Memaparkan catatan dengan label KELUARGA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KELUARGA. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

REWANG KENDURI KAWIN

Rewang tu bahasa jawa kan?
Mama bukan orang jawa yea, tapi pinjam jer perkataan tu
Tapi kat kampung mama pun orang panggil rewang jugak rasanya

Salah 1 seronoknya gi kenduri kawin kat kampung ialah masa rewang
bila semua saudara mara berkumpul dan bekerjasama menjayakan majlis...
oppp..bagi yg x tahu, rewang tu aktiviti gotong royong membuat persediaan kenduri

Biasanya kalau kenduri kendara keluarga belah mak mama
kami x pernah pun order-order katering ni..semua buat sendiri
Almaklum ler keluarga besar...Nenek mama ada 8 anak, 60 cucu, 50+ cicit
So memang xder masalah utk buat kenduri.

Masa mama kahwin dulu pun, xder tempah katering pun.
Semuanya masak berkawah2..(Kawah tu plak pengantin kn basuh)
seminggu sebelum majlis sedara mara dah berkumpul, berbincang
bagi2 tugas yg perlu dilaksanakan.....yg pasti ahli keluarga yg buat semuanya

Layan Pic majlis rewang masa kenduri kahwin sepupu mama bebaru ni


Bahagian masak memasak....
orang lelaki ler yg kuat nak kacau kawah ngan api besar gitu
(semua guna air telaga tau)

Yang perempuan sediakan bahan

 Sibuk semua mak sedara mama ni..hehe

 3 periuk nasi yg dah hitam ni akan disental oleh pengantin.hahaha


Basuh pinggan

Yang dah penah berehat dulu bawah pokok kelapa


Sajer jer amik gambar ni, cantik pulak kombinasi warnanya

Mama x sempat nak snap org sembelih dan potong daging lembu
hari sebalum tu lupa bawak kamera..huhuhu..
Lagipun segan jugak, kang orang kata, orang sibuk buat kerja
mama plak sibuk ngambik gambar jer..hhuhuhu

Kat bandar maner nak dapat semua ni kan? 
Rindu kampung



Nota kaki:
apa yg penting..............kerjasama

AWET MUDA

Ada org tegur mak mama a.k.a tok Dhiya awet muda..
Kalau mak mama dengar ni kembang ler tu..hehe


Tok Dhiya a.k.a mak mama

Secara jujurnya, mama pun rasa mak mama awet muda
Di umur 51 thun, dia xder lemak berlebihan macam anak dia (huhu)
Kulit muka pun menten ag kan??? cayalah mak..


Kalau nak tahu rahsia, baju mama pakai tu baju mak mama..
Mak mama kata baju tu tailor salah jahit..besarrrrrrrr...
yang terlebih besar tu, bagi ler anak yg sedia besar ni pakai kan?
Sedihhhhhhhhhhhhh

Tapi dalam 8 orang adik beradik mak mama
Mama rasa mak sedara yg sorang ni (kakak mak)
Memang betul2 awek muda...

Mak ngah

Mak ngah mama ni, anak 13 org tau...cucu dah 10
Tapi tengok ler dia, cantik lagi..badan dia solid jer tau
Sangat suka tengok kulit muka mak ngah yg memang cantik licin + tegang
Sejak anak2 dah besar ni baru nampak skit dia berisi skit, dulu badan bergetah
Dulu kalau dia balikkg naik teksi, mesti pakcik teksi ngurat
bila dia cerita anak 13 org dah ada cucu, pakcik teksi kata dia tipu..hehe

Tu kisah mak ngah..............
Ni kisah mak long plak, kakak mak yg sulong
Kalau mak mama tu anak yg ke 7, umur pun dah 51
bayangkan mak long mama ni umurnya berapa????
Cucu dia sajer dah 40 orang tau....


Mak long (tudung biru) dan Mak Cik (tudung hijau)

Bila mama tanya dowang ni aper petua awek muda...
mereka sepakat jawab, beranak ler ramai2.....

