Khamis, 15 September 2011

KISAH KITA..BUKAN KISAH DONGENG SAJA

Lagu ni ditujukan khas buat seorang insan 
insan yang namanya terletak teratas dalam diari kehidupan
insan yang menghadiahkan kebahgiaan, kegembiraan, kedukaan, 
insan yang membuat senyum menghias bibir ini, 
yang membuat air mata menemani mata ini..

insan yang mematangkan kehidupan ini sebagai seorang wanita
semoga dia memahami bait demi bait lirik lagu ini


Ku sedar ku tak seberapa
Jika dibanding mereka
Yang jauh lebih megah dari diri ini

Apa yang mampu ku berhias
Hanyalah hati yang ikhlas
Terpendam simpan untuk dia yang sudi

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

Belum pernah ku merasakan
Dipeluk dalam dakapan
Eratnya melindungi jiwa rapuh ini

Sanubariku memerlukan
Kehadiran seorang teman
Tulus mencurah kasih sepenuh hati

Mencintai aku dengan seadanya
Mencintai aku bukan kerana rupa
Dalam waktu sedu
Dalam waktu hiba
Ku harapkan dia rela

Mencintai aku dengan seadanya
Sanggup menerima insan tak sempurna
Atau mungkin cinta sebegitu hanya
Kisah dongeng saja

nota kaki:
Mungkin cinta sebegitu memang kisah dongeng sajer.............
Susah nak cari cinta sejati kat dunia sekarang ni, 
* Masih ingatkah janji susah senang jatuh bangun bersama kita dulu???????
Saat susahnya awak, saat senangnya awak, saat sihatnya awak, saat sakitnya awak
saat sukanya awak, saat deritanya awak....saya setia disisi, kanda....

Khamis, 18 Ogos 2011

ENTRY PENGHARGAAN BUAT SEORANG SAHABAT

Pernah dengar orang kata
"Perempuan bersepah, tapi isteri susah nak cari?"
Kalau saper pernah tengok cerita budak Kelantan mesti
macam bese dengar ayat tu kan????

Tapi jgn salah anggap, mama bukan nak cerita pasal pompuan
ni nak cerita pasal seorang sahabat.....
Mama nak ucapkan TERIMA KASIH buat seorang sahabat
yg sentiasa ada, sentiasa disisi memberi semangat dan dorongan
sentiasa ada utk mendengar masalah, sentiasa memberi kata2 semangat.
Syukur sangat  kerana dunia  pembloggeran yg mengeratkan kami
Walaupun, dah lama saling kenal, dah lama serasi bersama (chewahh)
tapi hakikatnya kami x pernah lagi bersua muka...
Ajaibkan dunia blogger nih????

Terima kasih x terhingga buat MRS.K...
kerana sentiasa meminjamkan bahu, bila mama menangis
sentiasa mengambil berat, sentiasa bertanya khabar
sentiasa sudi mendengar masalah, dan cerita mama..

"Sedia mendengar.....that's what fren for"
ni sms dari MRS.K, sesungguhnya mama menangis kesyukuran
dikurniakan kawan sebegini.
Saat kesukaran melanda, saat ase jatuh terjelepuk
ada jugak yg sudi menghulur tangan, pimpin supaya kembali berdiri

Terima kasih, Kay...for being such a good fren indeed.
Semoga suatu hari nnti ada jodoh kita berjumpa yea.
Nnti me banja makan2 ek.....


Buat kengkwan lain jugak, tq..kerana sentiasa ada
menjadi penyokong mama, sentiasa ada memberi dorongan.
Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua

Nota kaki:
Buat balas di balas baik..
Semoga hidup kengkawan sentiasa diberi kebaikan

Selasa, 16 Ogos 2011

SELAMAT TINGGAL SUBANG JAYA

Dah lama rasanya x menulis..
Rindu pada kengkawan setia, hanya Allah saja yg tahu.
Tapi apakan daya, insyallah dalam masa terdekat ni
cuba mencari alternatif supaya dapat berhubungan semula..

Well, dah 2minggu++ menjadi perantau..
tetiba seronok plak dengan kehidupan baru ni
dikelilingi oleh orang yg baik2, sentiasa ada yg ikhlas memberi pertolongan
dapat majikan yg sangat prihatin, penyayang..
Ya Allah, menangis kesyukuran bila Allah permudahkan segala urusan
Serasi plak hati disini...

Keputusan dah mama buat, xkan kembali lagi ke Subang Jaya
Subang Jaya antara memori terburuk dalam diari kehidupan mama.
Kat sini mama sangat tenang
X sampai sebulan dah nampak jelas, hikmah yg Allah bagi.
Syukur sangat....cuma sedikit terkilan bila,
xpelah, yg mana duk Selangor tu, ada masa kita still leh gather2
Still boleh kontek mengontek. hehe

Kengkawan semua, doakanlah yg terbaik utk mama yea.
Hanya doa kalian penguat mama....



