Memaparkan catatan dengan label CINTA KAMI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label CINTA KAMI. Papar semua catatan

Rabu, 15 Jun 2011

CANDLE LITE DINNER DI HOTEL 6 BINTANG

Cerita Annyversary yg dah agak basi tapi tetap di hati..hehe
(cerita jer yg basi, tapi kenangan tu x basi sampai bila2)
sebelum balik ritu sempat ler celebrate anny kami yg ke-4
Ala..makan2 jer pun sekdar yg termampu..hehe

Kali ni tempat pilihan kami adalah hotel 6 bintang area Subang Jaya.
Ade ker hotel 6 bintang kat subang Jaya?????
Adaaaaaaa.......tempat feberet kami ber2







Boleh teka kami bercandle lite kat maner???
HEhehe..rumah ku syurgaku lerrrr..hotel 6 bintang kan.

Kami celebrate dengan sederhana.
Sederhana pun, jenuh jugak mak nak prepare semuanya tau..
Aritu mama dengan gigihnya menyediakan Chicken Chop..resepi sendiri..hehe
Gigih tau mama menbonelesskan sendiri peha ayam then perap semalaman
yg pasti buat secara sembunyi2..takut papa tau..huhu
kata nak surprise.....

Grill Chicken Chop with black pepper sauce

siap wat coleslow lagi..


Hidangan kami malam tu...........
Siap buat tea 3 layer ag...tapi x berapa nak layer sebab 
ice xder...plug peti rosak aritu, esoknya baru baiki
(time tu jugak dia nak rosak kan..ais semua dh jadi air)

Lagi romantik di temani jambangan bunga mas kawin kami dulu
masih terjaga rapi...4 thun dah
(x payah ler bunga ros bagai kan)


Tapikan yg x berapa nak bestnya....
Gambar xder yg cantik...semua mama nampak gemuk sangat
so diharamkan utk dipertontonkan dikhalayak ramai...huhuhu
(xleh terima hakikat ler tu semakin gemuk kan)

Tapi ada ler sekeping utk penyeri...

cekci pulak anakku itu.

yg bestnya..hari tu dhiya bagi komitment yg sangat baik
dia siap makan kat meja lain lagi...meja kecik kat tp kami..
bagus anak mama..........prihatin..hehe

Hepi 4th anny utk kami...semoga terus bahagia ke syurga


Nota kaki:
Puas hati dapat buat majlis sendiri..hehe

Selasa, 31 Mei 2011

MAHLIGAI CINTA ABADI


Another year to create precious moment together

Another year to discover new things to enjoy about each others
Another year to build a life rich in and laughter

Another year to streghten a marriage that defines forever

Happy 4 Marriage Anniversary for me and for u, Kanda




(A good wife gives happiness & long life to her husband...
allow me, Kanda...
for our annyversary to wish u
to share this long life with me..)





Nota kaki:
Alhamdulillah, Allah panjangkan jodoh...teguhkan kasih..kuatkan cinta..
semoga terus bahagia sampai syurga

Sabtu, 16 Oktober 2010

CINTA ITU REALISTIK TAPI SENINYA SANGAT HALUS..

Mama suka sangat lagu ni, 
teringat kenangan zaman bercinta.......seronok, indah, manis..semuanya ada.
lirik dia sangat bermakna..dan lagu dia pun sangat indah di halwa telinga...
sangat menusuk jiwa
 

More Than Words - Extreme

Saying I love you
Is not the words I want to hear from you
It's not that I want you
Not to say, but if you only knew
How easy it would be to show me how you feel
More than words is all you have to do to make it real
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words

Now I've tried to talk to you and make you understand
All you have to do is close your eyes
And just reach out your hands and touch me
Hold me close don't ever let me go
More than words is all I ever needed you to show
Then you wouldn't have to say that you love me
Cos I'd already know

What would you do if my heart was torn in two
More than words to show you feel
That your love for me is real
What would you say if I took those words away
Then you couldn't make things new
Just by saying I love you

More than words



 Yg main gitar tuh..rambut dia sangat cantik...
i lioke


♥nota kaki♥
*Kekadang tanpa kata..perbuatan melambangkan segalanya...
*Cinta sejati xkan mati, xkan kalah oleh segala halangan dan xkan patah oleh sebarang cabaran dan dugaan..
.............akan kekal dibawa mati....................

