Memaparkan catatan dengan label bLOGGER. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label bLOGGER. Papar semua catatan

Selasa, 17 Januari 2017

KAMI DAH DATANG

Assalamualaikum...
duk berkali2 buat comeback tapinya xde jugak entry terkini kan? kan?
Naik menyampah dah orang tunggu..

Tapi mmg nak buat comeback pun, kat blog ni nak simpan semua kenangan dengan anak2,
Since dah share cerita pasal Dhiya Khairina membesar, kita share jugakla cerita adik2 beliau kan.

Tapinya tulah, dah terlupa banyak menda ni..
terlupa camner nak share posting kat FB. terlupa camner nak tukar wallpaper,
terlupa camner nak edit header, terlupa camne nak tukar kaler tulisan.

Xpela...i will belajar slow2 semula. kena berguru semula dengan blogger2 otai ni.

so...untuk harini..kita share family pic terkini jela kan..
since ramai xtau yg keluarka kami dah berkembang dengan jayanya..


KAMI DAH BERENAM SEKARANG!!!

Pssttt!!! Macam x percayakan,  dulu mama tinggalkan blog ni, kami masih bertiga.
Skrang dh berenam. Sekejapan masa berlalu

Nota kaki:
1. Tengok dalam draft ad 15 entry pending!!!
harus di publishkan ker, biarkan jadi kenangan abadi.

2. Rindunya kengkawan blogger

Ahad, 5 April 2015

AKU TANYA APA KHABAR?

Bismillahirrahmanirrahim...
Fuh..fuh..fuh.. nak start menulis ayat pertama pun dh berpinau2 mata ni. Pandai lagi ke nak menulis blog ni?? Haha.
Assalamualaikum semua..
Setelah sekian lama, tetiba jarijemari ni terpanggil2 plak untuk menaip. Ketar2 ni.
Ad lagi ke pengikut blog ni??
Well... last entry blog ni ditinggalkan iolls adalah mama beranak 1... tp saat entry ni ditulis iolls adalah mama beranak 4.
So u oll bayangkanlah berkurun lamanya blog ini terbiar sepi sendiri.
Iolls terpanggil utk mengabdikan semua kisah2 terkini disini. Biar ia kekal sbgai memori. Kisah anak2 jer insyallah. Semoga segalanya tersimpan kukuh abadi buat tatapan anak2 mama suatu hari nnti.
Semoga mama terus istiqomah menulis.

Then...nak maklumkanlah..mamanya ni dh terlupa semua ilmu blogger. Koding2 bagai semua luput dari ingatan. So biarkanlah blog ni rupanya begini. Nnti kena study semula nak baiki yg mane patut baiki.

So.... apa khabar semua????

Selasa, 19 Julai 2011

JEJAK KASIH

Dunia ni kecik jer kan? pusing2 putar2 alih2 ke tempat yg sama
Dah kata dunia tu bulat kan??? hehhee.

Nak tau x? Seramai berjuta2 rakyat Malaysia yg ada ni...
Kekadang kita duk dalam 1 gelung tayar yg sama jer,
Bila pusing2, berlaga jugak..itulah hakikatnya dunia ni.
Bila sebut sedunia, atau berpuluh juta tu rasa macam besar sangat dah.
Tapi hakikatnya,................???

Oklah, merapu juh lak, ni mama nak cerita kisah jejak kasih yg giler best.
Tingat lak dulu2, masa memula TV3 siar slot jejak kasih nih.
Bukan men berkerumun depan tv, yg x tahan tu menangis teresak2 kalah yg dlm tv.
Sebenarnya bagus jugak segmen tu kan....
Jom tengok slot mama lak..hahaha

Inilah kisah JEJAK KASIH antara mama dengan MamaAdam..

Kak zimah, pinjam gambar yea.


