Memaparkan catatan dengan label PARENTHOOD. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PARENTHOOD. Papar semua catatan

Rabu, 6 Julai 2011

PERANAN IBUBAPA MENENTUKAN BAHAN BACAAN ANAK

Camner nak susun ayat ek dalam entry ni..hehe
Fenin jugak mama nak buat entry yg agak resius macam ni..

U oll kalau beli bahan bacaan kat anak2 cerewet x?
Ada x selak page by page..tengok ejaan, tengok isi, tengok gambar?
Mama memang jenis cerewet skit.
Memang berjam2 ler duk menelek sekeping buku, takut tersalah beli
Lagipun dah terbiasa tengok papa memilih buku camtu
(Papa tu lebih teruk kot cerewetnya..jgn mare kanda :) )

Oklah...ni ceritanya yg mama nak cerita..
Harap u oll semua, dapat ilmu dan pengajaran dari kes berikut.
2 buah buku kat bawah ni ada sorang parent bagi utk dhiya
(papa ajar tuisen anaknya)
Parent ni cina...banyak buku dia bagi, penuh 1 beg plastik besar.
Mama seperti biasa, sort dulu semua buku2 tu, check mana yg patut.
Dalam banyak2 buku tu mama nak cerita pasal 2 buah buku
(seperti gambar kat bawah)


Buku ni nampak bagus sangat okeh..xder aper yg janggal
tapi bila bukak kat dalam..ada beberapa perkara
yg mama rasa janggal dan x patut mama bagi Dhiya buku ni
so mama terpaksa buang (masuk tong, kitar semula utk kebajikan tu)

Dalam buku pertama (My First Malay word book)
Mama jumpa gambar nih


Memang ler gambar ni x salah pun....
At least pengetahuan vocab tu bertambahkan?
Tapi mama takut Dhiya tanya..'mama ni aper', 'buat aper menda ni'
Susah jugak mama nak jawabnya..
Then mama bimbang jugak kalau mama ptong daging ker, ayam ker
nnti dia tertukar dan cakap 'mama potong ham'..x ker naya kat situ???
Dhiya x salah kalau dia tanya camtu kan?
budak 3 thun mesti semua menda dia nak tanya..

Buku ke2 pulak sebuah buku cerita..

Buku ni ceritakan..Nicky buat surprise salad for his family..

Page berikut ni yg akan mengelirukan pemahaman anak..


Sebagai orang islam, pemahaman anak kita dalam islam
harus kita pupuk dari kecik lagi...
Salah 1 cara memupuknya ialah melalui pembacaan..

Dalam kes buku ni, mungkin bagi org bukan islam, 
xder yg salahnya, tapi bila Dhiya yg baca...........
Mama bimbang dia confius, takut dia tersalah anggap
takut dia tanam dalam kepala, kalau nak buat salad harus ada ham

Mentality budak2 ni lain skit kan...
untuk umur 3 thun, maner mereka faham lagi hukum halal haram
tapi bimbang, nnti susah pulak nak perbetulkannya
dan paling mama bimbang, takut org lain dengar dari mulut dhiya
perkataan ham, dan buat salad guna ham...
nnti orang kata mama x didik anak ngan betul pulak...
Kalau anak org lain terikut plak??????? Mama jugak yg dipersalahkan, 
x pasal2 ada yg bawak parang nak cincang mama 44 kerat..huhu

So, kengkawan, berhati2 pilih bacan bacaan utk anak2
Kekadang kita x sedar pun sesuatu bahan bacaan tu 
boleh memesongkan pemahaman dan mentality anak kita.

Jadi kesimpulannya mama terpaksa tolak 2 buku ni..
Biarlah Dhiya x tau perkataan tu sekarang.....
mama pasti suatu hari nnti, dia pasti akan tau jugak
dan harapnya masa tu Dhiya dah tahu halal haram, elok atau x
X perlulah mama nak cari ayat, nak susun ayat terbaik nak terangkan

Pendapat u oll dalam isu ni??? jom ler kongsi...
apa yg baik kita kongsikan bersama, 
supaya kita semua dapat manfaatnya...



Nota kaki:
Bukan senang membesarkan seorang anak....
Persekitaran mereka adalah guru mereka yg paling besar.