Ahad, 8 Ogos 2010

PERMATA YG HILANG

Saper pernah baca buku PERMATA YG HILANG?..Ada orng kata sesaper yg dah kawin ni kena baca buku tu..Mama x pernah ag baca. Kalau terjumpa nak jugak beli kot...HEHE. Menambah ilmu x salah kan..

Xceli bukan nak citer bab buku kali ni...Mama ad 1 problem ni, nak mintak pandangan dan nasihat ngan kengkawan ler kan. Hopefully ada ler yg pakar atau tahu tentang ni. Yelah, wanita dan permata x dapat dipisahkan..ewahhh.

Ni cincin kahwin mama..(Designed by Tomei)
U oll nampak x mama bulatkan something tu
(xnak ler bulat besar2, nanti org ramai tau cincin tu cacat)..hahaha
Sila abaikan jariku yg montok itu..kuikuikui..dah lari size cincin..huhu

Xceli satu berlian cincin tu tercabut dan menghilang ntah kemana..hadusss..
Walaupun sizenyer kecik jer tapi ia tetap mencacatkan cincin itu..Dah ler nak raya ni kan..
Mama dah g kedai emas Wah Chan, tanya berapa RM nak baiki@letak balik berlian tu
Mereka kata kalau letak semula berlian original dalam RM100-150 
tapi kalau ganti ngan zirkon hanya dalam RM20..banyak gilosss bezanya.
Mama tanya ler..nampak beza ker kalau ganti ngan zirkon?.promoter tu gitau, nampak sama tapi lama2 akan pasan ler yg berlian tu akan lebih bersinar, zirkon tu makin kusam
Memula ase x berbaloi gak nak bayar RM150 utk sekecil habuk punyer barangkan???
(Tapi x g tanya kat Tomei ag..asenya lebih kurang jer)

Ada x sesaper yg tahu tentang ni? Klau promoter beselah kan, mesti nak suggest yg ag mahal.
Kalau letak zirkon ad effect x kat berlian ori ek? sebab yg tercabut tu kat tengah2.
Pada pendapat u oll, maner yg ag baik ek?
(kecik sangat tau berlian yg ilang tu..ad ler seperti sebutir pasir)


Nota kaki:
*Cuma batu kecil2 tu berlian ori yer kengkawan, yg besar tu batu Aquamarine...
 10 tahun kumpul duit pun asenya masih x mampu nak pakai berlian besor tu..hahaha
*Susah upernya nak amik gambar cincin ngan henset...hahaha

Jumaat, 6 Ogos 2010

JIKA ISTERI MENANGIS (renungan di hari jumaat)


Kalau ada si suami yg baca blog ni...ambil ler ilmu berguna dari puisi ni..
Pada si isteri plak, maner tau ada yg nak tujukan kan husband u oll sumer...
(xceli ada kawan emel kat mama, so mama kongsi ngan u oll ek)

Jika isteri menangis dihadapanmu….
“hargai lah ia sblm terlewat…”
Jika seorang isteri menangis dihadapanmu,
itu bererti dia tidak dapat menahannya lagi…
Jika kau memegang tangannya saat dia menangis, dia akan tinggal bersamamu sepanjang hidupmu..
Jika kau membiarkannya pergi, dia tidak akan kembali menjadi dirinya yang dulu, selamanya!
Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, kacuali didepan orang yang sangat dia sayangi, dia akan menjadi lemah!