Ada yg kenal x ngan MAMADAM nih?/ mesti ramai yg kenal kan?
Mrs.Fiza mesti kenal ngan jiran ni kan??? heheh

Xceli ceritanya camnih,
Mama kenal kak zimah ni dah lama, tahun 2000 rasanya.
Mama kwan baik ngan sepupu kak zimah, pernah ler gi umah kak zimah
tumpang wat assignemnt ngan komputer dia..time tu xder lappy lagi.
Pernah ler berkongsi cerita, berkongsi rahsia, makan colek sama2,,haha

Pastu, lama dah lost contact, sampai ler kami terjumpa di alam maya.
Terima kasih kat Mrs.Fiza ler, sebab mama jumpa kak zimah ni melalui blog Fiza.
Alhamdulillah ler, silaturrahim tu terjalin kembali, dah siap add fb masing2.
Ada janji nak menerjah rumah memasing ni. Nak bergosip sampai lebam.
Eiiii...x sabar lak rasanya, indu kak zimah...
Kak zimah ada simpan rahsia besar mama tau..rahsia lama ler. haha

Kalau u oll rasa dunia dah kecik bila kami ni berpusing2 tang tu jer,
sebenarnya dunia ni semakin kecik lagi, bila kami berputar2 lagi.

Nak menjadikan fakta yg dunia itu semakin kecik,
Bila kak zimah dah add FB then bila husband dia tengok mama nyer family pic
husband kak zimah kata dia kenal ngan papa.

u oll jgn terperanjat bila edisi jejak kasih ni sangat unik
upanya hubby kitaorang ni sekampung jer, lagi tepat kampung sebelah2
tapi dekat sesangat ler, pendek kata kalau papa kentut kat rumah tok ma tu
hubby kat zimah di rumahnya komfem bergegar sama.hahaha.
Dah ler gitu saling kenal mengenali lak tu..kwan sekampung ler katakan

Bila mama tunjuk gambar hubby kak zimah kat papa, then tanya kenal x?
Papa kata, 'Ni Staja ni..maner awak kenal dia????"
(betul ker kak zimah, hubby akak dikenali dgn nama itu? ke ada nama glamer lain)
Bila cerita2 semula, papa tepuk dahi jer..adoiii pusing2 dalam bulatan jer kita nih.

Amacam, best x jejak kasih kami??? unik kan?

psssttt: kak zimah, raya tahun ni kami raya kat kelantan, kita beraya bersama2 yea..


Nota kaki:
Kecik jer dunia kami laki bini ni tau...


Antara mama ngan papa ni banyak tau, kebetulan yg sama..
1)ada sorang lagi tu, dia kawan rapat papa masa di maktab, at the same time, org itu senior mama masa sekolah. hadoiiii.


2) kalau u oll kenal kak eliza diana, dia 1 sekolah ngan papa masa form 3, then masa form 4, 5 dia 1 MRSM ngan mama lak, pastu jumpa semula kat blog jugak. Kak Eliza 1jajahan ler jugak ngan papa. huhu


Inilah kelebihan berblog. hehe



Khamis, 14 Julai 2011

AKHIRNYA, BERSUA MUKA, BERTENTANG MATA

Setelah berkali2 jugak misi bertentangan mata gagal
Akhirnya dapat jugak mama berjumpa dengan seorang blogger
yg telah lama menjadi sahabat di alam maya tapi dekat di hati..

Nak tau siapakah blogger yg mama maksudkan itu????
Cer teka..cer teka..cer teka????





























Yeay..akhirnya dapat gather2 ngan Fiza Naman sekuarga..

Dah banyak kali sebenarnya asyik nak jumpa tapi x jadi ngan Fiza nih
Kali ni memang dah rezeki kot, dapat jugak berjumpa walaupun sekejap sangat.
Kami sampai dah nak maghrib, ada masalah yg x dapat dielakkan..
Gambar pun x banyak, nak berphotoshoot ngan Chekgu Naman pun x sempat..huhu

Kamera mama x canggih, gambar pun x berapa nak cantik.
X sabar tunggu gambar dari kamera fiza..huhu

Percubaan ambil gambar anak2 yg gagal..
Darwisy sedikit jual mahal..haha

Memang sekejap sangat pun jumpa ngan Fiza, sembang banyak pun x sempat.
Hajatnya nak pergi semula, nak berphotogediks ngan kamera chekgu Naman tu
Yelah, kalau x, xder gambar ber3 kan...asyik mama amik gambar papa, papa amik gambar mama

Time kasih Fiza n Naman yg sudi jumpa ngan kami walaupun sekejap ajer.
Time kasih dan maaf kami lambat sangat atas sebab2 yg tdk dapat dielakkan
pastu sesat plak sampai ke stesen putrajaya sentral nun hah..hehe



Time kasih jugak wat fiza n naman kerana buat kalendar kiut ni utk Dhiya
Dah tampal kat dinding bilik Dhiya
Katanya :"Mama baby boy bagi kat Dhiya nih"..