Dowang kata, masa dulu mereka berpantang dengan sangat teliti.
Makan dan minum air akar kayu...berbarut, berbengkung, bersalai, bertunku
Bila beranak ramai, makin kerap ler dowang makan akar kayu..
Makin kerap berbengkung, barut, bersalai...makan pun berpantang
Jadi badan semakin sihat, semakin sihat..

Oooo..gitu, nak beranak ramai jugak ler..hahaha
tapi kita sekarang ni sanggup ker berpantang macam dowang tuuu..
(tekad dalam hati nak berpantang secara traditional nih)

Pernah dengar quote ni:
'If u think i am cute, please look at my mother'
Maner x tumpahnya kuah kalau ke nasi kan????
Kalau anak semua awek muda......meh kita tengok maknya

Belah kiri (myhandside)..tok mama a.k.a nenek Dhiya.

Tok mama dah berusia, 83thun...
masih lagi cantik..hehe dan sihat tanpa 1 pun penyakit
xder kencing manis, darah tinggi, .....kulit masih lagi cantik

Paperpun.........mama sayang sangat kesemuanya...

Nota kaki:
Tingat masa mak mama berpantang adik bongsu dulu, bersalai atas dapur arang, bertungku, berbarut, mandi air akar kayu, minum akar kayu rebus, makan maajun....sangat teruja..
zaman sekarang maner nak dapat semua tu.

Selasa, 14 Jun 2011

TENGOK AARON AZIZ KAWIN

Balik kampung ritu sempat ler meraikan perkahwinan Aaron Aziz
Whattttt???? Mesti ada yg terkejut kan? kan?
Betul ker Aaron Aziz kahwin lain???
Jangan bikin kontroversi..hehehe

Alah sajer je mama nak hangatkan suasana..
sebenarnya mama meraikan majlis perkahwinan sepupu mama
Tapi mama mengusik adik sepupu ipar (ada ke istilah tu)..
Mama kata muka dia macam dia macam Aaron Aziz..hahaha



haaaaa..tu dia Aaron Aziz kita kena tol..hehehe
Macho x?

Ada gaya Aaron Aziz x????
Ada ler gaya bau2 bacang kan..

ngusik org baru dalam keluarga besar kami ni memang best
Dapat merapatkan lagi persaudaraan...
well utk adik sepupu mama Azieyan dan pasangannya Amir
Selamat datang ke Komuniti bini dan laki orang..hehe
semoga tabah menempuhi setiap dugaan dan cabaran dalam alam rumahtangga

Xceli majlis aritu meraikan 2 pengantin...
Adik sepupu mama jugak merangkap abang si Aziyan
masa tu buat majlis sambut menantu skali...

Selamat pengantin baru....
Amir + Azieyan & Rosdi + Siti 
Semoga kekal sampai syurga..


Nota kaki:
Tengok orang naik pelamin, gian terasa..hahahha..
sempat jugak ler berposing...dapat snap sekeping 2, tapi x cantik gambar..huhu.
Malu kat org yg nengok

Rabu, 4 Mei 2011

KAPAL PERSIARAN KAMI

sejak akhir2 ni ase petang jer ujan, petang jer ujan
plak tu ujan yg lebat teramat sangat, siap ribut, guruh, petir lengkap skali.
Pepagi pun kalau ujan..lebat giler...macam nak banjir jer

Kat kampung mama pun ujan jugak katanya
Mak kata macam duk dalam musim tengkujuh plak asenya
Bila mak kata gitu, teringat plak zaman2 kecik dulu2

Abah suka sangat melayan kami main air...
Bukan masa kecik jer, masa tua bangka ni pun...
Jom layan kami main banjir masa bulan DEC 2006
Gambar lama baru jumpa

Pakteh Dhiya a.k.a adik mama ke 4..
Perasan macam pelancong kengkonon..haha..
Terimbas zaman kanak2 ribena kami..

Pakcu Dhiya..adik bongsu mama..
Lucu ler muka pakcu time nih..hehe

syokkk ooo. main menda ni.
Itu adalah tangki air yg abah mama modified utk kitaorg main air.
Memang selalu macam ni, kalau time banjir..
gilir2 amik turn naik kapal..haha


Syok x tengok??? 
Mama maner??? mama ambik gambar jer..maluuu
sebab time ni papa Dhiya ada..masa ni papa ikut mama balik kg
Nak kenalkan kat parent mama...5bulan pastu kami kahwin.
Time tu malu2 kucing ler kan?kan? air muka kena cover
walau dalam hati berkecamuk nak naik menda alah tu, nak main air hujan tu.