Nota kaki:
Sesungguhnya tiap kesusahan itu hadir bersama kesenangan, 
fitrah kehidupan semuanya berpasangan, cuma kekadang
bila dilanda kesusahan, kita butakan mata dari memandang kesenangan yg datang seiring.
Hanya susah yg kita nampak.

Jumaat, 12 Ogos 2011

BILA KITA DIUJI...

Salam Jumaat semua..semoga Jumaat kali ni membawa
seribu rahmat buat kita semua.

Sebuah kehidupan tu umpama masakan,
dugaan dan cabaran dalam kehidupan itu adalah rencahnya
jika tiada dugaan dan cabaran maka tiada rasa, hilang nikmatnya masakan kita.
Sebagai hamba pada yg Esa, kita harus yakin dugaan dalam kehidupan itu
walaupun sangat sakit di hati, sangat seksa di mata
tapi jika kita yakin setiap dugaan itu mendekatkan kita dengan Maha Pencipta
Insyallah kita akan merasa ketenangan

Orang kata hidup kita ni macam roda, sekejap di atas sekejap dibawah.
Tapi yakinlah yg percaturan Allah itu adalah yang terbaik utk kita
walau pada mata kasar kita semuanya pahit, tapi pandanglah dengan mata hati
betapa Allah itu sayangkan kita, kasihkan kita.

Setiap apa yg diaturkan Allah itu sesungguhnya amat cantik, amat indah
Jika Allah kata sesuatu itu bukan hak kita, maka biar apa pun yg kita lakukan
sudah tertulis ia bukan hak kita, mengapa harus kita tangisi
kalau Allah kata itu hak kita, ia akan tetap akan menjadi hak kita
biar apapun dugaan yg datang, biar apapun yg melanda hidup kita

So kengkawan, jika kita dilanda musibah
jangan sesekali mengalah, jangan sesekali ngaku kalah untuk berjuang
jangan sesekali terus tersungkur, kerana sesungguhnya
Allah tetap bersama kita sekiranya kita yakin dengan hadirnya Dia
Sekiranya kita tidak pernah lupakanNya

Mama bukanlah sebaik manusia, malah pengalaman dalam kehidupan juga masih cetek
tapi Alhamdulillah, tuhan menguji dan menguji hingga menyedarkan mama,
hingga boleh berkongsi sedikit rasa dengan anda semua.

yakinlah Allah itu sentiasa bersama kita, setiap masa setiap ketika.
Biar ada yg ingin musnahkan kehidupan kita,
tapi kehidupan kita di tangan Allah, kalau tidak diizinkanNya
maka kehidupan itu tetap akan sempurna buat kita.

Ingat jugak, kita ni sebagai ibu, yg mempunyai anak
kekadang balasan Allah itu tidak datang terus
mungkin silap kita harini, anak kita yg merasa keesokan harinya.
Sama-samlah muhasabah diri



Nota kaki:
Orang tua selalu kata, sekali kita buat jahat kat orang
10x kita akan mendapat kejahatan itu semula.........

Khamis, 11 Ogos 2011

KESIAN SUNGGUH

Sejak bekerja ni mama memang x dapat nak online
boleh online time ujung minggu jer, kat opis xder line tenet
ada tu ada tapinya linenya sangat ler tenat.. huhu, memang xleh ler nak bukak blog.

So kalau mama xdatang melawat umah u oll, sowi tau,
insyallah ujung minggu mama akan terjah cerita2 yg mama tertinggal.

Di sebabkan kekangan nak ber BW tu ler, mama sangat ler kesian tgk blog Stat
Macam hidup segan mati xmau..huhu..
BE mama pun ada 1 jer, tu pun RM1 jer. huhu. kesian sungguh.


 x sampai seratus pun setiap hari..sangat sedeh


Tapi xperlah, at least ada jugak kengkawan setia yg datang melawat mama
walaupun tau mama ni xder kat rumah. terima kasih yea kengkawan
semoga persahabtan kita terus kekal selamanya.


Nota kaki:
Sebenarnya rindu nak aktive macam dulu, x best plak rasanya asyik autopublish jer
cerita agak suram dan lama. huhuhu. tapi apakan daya.

Selasa, 9 Ogos 2011

PENGALAMAN BARU

Ekceli ni cerita lama...2 minggu lepas kot
tapi kena jugak abadikan dalam blog ni, hehe,

Xceli cerita ni kira sambungan dari entry ni :

Kan ada tiket free yg papa dapat tu, disebabkan papa ngan mama x leh gi tengok
so tok ngan aki dhiya gi layan bola kat stadium
kiranya ni first pengalaman tok Dhiya layan bola kat stadium, aki dhiya tu maybe dah pernah

Ken men xcited lagi tok ngan aki Dhiya ni menyarung jersey Chealsea.
Sebenarnya tok Dhiya tu bukan kenal pun team bola or pemain Chealsea.

Pak teh Dhiya lak sebenarnya fanatik Chealsea
ntah camner gi pakai jersey Harimau Malaya lak..
Ada semangat keMalaysiaan disitu

Kebanjiran kebiruan..