Then Fiza ada bagi mama tepung goreng RFC
Nnti dah guna mama buat entry.hehe

Kesimpulannya, walaupun sekejap tapi puas hati sebab dah dapat jumpa fiza.
dan seronok melihat keletah DArwisy yg comel.
Harap persahabatan kita ni terus berkekalan yea, Fiza n Naman


Psssttt: Kisah gi flora Putrajaya ni petang nnti mama tempek yea.


Nota kaki:
Dah ramai jugak blogger yg mama dah jumpa...

Khamis, 7 Julai 2011

JUMPA BLOGGER GLAMOR LAGI

Ari Ahad ritu berkesempatan jumpa sorang blogger glamor.
Dah semakin ramai blogger yg mama jumpa, sukerrrr sebab ramai kawan
U oll mesti dah tau saper kan??? sebab blogger yg dimaksudkan 
dah buat entry dah semalam..huhu.
Mama n dhiya jumpa Anje dan Balqis kat Sunway Pyramid..
Best borak2 sambil biarkan anak main kat playground
Ase sekejap jer masa berlalu, banyak ag nak berborak..hehe

Me n Anje mamabalqis

Kaum ibu dan anak mereka.hehe

 Mak2 kena dera ngan anak buat peace..
ikutkan ajer laaaa.

 Balqis ni ratu posing tau..Dhiya duk ikut jer aksi dia


Layan aksi Balqis ngan Dhiya ek:




Dhiya buat posing patah pinggang


Kalau u oll peratikan gambar2 kat atas,
semua gambar Dhiya x senyum tau..
begitulah peel dan kisahnya ngan anak mama tu..mahal sangat senyumnya
Geram lak tengok Balqis yg sangat ler sporting bergambar.
Dhiya...silalah tuntut ilmu tu yea..

Tapi last2, Balqis dah semakin kureng mood, posing ler kami ber3

Seronok betul budak berdua ni bermain tau..
Sampaikan masa nak balik balqis sedih...kesian plak.
Dhiya plak dari dalam kereta sampai ler kat rumah
asyik sebut 'atish' 'atish'..kawan Dhiya nama 'Atish' katanya.

Tq kat Anje sebab bagi colouring set tu kat Dhiya..
Balik tu terus Dhiya mewarna..
Nice to know u Anje...n..nnti kita jumpa ag ek..

U oll kalau nak tengok gambar yg lagi best n banyak 
leh terjah entry Anje
Anje guna DSLR, gambar2 semua masyukkkk
Mama guna kamera cabuk ajer.

Nota kaki:
Ramai lagi list blogger nak jumpa ni, tapi xder rezeki jer lagi

Khamis, 21 April 2011

JOM DOAKAN IQY

Mesti ramai yg kenal ngan anak teruna Naa yg hencem dan suka sengeh depan kamera ni kan?

Ni dia IRFAN RIFQY..
Sian dia sekrang tengah sakit.

Skang ni anak Naa ni (RIFQY) sedang ditahan di hospital kerana disyaki paru2 dijangkiti kuman susulan demam yg iqy alami bebaru nih.

Sian betul tengok budak kecik admitted tu ward
mesti lebam2, bengkak2 tgn kena amik darah

Semalam mama 'terchat' dengan baba Iqy ni, mama tengok YM Naa online, mama ingatkan Mamarifqy tapinya babarifqy yg on..tapi dari perbualan tu, katanya Iqy semkain aktive semalam berbanding hari sebelumnya.

Jom sama2 kita doakan iqy cepat sembuh...
manerlah tau, suatu hari nnti kita pulak ditimpa musibah,
doa dan sokongan dari kengkawan jugak yg kita perlukan.

Semoga Rifqy cepat sembuh dan ceria selalu.
Semoga Allah sentiasa lindungi Rifqy dan keluarga dari segala kejahatan dunia,
dari segala penyakit merbahaya dan dari gangguan syaitan. Aminnn..


