Memaparkan catatan dengan label BUKU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BUKU. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mac 2012

MINAT MISTERI

Sekarang ni musim kebanyakan drama or filem
mesti berasakan novel, 
secara x langsung novel cintun semakin laris dipasaran
Terkini dan sensasi lepas ombak rindu mesti ler gemersik kalbu kan?

Novel ombak rindu mama, masih ad dipinjam
novel gemersik kalbu ntah pada siapa dah pun
kalau wat charge per hari maunya kaya mama wat pinjam novel
ramai org tengah mentelaah novel ni

tapi ntah naper, mama x berminat ler ngan novel cintun sekrang
x minat nak baca, sebab rasanya ending macam samer jer
Mama dah beralih arah tau....

Kan bebaru ni Unty ilah dapat voucher buku
unty ilah plak dah last sem, so mama pun mengepau ler
tapi idok ler sampai hati mengepau macam tu ajer
bayor ler skit2 hajat nyer..hehe

Sekarang ni mama suka novel seram, thriller, fiction
memang dalam hati ni taman kurang berbunga ler..hahaha
Jom tengok aper mama beli.....


Jejawi Tua
Ni novel Seram Islamik
Best sangat, tapi seperti bese ler..
Novel seram ni, kekadang kita kena berpikir out of the box
kena bayangkan, tafsirkan dengan pengetahuan yg ada
kalau sekadar baca kosong mesti kita x paham sangat...
dia nyer sipnopsis:

Apabila Iktikad dan Tauhid tidak bertaut, seluruh pegangan adalah makhluk
Antara Jejawi Tua dengan Tok Tom, barangkali ada pertalian besar yang kurang dicemariAntara Tok Tom dan Angah Soyah, barangkali ada dendam yang belum terurai...

PESANAN MAMA: Jangan biarkan dirimu selelubungi misteri..
(Sambil bayangkan ZainalAriffin dengan gaya tangannya sekali) hahahah

yang ni pun dah abis baca..cerita dia menarik sangat
tapi nama pun fiction, kena ler paham skit ngan istilah fiction
best cerita buku ni, kita rasa semua orang jahat
sampai susah nak teka siapa penjahat sebenar sampai ler akhir cerita



Haha..yg ni 1 ag...
Mama beli sebab ramai yg kata mama lama x update Dapur Dinda
pastukan, unty ilah nak belajar memasak.
so kiranya buku ni hak milik bersama ler.hehe
Tapi sejak ada buku ni, pastu sepanjang cuti ni unty ilah rajin masak.
suker..suker..hehe


Memang mama puas hati ler beli buku2 tersebut
xder ler baca macam rasa membazir jer beli..
cumakan...ada 1 perkara ni yg mama memang x puas hati
nak tau aper?????


Maner aci camni kan?
Xder makna ler blanja, kalau sign initial sendiri
ntah aper2 unty ilah....mcm x ikhlas jer.hahah



Nota kaki:
Dah ada beberapa gambar n resepi nak update dapur dinda
tapinya mood belum sampai, masa belum mengizinkan..huhuhu
Nak tunggu dapur rabu siap kot..hahaha

Sabtu, 9 Julai 2011

WISHLIST: A. SAMAD SAID



Nikmat ~ A. Samad Said
Segala yang dihasrat
tapi tak didapat
adalah nikmat
yang paling padat.


Mama nak sangat buku A.Samad Said ni hah..
mintak ngan papa, ade ker dia gi amik gambar jer bagi kat mama
dah ler amik gambar guna henset ajer, x semenggah betul

Dalam buku ni, mengandungi koleksi puisi Datuk A. Samad Said 
dan penerangan serta huraian puisi tersebut.

Ada 1 puisi tu mama memang tertarik giler,
tapi x pasti tajuknya...huhu

Harap2, nnti papa belikan utk mama yea..
beli sendiri?????? Kalau dpat hadiah lagi best
Ada sedaper nak hadiahkan???