Gambar2 smua pakteh Dhiya yg snap...
Belakang pun belakang ler, dah itu ajer yg ada


yg paling lucu kan, Aki Dhiya cerita,
Ade ke patut, Tok Dhiya tu dia gi tanya,
'kenapa xder suara pengulas kat stadium tu, speaker rosak ker?"
Hahahha..klakau ler mak den nih, dia ingat macam tgk bola kat tv tu hah, ada pengulas
Tapi xper ler, itulah dikatakan pengalaman.


Nota kaki:
Bila ler plak nak bawak Dhiya gi stadium nih????

Isnin, 8 Ogos 2011

SALAM RINDU

Salam semua....
Rindu sangat kat semua, huhuhu, tapi apakan daya,
buat sementara waktu inilah dia takdir kita. huhuhu. sedey ler plak.

Ramai upenya yg request mama utk update pasal kerja dan tempat kerja
Bukan xnak update, nak sangat...nak cerita pengalaman dan segala kisah sukaduka
tapi xboleh di update lagi buat sementara waktu
takut ada yg amik kesempatan atas keadaan yg berlaku ni
Mereka2 yg tahu mesti paham ape yg mama maksudkan.
Maafkan mama yea kengkawan, tapi...... 1 fine day, bila mama rasa dah bersedia
mama akan abadikan jugak disini...
semuanya mama dah karang sebaiknya, cuma tunggu masa sesuai nak menaip jer.

Secara keseluruhannya, mama okey dalam x okey dengan kehidupan baru nih.
kekadang rasa kuat, kekadang rasa down sangat.
buat 1st week ni rasa down yg kuat kot, mama xder snap even 1 pic pun
gambar masa bekerja, ntah ler, pikiran asyik melayang jer..

Gambar Dhiya pun dah lama x menyenap...kasi rehat itu camera. huhu
dan jangan x tau, persiapan raya langsung x buat lagi ni.
Mama ker, papa ker, dhiya ker xder baju raya lagi,
Ntah ler, xder semangat lak nak beraya tahun nih.
Bila mood nak bersoping tu datang xtau ler, tambahan ngan mama yg x bergaji nih
gaji dapat lepas raya, hadoooooo...sedeh betul tu,
kalau ler KPM x tangguh melapor diri dulu, mesti mama dah bergaji bulan nih.

by the way terima kasih kat kengkwan kat yg sentiasa sudi melawat blog mama ni
walaupun mama xder kesempatan langsung melawat blog u oll.
opis mama xder internet tau..sedeyyyyyyyyyyyy....
Kalau ada masa ujung miggu. imsyallah mama akan melawat u oll semua.


pada yg rindu kat Dhiya.. :)
Kat mama, ada yg rindu ker??? hehe. Xder gambar terkini ler


Selamat meneruskan ibadah puasa..
Doakan yg terbaik utk mama yea kengkawan.

Nota kaki:
Mama x pos lagi hadiah utk pengomen, maaf yea kengkawan..sibuk menyesuaikan diri
dengan new life..akan diusahakan utk diposkan secepat mungkin.

Khamis, 4 Ogos 2011

SHOPPING PUTERI

Kalau tadi cerita yg mama dia mereleasekan tensen ngn soping elianto
eh, anak dara tu x kurang jugak, xnak mengalah ngan mamanya
dah ler lip gloss mama kena paw ngan dia..

Masa gi soping semalam Dhiya mengepaw mama tau..
nak tengok hasil yg dapat di pawwww????


Bekas pencil. colouring book ngan sticker.
Kat kuantan ritu paw mama bes galas princess.. huhu


Secara amnya....
Mama sendiri x pasti sejak bila Dhiya mula berkenan ngan princess stuff ni
Sebelum ni semua menda nak Mickey Mouse..
X perasan anak dah membesar sebagai anak dara..hehe

Sekarang ni pantang nampak Princess semua dia nak..huhuhu
Nampak gayanya tahun depan nyer birthday party kena tema princess ler nampaknya.


Nota kaki:
Dalam ramai2 tu dhiya paling suka snow white,..dia kata snow white paling cantik.

MANJAKAN DIRI NGAN ELIANTO

Semua ni gara2 Mrs.K ler nih.. hahaha (Gurau jer kay, jangan mare ek )
Xceli, ari sabtu ritu sempat ler bersoping moping,menghilangkan kelaraan hati
Ada ler terbaca kat blog MRs.K pasal  elianto ada sale
(Mrs. K memang peminat setia elianto)
Sampaikan menarik2 kaki ini utk ke booth elianto tu tau..
(kuat betul pengaruh rakan blog...) hahahhaa

Sebenarnya dah lama x menyoping barang makeup
Maklum ler dulu surirumah jer, x guna sangat pun makeup2 ni
skali beli tu untuk bertahun ler guna x abis2.(barang makeup hantaran pun x abis ag)