Nota kaki:
Skrang ni macam 1 fenomena tau, bila budak demam jer, kena jangkitan paru2. 
Bimbang lak rasanya kan?


* x dapat bukak FB. x tau status Iqy harini..huhu..semoga bertambah sihat yea, cayang

Ahad, 17 April 2011

DAPAT HADIAH - TERHARU

Tamau banyak bebel...
Nak ucapkan TERIMA KASIH DAUN KELADI kat
Nad a.k.a Mamazakwan kerana sudi bagi hadiah kat mama..
Terharu sesangat...TQ SO MUCH

aishhh..gelap ler plak..


 Cantik pembalutnya...


Tapikan Nad.....sangat sedey bila....



 Frame semua pecah...
Tapi xper, still hepi sebab dapat hadiah...
Papa kata nnti dia repair.

 Rasanya memang terhempap benda berat kot
Sebab frame kemek dan penyedal tu tercabut.

Sebenarnya ada cerita ni tentang parcel dari Nad ni.
Pagi tadi Pos Office call mama, siap marah2 kat mama..
Katanya, len kali jgn lah suruh orang hantar benda yg fragile..
Abis pecah dalam van katanya..berderai kaca sini sana..
(Nampak sangat ler menipukan, xkan ler berderai barai, 
Frame tu kan dalam plastik, paling kurang pun seketul dua jer yg terkeluar..
Mama hangin jugak memula, aper plak nak marah2 ni, mama x tau aper2 pun..
Pastu dia xnak anta rumah tau, suh amik kat pusat serahan, alasannya kaca dah pecah.
Mama paksa gak sruh anto...seb bek ler dia anto..hehe..
Ntah2 posmen tu takut kot, dia yg buat pecah kot..hahaha..jahat.

Walau camner punnnnnn.......................



Dah gantung kat bilik Dhiya..
Letak hasil sand art Dhiya ritu..

Beribu riban lemon TQ tu Nad and zakwan, papa zakwan also....
Semoga persahabatan ini kekal selamanya..Aminnn


Nota kaki:
Rasa bertuah memiliki kawan2 yg baik hati. Sepanajng hidup ni ler first time (asenya) ada org bagi hadiah besday by pos. Tambahan dari kawan yg belum pernah bersua muka. Indah dunia blogging nih.

Khamis, 14 April 2011

"Saya Mahu Ditegur Eyriqazz"


Buah cempedak di luar pagar
Ambil galah tolong jolokkan
Saya budak baru belajar
Tolong cikgu, tolong tegurkan..

*Seorang blogger picisan seperti saya, yg berblog tidaklah setegar mana, dan ceteknya ilmu didada, 
ingin di tegur supaya, blog picisan ini mungkin akan jadi lebih baik,
dan baik dan baik...
Yang penting dekat dihati pembaca. 


P/s: Kalau u oll pun nak ditegur..boleh ler klik banner atau lawat ler blog sifu otai kita ni:
Eyriqazz.Com


Nota kaki:
Sifu..header blog saya tu, tiba2 width dia berubah. Sebelum ni fixed ok. dah 2x adjust, tapi still camtu..
saya xtau aper harus dibuat. Kalau boleh ajarlah saya camner nak adjustnya. huhu.

SEGMEN : BEN ASHAARI GEGAR LAGI

image

Harap digegarkan kali ini..hehe

KLIK BANNER utk digegarkan oleh :
BEN ASHAARI

Selasa, 12 April 2011

PENJAGA PINTU

Saper pulak yg jadi jaga tuh?

Uih, kalau nak tau jaga mama ni tomeiii tau
biar pun kecik tapi garang....

 Ni dia...
Cutie Cheetah...Aummmmm.aummmm..aumm
Penjaga pintu fridge mama...

Guard ni dah sampai semalam..
Dah start kerja dah...sebagai my fridge guard..hehehe


Nota kaki:
Sekarang ni semakin banyak FM kumpul dari GA..dulu xminat pun
Tapi mood Ga or contest merudum nih..dah lama x aktif.