Ahad, 24 April 2011

TIDURLAH WAHAI PERMAISURI

Lately ni, penyakit susah tidur malam Dhiya datang smula.
Makin teruk plak kali ni. Kelmarin kul 3pagi baru tido.
Pastu bila papa n mama bangun kul 6pg tu, dia bangun skali.
kul 9 dia tido semula, kul 1 or 2 ptg baru bangun.

Kekadang dia paksanya kami bentang toto depan TV..
Ok fine, ingatkan dia x suka tido dalam blik, tapi sama jugak
kami berdua dah syok2 berdengkur,
bila tersedar tengok Dhiya masih main sorang2.
Dia x kisah pun kami dah tido, dia maintain leh menyanyi dan main lg.
Kenapa ek jagi macam nih?


Mama rasa x elok ler utk perkembangan dia.
Jadual harian pun terganggu, waktu membaca, waktu belajar,
waktu makan semuanya terganggu.
Mama dah try lewatkan waktu mandi dia.
Kul 9 MLM macam tu, baru mama mandikan skit2..
then buatkan susu ajak tido, tapi x jalan daaaa..
(Bukan x elok utk Dhiya ajer, mama n papa pun x cukup tido)

Try2 survey kat tenet..jumpa ler skit2..tapi mcm x bantu sgt
kebanyakannyer cerita pasal baby.
Saper ada tips2 atau cerita dan panduan nak share??
Plizzzzzz....sangat memerlukan

Alahai..tomeiiinya Dia tido


Ni Dhiya...mama tujukan lagu ni khas buat Dhiya

Tidurlah Permaisuri


Tidurlah tidurlah
Wahai permaisuri
(Tidurlah wahai permaisuri)

Tidurlah
Wahai permaisuri
Tidurlah
Pejam mata ahai tidur nyawa

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kudendangkan
Kunyanyikan
Duhai puteri jelita
Jika kau tidur lena
Mimpikan bahagia
Di taman syurga loka
Kau dan aku berdua

Kuberjanji wahai dewi suci
Kaulah permaisuri
Bersumpahlah dalam hatimu
Bahawa kau kekasihku
Bersumpahlah kamu
Bersumpahlah kamu
Permaisuri tidurlah
Permaisuri tidurlah

pssst: Dulu mak mama selalu nyanyikan lagu ni kalau dodoikan kami

Jumpa article menarik ni dalam BABYCENTER
Six sleep mistakes parents make and how to avoid them
Getting young children to sleep, and to stay asleep, is one of the biggest challenges of early parenthood. Fortunately, we can help you side-step the most common sleep mistakes and improve your chances of a good night's rest.


Mistake 1: Putting your child to bed too late
Mistake 2: Relying on motion .
Mistake 3: Overstimulation
Mistake 4: Skipping the bedtime routine
Mistake 6: Inconsistency
Mistake 6: Moving to a big bed too soon


Nak tau lebih details??? 
http://www.babycenter.com.my/baby/sleep/mistakes-parents-make/
http://www.babycenter.com.my/toddler/sleep/understandingsleep2/



Nota kaki:
Jeles tengok anak org lain kul 9 or 10 dah tido. Maka mak bapak dowang pun leh tido awal. huh

Selasa, 19 April 2011

ANAK ANDA SUKA SAYUR?

Bebaru ni ada le sepupu mama tanya mama, Dhiya makan sayur x?
Bila mama cakap Dhiya paling suka sayur,dia tanya mama
camner nak buat bila anak x makan sayur..

Adoiii, susah jugak nak jawab tu. ilmu mama pun x dalam mane.
Dhiya memang azali ag suka makan sayur.
Skang ni, kalau makan nasi tu, Dhiya akan abiskan sayur dulu baru mkn nasi.
Sayur feberet Dhiya skang ni ialah, Brokoli dan kankung.
Tapikan, bagi ler sayur apapun, walaupun ulam, Dhiya akan makan.
Alhamdulillah..

Bagi mama, semuanya kena bermula dari awal.
Apa yg mama praktikkan ialah..
Masa Dhiya 6 bulan dulu, solid food yg pertama mama bagi dia ialah sayur.
Mama stimkan brokoli, kemudian lenyekkan bersama susu ibu.
Memang Dhiya suka...itulah makanan pejal pertama masuk ke perut Dhiya
Mama bagi menu tu utk seminggu, then bila nampak Dhiya dah x bersungguh makan
Mama tukar plak pada carrot. Still buat menda yg sama, stim sampai lembut
then lenyekkan dgn susu ibu.