Hasil rembatan..
Ada lagi nak di rembat sebenarnya, tapi tahan ler nafsu yg ada tu. hehe

Yg mama beli tu semuanya ada less, mostly 50%..
rambang mata ooo....ni first time mama try produk elianto
sebelum ni pakai produk ikut suker ajer, yg pasti semuanya murah
xder pun produk mahal2, kecuali hantaran masa kahwin dulu jer..huhu

Yg lipgloss kat bawah ni plak, dah selamat kena kebas ngan anak dara tu
X padan ngan kecik, tapi pandai nak bermekap..
Bila balik rumah, dia kata ini dia punyer..siap2 masuk beg dia.
Kalau u oll ada anak pompuan gitu ler gayanya, high mentenan


Lipgloss RM4.50
Seb bek murah ajer...



Nota kaki:
Harap2 produk ni sesuai ler, mama ni susah skit nak dapat produk sesuai, terutama lipstick
setakat ni Revlon jer yg leh pakai. huhu

Rabu, 3 Ogos 2011

WORDLESS WEDNESDAY - ANTIK


Percayakah anda, 
ia masih wujud si tengah2 bandaraya Kuala Lumpur (Hotel Plaza)???

Selasa, 2 Ogos 2011

LIKE DOTER LIKE MOTHER -EPISOD 2

Dulu mama dah pernah wat entry kisah 'LIKE DOTER LIKE MOTHER'
nak baca boleh ler klik link nih:

Utk episod ke2 ni...silalah merujuk pada gambar kat bawah



*



*



*



*





Comel x????



Nota kaki:
Dhiya sekarang ni semakin pandai nak yg sama2 ngan mama tau..
X lama lagi mesti lebih dari mama..huhuhu

Isnin, 1 Ogos 2011

SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN PENUH BARAKAH


Di kesempatan yg ada ni, mama dan keluarga nak ucapkan
SELAMAT MENYAMBUT RAMADHAN ALMUBARAK
buat semua pembaca WARNAWARNIKEHIDUPAN

Semoga Ramadhan tahun ini membawa seribu 1 kebaikan
utk kita semua bersama..

Dan semoga ramadhan tahun ini, 
memberi seribu keberkatan dan rahmatbuat mama sekuarga...
semoga inilah titik tolak kehidupan yg lebih baik..

Doakan yg terbaik utk kami yea, kengkawan
Aminnnnn


Khamis, 28 Julai 2011

MISS U A LOT

yuhuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuuu..ada yg rindu ker????
Terima kasih pada yg sudi datang jenguk sini walaupun xder entry.


Mama sekarang sedang menghadapi fasa baru dalam kehidupan
kena sesuaikan diri ngan new life...
So nampak gayanya blog ni akan terbiar sepi bebrapa ketika sahaja.. hehe
Kalau ada masa terluang, insyallah akan jugak buat entry sebiji 2..
rindunya ngan kamu2 semua..
Selama ni kengkawan blog ler yg menjadi peneman mama,
yg selalu ada tika suka duka, mendengar cerita sedih gembira mama.
time kasih semua..

Mama akan cuba sedaya upaya setting my new life dengan sebaiknya
then kita leh jumpa-jumpaan di alam maya ni lagi
leh ler mama gi ngetuk pintu umah u oll yg banyak dah mama tertinggal citer best.



Doakan yg terbaik utk mama hokehhh..
stori secara details, nnti ler mama citer ek..

Sabtu, 23 Julai 2011

DURIAN RUNTUH, SAPER MAU BELI????

Kan ritu mama bagitau mak mama datang rumah sebab nak jaga Dhiya
sementara mama mengursuskan diri (bukan menguruskan diri)..hehe
Seperti biasa ler kalau mak datang dari kampung, segala macam menda bawak
Kalau boleh ngan kampung2 nak bawak datang sini kan..hehe
Katanya kesian kat anak, duk bandar semua benda mahal, x segar lak tu..hehe

Lately ni, boleh kata semua blog tu tayang doyan kan???
Mama tengok blog orng sipolan meleleh air liur, blog si polin meleleh jugak.
Semua pakat buat mama terliur nak makan doyan..
Mak mama kata doyan belah Pahang x masak lagi, bolan pose baru ada
Tapi sekali semalam dia bawak doyan edisi banyakkkkkk punyerrrr
jadi stall durian jap umah mama. haha



Silalah menjeleskan diri anda tengok stok durian mama.
Tapi ni buat first round, x berapa nak manis ag..alaaaa, janji ada doyan
Kat kg sekarang 5biji RM10..
nnti dah banyak mesti jadi 10 bj RM10..heaven jer time tu tiba.


Ada jagung dan rambutan..
bestnya jagung tu buat bubur jagung..