Khamis, 7 April 2011

AKHIRNYA BERTEMU MATA

Dalam entry sebelum ni:

mama ada sebut mama ada jumpa blogger masa merewang kat Summit
alaaa... blogger ni mesti ramai yg kenal.
yg x tahan tu, kelakau jugak nak boleh berjumpa tu..
Puas mama jadi macam perisik persendrian.
teng, teneng, teneng,teneng..tenenggggggg (nyanyi macam lagu pink panther hokeh)

Alkisahnya....
Masa mama duk berlegar2 di panggung wayang tu..
ternampak kelibat sorang budak lelaki comelll...eh, macam kenal ler budak ni
lum sempat mama gi dekat dia, Dhiya lak kata.." mama, nak gi toilet"
so cecepat ler ker tandas..kuar tandas xder ler plak budak tuh.

Masa duk dalam panggung..tgk kerusi ujung tuh...
Eh...budak tu lagi ler..Sah, memang sah....memang selalu tengok muka budak ni.
skali tgk si Abahnya...mengomfemkan lagi fakta yg berlegar di kepala.
Muka si mama x nampak lagi..terlindung..(si abah duduk seat tepi)
Sepanjang cerita MerongMahawangsa tu Dhiya tido..sampai habis hokeh.
Then dengan mendukung si Dhiya..mama cuba ler utk mengejar suspek tersebut.
Tidak sempat dikejar, suspek ilang sudahhh...Nak wat camner, xder rezeki nak jumpa

seb bek ler mama kuar awal dari cabin karaoke tu
then terjah sale kat tingkat bawah...disitu ler mama berjumpa semula
Dengan suspek berkenaan...dan terus bertegur sape..

Nak tau saper???????










Tadaaaaaaa.....









mamalieyna dan arif haidar..
(Abah Arif terpaksa jadi potoG)
Ni jer gambar yg ada, segan nak suh abah arif amik banyak2.
Arif sangat tomeiiiii...


Tapi dalam keadaan tergesa2 gitu..Dhiya pun badmood baru bangun
sekijap jer jumpa...tapi dah janji nak jumpa lagi..
Kan kak eina kan???? 
nnti datang minum teh kat rumah kami tau...


Nota kaki:
Berkawan biar beribu

*harap persahabatan ngan kak eina ni akan kekal selamanya..aminnn

Selasa, 29 Mac 2011

SPECIAL THANKS TO NURUL AZHAM

Hari sabtu lepas, Kangaroo datang antar parcel.hehe.
Teruja ni nak bukak, nak tau saper pengirimnya
Pastuh bila tengok kotak yg cantik berbalut siap ada note
Hati berbunga2...
Terima kasih Nurul...hadiah dah sampai

Hadiah ni dapat utk top 3 voter terbanyak
utk contest Friso kat FB..

Tq..Nurul..
Memang menjadi kenangan persahabatan antara kita hadiah nih.


Nak tau hadiahnya???




Jam Dinding ni..
Cantik..sesuai plak ngan tema hiasan umah mama
hitam + merah

Nak review skit ler tentang NURUL AZHAM ni.

Xceli, nurul ni antara follower terawal blog mama nih.
Orgnya banyak membantu mama dalam berblog ni...
banya tau tutorial yg dah nurul bagi kat mama.
Yg paling latest ialah cara nak buat CERITA PANAS kat sidebar tuh.
Dulu, masa mama buta giler bab blog ni..
memang nurul ler tempat mama bertanya, antar mesej ler emel ler
Alhamdulillah, hasil tutorial, perkongsian ilmu itu
maka blog ni ler hasilnya...
Ingat lagi antara entry nurul tujukan utk mama:


Dan...mama antara customer buss blog nurul
Mama pernah beli potty, beli mickey mouse ngan nurul
Nurul ni selalu inform mama kalau ada sale, or  barang2
kat online blog lain yg jual barang2 yg Dhiya suka especially 
mickey mouse ler..
Berikut antara entry yg ada kaitan ngan Nurul



Dan yg paling terharu, 
Nurul antara kengkawan yg kerap bertanya kabar mama melaluli FB.
Terima kasih Nurul atas keprihatinan itu.
Sangat bertuah kerana memiliki seorang rakan alam maya seperti anda.