Lepas beberapa minggu, menu Dhiya semakin variety
Keledek, kentang, bayam, betik, pisang, epal..
tapi pendekatan yg sama iaitu lenyekkan dgn susu ibu.
bila Dhiya 8 bulan mama bagi Cereal beras
Tapi mama campur dgn menu2 diatas...(sayur + susu ibu)
Bila Dhiya 10 bulan baru mama bagi bubur.

Bagi bubur pun mama x pernah blend..
Mama lenyekkan, then mama cuba cari makanan mana yg Dhiya suka
Memang pilihan utamanya ialah brokoli dan carrot juga kentang.


Masa Dhiya nak tumbuh gigi dulu. mama gunakan sayuran
utk dijadikan teether. Timun mama potong lebih kurang sejengkal, besar2 ibu jari.
Rebus sedikit, supaya getah tu ilang..then bagi Dhiya gigit.
(Timun tu skali dgn empulurnya (bahagian biji2 tu)..tapi jgn guna timun tua.
Memang Dhiya suka, tambahan bila dia dapat gigit bahagian isi timun tu..tersengih dia.
Carrot pun mama buat camtu, rebus sekejap tapi jgn over lembut.
bagi anak sebagai teether, tapi dengan syarat mesti dibawah pengawasan kita.
jangan sesekali lalai..takut anak tercekik plak.

Bila Dhiya dah besar ni, mama gunakan cara psycology plak.
Mama terangkan kat dia, carrot baik utk mata..
"Dhiya kalau nak mata cantik, kena makan carrot"
"Kalau nak kulit cantik kena makan sayur"
"Kalau nak pandai dan cerdik kena makan brokoli"

Alhamdulillah cara tu berkesan..
Sekarang ni kalau tanya Dhiya, kenapa kena makan carrot?
Dhiya akan cakap, nak mata cantik...and so on..
Kekadang tu sambil makan Dhiya akan cakap...
"Wow ada sayur, lepas ni cantik ler kulit Dhiya".hehe.
Sambil menghabiskan sayur dalam pinggan...

Lately ni, bila Dhiya semakin besar dan pandai..
Mama bawak Dhiya di supermarket then suh dia pilih sendiri sayur
yg dia nak makan, selalunya yg akan ada dalam bakul or troli ialah
Carrot, brokoli, bayam, kacang buncis, kangkung dan kentang
memang Dhiya akan amik semua tu. hehe..
Seronok pulak rasanya, bila tengok dia terkedek2 pilih sayur pastu di timbang.


anak u oll makan sayur x???
Camner cara yg u oll praktikkan utk didik anak makan sayur?
Jom ler kongsi, boleh ler mama berkongsi ngan kakak sepupu mama tu nnti.
sambil2 tu mama boleh tambah ilmu di dada.
Ilmu ni kalau di kongsi semakin berkat.


Nota kaki:
*Cara wardina ajar anak dia utk tidak makan makanan tidak berkhasiat dalam buku "mama saya lapar" sangat praktikal. Ilmu tu yg mama praktikkan kat dhiya. Alhamdulillah, menjadi. Tq Wardina kerana berkongsi ilmu


Papa yg kurang makan sayur tu pun dah jadi peminat sayur sebab hepi sangat tgk anak makan sayur dengan berselera.


* mama masak sayur kat rumah tanpa guna garam tau...

Jumaat, 8 April 2011

ADAKAH ANAK U OLL SEBERANI INI?

Depan umah mama ni ada taman utk kanak2 tau...
Memang selamat ler setakat Dhiya nak main petang2 kat situ kan..
Memang utk penghuni kuarters ni jer taman tu..


Tapi mama ni macam x percaya jer nak gi Dhiya main sengsorang
Mesti temankan jugak ,takut kena bola ker, jatuh ker, gaduh ker..
Kalau x ikut pun, mama mesti duk kat beranda rumah tgk Dhiya men.
Petang kelmarin....Dhiya gi taman ag
Mama sajer suh dia berkawan, so suh dia gi main bersama2 ngan bdak2 kat situ
Nak ajar Dhiya bersosial skit, takut nnti bila antar sekolah dia x pandai berkawan
Dhiya macam suka + xcited ler bila mama suh berkawan..