Nota kaki:
Bila dah berumur ni semakin x berminat ngan novel, 
suka buat koleksi buku2 macam ni..

*Masih x tercapai nak beli Malaysian Maverick..nak beli jugak nnti

Rabu, 6 Julai 2011

PERANAN IBUBAPA MENENTUKAN BAHAN BACAAN ANAK

Camner nak susun ayat ek dalam entry ni..hehe
Fenin jugak mama nak buat entry yg agak resius macam ni..

U oll kalau beli bahan bacaan kat anak2 cerewet x?
Ada x selak page by page..tengok ejaan, tengok isi, tengok gambar?
Mama memang jenis cerewet skit.
Memang berjam2 ler duk menelek sekeping buku, takut tersalah beli
Lagipun dah terbiasa tengok papa memilih buku camtu
(Papa tu lebih teruk kot cerewetnya..jgn mare kanda :) )

Oklah...ni ceritanya yg mama nak cerita..
Harap u oll semua, dapat ilmu dan pengajaran dari kes berikut.
2 buah buku kat bawah ni ada sorang parent bagi utk dhiya
(papa ajar tuisen anaknya)
Parent ni cina...banyak buku dia bagi, penuh 1 beg plastik besar.
Mama seperti biasa, sort dulu semua buku2 tu, check mana yg patut.
Dalam banyak2 buku tu mama nak cerita pasal 2 buah buku
(seperti gambar kat bawah)


Buku ni nampak bagus sangat okeh..xder aper yg janggal
tapi bila bukak kat dalam..ada beberapa perkara
yg mama rasa janggal dan x patut mama bagi Dhiya buku ni
so mama terpaksa buang (masuk tong, kitar semula utk kebajikan tu)

Dalam buku pertama (My First Malay word book)
Mama jumpa gambar nih


Memang ler gambar ni x salah pun....
At least pengetahuan vocab tu bertambahkan?
Tapi mama takut Dhiya tanya..'mama ni aper', 'buat aper menda ni'
Susah jugak mama nak jawabnya..
Then mama bimbang jugak kalau mama ptong daging ker, ayam ker
nnti dia tertukar dan cakap 'mama potong ham'..x ker naya kat situ???
Dhiya x salah kalau dia tanya camtu kan?
budak 3 thun mesti semua menda dia nak tanya..

Buku ke2 pulak sebuah buku cerita..

Buku ni ceritakan..Nicky buat surprise salad for his family..

Page berikut ni yg akan mengelirukan pemahaman anak..


Sebagai orang islam, pemahaman anak kita dalam islam
harus kita pupuk dari kecik lagi...
Salah 1 cara memupuknya ialah melalui pembacaan..

Dalam kes buku ni, mungkin bagi org bukan islam, 
xder yg salahnya, tapi bila Dhiya yg baca...........
Mama bimbang dia confius, takut dia tersalah anggap
takut dia tanam dalam kepala, kalau nak buat salad harus ada ham

Mentality budak2 ni lain skit kan...
untuk umur 3 thun, maner mereka faham lagi hukum halal haram
tapi bimbang, nnti susah pulak nak perbetulkannya
dan paling mama bimbang, takut org lain dengar dari mulut dhiya
perkataan ham, dan buat salad guna ham...
nnti orang kata mama x didik anak ngan betul pulak...
Kalau anak org lain terikut plak??????? Mama jugak yg dipersalahkan, 
x pasal2 ada yg bawak parang nak cincang mama 44 kerat..huhu

So, kengkawan, berhati2 pilih bacan bacaan utk anak2
Kekadang kita x sedar pun sesuatu bahan bacaan tu 
boleh memesongkan pemahaman dan mentality anak kita.

Jadi kesimpulannya mama terpaksa tolak 2 buku ni..
Biarlah Dhiya x tau perkataan tu sekarang.....
mama pasti suatu hari nnti, dia pasti akan tau jugak
dan harapnya masa tu Dhiya dah tahu halal haram, elok atau x
X perlulah mama nak cari ayat, nak susun ayat terbaik nak terangkan

Pendapat u oll dalam isu ni??? jom ler kongsi...
apa yg baik kita kongsikan bersama, 
supaya kita semua dapat manfaatnya...