Nota kaki:
Rindu kampung, rindu abah, rindu adik2...rindu zaman kanak2..

*nnti nak suh Dhiya men ler kapal persiaran kami ni..nak ke budak tu ek??
Budak2 skang x lasak macam kita dulu kan?

Selasa, 22 Mac 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU, ABAH!!!

 Dalam entry BALIK KAMPUNG  ada ler mama berkias2 skit..
Ada ler yg bertanya meraikan aper yg sebenarnya kan????
Meh nak citer meh..

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Illahi..
Setelah 7 thun lebih menduda, akhirnya, Abah mama dibukakan hati utk berkahwin lagi.
Puas jugak kami pujuk dulu, dah beberapa calon yg kami adik beradik cadangkan ditolak mentah2.
Tapi, akhirnya tuhan bukan pintu hatinya...
Mama rasa lega sangat, at least ada yg jaga abah..
(Sedih tau sebelum ni tengok abah terkial2 menyesuaikan diri ngan kehidupan sendiri)

Well, mungkin cerita ni agak peribadi..
Tapi mama nak abadikan kat dalam blog ni, sebgai kenangan..
nnti Dhiya besar, bila dia baca blog ni, dia tau tarikh anny aki abah dia..hehe

Bagi mama, aper yg berlaku dalam kehidupan kita ni semuanya kehendak Illahi
siapalah kita ni utk menafikannya..
Dia yg memberi rezeki, menentukan jodoh dan memberi zuriat.
Aper yg terjadi dalam kehidupan lepas Abah dan mak mama tu,
biarlah antara mereka dan tuhan saja yg tahu
Kami adik beradik semuanya redha, sebab kami xder hak nak menafikan semua itu.
Lagipun kami tidak layak menilai ibu dan bapa kami
Masa kami bersama mereka pun amat terhad, semua antara kami
banyak menghabiskan masa di asrama...so
memang x tau aper sebenarnya berlaku.
Yg penting, baik mak atau abah meneruskan kehidupan mereka
dengan baik...Alhamdullillah..
Best aper ada 2 mak n 2 ayah..hehe

Ok, balik pada cerita ABAHKU KAWIN LAGI..

Memulanya kami nak buat doa selamat n tahlil jer...
Petang Jumaat tu ada makan2 skit, tapi x sangka ramai betul tetamu yg datang meraikan
semuanya bagai memberikan sokongan buat Abah menerajui kehidupan baru.
Terharu ngan sokongan org kampung

Majlis tahlil dan doa selamat


Malam jumaat tu, Abah di akad nikah..(kali ke2 dalam hidupnya)
Ya Allah, x sangka, ramai sangat org datang.....
memula nak buat kat surau jer, tapi sebab terlalu ramai org
so akad nikah kat rumah pengantin pompuan..(kampung sebelah ajer)

 Alhamdulillah..sekali lafaz ajer
 Hencem lagi tau abah mama
kan unty ilah kan??
 Pengantin pompuan bukan ler anak dara muda jelita
Janda beranak 5 
Tapi baik sangat orangnya...memang yakin dia boleh jaga abah


Acara menyarung cincin..hehehe..


Ramai tau org datang..
Terharu sangat...kami nak buat secara tertutup dan kecil2 ajer
Tapi, orang kampung semua hadir bagi sokongan
Abah mama dan isterinya..
(baju ni, mama gi amik kat kedai berhampiran, petang sebelum akad tu)
Semua accesories mama yg pilih..dari hujung rambut sampai ujung kaki
Kalau ikut abah, semuanya cincai ajer
Biarlah cantik skit, buat kenangan..kan?kan?
 Adik beradik mama yg ada malam tuh
Unty ilah x dapat balik, pak lang n pakteh Dhiya 
x dapat dikesan waktu nih..
(yg berdiri baju biru tuh, x tau saper..intepreme)

My family with our mak muda..hehe

Semoga kehidupan abah lebih terurus dan perkahwinan ni bahagia sampai akhir nyawa.
Suka sangat tengok muka abah happy...
Tumpang glamer kat sini..
Paklang Dhiya, mama, papa n Dhiya


Nota kaki:
Biar aper pun yg terjadi mereka tetap org tua mama, yg membesarkan mama....
tapi jauh disudut hati, ada juga tertanya2, ape sebenarnya yg terjadi.

