Di kala ku kehilangan
Di dalam kegelapan
Kau suluhkan sinar petunjuk
Di kala ku kesedihan
Kau ukirkan senyuman
Dengan penuh sabar memujuk
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Di kala aku tak pasti
Kau tampil dengan berani
Membimbing agar lebih yakin
Dan bila hidup penuh soalan
Kau berikan jawapan
Melengkap semua kekurangan
Engkau menyambut tiap kali aku terjatuh
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Tidak mungkin diri ini mampu hidup tanpa doronganmu
Andai hari esok langit akan runtuh
Tabahlah menjunjung bersamaku
Andai hari esok dunia gelora
Takkan ku gemuruh selagi ku ada kamu
Sangat indah bait2 kata dalam lagu Adira ni...
Sungguh terpesona, kekadang sayu jer hati dengar lagu ni
Kalau lah saya dapat tujukan lagu ini buat tuhanku yg esa
memang setiap bait kata itu saya tujukan buatNya
Kerana Dia tidak pernah tidak ada tika saya memerlukan
kerana Dia memberi saya peluang utk hidup
dan menikmati kehidupan ini
dan menikmati kehidupan ini
kerana Dia memberi saya nikmat kehidupan yg indah,
dan sentiasa memaafkan saya tiap kali saya terkeliru
terima kasih ya Allah
Saya tujukan lirik lagu ini buat diri sendiri, agar saya lebih yakin,
berani dan tabahmengharungi setiap dugaan hidup
berani dan tabahmengharungi setiap dugaan hidup
sebagai peringatan buat diri sendiri,
supaya saya yakin dengan diri saya...saya amat kuat orangnya..
kuat utk menghadapi setiap badai dgn sabar dan tabah
Saya tujukan buat suami tercinta,
kerana dia yg sentiasa ada, setiap saat dan ketika,
menjadi peneman dan teman yg hebat,
tempat saya berteduh, tempat saya berlindung
tempat saya berkongsi kasih dan sayang, berkongsi suka dan duka,
terima kasih atas segalanya, kanda
terima kasih kerana sudi hidup bersama saya
Saya tujukan buat bonda tercinta
kerana dia sentiasa ada bersama saya
setiap kali saya memerlukan seseorang,
setiap saat kecewanya saya, dukanya saya,
berjayanya saya, gembiranya saya
Mak tetap berada disisi saya memberi sokongan dan bimbingan
Juga saya tujukan buat Ustaz Abdullah dan Mem Azizah
Kerana mereka adalah org yg bertanggungjawab membimbing,
menarik tangan saya dari kejatuhan, dari terus tersungkur
dan buat saya sedar hidup ini penuh pancaroba
menyedarkan saya dari kekhilafan
membuat saya berani memperbaiki diri
Terima kasih kerana tidak pernah jemu
membimbing saya ke arah kebaikan
membimbing saya ke arah kebaikan
Saya tujukan juga buat keluarga yg sentiasa menyokong saya
sentiasa ada di belakang saya,
sentiasa menghulurkan tangan tiap kali saya perlukan bantuan
tanpa keluarga siapalah saya..
tidak betah menangani kehidupan penuh cabaran ini
terima kasih x terhingga buat adik2, abang, kakak..
Saya sedar dan yakin saya punyai keluarga besar yg hebat
Dan buat semua guru dan rakan2
Terutama rakan2 blogger
(Kerana skang ni anda semua dekat dihati saya)
terima kasih kerana mengajar saya erti kehidupan
sentiasa ada tika saya memerlukan telinga utk mendengar
tika saya memerlukan mata utk menilai
tika memerlukan pendapat utk berkongsi
Syukur Ya Allah......
Saya ada kamuuuuu semuaaaaaaaaaa..
Saya ada kamuuuuu semuaaaaaaaaaa..
lagu ni utk anda semua.
Semoga ikatan ukhuwah antara kita terus utuh..
Nota kaki:
Dah lama tulis nota ni dalam FB, naper ek x update dalam blog????
Baru arini terlintas..ok ler utk santapan pagi Jumaat
moga mendatangkan manfaat bersama
7 ulasan:
nk komen psl lain..adakah iklan VW tu BE yg sdg berjoget2?? hihi ramai dpt BE VW ni..tmsk kita..ekekeke
suka jugak pada adira nih hee..comel
hmm tenkiu kerna dedicated lagu ni utk saye[salah sorangnye]..hehe.
eily, jom join GA diyana.
http://siahsekeluarga.blogspot.com/2011/03/telekung-jersey-ga.html
mesti eily ade amik dhiya posin gngan telekung kan ;)
ku ada kamu juga eily...
thanks for being my friend..
:)
sentap jap.. sambil baca sambil nyanyi.. lalalaa..
suka sgt lagu ni..selalu ternyanyi2..hee~
yee kamu dan kamu sentiasa menceriakan hidup kita kan..he~
best lsgu ni kan..
Catat Ulasan