Nampak x Dhiya yg maner 1??
Sowi ler, amik gambar pakai henset cabuk
jauh lak tu nak mengezoom

Tu Dhiya..tengah tertungging nak naik tuh..

Tapi mama bukan nak cerita pasal Dhiya tu..
Mama nak cerita pasal sorang budak ni...kecik lagi tau budaknya.
Dalam 1yr++ kot...main kat taman tu pun pakai soother lagi..
Tapi Ya Allah, ganas betul budak nyer...
X berkelip sekejap mata mama pandang budak tu...

U oll tengok aksinya hokehhh...

Panjat tangga ni dengan jayanya..
Dhiya dah 3 thun ni baru mama bagi panjat sensorang..

Panjat ikut sini plak..pun dengan jayanya.
Dengan selipar berbunyi..tet..tet..tet..hahaha

Dan berjaya menggelonsor dengan puting masih di mulut.
Tanpa perasaaan gerun tau..Fuhhhhh...hebatttt

Dalam hati tertanya2, anak saper ler budak nih?
Dia gi taman tu tanpa pengawasan tau, memang xder org tua lain kat situ
Selain mama ngan org pakai baju kuning tu..tapi anak dia yg naik buai tu.

Berani sungguh parent dia lepaskan dia, dia pun berani jugak.
Dhiya dulu mesti mama yg angkat, baru leh naik atas tu.
Pastu, budak tu garang tau....siap marah2 kat Dhiya sebab lambat naik n turun.
Dhiya lak datang kat mama, dengan muka masam

"Mama, baby marah Dhiya..xnak main ngan Dhiya"

Huhu..anak aku ni terlebih manja ker?? Penakut ker??? huhu


Nota kaki:
Siapa anak kita, adalah mengikut acuan yg kita bentuk...Jangan dibandingkan dengan anak org.

*Beringat sebelum kena...kalau dah kena, x guna nak nyesali lagi..


Rabu, 23 Mac 2011

DIRIKANLAH SOLAT, ANAKKU

Mama tau ramai dah baca nota Wardina ni, dalam dia nyer official page kat FB
Tapi mama nak jugak tempek kat sini utk panduan mama, dan utk tatapn Dhiya suatu hari nnti..
Kerana ilmu yg disampaikan ini amat bermakna buat semua ibu..
Pada yg belum baca, silalah baca....
Pada yg belum follow official page Wardina, silalah follow, even u oll x minat dia pun, ambik ler segala info dan ilmu yg dikongsikan bersama..Wardina x pernah lokek ilmu tentang keibubapaan ni..
Mesti u oll x nyesal punyer, dari layan gossip2 jer, baik korek ilmu berguna.


Dear Mama, Ummi, Mum,  Ibu, Bonda...

I have to share this with you... because i feel so happy and i feel that all my penat lelah paid off...

I started to make my Amna to solat 5 times a day when she was 7, on her 7th birthday...we had a talk...(check note lama) tapi preparation since 6 la...tapi dari kecik memang selalu ikut2 la kami solat....she hasnt missed her solat since. Walaupun lambat, tetap solat. I made sure of that - because the key is SOLAT ni kalau tak tanam dari kecik memang LIAT nanti....But it is very important to keep this in mind:-

1) kalau kita bagi dia tinggal WALAUPUN sekali nanti we are sending the wrong signal - kena make sure - every waktu without fail, walaupun penat, ataupun lambat

2)l Selalu kalau boleh solat together..mula2 memang kena solat together....kalau tak ada rumah make sure an adult in the house pastikan anak kita solat. (hari tu Amna pergi her reading class, i asked her teacher to take her to the suarau) - lepas solat time tu lah peluk cium, senyum - i always kiss her at the head and say "Barakallahufiha" Ya Allah make my Amna a good Muslim Ya Allah....make her never miss her solat Ya Allah.....kuat2 bagi dia dengar....ps:- kalau kena amik cuti ambillah -  bukan waktu exam je amik cuti - buatlah STEP ini, yakni melangkah ke alam 7 thaun dan tidak meninggalkan solat A BIG Thing! "mama amik cuti hari ni sebab nak pastikan yang adik solat 5 waktu sehari!"