Yg lain tu seperti biasa, mak bawak stok lauk2 basah yg fresh punyer


Ikan ngan sotong baru naik jeti..
Tapi x banyak sangat stok, sebab time mak nak bertolak datang tu
kebanyakan nelayan lum balik dari laut.

kali ni stok x banyak sangat macam sebelum2 ni...nak tengok, klik entry ni:
http://violetgloves.blogspot.com/2010/07/terbaik-dari-ladang.html
http://violetgloves.blogspot.com/2011/05/segar-dari-kampung.html


Ketam tu hasil tangkapan abah mama sendiri.
Tapi ketam masih kecik2, abah kata nnti bulan puasa ketam dah besar kot

Sian lak kat abah mama, dengar mak nak gi umah mama
pagi trus gi tahan pukat, tengahari balik dapat ler sikit ketam tu..
kalau dia balik petang mesti lagi banyak..hehe
Time kasih abah...sayang abah sesangat, sanggup menyabung nyawa di laut
demi anakmu yg sorang ni..sadisss ler plak tetiba mengenangkan kasih seorang ayah

Dan yg paling x tahan, mak mama bawak kelapa utk bekalan bulan puasa katanya
nnti bulan puasa kelapa mahal, so nak buat kuih senang skit.
Mak siap bawakkan yg agak2 muda, lagi sedap buat kuih kan...
Time kasih mak



 Biasanya mama hantar mesin kat kedai dekat rumah ni..
Sebiji 20sen dia amik upah mesin kan..
okey ler tu, dari sebijik kelapa rm1.50..hehe

Bestkan bila mak datang dari kampung..macam2 dia bawak
tu blum ag tunjuk beras pulut ler, gula kerek ler, gula kabung ler..
menda kecik2 yg remeh tu...macam2..



Nota kaki:
Harap2 mama balik dari kursus petang ni, masih ada ler saki baki makanan kat rumah.

entry ni autopublished...

Jumaat, 22 Julai 2011

PULUT SERIKAYA YG KAYA RASA

Petang kelmarin dulu merajinkan diri buat pulut seri kaya..
Lama dah x buat, teringin plak rasa nak makan.
Tengok barang semua cukup, so aper lagi kan.....


Pulut seperti biasa mama tanak dalam ricecooker dulu
baru ler padatkan dalam loyang

Pastu bahagian atas tu mama kacau dulu sekejap dalam kuali
then baru tuang dalam loyang..


 Memula tengok macam..."Wahhhhh...Nampak best jer"
Cuma warna kurang menawan sebab gula kerek tu kurang itam

Nampak best kan...Tapiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiinyaaaaa


Tapinya kan, fizikal luaran jer nampak cantik
bahagian atas tu sedikit lembik ler sebenarnya..
Hadoiiiii frust sangat mama rasa...

Mama letak dalam petisejuk sekajap, tapinya kuih ni x best letak dalam petisejuk
sebab nnti pulut kat bawah tu jadi sejuk dan keras..

Malu jugak masa nak hidang kat papa..
Tapi papa telan jer, amik hati bini ler tu.
Lembik ker lembik ler, ku telan jua ek, kanda????
Sayang bini punyer pasal kan????
Neway thanks ler sebab makan sampai abis kuih lembik, dinda ni.
Memang lap u ler..hehe

PSSST: ustaz mama kata, (komen dalam fb) namanya seri kaya so kaya rasa, dan kaya tekstur.hahaha.
Anggaplah yg ni Serikaya versi lembik..boleh ker gitu???


Nota kaki:
Lately ni rasa skill memasak macam merudum jer...apakah?????
*entry ni autopublished

Khamis, 21 Julai 2011

FANATIC..FANATIC..FANATIC


Tengok gambar pun dah tau nak cerita pasal aper kan???
Tapi bukan mama yg fanatik tu..komfem ler bukan mama kan?
sebab time game tu main, mama mesti tengah tersengguk2 dengar ceramah..
x pun tengah sain aper2 borang merasmikan penamatan status surirumah..
Atau pun mama tengah makan makanan hotel yg best,
x pun mama tengah tido krohhh..krohhhh..krohhhhh...kat bilik hotel berekon. hehe

Yg mahel skit tu..RM108 pakteh Dhiya yg suh mama beli...
Dia memang fanatik Chelsea..huh....
Yang 2 keping lagi RM58 tu papa dapat free courtesy by Maybank
Camner papa dapat tu kena tanya dia ler, mama pun lum dengar cerita lanjut. haha

Mungkin tiket tu akan bagi kat Aki Dhiya gi layan Chelsea
Papa kata dia xnak gi....x minat katanya..bukan fan chelsea ler katakan..
Tapikan papa kata, dia nak gi ngan mama..nak bawak family layan bola
tapi x sangka ler plak kena time mama kusus..hhuhu.
Sian papa...ritu time Liverpool pun papa x dapat gi sebab ada kelas tuisen.

Buat pakteh, aki n maner ler tau papa gi tengok jugak kan..
Mama nak ucapkan semoga u oll enjoy the game..
sedihnya mama x dapat pergi....huhuhuhuhu...ingat ler mama kat sini ek..haha
(Entry ni kan, autopublished)...