*Buat unty ilah...
Kalau nak tengok gambar2 lagi, balik ler ek..xkan nak letak semuanya kat blog nih...letak skit2 jer


opppsss..ada yg x berapa paham ek kisah sebalik cerita nih..
xceli...my mak n abah dah lama berpisah, n my mak dah kawin lain..
then ni turn my abah plak..itu ceritanya..

Khamis, 17 Mac 2011

BALIK KAMPUNG



Masa u oll baca entry ni,
Kami dah ada kat kampung...sebab entry ni autopublished.hehe



Yeah...balik mengadap keindahan desa yg aman..
Balik mengadap kedut2 muka nenek
Balik menatap kerut2 di wajah emak
Balik menelek urat2 tegang di tangan abah...



Sebenarnya...
Kami balik ni sempena meraikan sesuatu..
Apa???
Nnti lah diceritakan...
tapi telek ler lirik lagu ni ek...


Ayahku kahwin lagi
Dengan sidara jelita
Riang rasa hatinya
Mendapat isteri yang muda

Tapi ku sedih sekali
Kenang ibu yang ku kasihi
Tempat ibu sukar diganti
Tapi ayah kahwin lagi



Oppppp...apakah yg berlaku????
Tunnnnnggggggguuuuuuu...kami balik nnti


Nota kaki:
Kehidupan ini hanya pimjaman dari yg Esa, dia menentukan apa yg terbaik utk setiap hambanya...
Kita manusia, hanya merancang setiap perjalanan kehidupan itu.

Selasa, 22 Februari 2011

BILA ADA ORG SANGGUP LAYAN KETERLIURAN INI

Kak Ayu a.k.a Ibuayahdamia pernah wat entry pasal keropok lekor Mersing...(KLIK). Seriously mama terliur okeh. Kecur2 air liur ni hah, masa baca entry tuh. Teringat tang rasa keropok lekor tu. Mama pernah rasa, tapi masa last beli tuh, dapat rasa skit jer. Kena serbu ngn askar2 yg ada kat rumah. Sangat ler x puas hati.
Cuti CNY dulu, memang nak balik Rompin, then berhajat nak g Mersing umah Ustaz Lah..mama pernah cerita kan tentang ustaz mama sorang nih (LINk)...tapi sebab bimbangkan keadaan banjir so kami x jadi balik.

Masa kak ayu post kat dia nyer FB tentang kopok lekor Mersing ni, x sangka Ustaz mama ni baca yg mama terliur ngan keropok tu. Nak tau x...tadi keropok ni sampai depan pintu. Ya Allah sangat ler terharu, terima kasih yg x terhingga Ustaz. Semoga Ustaz trus murah rezeki. Ustaz pos ngan Skynet tau.

 Yg ni keropok sosej..sedap ni tau. 
Banyak tu Ustaz kirim..bila ler abis nih.
 Pastuh ni keropok lekor yg biasa tuh
Gambar di atas kurang menawan rupanya sebab maklumler duk dalam Van skynet tu sepanjang hari kan?
so mama rebus ler semula...
 Tadaaaaa....masih berasap u
Then goreng ler 5 ketul utk Dhiya..

Nnti papa balik boleh goreng lagi, then pas maghrib kan baru goreng utk mama.
Sedap ni cicah ngan sos pencicah Ummi. Pasni leh makan kopok sampai lebam..sampai muntah kopok semula. 
Ada x yg terliur???? 