3)Selalu cerita how IMPORATANT it is to solat..how Allah is watching us... how we are good Muslims when we solat, how Allah loves us, Solat tu, untuk kita, bukan untuk Allah.....TAPI selalu jugak cerita yang akan ada orang TAK solat...acknowledge the fact that sometimes we feel lazy to solat....itu semua kerja SETAN! Fight them off....! I tell Amna that even some grown ups tak solat! I tell Amna that....we have to be strong.. we have to tell ourselves we will NEVER miss our solat.....

4)Awal2 subuh ni memang tak bangunkan, tapi as soon as dia bangun pagi, ill ask her to solat straight away.(yes memang leceh..but we have to, and we have to do it with LOVE diselang seli dgn strictness)

5)kalau dia tinggal -  DENGAN sengaja, i take the rotan and hit her on her tapak tangan slowly, just as a reminder. After that i hug her and tell her i love her, and i just want her to remember - and guess what?? memang dia ingat!!! (3 kali baru, i think not bad, sampai satu hari dia terlambat solat, sebab keluar dan memang tak ingat, dia yang suruh rotan) But i tell her kalau TERLUPA atau TERTIDUR its ok...but kena solat terus bila bangun.

Macam ni ceritanya, i told Amna, kalau Ummi ambik Amna dari sekolah lambat, Amna solat dulu Asar kat sekolah....tadi memang datang lambat...i was loking for her..and guess what????

She was actually praying her Asar prayers...sorang je kat dalam surau tu....i wanted to pengsan and cry...she did all by herself.... i pun told her how happy and how proud i was of her...i tanya dia kenapa? dia kata "Amna ingat apa Ummi cakap".....cair nya hatiku ini.

Apa lagi, Ummi ni peluk cium dia....and called nenek at Australia...now im sharing with all of you!!! Because i want us to raise generation of good Muslims that are disciplined, smart, intelligent -that remembers Allah because  the world so BADLY needs good QUALITY Muslims like this!!!

And the foundation is - to start them off right - solat at SEVEN! Yes just as how Rasulullah asked us!

I love you all!!! Good night.....

But the key to all this IS Mak Ayah KENA dan WAJIB solat dulu...anak ketam tak boleh diajar berjalan terus...fahamkan?

** i took that picture of Amna praying from my table, dia sendiri bangun solat Isyak...without even bothering me..berbunga hati seorang ibu....

Firstly mama nak ucapkan tahniah buat Wardina...
Beliau berjaya menjadi seorang ibu yg wonderful, dalam dunia moden yg amat mencabar ini.
Bukan senang nak didik anak supaya ingat solat dengan peredaran dunia yg semakin lupakan agama sekarang ni. Ini kenyataan kan?
Harap mama setabah, sekuat, seteguh Wardina dalam usaha mentarbiahkan anak bersolat.
Semoga mama berjaya...Aminnnn..Allah sentiasa bersamaku, Insyallah..

Walaupun Dhiya baru berusia 3thun, tapi Alhamdulillah, dia dah tunjukkan kemampuan dan jatidiri dalam menunaikan solat.
Buat usia begini, asalkan dia tahu asasnya sudah cukup, bagi mama.
Yg penting pendidikan dan pendedahan yg berterusan.
Harap bila usia Dhiya dah 7 thun nnti, dia sudah faham segala tertib
dan faham kebaikan serta kewajiban menunaikan solat seperti Amna..


Alhamdulillah...dah semakin tertib.


Sangat terharu tengok detik nih.
Tiap kali tengok gambar ni, rasa sebak.
Betapa bernilainya jadi seorang ibu

 Jangan lupa doakan mama dan papa yea..sayang
SEmoga kebahagiaan dan keberkatan sentiasa 
bersama keluarga kita..Aminn
Doa mama, agar Dhiya membesar sebagai anak yg solehah
dan cemerlang dunia akhirat..
Tiada apa yg mama harapkan dari Dhiya, selain doa.


Nota kaki:
Tetiba sebak plak tulis entry nih...
*Tq Wardina berkongsi ilmu

Untuk join fanpage Wardina boleh klik link nih: http://www.facebook.com/WardinaSafiyyah?ref=ts

Selasa, 15 Mac 2011

BOTOL SUSU BPA FREE

Sejak keluar berita semalam, bukan main kecoh lagi org bercerita tentang botol BPA FREE nih.
Baru sekarang org sedar tentang bahaya BPA nih.
Masa mama pregnant dulu, banyak gak wat research tentang bottle susu, dan banyak ler terbaca tentang bahaya BPA nih utk perkembangan otak dah perkembangan jasmani baby.
Terima kasih jugak kat boss kat farmasi dulu sebab banyak bagi info.Banyak jugak menda berguna bila kerja kat farmasi n dapat boss yg x loket ilmu.