Nota kaki:
Mama xder pasukan yg fanatik pun, mama asyik minat kat pemain jer. haha.
Dulu pernah ler duk giler ker Raul Gonzales, tapi sekarang dia dah tenggelam dek arus sungai. haha


Kalau ikut jadual, esok mama akan ada taklimat penempatan dan penerimaan penempatan.
Agak suspen hokeh, doakan mama dapat yg terbaik.

KELUAR RUMAH, TUKAR TITLE

Keluar rumah masih bertitlekan surirumahtangga sepenuh masa




Kepulangan nnti akan membawa title baru, insyallah..
kena pakai nametag itam putih pasni. hehe


opps ..kain ditiup angin..

Semoga Allah memberkati rezeki yg kami perolehi ini. Aminnn.
Bye u oll......berkursus sekejapan..hehe
Bye Dhiya jangan nakal2 duk ngan Papa, unty, and Tok n Aki leklok.



Psssttt: mak saya sayang giler kat cucu sanggup amik cuti 2hari nak jaga cucu..
Lakibini lak tu bercuti. haha.


Nota kaki:
Sempat lagi berentry sebelum keluar rumah. hehe..
aissshh, macam debar jer kat mana ler saya dipostingkan???

Lepas ni kalau ada entry pun autopublish yea

Rabu, 20 Julai 2011

POSMEN DATANG HANTAR PARCEL

Dengan bangganya mama nak gitau ni...
Pagi tadi ada posmen hantar parcel kat rumah..
Gigih, dan berdedikasi itu posmen tau, pepagi lagi dah ketuk pintu rumah.
(Hahahhaa, dapat parcel pun nak bising kan??? aper daaaaaa)

Cer teka cer teka...aper agaknya isi kandungan parcel ni sampai kecoh sedunia???




Kalau u oll nak tau dalam tu ada......................................


*



*



*



*



*



*



*




*



*




*




*





*




Ikan bilis langkawi hasil kiriman MRS.K
tq kay..melayan permintaan i

Ritu baca jer entry Mrs.K yg hubby dia nak outstation ke Langkawi
then dia mengirim ikan bilis, maka dengan bersemangatnya 
mama memujuk Mrs.K utk mengirimkan jugak utk mama dengan hubbynya.
Maka dapatla sekilo.....
(Cakap banyak jer, duit x bayar ag ni, jap ag kita transfer ek Kay)

Jauh kan mama import ikan bilis???
Neway, mama ni alergik sikit ngan ikan bilis yg kebanyakkan ada kak kedai tu
terutama yg earna kelabu2 + banyak habuk tu..
kalau salah beli, mulalah idung gatal ken men ag kalau makan.
Dulu kat Mydin ada jugak jual ikan bilis langkawi ni, tapi skang xdop ler plak.
Dah berbulan dah x membeli ikan bilis.
Dulu2 mama kim ngan kawan mama duk Langkawi, skali dia balik dia beli sekilo.
Tapi skang ni kawan mama tu dah pindah dah pun..huhu

unty ilah ada kat rumah ni cuti sem, maka sesi mendera utk mengopek ikan bilis itu
akan bermula. Mak mama pun sampai malam ni...
Esok mama gi kusus, silap ribulan ngan mak pun kena dera kopek ikan bilis. haha



nota kaki:
X sempat pun buat entry autopub utk eesok n lusa ni..x berentri ler gayanya

TRAUMA

Masa tengah taip tajuk entry ni, tetiba lak dalam kepala
terngiang2 lagu TRAUMa kumpulan Elite dulu..

Trauma yang melanda
Menikam-nikam jiwa
Selemah ku lemah
Daku berserah
Trauma yang ku rasakan
Hanya pada Mu Tuhan
Yang memahami
Pedih di hati
Tiada pengubat bisa merawat luka
Ku dalam trauma...




Mama memang dibelenggu oleh trauma sejak beberapa tahun lepas.
Luaran nampak cool giler, tapi hakikatnya dalamnya tuhan ajer yg tau.
Nak kata serious tu, serious ler jugak, ...menyusahkan ler
Camner ek nak hilangkan? Any idea u oll?

Trauma aper???? Mama trauma nak memandu...
sebelum beberapa tahun yg lepas, mama pandai ler mamandu, walaupun xder lesen
sehingga ler xciden beberapa tahun lepas.
Xciden tu kete yg langgar mama naik motor, 
Tapinya sampai skrang ni, nak bawak kereta punyer ler takut, apatah ag motor.