SEmoga Nurul dan keluarga terus diberkati Allah
dan sentiasa dimurahkan rezeki..
Leh bagi hadiah lagi..hehehe

Semoga Persahabatan kita ini, xkan putus sampai bila2 yea, Nurul.


Nota kaki:
Nilai sebuah persahabatan itu xkan terbeli dengan hadiah semahal mane pun

Khamis, 10 Mac 2011

PAK TURUT SEMATA-MATA


Kalau ada yg nak kata mama ni ketinggalan zaman, terpulang ler. x marah pun.
Kalau ada yg nak kata aper pun, kata ler, tapi mama nak tanya jugak kat u oll....
Malu bertanya sesat jalan kan.......so mama xnak sesat nih..


Siyesly, mama x tau aper2 pun tentang CHURP CHURP..
Pendek kata, org buat mama buat..tu pun ada kawan yg suh sign in.
Sebenarnya mama x tau pun aper yg kena buat kalau CHURP2 antar emel tuh.
Kekadang mama x bukak pun emel tu..huhuh..
Ada ler jugak try google, tapi macam x berapa nak paham ler jugak.
Adakah Bahasa Inggeris ku ini semakin berkarat, atau otak semakin x produktif xtau ler.

Mama x tau pun sistem pembayaran dia camner, katner nak check total income
sumer tu x tau...Buat pun xtau, pasal bayaran nak tau....Tamak haloba.huhu
Memang mama pak turut semata, letak logo CHURP-CHURP kat blog nih.

Oleh yg demikian, kepada kengkawan yg budiman
Cer cite...cer cite skit, ada apa dengan CHURP2 sebenarnya????


Nota kaki:
Dah betahun, baru arini nak tanya kan? 
Memula rasa nak terjah jer jalan tu, skang terasa sesat lak..tu yg mula bertanya.

Rabu, 16 Februari 2011

ATAS JEMPUTAN PUAN.BEE

Salam semua. Ada ag ke liat nak g kerja arini? Mama pun liat jer nak bagi papa gi kerja. Wakakah.
X puas hokeh 1 kat rumah, tapi macam xder jer, sebab sibuk wat soklan pekse. Gi jengjalan pun x sempat tau.
Okeh, berbalik pada tajuk entry, jangan salah paham ek. Jemputan itu bukan bermakna mama telah berjumpa ngan blogger lagi. HEHE (Walau dalam hati nak sangat jumpa).

Ni nak cerita, aritu Puan Bee datang blog ciput mama ni, siap pelawa datang blog dia terjah resepi burger dia. Uishh, mama apa lagi, ada kelapangan jer terus mencuba.

Jemputan Puan bee dalam entry NAsi Ayam

Burger ni specel tau, sebab daging burger tuh dibuat sendiri. Mama suka ler resepi nie.
Yg paling best, skang ni kalau buntu nak buat makan petang, papa akan request burger.Dhiya pun pandai mintak burger utk bekfes. Suka2.

Ni ler hasilnya percubaan mama




Wahhh,,x ingat punyer penyamaran kan???
Idok ler sampai gini, abis ler diet ku..seminggu jer leh gemuk nih..

Ni rupa burger versi mama. 

Burger Spesel utk papa- dagingnya balut ngan telur
Burger cheese utk mama
Burger ngan sos tomato utk Dhiya.

Terima kasih Puan Bee atas resepi burger ini, tapi mama banyak tambah, menambah..hehe Kalau nak tengok resepi burger ala mama leh klik link nih:


Dan repesi asal dari Puan Bee:


Nota kaki:
Pasni leh bukak perusahaan burger, compete with Ramly..Puan Bee nak jd partner x? haha

Isnin, 7 Februari 2011

TETAMU DARI JAUH

Sepanjang cuti sekolah 9 hari nih kan..kami duk sebek jer kat rumah.
Memula kalau ikut jadual, kami akan balik ke Rompin. tapi bila tengok berita N9 dan Rompin
tu ada masalah banjir, takut jugak nak balik. Kg mama x terlibat banjir tuh, 
tapi jalan nak kesana tu..bimbang jugak terkandas.

Kat KL ni plak petang2 ujan, so semua plan nak berpiknik ker nak ke taman ker 
kena ler dibatalkan. Nak layan soping mall ase boring ajer. Bukan ada budget nak soping pun.
Internet xder, so duk ngadap muka papa hari2.hehe. 