Alhamdulillah, atas pengetahuan itu ler, mama buat pilihan yg mama sesuai utk Dhiya.
Sebenarnya, Dhiya direct BF sejak lahir hingga 2thun 3 bulan.
X pakai bottle susu pun.So kiranya xder ler risau sangat ngan kehadiran BPA ni. Ni ler nikmat jadi surirumah.hehe

Bila Dhiya stop BF, mama guna brand NUK utk botol susu dan puting.
Puting susu NUK ni special skit, sebab direka mengikut pattern nipple ibu, jadi sangat sesuai utk baby yg baru nak train guna botol susu, selepas BF.Botol susu NUK pun bebas BPA

Ni nipple NUK..di reka khas similar to mummy's
Ia juga ada special air flow, supaya baby x kembung
and puting ni, kalau kita terbalikkan botol pun x tumpah, 
Sebab susu akan keluar kalau baby sedut jer..
same like bila baby BF


Pastuh, bila mama terbaca tentang produk JAPLO dapat pengiktirafan HALAL dari JAKIM utk bahan2 yg digunakan, jadi mama terpanggil ler nak guna produk ni. Mencari yg lebih baik dan afdal katanya.
Mama guna produk NaNe dari JAPLO.
Harganya boleh tahan ler, jauh ler beza ngan botol biasa tuh.Tapi demi anak kan?



Bebaru ni ada beli 1 botol dari FIFFY yg BPA free jugak.
Dhiya dah terbekenan kat botol tu.Layankan ajer ler, asalkan BPA free.

Botol susu FIFFY ni murah ajer
RM19.90 sebotol...
Murah ler dari botol BPA free yg lain tu.
Botol ni dalam kotak, fizikalnya macam kelabu skit warna dia
Kat botol tu xceli ada tulis BPA free tapi dah hilang dah kena bsuh.

Mama dari first time beli botol susu Dhiya sampai skang, suka botol n puting yg wideneck
senang nak cuci dan Dhiya pun selesa.

Mungkin botol macam AVENT n NUK or MAM tu mahal sangat kan? Brand tu sumer mesti ler mahal sebab import, pada yg kurang berkemampuan tu, boleh cari brand tempatan macam FIFFY, JAPLO or ANAKKU
rasanya skang ni brand2 ni pun dah keluarkan botol BPA free..
Tapi jangan ler nak samakan harga ngan yg ada BPA tu...
Yg elok mestilah lagi mahal..barang aper skali pun..kan?kan?


Nota kaki:
U oll tukar botol baby braper bulan skali? Putingnya??


Eh, tgk website NUK ada botol baru Gambar Mickey Mouse..cantik sangat.
Tapi lum ada kat Malaysia lagi..huhu..Mesti Dhiya suka


Jangan ler berkira sangat utk keselamatan anak2, memang semua harga botol BPA free ni agak mahal, 
tapi keselamatan dan kesihatan anak kita lagi mahal dari segala-galanya..

Jumaat, 18 Februari 2011

KERANAMU NAJLA

Najla maner ni? cuba teka...cepat ler teka...
xkan xleh teka....Entry ini sebenarnya nak ucapkan terima kasih kat buah hati pengarang jantung LelaLelord a.k.a MamaNajla. 

Kerana aper? Kerana Najla ler Dhiya sudah berjaya diapers free...Mama sukerrrrr sangat.
Mesti ada yg tanya apa kaitan ngan Najla kan? Ni ler yg nak diceritakan

Dhiya &Najla

Aritukan mama ada wat entry Lela sekuarga ada datang rumah mama (Link)...
Terjadi ler insiden di mana, Najla telah sound Dhiya baik punyer. Maklum ler masa tu Najla dah diapers free, Dhiya lak x lagi.
Mama dh trained tau tp Dhiya penggeli, dia xleh nak poo-poo kalau xder diapers.

Ayat Najla "Eiiii, x malu pakai pampers ag, Lala pakai cepender jer"..(Kalau x silap Najla bahasakan dirinya Lala ker Jaja gitu ler). Time kena sound tu Dhiya diam ag. Wat dono jer. PAstuh, masa Najla gi pee, mama cakap ler kat dia "Tengok kakak, pandai jer pee kat tandas. Kakak budak pandai sebab tu dia pee kat tandas". Dhiya mula ler x puas hati kan, mama puji org lain.

