah dah orang tunggu..

Tapi mmg nak buat comeback pun, kat blog ni nak simpan semua kenangan dengan anak2,
Since dah share cerita pasal Dhiya Khairina membesar, kita share jugakla cerita adik2 beliau kan.

Tapinya tulah, dah terlupa banyak menda ni..
terlupa camner nak share posting kat FB. terlupa camner nak tukar wallpaper,
terlupa camner nak edit header, terlupa camne nak tukar kaler tulisan.

Xpela...i will belajar slow2 semula. kena berguru semula dengan blogger2 otai ni.

so...untuk harini..kita share family pic terkini jela kan..
since ramai xtau yg keluarka kami dah berkembang dengan jayanya..


KAMI DAH BERENAM SEKARANG!!!

Pssttt!!! Macam x percayakan,  dulu mama tinggalkan blog ni, kami masih bertiga.
Skrang dh berenam. Sekejapan masa berlalu

Nota kaki:
1. Tengok dalam draft ad 15 entry pending!!!
harus di publishkan ker, biarkan jadi kenangan abadi.

2. Rindunya kengkawan blogger