Jauh pulak membebel..hehe
Paling x sangka, hari sabtu bebaru ni ada pulak tetamu dari jauh nak datang tau.
Org jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat tetamu ni tau.

Nak tau saper yg bertandang ke rumah buruk mama nih?


*



*



tadaaaaaa



Mama najla a.k.a Lelalelord datang umah mama ler
Dari jauhkan tetamunya?
Dari DOHA sana..hehe

Sebenarnya kedatangan Lela ni unplanned pun.
Lela ada antar SMS tanya mama ada kat rumah x? SMS tu kol 11 lebih gitu
Tapi mama baca SMS tu dah kul 12.30 tau.

Memang kalut ler mama, masa mama col lela ada kat KLCC.
Then dia bagitau mama nak datang umah sebelah petang2 skit.
So mama suh ler papa cari mee dan bahan2 basah kat kedai berhampiran nih.
Almaklum ler..barang makanan dalam peti dah semakin kosong, hajatnya nak beli 
kat pasar malam, ahad malam tuh.

Skali papa g kedai, semua barang basah xder, katanya pasar besar tutup sempena CNY.
Mama kalut giler..xtau nak buat aper utk hidangkan kat lela.
Memang dalam peti ada nugget jer tau. Tengahari tu kami makan kat luar ajer.

Then papa bersiap2 nak gi Mydin, tetiba Lela bagi mesej dah sampai kat Summit.
Tau x Summit tu depan umah mama ajer..hadoiiii.
Seb bek ler mama sempat buatkan puding roti, Memang masa idangkan puding tuh
panas ag..x sempat sejuk pun.huhu..
Then goreng ler fish n chicken nugget kat dalam fridge.

Sori lela..x sempat nak idangkan something ys best2 utk makan.
Mama lg kalut jadinya sebab, time Lela datang tu jugak ler Ayahcik Dhiya @ BIL
datang umah..unty ilah pun balik..hadoiii..ramai plak tetamunya.

Mama nak ucapkan terima kasih kat Lela sebab sudi singgah umah mama yg 
x seberapa nih. Utk pengetahuan Lela, sejak kami pindah sini
Lela kawan2 first datang kot, selain saudara mara. huhu
Memang xder ag kengkwan datang, apatah lagi blogger yg x pernah bersua muka.
Terima kasih Lela, jgn serik datang lagi tau.
Pasni, kalau dah planned awal2, insyallah...kami buat lagi baik.huhu



 Dhiya ngan Najla..
sekejap baik sekejap xnak kawan..hehe
budak2, sweet jer
 Masa ni berebut kerusi nak duduk..kelakar ler
Najla sangat ler comelll..kulit dia sangat gebu,
Kena angin Doha kot Lela..hehe

Dapat jugak gambar sekuarga walaupun Najla dah merajuk..
Berebut kerusi kecik tu ngan Dhiya.

Terima kasih yea Lela atas ole2 dari Doha.
Lela punya ole2, terlupa langsung nak sampaikan, kelamkabut masa nak balik tuh.
Melayan Najla yg dah grumpy...nnti eily pos ek. Memang dah sediakan.
Maklumler tetamu first mama..mesti diraikan..


Nota kaki: 
Seronok menerima tetamu...dan lela dah jadi saksi setiap dinding yg diconteng oleh Dhiya.hehe

Rabu, 26 Januari 2011

Malam ni bodben ok skit ajer..xperlah walaupun sejam nak upload 1 gambar tapi digigihkan diri, 
disabarkan hati utk menanti...Tapi nak melawat tu masih belum boleh.hadoiii.

Aritu mama ader cakap nak jumpa sorang blogger kan? 
Blogger glamor gitu..hehe..
Ada ker yg dapat teka? Macam xder jer kan...
Well nak tahu mama jumpa saper?