Nota kaki:
Seronok bila ada org yg prihatin, amik berat dan masih ingatkan kita...
*Ustaz Lah ni memang macam ni, kat MRSM dulu pun selalu sangat buat makan2 kat kami, pastuh kalau terasa nak makan aper jer, cakap ler kat Ustaz mesti dapat. Tingat ustaz belanja kami makan Satay ngan Puyuh Goreng kat Satay Zul Kuantan. Memang kalau saper2 kurus tuh, gi umah ustaz selalu komform boleh naik berat. hahaha..Memang kena paksa makan..kalau boleh nak kasi abis makanan kat rumah dia tuh.


*Keropok sosej tu, kalau tak nak meletup2 time goreng kena kelar2 badan dia skit.

Isnin, 14 Februari 2011

MAKNA 14 FEB BAGI KAMI

Seriously, kami x pernah pun sambut Valentine nih. Biarpun dolu2, ada yg kata xper sambut sekadar nak hargai kasih sayang, pastuh ada yg kata xleh...sampai ler fatwa Valentine keluar pada 2005 kata haram..eh, betulkan 2005?..tetiba terlupa lah plak.

Sejak zaman bercinta pun, kami x pernah teringin nak sambut Valentine. Papa memang mengharamkan sekerasnya. Sebab pada tarikh 14 FEb, 15 thun yg lepas, My FIL pergi dijemput Illahi.
Tahun ni ingatkan, nak buat bacaan Yasin kat rumah malam ni, sambil jemput org makan2..tapi ada sedikit kekangan, tokma pun ada kat kampung skang so mungkin buat masa birthday Dhiya nnti skali.
Tahun2 lepas antar beras+makanan kat surau aje, pastu baca yasin kat rumah. Mungkin mama masak skit juadah antar kat surau jer dulu malam ni. Insyallah, kalau tuhan izinkan.

Meriah x sambutan 14 FEB kami? Lagi meriah kan?

Pada kengkawan semua, yg baca entry ni, mama mohon, sedekahkan Al-fatihah buat arwah FIL yea..semoga rohnya ditempatkan bersama org2 yg beriman. Aminnn..


Nota kaki:
Selalu tanya soalan nih kat papa "Kalau ayah hidup lagi, awak rasa dia sayang x saya?"..hehe..
ngengadakan mama?haha

Rabu, 27 Oktober 2010

BERBAKTI PADA TANAH, BANYAK HASILNYA

Hari2 mama baca coretan eb a.k.a mamaerish@ ten little fingers
tentang tumbuhan herba kat sekeliling umah dia, membuatkan mama rindu kampung..huhu
Hampir setiap hari ada jer catatan eb pasal tumbuhan herba
u olls leh ler ke blog beliau utk cari ilmu ek.
Bagus tau info2 tentang tumbuhan herba ni, tambahan kita org muda, banyak kita xtau
terutama khasiat dan kebaikannya.
time kasih eb share with us..

Mama teringat kat nenek bila cerita tentang semua herba nih.
Mama duk ngan nenek masa kecik2 dulu.
cakap jer pokok aper...semuanya ada kat rumah nenek.
Pendek kata kalau nak memasak tu, men amik jer kat blakang rumah.

Bukan itu saja, ade jugak pokok2 kat rumah nenek mama yg x semua rumah ada.
sampaikan org kampung ada yg datang rumah mintak...


Antaranya:


pokok lada hitam

Dulu pokok lada hitam banyak sangat kat kebun toki mama
Memanjat kat pokok besar2..buah pun banyak
we oll slalu g kutip then jemur utk keringkan dia
so x payah beli...skali kutip dapat ler sebakul


ni ler rupa buah lada hitam sebelum dikeringkan ek...


Pastu pokok gelugor ni
kat rumah nenek ada pokok ni
mama antara yg rajin mengait buahnya
then nenek akan belah2 keringkan
buat asam gelugor or asam keping..
org kampung memang ramai datang mintak asam ngan nenek

u oll pernah tengok buah gelugor nih?


ini dia..
macam manggis pun ada.

