Selasa, 22 Mac 2011

SELAMAT PENGANTIN BARU, ABAH!!!

 Dalam entry BALIK KAMPUNG  ada ler mama berkias2 skit..
Ada ler yg bertanya meraikan aper yg sebenarnya kan????
Meh nak citer meh..

Alhamdulillah, syukur sangat kepada Illahi..
Setelah 7 thun lebih menduda, akhirnya, Abah mama dibukakan hati utk berkahwin lagi.
Puas jugak kami pujuk dulu, dah beberapa calon yg kami adik beradik cadangkan ditolak mentah2.
Tapi, akhirnya tuhan bukan pintu hatinya...
Mama rasa lega sangat, at least ada yg jaga abah..
(Sedih tau sebelum ni tengok abah terkial2 menyesuaikan diri ngan kehidupan sendiri)

Well, mungkin cerita ni agak peribadi..
Tapi mama nak abadikan kat dalam blog ni, sebgai kenangan..
nnti Dhiya besar, bila dia baca blog ni, dia tau tarikh anny aki abah dia..hehe

Bagi mama, aper yg berlaku dalam kehidupan kita ni semuanya kehendak Illahi
siapalah kita ni utk menafikannya..
Dia yg memberi rezeki, menentukan jodoh dan memberi zuriat.
Aper yg terjadi dalam kehidupan lepas Abah dan mak mama tu,
biarlah antara mereka dan tuhan saja yg tahu
Kami adik beradik semuanya redha, sebab kami xder hak nak menafikan semua itu.
Lagipun kami tidak layak menilai ibu dan bapa kami
Masa kami bersama mereka pun amat terhad, semua antara kami
banyak menghabiskan masa di asrama...so
memang x tau aper sebenarnya berlaku.
Yg penting, baik mak atau abah meneruskan kehidupan mereka
dengan baik...Alhamdullillah..
Best aper ada 2 mak n 2 ayah..hehe

Ok, balik pada cerita ABAHKU KAWIN LAGI..

Memulanya kami nak buat doa selamat n tahlil jer...
Petang Jumaat tu ada makan2 skit, tapi x sangka ramai betul tetamu yg datang meraikan
semuanya bagai memberikan sokongan buat Abah menerajui kehidupan baru.
Terharu ngan sokongan org kampung

Majlis tahlil dan doa selamat


Malam jumaat tu, Abah di akad nikah..(kali ke2 dalam hidupnya)
Ya Allah, x sangka, ramai sangat org datang.....
memula nak buat kat surau jer, tapi sebab terlalu ramai org
so akad nikah kat rumah pengantin pompuan..(kampung sebelah ajer)

 Alhamdulillah..sekali lafaz ajer
 Hencem lagi tau abah mama
kan unty ilah kan??
 Pengantin pompuan bukan ler anak dara muda jelita
Janda beranak 5 
Tapi baik sangat orangnya...memang yakin dia boleh jaga abah


Acara menyarung cincin..hehehe..


Ramai tau org datang..
Terharu sangat...kami nak buat secara tertutup dan kecil2 ajer
Tapi, orang kampung semua hadir bagi sokongan
Abah mama dan isterinya..
(baju ni, mama gi amik kat kedai berhampiran, petang sebelum akad tu)
Semua accesories mama yg pilih..dari hujung rambut sampai ujung kaki
Kalau ikut abah, semuanya cincai ajer
Biarlah cantik skit, buat kenangan..kan?kan?
 Adik beradik mama yg ada malam tuh
Unty ilah x dapat balik, pak lang n pakteh Dhiya 
x dapat dikesan waktu nih..
(yg berdiri baju biru tuh, x tau saper..intepreme)

My family with our mak muda..hehe

Semoga kehidupan abah lebih terurus dan perkahwinan ni bahagia sampai akhir nyawa.
Suka sangat tengok muka abah happy...
Tumpang glamer kat sini..
Paklang Dhiya, mama, papa n Dhiya


Nota kaki:
Biar aper pun yg terjadi mereka tetap org tua mama, yg membesarkan mama....
tapi jauh disudut hati, ada juga tertanya2, ape sebenarnya yg terjadi.

*Buat unty ilah...
Kalau nak tengok gambar2 lagi, balik ler ek..xkan nak letak semuanya kat blog nih...letak skit2 jer


opppsss..ada yg x berapa paham ek kisah sebalik cerita nih..
xceli...my mak n abah dah lama berpisah, n my mak dah kawin lain..
then ni turn my abah plak..itu ceritanya..

15 ulasan:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

Tak faham lah.. ayah kandung ker?

as usual, pm me @ FB.. hehehe

Z.u.r.a and I.w.a.n berkata...

betui tu..jika itu kehendakNya...itulah jlnnya.....mgkin ini benar jodoh buat Abah mu...

semoga mereka kekal higga ke akhir hayat...amin..

dear anies berkata...

mama baru la ni yek

Unknown berkata...

tak kisahlah siapa pun...mereka ada hak nak bahagia..
selamat pengantin baru utk abah......

ps: BARu perasan papa dhiya ala2 muka model..hehehhe....jangan marah mama dhiya,,,,,

Wansteddy Tales berkata...

jodoh tu dah ditentukan sebelum kita lahir lagi. Redha dan doakan segala kebaikan utk org tua kita. insya'allah hidup kita kan berkat dan lebih bahagia. membahagiakan org tua, kita juga dilimpahkan kebahagaian olehNYA. insya'allah... :) Tahniah Eily dan keluarga. Semoga famili Eily bahagia sentiasa :)

Unknown berkata...

tahniah abah!!! hihihi..tkpe yg lepas jgn dikenang..hidup perlu diteruskan..hihihihi

*kita pon pgkt mak uda jugak..

CiK Jue aka ibu FarisYah berkata...

apa2 pun dia tetap ibu dan ayah kita..selamat pengantin baru abah...moga jodoh kekal ke akhir hayat...

Diyana berkata...

mcm tak faham.tp diyana dapat tangkap.;).

tak kisah apapun kan eily..yg penting,kita sebagai anak2 memang sentiasa doakan kebahagiaan dan kesejahteraan ibu dan bapa kan.

tahniah kpd abha eily ;)

Chik Na berkata...

tahniah buat Eily sekeluarga !!

Lelord berkata...

selamat pengantin baru tuk abah

aS_c0mei berkata...

hmm....bestnye,mu ni sporting!hahaha.tp klu kisah parents aku lain skit.takpe lah,btol mu ckp tu,semua ketentuan Allah...insaf kejap bila baca mu tulis nih.haha

anyway,semoga perkahwinan abah mu ni kekal ke akhir hayat....=)

Miss Sasu berkata...

faham2. mak muda eh.x pe la. terima je kan . we do our part. :)

Monahiryanti berkata...

semoga abah elly hidup dgn bahagia disamping 'mak ude' baru.. yg lepas tu biarlah lepas.. diorang dah mulakan hidup baru, dah syukur..

mamaarifakeemaisy berkata...

Selamat pengantin baru..Insyaallah ...moga perjalanan rumah tangga baru kekal hingga ke syurga..aminnn..

amirah berkata...

selamat pengantin baru pakcik..semoga berkekalan lepas ni hingga akhir hayat ye..