Esoknya, terus xnak pakai pampers tau...
asyik cakap "Dhiya nak pee macam kakak Najla"..
So start aritu, siang langsung x guna pampers tau.
Syabas, Dhiya, Terima kasih sesangat Najla.
skang ni pampers 1hr sekeping jer utk malam, sebab malam mama macam x yakin lagi nak free kan dia.
Tapi hari2 mama duk kaji, keberatan pampers dia bila pagi. Skang dah semakin kurang pee malam, sebab pagi2 pampers semakin ringan. So dalam minggu depan dah leh kot free sepenuhnya.


Well, Dhiya terpengaruh ngan rakan sebaya. Hahaha..tapi x sebaya jugak, Najla tua setahun dari Dhiya. Pengaruh yg macam ni xper, mama suka Dhiya terpengaruh. hahaha.Itu namanya belajar dari pemerhatian dan persekitaran.
Akhinya target mama utk diaper freekan Dhiya before 3thun tercapai jugak. Yesssss!!!!! Suka sangat.
Kena bagi reward kat Najla nih. Nnti Unty carikan hadiah ek..



Nota kaki:
Semakin hari anak2 semakin besar tanpa kita sedari. Rasa cepat masa berlalu. Bila mereka dah semakin pandai berdikari, terasa diri semakin jauh dari mereka...sebab dulu semua benda mereka bergantung pada kita. huhuhu..sedih tapi gembira :(

Jumaat, 11 Februari 2011

LITTLE READER

Nak mulakan entry ni ngan video nih:

Alhamdulillah, Dhiya dah pandai membaca skit2. Mama sangat terharu dengan perkembangan Dhiya.
Siap wat aksi macam org tua bukak surat khabar..haha

Dhiya baca buku Little Reader nih, mama beli minggu lepas

Dalam buku ni,  target achievment ialah:
So..misson accomplish...nnti boleh beli book 2 pulak

Sebagai sorang ibu, semestinya mama bangga dengan perkembangan positif Dhiya nih.
Alhamdulillah, Dhiya sorang budak yg sangat terang hati. Mama cuma ajar Dhiya ikut kemampuan, cara mama tersendiri
Nak beli GROLIER set tu, secara jujurnya, memang kami x mampu. Nak beli VCD beljar membaca yg lain2 tuh, sesungsuhnya memang x terbeli. Xtau ler naper, mungkin sebab TV kat rumah kami ni 1 jer, pastu tv besor jenis lama giler,  Yg kena cabut2 wayar, kalau nak pasang CD, DVD...kang kena karen naya jer.

Apa yg mama praktikkan ialah, kenali jati diri anak sendiri.
Sebagai seorang ibu, kita di hadiahkan dengan naluri yg cukup istimewa utk kita kenali anak kita.
Dengan naluri itu, kita boleh kenal tahap kemampuan anak kita, kebolehan dia, jati diri dia, kemahiran yg dia ada, dan kebolehlenturan dia. Mama x pernah paksa Dhiya.

Sebenarnya ABC pun Dhiya x hafal semua lagi. Tiap kali suh dia baca ABC dia macam boring. So mama x pernah paksa. Sebab mama tau lambat laun Dhiya akan tau jugak. Tapi bila mama suh buat kerja, dia tau maner A, maner B, maner C. So mama memang x paksa apa yg dia x minat.

Setakat ni, mama berjaya kaji, sejauh mana daya tumpuan Dhiya, berapa minit dia boleh tumpukan perhatian pada pelajarannya dengan serius, so mama gunakan semua tu dgn baik supaya Dhiya leh belajar dengan berkesan. Sejujurnya mama x pernah tetapkan, berapa buku Dhiya kena baca, berapa helai kena abiskan kerja. Cuma kalau Dhiya kata, 'Mama Dhiya nak tulis', cepat2 mama amikkan buku, kalau dia kata 'Mama, Dhiya nak bacaMama, ' cepat2 mama bacakan buku utk dia, sebab mama tahu time tu dia tengah fokus pada bukunya.