*

*



*



*



*



*


Mama jumpa mamatisya..
Amik beras yg menang ritu..sempat ler borak2 jap..
Tq ye mamatisya sebab sudi jumpa ngan me n family...kebetulan mamatisya ada event
kat Shah Alam

Terasa diriku umpama gajah bila berdiri sebelah
mamatisya yg selim melim..hadoooiiii
psttt: dalam beg itu, beras Nasional 10kg.hehe

Bergambar pun x banyak sebab, Dhiya x sihat.
Satu hari dia xder selera makan, last2 muntah, abis kotor baju. risau jugak memulanya
Tapi bila fikir2 Dhiya dah nak masuk 3thun, maybe beralih bulan kot...
skang dah ok dah..
Marah Dhiya mama x ajak dia bergambar..nak wat camner kan?



Nota kaki:
Terima kasih pada kengkwan yg prihatin tanya kesihatan mama, melalui phone or FB
Syahdu jugak ada yg prihatin..mama dah semakin ok..

Isnin, 24 Januari 2011

SANGAT SAKIT HATI

Sangat sakit hati dengan dia...

Saper lagi kalau bukan maxis berukband yg sangat hampeh keslowan nyer....
Belum limit ag ler, tapi nak buka 1 page pun berjam2.
Sebab dia ler mama xleh BW arini...xleh nak baca cerita kengkawan..
Dah reply komen pun xleh hokehhhh..

Haduuuuuu.....tapi xleh marah banyak2 sangat nih.
BE Maxis duk tengah menari2 tuh..kang x pasal2 benti pulak...kuikuikui..
Harap dia stay ler kat situ lama2..
SAYA PENGGUNA TEGAR MAXIS.. :)
Ayat ni ayat baik punyer kipas.hehe

So kengkawan, pepaham ler x, kalau mama sunyi dari komen box u oll.
Baca entry u oll pun xleh, ni kan plakk nak komen...nnti mama jengjalan ek..
Hah..nak jadi blogger tegar jugak ker?

OPPPssssss...petang ni mama nak ngedet ngan sorang blogger glamor.
satu langkah ag mama ke depan, ni kali ke2 tau jumpa blogger.
X sabar nih..
Saper lerh teka saper agak2nya mama nak jumpa..
tekalah...tekalah...

Oklah...cau cin cau..nak bersiap2.



Nota kaki:
Hajat nak update hadiah GA..xleh ler, a dapat nak uplod gambar

Ahad, 23 Januari 2011

GLAMOR DAN KAYA SEBAGAI BLOGGER

Arini pukul 3ptg baru berkesempatan nak baca paper. 
skali bila mama tengok muka depan paper Berita Harian harini, wahhhh ada cerita pasal blogger.
Kompem ler blogger glamor REDMUMMY yg masuk kan..
Trus semangat utk berblogger pun menyala2. hehe.

Walaupun tujuan asal mama berblog ni hanya  utk mengisi masa lapang dengan mengadaptasi 
kehidupan harian utk tatapan anak2 masa depan, (sambil cari2 kawan jugak)
tapi kisah2 blogger yg berjaya ni memang sangat membuat mama teruja tau.
At least xder ler org nak kata memblog ni aktiviti buang masa kan?

Jom selidik kisah dalam paper arini....

 Tengok tajuk utama pun dah membahang kan?
Menarik minat org utk jadi blogger..hehe

Cakap kat papa..kalau mama dapat sejuta, dia nak berapa %?
hahaha..baik punyer berangan kan?

Ni kisah REDMUMMY....
sangat admired kat dia tau..camner dia leh jana begitu banyak pendapatan?
Kena kaji selidik nih..hehe

Blog Jejariruncing pun ada..
Mesti ramai dah kenal kan ngan tuannya ni.
Blog yg semakin glamer pas Skuad Malaysia menang Piala Suzuki arituh

Jual kisah peribadi tu macam x sedap plak baca kan?
Kena ubah skit tajuk nih..hehe
Tapi tajuk camni ler sensasi..
RM70,000 setahun..banyak jugak tuh

 Yg ni pulak pada yg dapat nuffnang bebanyak tu, jangan lupa daftar ngan LHDN ek
tapi pernah baca blog babyibu..dia nasihatkan supaya simpan semua butiran memblog
macam segala jenis bil dan sebagainya utk tujuan income tax..REDMUMMY pun ad share pasal ni dulu.



Nota kaki:
Gambar snap sendiri ajer, bodband amat slow utk gi jengjalan cari info kat Google..