Nota kaki:
Bukan senang membesarkan seorang anak....
Persekitaran mereka adalah guru mereka yg paling besar.

Isnin, 23 Ogos 2010

KAU IDOLA KU

Sebab kan idol dia tu lah, mama or papa terpaksa tido seawal 3pg tiap2 hari..
haaaa...awal katanya
Sebab kan idol tu ler, dah semua barang kat bilik tu nampak itam merah jer
Sebab kan idol tu ler, duitku melayang sokmo...

Dhiya dan Mickey mouse..
Gambar kenangan bersama idola tersayang..hehe

Dhiya memang addict ngan mickey mouse ler..
Hari2 nak tengok mickey mouse sampai kul 2, 3 pg
(x ngntuk plak budak ni..)


Ari2 nak pakai baju mickey mouse (baju tido terutamanya)
Kalau xnak mandi ker aper, pujuk jer ngan ayat "pakai baju mickey mouse nak?" 
mesti laju jer..

cawan pun mickey mouse..kalau wat dalam cawan len xnak minum

Antara koleksi buku mickey mouse..tu blum termasuk drawing bock, colouring book yg semuanya mickey mouse

Membaca x pandai ag...tapi majalah mickey mouse clubhouse tu banyak dah kat rumah
kalau g kedai buku ader jer yg baru..mesti mama kena bayar punyerlah..
Huhu...

Dengan minnie mouse ksayangan

Kat bilik Dhiya banyak dah mickey mouse
Cadar, bantal, buku, sotf toys..sumer mickey mouse
(yg ni salah mak bapak dia kot ngikut sangat)
sebenarnya itu sebagai dorongan utk Dhiya tido bilik sendiri..
skang dah nak asing bilik


Nota kaki;
Barang2 mickey mouse agak mahal anak oiiiii, kopak mama hang..hehe..tu Dhiya duk merengek nak beg galas mickey mouse plak. Gi rantau panjang ritu melilau cari, xder la plak

Isnin, 28 Jun 2010

MAMA DAH BELI NI...

Semalam sewaktu aktiviti merewang sekeluarga, tersinggah kat Popular bookshop, hajatnya nak ler bli novel kesinambungan Ombak rindu oleh Fauziah Ashari tu...tajuknya Rindu cintaku tapi tetiba jer mulut ni gatal tanya promoter tu ada lagi x buku Wardina...then promoter tu kata ada 1 agi. Mama aper agi terembat plak buku ni..hehe.. tapi mama memang nak baca pun, bila tengok pada kelarisan jualannya ag a berminat nak tahu isi kandungannya..
 Mama dah baca..menarik jugak ler sebagai info parenting..kpd ibu2 x rugi tau beli buku ni
Harganya pun baru RM19.90.
Bila balik umah terbayang2 plak novel tu..sebenarnya mama dah pernah ada tapi member pinjam tak pulang2 sampai skang. Mama sayang sangat ngan koleksi novel tu sebab dia bersambung...then 2 buku lak tu ilang..
Xper bulan depan palk ler beli.
Then mama rembat ler 1 buku ag, kali ni buku ilmiah sikit, motivasi, agama..sajer nak bacer tambah ilmu dan mententeramkan jiwa.
 Buku ni ada yg berkulit tebal rm33 warna pink, cute jer tngok tapi sebab nak amik buku Wardina plak, terpaksa ler save budget

Sebenarnya mama cari buku Ustazah Siti Norbaiyah bertajuk Hadiah buat Muslimah tapi xder ler.
Buku ni ler mama duk cari..nampak gayanyer kena beli online ler...

Nota kaki:
Mama teringin nak baca "Malaysian Marverick"..semalam dah servey harganya RM100..huhu,,kumpul budget dulu ler..ade sesaper nak hadiahkan kat mama?