Mama percaya pada qualiti bukan quantiti. Dan mama percaya pembelajaran yg sempurna sebenarnya bermula dari rumah. Dan jangan sekali2 bandingkan anak kita dengan anak org lain kerana bagi mama, setiap anak2 itu mempunyai jati diri, kebolehlenturan dan kemampuan yg berbeza antara 1 sama lain.

Sangat bersyukur bila apa yg mama praktikkan berjaya. Dan Dhiya x pernah tidak happy utk belajar. 

Skang ni Dhiya tengah hafal doa penerang hati nih:

Walaupun sebutan x betul..yg awal dan akhir skali jer yg dengar, tapi bila setiap kali buka buku Dhiya tadah tangan dan kata "Mama cepat baca doa"...Mama boleh tersenyum dan kata..anak aku sedang belajar

Semoga Allah terus terangkan hati Dhiya menerima pelajaran, dan jadi anak ygcemerlang dunia dan akhirat


Nota kaki:
Didiklah anak dengan penuh kasih sayang dan tertib, Insyallah, Allah terangkan hati mereka.

BABY CENTER

Menjadi seorang ibu bukan suatu perkara yg mudah. Banyak perkara yg kita kena pelajari utk membesarkan anak. Menjadi seorang ibu yg berilmu adalah 1 target dalam hidup mama. So mama banyak membaca dan membaca serta bertanya kepada yg lebih pakar.
Salah 1 sumber rujukan mama dari dulu sampai sekarang ialah Babycenter.
Mama suka website ni sebab fakta dalam tu padat dan ringkas dan amat mudah difahami.
Mama memang langgan thru email every month start dari Dhiya 1 month ag..


Teruja tau, tiap kali dapat email perkembangan terkini anak, mesti bandingkan dengan progress Dhiya.
Selalunya mama baca ngan papa, then gelak2, cakap..
"eh, betul lah, Dhiya boleh wat tu, wat ni"...
sangat mengenjoykan..
Dan lagi, babycentre ni bukan sahaja cerita pasal perkembangan baby, tapi macam2 lagi tip2 parenthood, dari mengira masa subur, sampai ler tips pregnncy, tips baby...macam2 ler.

So u oll semua..leh terjah website Babycenter..then enjoy ur parenting moment with them..memang berbaloi2.


nota kaki:
Pengalaman bergelar ibu, adalah moment terbaik dalam hidup mama..Bersyukur kerana Allah bagi kesempatan itu.
Being a mother is a 24/7 working days without any annual leaves or Mc. :)

Rabu, 12 Januari 2011

BILA SAYA RAJIN BELAJAR

Ni kiranya sambungan entry SAYA BUDAK BARU BELAJAR semalam.

Semalam duk cerita part Dhiya belajar
Arini plak nak cerita antara reward yg Dhiya suka bila dia boleh buat keje umah dengan jayanya.

Selain dapat cop2 kat buku tuh...ada 1 ag reward yg mama bagi.
Yg pasti Dhiya suka reward yg nih.
Cuma kalau nak reward yg 1 ni, kena kerja kuat skit.

Cth: kalau buat sampai page ke berapa baru leh dapat reward ni..atau kalau pandai eja baru mama bagi..

Selain dari reward yg selalu dapat seperti gi taman, bawak basikal keliling taman depan umah nih. 
atau g jengjalan or makan2

Dhiya suka reward yg ni..


 Main game ni..

Bagi mama game ni bagus tau
Boleh kenal shape n warna.

Game ni based on camner nak buat kek bedasarkan gambar yg diberi.
So anak2 kena recognize shape of the cake, colour and pattern
At leas,t walaupun secara Dhiya x sedar dia belajar kenal warna, bentuk semua tuh

Nak beli V-tech tu mama x mampu ag ler, sayang. Main yg ni dulu ek..
hehe

Dhiya hepi sangat bila semua dia buat betul..hehe

Sekarang Dhiya dah pandai taip nama dia sendri kat bahagian Total point..
suka tau mama..Masa taip tuh, mama suh dia eja kuat2..
secara x langsung dia akan kenal huruf tuh..

Bukan semua games x baik utk pembelajran anak2. Kekadang daripada mereka tgk kartun 
yg mereka x paham pun ape moral sebalik cerita tu, lebih baik bagi main game yg 
meransang pemikiran mereka.
Betul x??? saper setuju???



Nota kaki:
Ilmu Allah itu luas sungguh..Maha kuasa Allah..