Seorang isteri tidak akan menangis dengan mudah, hanya jika dia sangat menyayangimu.
Dia akan menurunkan rasa EGOnya.
Wahai suami2, jika seorang istri pernah menangis karenamu,
tolong pegang tangannya dengan penuh pengertian.
Kerana dia adalah orang yang akan tetap bersamamu sepanjang hidupmu disaat kau terpuruk terlalu dalam …
Wahai suami2, jika seorang isteri menangis keranamu,
tolong jangan menyia-nyiakannya. Mungkin, kerana keputusanmu, kau merosakkan kehidupannya.
Saat dia menangis didepanmu, saat dia menangis keranamu.
Lihatlah jauh kedalam matanya. Dapatkah kau lihat dan kau rasakan SAKIT yang dirasakannya keranamu ?
Apakah keistimewaan perempuan ini ? ”
Dibalik KELEMBUTANYA dia memiliki kekuatan yang begitu dahsyat..
TUTUR katanya merupakan KEBENARAN..
SENYUMAN’nya adalah SEMANGAT bagi orang yang dicintainya. .
PELUKAN & CIUMAN’nya bisa memberi KEHANGATAN bagi anak2nya..
Dia TERSENYUM bila melihat temannya tertawa..
Dia TERHARU Dia MENANGIS bila melihat KESENGSARAAN pd org2 yg dikasihinya. ..
Dia mampu TERSENYUM dibalik KESEDIHAN’nya. .
Dia sangat GEMBIRA melihat KELAHIRAN..
Dia begitu sedih melihat KEMATIAN..
TITISAN air matanya bisa membawa PERDAMAIAN.
Tapi dia sering dilupakan oleh SUAMI krn 1 hal…
Bahawa “Betapa BERHARGAnya dia”…
Sebarkan ini ke SELURUH ISTERI2 yg soleha dan SUAMI2 yang kamu kenal
agar mereka tidak lupa bahwa ISTERI mereka begitu berHARGA…
Dan sangat berHARGA.

nota kaki:
*Papa kena baca ni...kuikuikui
*Tapi versi papa, kalau isteri menangis bawak g soping compleks...kan?kan? x beli pun xper, asalkan 
   jalan2..haha 
*Dalam emel tu, kawan mama tulis cenggini tau " alaaa...isteri tu manja sngat, skit2 nak nangis..skit2 nak sedih"...hampeh toi dia tu, padan ler ngko x kawin2 ag, kalau engko ad bini sok, memang makan hati ler bini ko...sakit hati tau..tapi dia anta gak kat isteri2 mcm mama ni..sebenarnya dia paham kan? tapi ego

Selasa, 22 Jun 2010

IMPIAN JADI KENYATAAN

Sebenarnya ni kisah sambutan Anny pada 31 Mei yg lepas, tapi mama x berkesempatan nak menghupdatenya lagi..sebenarnya agak xcited. Korang layan jer la keexcitedan mama ni.

Sempena Wedding Anniversary yg ke3 bebaru ni. mama dpt hadiah istimewa dari papa...Mama sungguh terharu..Time kasih papa. Something that mama impikan kini milikku..hehe..nak tahu aper?
bleh tengok SINI GAK...

Mama x sangka papa bagi mama hadiah ni...
Time kasih, papa..mama sungguh terharu..

JEENG..JENG...JENG...
*

*

*

*
Mama dapat jam tangan Esprit idaman hati
Walaupun yg mama duk idamkan bukan pattern ni..
tapi yg ni lagi kiut
hehe..
TQ..kanda..luv u

Mama bagi aper kat papa?

Mama bagi perfume jer..
(Carolina Herrera..212 sexy)
Budget dah ciput sebab order kasut Adidas for besday


Nota kaki:
Material bukanlah segalanya, yg penting ingatan, dan kesetiaan dalam hati...

Isnin, 31 Mei 2010

WARKAH CINTA BUAT KANDA

Kandaku,
3 tahun yg lepas, pada tarikh hari ini (31 Mei 2007) tepat pukul 7.30malam, di Masjid Kg. Merchong, semua ahli keluarga terdekat kita menajdi saksi termetrai ikad dan kabul kita. Rasanya masih terngiang2 suara lantang Tok kadi menikahkan kita. Rasa baru semalam saya mencium tangan awak penuh hormat. Masih terasa hangatnya ciuman awak di dahi saya..dan saya masih dapat rasakan debaran hari itu sampai saat ini. Sudah tiga tahun semuanya berlalu, kanda. Sudah 3 tahun, bantal dan selimut kita kongsi bersama. Masa berlalu sangat pantas seolah mencemburui kemesraan kita berdua.