Sejak mama dapat kerja ni, papa dah suh mama amik lesen.
Untuk memudahkan mama jugak kan..nak antar Dhiya gi school lagi
tapi mama macam x percaya lak ngan diri sendiri ni.
Ase nampak simpang jer, mama gelabah dah, ase semua kereta serentak keluar
Kalau nak tahu, even sekrang ni jadi co-pilot jer, tapi tiap kali jumpa simpang
kaki mama yg lelebih tekan, macam ada brek jer kat co-pilot tu..haha
Dalam hati ni dup dap dup dap, tuhan ajer tau, tapi muka menten control.
Kekadang tu, ase ada motor lalu kat tepi macam himpit2 skit mama nak termenjerit
dalam kereta, nak terkencing pun ada, kaki ase nak krem dah tekan brek halimunan. haha

Dah beberapa kali jugak papa ajar mama drive kat stadium Shah Alam tu
Papa duk kata, tu pandai bawak, boleh pun drive.
Hadooo la abang sayam, memang ler boleh drive, sebab dulu boleh mmg pandai drive tapinya kat situ xder kete, hebat ler di gelanggang, 
jalanraya aku yg punya. 

Pernah skali dulu, masa tu bebaru kawin, papa pernah ler suh mama bawak motor
Time tu nak balik kerja, kiranya papa amik pastu suh mama jadi penunggang
sampai kat simpang kan, ada lori jauh lagi, pastu lori tu nak masuk simpang
kiranya mama boleh jer jalan trus, lori tu yg kena benti
tapi sebab trauma punyer pasal, mama gi stop..haha, seb baik xder kete kat belakang kalau x maunya kena langga vontot..huhu
Pemandu lori tu siap angkat tangan tunjuk 'apa da' kat mama.
mesti dia kata 'tulah pompuan'..hahaha.
Papa plak bebel x abis kat mama. Baru ler dia tau tahap ketraumaan mama nih


Ni gambar en.goog jer ni..
Gambor kejadian sebenar xder, sebab xder org nak jd PhotoG

Agak2 aper mama kena buat ni? 
Asenya kena gi mintak air tawar ngan ustaz ni bagi ilang lemah semangat. hehe.
Comfom kena belajar semula, tapi xtau ler trauma tu leh ilang x
Buatnya mama men stop jer kat simpang tu, xker naya. 
Xnak ler masuk dalam golongan pemandu wanita yg bermasalah.


Nota kaki:
Masa xciden tu mama kena langgar dari sisi kiri, sebuah kereta keluar simpang secara menonong. Pastu rempuh ler motor mama tu, then melayang mama terkena kat bumper depan kereta dia. huhu
abis patah rebeh bahu kiri, dekat2 ngan leher lak tu, kalau patah leher xker lumpuh sepanjang hayat mama.
tu yg fobia semacam ngan simpang tu.

Nak lihat kat mana mama cedera?? tgk entry ni:
http://violetgloves.blogspot.com/2011/02/robocop-return.html

WORDLESS WEDNESDAY - LINTANG PUKANG


Akibat puting beliung kah???  

Selasa, 19 Julai 2011

JEJAK KASIH

Dunia ni kecik jer kan? pusing2 putar2 alih2 ke tempat yg sama
Dah kata dunia tu bulat kan??? hehhee.

Nak tau x? Seramai berjuta2 rakyat Malaysia yg ada ni...
Kekadang kita duk dalam 1 gelung tayar yg sama jer,
Bila pusing2, berlaga jugak..itulah hakikatnya dunia ni.
Bila sebut sedunia, atau berpuluh juta tu rasa macam besar sangat dah.
Tapi hakikatnya,................???

Oklah, merapu juh lak, ni mama nak cerita kisah jejak kasih yg giler best.
Tingat lak dulu2, masa memula TV3 siar slot jejak kasih nih.
Bukan men berkerumun depan tv, yg x tahan tu menangis teresak2 kalah yg dlm tv.
Sebenarnya bagus jugak segmen tu kan....
Jom tengok slot mama lak..hahaha

Inilah kisah JEJAK KASIH antara mama dengan MamaAdam..

Kak zimah, pinjam gambar yea.


Ada yg kenal x ngan MAMADAM nih?/ mesti ramai yg kenal kan?
Mrs.Fiza mesti kenal ngan jiran ni kan??? heheh

Xceli ceritanya camnih,
Mama kenal kak zimah ni dah lama, tahun 2000 rasanya.
Mama kwan baik ngan sepupu kak zimah, pernah ler gi umah kak zimah
tumpang wat assignemnt ngan komputer dia..time tu xder lappy lagi.
Pernah ler berkongsi cerita, berkongsi rahsia, makan colek sama2,,haha

Pastu, lama dah lost contact, sampai ler kami terjumpa di alam maya.
Terima kasih kat Mrs.Fiza ler, sebab mama jumpa kak zimah ni melalui blog Fiza.
Alhamdulillah ler, silaturrahim tu terjalin kembali, dah siap add fb masing2.
Ada janji nak menerjah rumah memasing ni. Nak bergosip sampai lebam.
Eiiii...x sabar lak rasanya, indu kak zimah...
Kak zimah ada simpan rahsia besar mama tau..rahsia lama ler. haha

Kalau u oll rasa dunia dah kecik bila kami ni berpusing2 tang tu jer,
sebenarnya dunia ni semakin kecik lagi, bila kami berputar2 lagi.