pastu antara pokok yg berjasa jugak ler pada kami sekuarga



pokok kekabu ni.
Memang semua bantal kat rumah nenek, nenek wat sendrik
kalau time mak mama ngandung, nenek sibuk ler kait buah kekabu dah tua
utk dijemur amik kabunya..wat bantal ngan tilam baby
ada jugak org kampung datang nak mintak kekabu
nenek x pernah jual pun, amik aje


pokok pinang antara yg paling banyak kat keliling umah nenek
selain pokok kelapa

memandangkan nenek makan sireh, pinang ni memang pelengkap ler
x payah susah2 beli..keliling rumah banyak malahan org lain plak datang beli
Pinang ni selain peneman makan sireh, banyak khasiatnya dari segi perubatan

tapi nowdays banyak pinang moden tu jer yg kita jumpa
yg buah merah2 kecik2 tu, pastu rendah2
pinang tu khasiat dia x sama macam pinang tradisional nih
malahan kalau makan jadi pening tau


ni buah pinang yg slalu kita jumpa arini
xleh makan ngan sireh nnti mabuk..huhu


ni pinang traditional..


Tapi sejak arwah toki meninggal..
semua pokok2 yg ada ni macam turut bersedih
kebanyakannya x mengeluarkan hasil lagi
nenek pun dah tua, x berdaya nak pedulikan pokok2 nih
semuanya banyak yg meninggalkan kenangan indah zaman kanak2 mama

Banyak lagi pokok2 lain yg ada kat rumah nenek ni
nnti mama balik kampung mama snap aper2 yg menarik ek..



Ni halaman rumah nenek
di snap dari tingkao tepi rumah..hehe
u oll pernah makan buah kuini????(xtau org lain panggil aper)
umah nenek ni keliling umah pokok kuini
pendek kata kalau musim dia berbuah, memang rumah berbau kuini jer



Ni nenek..(abaikan lah unty ilah tu)
gambar diambil hari raya bebaru ni..
antara org yg paling mama sayang di dunia ni.
Tangan ni ler yg membesarkan mama


Nota kaki:
*Ada gambar yg kredit to mr.googs

Teringat pegaga yg banyak menjalar2 kat belakang umah nenek....lambatnya nakbalik kampung nih...induuuuuuuu

Selasa, 12 Oktober 2010

SAMA TAPI TAK SERUPA

 Bukan skali malahan dah berkali2
dari kecik sampai ke tua ni (tua ker??)
dah lali telinga dengar org kata
'betul ker adik beradik?'
'x sama pun'

huhu

itulah dilema melanda mama dan unty ilah
kami 6 beradik semuanya then kami berdua jer pompuan
tapi kami x sama langsung..hehe

 X caya tengok ler gambar atas ni...
gambar close up non ado..
x jumpa plak nak cari..hehe



 Tapi tengok unty ilah ngan my mom..sama kan???


 Tapi tengok plak mama ngan tok Dhiya nih?
Masa sekolah dulu ramai org tanya, betul ker mak awak?
naper dia gelap awak cerah???



 Tengok plak Unty ilah ngan Aki abah Dhiya..sama x???
Mama ag sama kot..hehe
Aki abah Dhiya cerah tau..sejak tua2 ni asyik g laut tu yg jd gelap

Sebenarnya...
keturunan sebelah mak india + melayu
My late grandfather ...Arwah Zainuddin Mohamed
(ayah pada mak )
org india...bukan India Malaysia tau, memang dari Mumbai, India..
but warganegara dan sememangnya muslim...dia datang Malaysia masa zaman sebelum merdeka
masa tu buruh dari india di ambil utk kerja lombong arang batu

then
keturunan sebelah abah bugis + melayu
my late grandmother...Arwah Zaharah binti Khaucil
(mak pada abah)
Arwah moyang..Khaucil memang org bugis
(susur galur keluarga abah ni akan berakhir ngan kraing Aji  )
*Kraing Aji = org bugis yg membuka Kg Mengkasar di Pekan

bila my mom + my dad kawin
then terciptalah mama yg mengikut kebugisan itu
dan unty ilah memiliki darah keindiaan..haha

so 
walaupun susah nak terangkan kat org
tapi kami sebenarnya bangga atas susur galur keluarga kami


Sorang bugis...sorang lagi india
Sorang cerah dan sorang ag gelap
* mama ler yg untung kot sebab cerah..hahaha..walaupun idung x setinggi unty.






Nota kaki:
Cantik itu kan unik dan tersendiri, x kisah lah itam atau putih