Kanda
Masa yg berlalu memberi kita ruang untuk mengenali diri masing2. Untuk kita saling memahami, saling melengkapi, saling menghormati. Saya akui dalam 3 tahun itu, mungkin banyak kekurangan dan kekhilafan saya sebagai wanita, isteri dan ibu terlihat di mata awak. Ampunkan saya, ampunkan segala kekurangan saya, kekhilafan saya. Saya manusia biasa yang tidak lari dari kesilapan dan kekurangan. Tapi percayalah, saya sentiasa mencuba untuk menjadi yang terbaik, menjadi isteri yg dekat dihati suami, menjadi ibu yg baik. Kanda, ampunkan saya sekiranya pada pandangan mata awak, saya masih lagi bukan isteri yg terbaik seperti yg awak dambakan..maafkan saya.

Kandaku
Masih ingat saat hadirnya Dhiya Khairina dalam hidup kita? Saat pertama kali ujian kehamilan kita lakukan di pagi isnin. Betapa saya bahagia melihat kegembiraan di wajah awak, betapa saya bahagia menerima kucupan dan pelukan awak. Betapa kita bahagia, kanda. Dhiya mengikat kasih kita, lambang cinta kita yg amat dalam. Teruknya alahan mengandungkan Dhiya rasanya hilang melihat kegembiraan awak. Betapa awak tatang saya bagai minyak yang penuh sepanjang saya mengandungkan Dhiya. Sungguh kanda, saya bahagia. Hari ini, Dhiya Menjadi saksi, cinta kita semakin mekar, cinta kita semakin hebat biarpun setelah 3 tahun berlalu.

Kanda
Biarpun tahun berganti tahun, saya tetap insan yg pernah awak kenali dulu, yang masih menyayangi awak sepenuh hati, yang menyintai awak seluruh jiwa raga, yang menyayangi awak tanpa jemu. 3 tahun masa berlalu, tidak sedikit pun mengubah cinta saya pada awak, malahan rasa cinta, rasa kasih dan rasa sayang itu terus bercambah, terus berbunga dan saya harap harumnya itu sampai ke syurga.
Setiap dugaan yg kita tempuhi sepanjang 3 tahun ini jadilah landasan dan sandaran untuk kita menempuhi esok yg lebih mencabar.bersamalah kita membaiki setiap kelemahan diri, kekurangan diri agar hidup kita lebih bahagia

Kanda....
masih ingat lagi saat mula2 awak jatuh cinta pada saya?
masa tu awak kata terharu lihat betapa saya bersungguh sanggup bersusah payah untuk miliki cinta awak
saya masih sama,kanda..masih bersungguh ingin terus memiliki awak
masih ingat saat kita buat keputusan untuk kawin?
masa tu awak kata, x sanggup berpisah dengan saya setelah banyak saya berkorban demi awak
saya masih sama,kanda....masih sanggup berkorban apa saja demi terus bersama awak
masih ingat lagi hari2 pertama kita hidup sebagai suami isteri?
awak tanyakan saya, sanggup saya hidup susah dengan awak?
ingatkah awak jawapan saya?
dan jawapan itu tetap sama hingga kini
saya tetap terima awak seadanya tidak kira baiknya atau buruknya awak
kasih,cinta saya tetap utuh untuk awak tanpa sedikit pun rasa sesal bersuamikan awak
saya masih setia dengan janji saya untuk tetap bersama awak tidak kira ketika bangun atau jatuhnya awak
ketika susah atau senangnya awak, ketika sakit atau sihatnya awak
saya akan sentiasa disisi awak, sebagai isteri, sebagai rakan, sebagai guru, sebagai teman, sebagai pendorong, pembakar semangat awaksaya terus akan pimpin tangan awak....terus hingga ke syurga
Tiada yg lebih indah dalam hidup saya melainkan menjadi isteri awak....
saya amat2 sayangkan awak..teramat amat sayangkan awak...

Kanda yg amat kucintai
Sayangilah diri ini seperti mana tulusnya aku menyayangimu
kasihlah aku sepenuh hati sepertimana aku kasihkan mu
cintailah diri ini dengan seikhlas jiwamu
kerana kasihmu, cintamu, sayangmu yg membuatkanku kuat menempuhi hidup ini
kamulah yg membahagiakan hidupku

Selamat ulangtahun perkahwinan yg ke3, kanda
Semoga perkahwinan kita berkekalan sampai syurga
 
Sehidup Semati  
 
Berkat kesabaran kita
Menempuhi segala
Ku bersyukur kau masih setia

Kau insan teramat ku cinta
Namamu terpahat di dada
Untuk selamanya menyayangimu

Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya

Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati

Ku berikan kasih kepadamu
Seluruh kehidupanku
Kerna itu saja buatku bahagia

Ku rela korbankan segala
Yang ku ada di dunia
Moga kau gembira selamanya

Kerana ku milikku
Moga yang Esa
Tunaikan ikrar kita
Untuk sehidup semati
Kerna tak terdaya
Hidup tanpamu
Bak pungguk rindukan bulan
Dirikukan kehilangan kesepian
Bintang menjadi saksi janji
Sehidup semati

Moga kita berpanjangan
(Moga kita berpanjangan)
Menikmati rasa cinta
Di antara dua insan... oh...
(Di antara dua insan)

Ku berdoa setiap masa
Agar kita lebih lama di sini
Bersama kau di sisi

"Kasih ku percaya
Kita berdua
Sehidup semati
Kini dan selama-lamanya
Sehidup semati"
 

Ahad, 30 Mei 2010

MAKAN2 DI RASAMAS

Pagi tadi mama agak rajin. Bangun pagi dengan bersemangat, tengok muka papa kat sebelah ag ase bersemangat bangun wat breakfast. Pagi ni mama wat kuih Cek mek molek, nasi impit kuah + kuah kacang dan pulut sambal. Memang bersemangat kan?

Then tengahari papa ajak semua makan2 kat luar. makan2 utk celebrate our 3rd anny esok. Nak makan2 esok, papa sibuk skit. Kali ni papa ajak kami menjamu selera ni Rasamas...Besttttt!!!!!
Layan gambar je ler ek....

Kekasih awal dan akhir

Happy family ever..

Inilah keluarga besar saya...hehe

2 orang penyibuk yg sentiasa ada utk melicinkan hidangan...unty ilah n su mira

Gambar ini sengaja diletakkan disini bagi membuat anda terliur...yummy..


Nota kaki:
Mula2 mama xnak makan, x nak tergadai diet mama, tapi termakan jugak pujukan mereka2 semua..dengan alasan inikan jamuan for celebrate our anny...hado...gasak la.

Rabu, 19 Mei 2010

HADIAH ULANGTAHUN PERKAHWINAN


First of all, mama nak ucapkan selamat ulangtahun perkahwinan kat Mama Aqif a.k.a Marina n husband..
Semoga terus kekal dan bahagia hingga ke pintu syurga...
Kami doakan u oll berdua cekal dan terus tabah menempuhi asam garam, badai dan taufan dalam kehidupan berumahtangga....Amin


 KOLEKSI GAMBAR KAWIN MAMA & PAPA DHIYA
(AZMAM & SAHAILI)
01/06/07






Gelora pantai anginnya kencang
Terbang rendah burung kedidi
Cinta datang tanpa dirancang
Dari mata turun kehati

Indah rupa si burung bayan
  Cermai berbunga di batas padi
Tidak lama kami berkawan
Termeterai janji sehidup semati

Kisah kami tidaklah seindah cerita novel tapi menjadi kenangan indah hidup kami berdua. 
Kami dikenalkan oleh seorang rakan. 
Mulanya tiada apa yg istimewa, sekadar menemani rakan sambil minum2 
tapi kuasa jodoh di tangan Illahi
Magnet apa yg menarik kami untuk terus berhubung, kami pun x tahu?
masa tu sms menjadi pengikat kami, tapi masih tiada perasaan yg tersembunyi.
Hanya sms biasa sebagai kawan2, kadang buat lawak bodo, cerita lucu2
hinggalah kedua2 kami dilanda masalah
dan kami senang berkongsi masalah bersama
seolah2 tiada kawan lain yg mampu mendengar dan memahami masalah kami..
dari situ kami dapat rasa keserasian, rasa tenang bila bersama, rasa boleh berkongsi apa sahaja cerita
(kami dapat rasakan chemistry itu)
dan bila keluarga tiada halangan dan amat merestui 
kami tahu, kami di jodohkan bersama



Contest ini dianjurkan oleh:  
mama Aqif
(bersempena ulangtahun perkahwinan Mama Aqif dan aunty sheery
Avaibale sampai: 19 Jun 2010
Maklumat contest: klik SINI

Ahad, 9 Mei 2010

DISINI..CINTA BERPUTIK

Pernah dengar Restoran Safis Corner, Sri Hartamas? Ala kedai mamak ni famos dulu2. Semalam papa tetiba bawak mama minum2 kat sana. Nak rewind kenangan saat cinta berputikla tu :)

First time g kedai mamak tu kami masih sebagai kawan, masa tu papa ajak layan bola kat situ. Kedai tu ada skrin besar. X ingat liga aper mase tuh..(liga inggeris kot)..dalam tahun 2005. Kami selalu jugak lepak sana. Maklumlah mama ngan papa ni sesama perantau kat negeri orang..so xder orang marah kuar malam2. HEHE. (Tapi bukan budak nakal tau...)
Dah jodoh kot, ntah macamaner lepas lepak kat restoran tu di suatu malam yg indah .(Wow)..papa kenyit2 mata kat mama..(Tipu je laaaa)...satu malam tu kami pulang dengan rasa lain di hati masing2. Masa tu kami tahu kami dah in love. X lama pastu, mama gitau keluarga, bawak papa jumpa family mama, papa bawak mama jumpa family papa dan 2007 kami kawin..hehe

Dulu kedai mamak ni ramai sesangat orang, happening sesangat. Tapi semalam mama g, orang boleh bilang ngan jari. Papa order nasi lemak, sebab dulu nasi lemak ayam mamak ni leh la tahan....tapi tau x semalam, nasi lemak tu macam ampeh..nasinya sejuk, ayam keras..pendek kata memang xleh nak wat port minum lerrr..
Dah x best kedai tu, patutla x ramai orang..

Adakah memang kedai tu yg semakin spoil atau...macam orang kata, masa bercinta semuanya indah..
Kena pikirlah sendiri nampaknya...   :)

 Kami merewind kenangan di Restoran Safis Corner, Sri Hartamas...
(Gambar kedai lupa amik a..huhu)

Cuba lah tengok Dhiya tuh..skang bukan men susah ag nak tengok camera


Nota kaki:
* Tetiba tingat lagu Mungkin Nanti, Peter Pan yg memang tengah hot giler masa tu
(siap jd caller rington papa) hehe

Saatnya ku berkata mungkin yang terakhir kalinya
Sudahlah lepaskan semua kuyakin inilah waktunya
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Dan bila hatimu termenung bangun dari mimpi2mu
Membuka hatimu yang dulu cerita saat bersamaku
Mungkin saja kau bukan yang dulu lagi
Mungkin saja rasa itu telah pergi

Dan mungkin bila nanti kita kan bertemu lagi
Satu pintaku jangan kau coba tanyakan kembali
Rasa yang kutinggal mati
Seperti hari kemarin saat semua disini

Tak usah kau tanyakan lagi simpan untukmu sendiri
Semua sesal yang kau cari semua rasa yang kau beri