Nak menjadikan fakta yg dunia itu semakin kecik,
Bila kak zimah dah add FB then bila husband dia tengok mama nyer family pic
husband kak zimah kata dia kenal ngan papa.

u oll jgn terperanjat bila edisi jejak kasih ni sangat unik
upanya hubby kitaorang ni sekampung jer, lagi tepat kampung sebelah2
tapi dekat sesangat ler, pendek kata kalau papa kentut kat rumah tok ma tu
hubby kat zimah di rumahnya komfem bergegar sama.hahaha.
Dah ler gitu saling kenal mengenali lak tu..kwan sekampung ler katakan

Bila mama tunjuk gambar hubby kak zimah kat papa, then tanya kenal x?
Papa kata, 'Ni Staja ni..maner awak kenal dia????"
(betul ker kak zimah, hubby akak dikenali dgn nama itu? ke ada nama glamer lain)
Bila cerita2 semula, papa tepuk dahi jer..adoiii pusing2 dalam bulatan jer kita nih.

Amacam, best x jejak kasih kami??? unik kan?

psssttt: kak zimah, raya tahun ni kami raya kat kelantan, kita beraya bersama2 yea..


Nota kaki:
Kecik jer dunia kami laki bini ni tau...


Antara mama ngan papa ni banyak tau, kebetulan yg sama..
1)ada sorang lagi tu, dia kawan rapat papa masa di maktab, at the same time, org itu senior mama masa sekolah. hadoiiii.


2) kalau u oll kenal kak eliza diana, dia 1 sekolah ngan papa masa form 3, then masa form 4, 5 dia 1 MRSM ngan mama lak, pastu jumpa semula kat blog jugak. Kak Eliza 1jajahan ler jugak ngan papa. huhu


Inilah kelebihan berblog. hehe



DAUN RAJA HERBA

Pernah dengar x dengan DAUN RAJA HERBA?
Mama x pernah dengar pun sebelum ni, sampai ler mak perkenalkan.

Mama ni pas operate bersalin dulu ada masalah skit ngan sistem perncernaan
hehehe..kalau bahasa pasar tu, asyik sembelit jer. huhu.
Memang payah nak ke tandas, kengkadang rasa macam dah sebu seban perut
ada masanya rasa x larat sesangat..hadoii.
Nak jer mama tanya DOC yg operate mama dulu, 
"ada terjahit aper2 ker, sampai susah benar nak beroperasi ni?" hehe

Agaknya mak mama tu dah tensen dngar mama asyik bercerita tentang tu
so dia suggestkan mama guna DAUN RAJA HERBA ni.
Sebelum ni dah macam2 menda dah mama try...
sampai pil2 dulcolax ler, bicolax ler, segala lax mama hentam
idok jugak ada perubahan.....


Ni lah rupa Daun tu???? u oll pernah tengok???

Mak mama kata, jangan minum selalu..
minum 2minggu atau sebulan sekali jer, bila perut rasa betul2 sebu
tapi kalau hari2 dah sebu camner ek...

Caranya, mak mama ajar....
Rebus daun ni dengan 3 gelas air, didihkan sampai air jadi segelas jer.
Then minum sekali sebelum tido, then pagi esok skali
Esoknya tu kena puasa makan tapi minum air masak banyak2
Then petangnya start ngan makan bubur dulu...
pastikan menda yg lembut2 dulu masuk...


Ni rupa daunnya..

Mama try google tau, tapi x banyak sangat ler infonya..
kat belakang pack daun ni ada tulis ayat2 ni tau:

Kehebatan Raja Herba Senna~Jati Cina Rujuk kitab MUJARAT MADINATUL ASRORO dlm sejarah pohon Senna(Daun raja herba) tumbuh dekat tempat ibadat Nabi Sulaiman AS. Kemudian Nabi Sulaiman AS bertanya..Hai pohon kayu, apa nama mu ? HAMBA INI RAJA UBAT , PENAWAR & PENYEMBUH UNTUK SEMUA HAMBA ALLAH DARI ANAK CUCU ADAM KEMUDIAN HINGGA AKHIR ZAMAN IAITU MENJADI UBAT DARI SEGALA PENYAKIT AKAN TETAPI SEDIKIT SAHAJA ORG YANG MENGETAHUINYA


Xtau ler betul ke idok aper yg ditulis tu, sebab kalau betul mesti bnyak info
Kalau baca sekali mesti rasa macam mujarab sangat kan?...
Tapinya mama dah ler try 2, 3 kali, hasilnya tidak ler sesuatu yg boleh dibanggakan.
membantu jugak utk ke tandas, tapi macam still x puas hati ler. HUH

Mama gitau ler mak mama hasilnya dengan Daun ni..nak tau mak mama kata aper?
"Ngko ni makan batu ker sampai payah benor nak keluar???
ke dah jadi batu dah kat dalam perut tu????" huhuhu
Sedey tau..kalau mak sendiri dah kata gitu, nak kata aper ag..

Psssstt: jumpa ler skit info pasal daun ni dalam 


Nota kaki:
U oll boleh minum ker segala herba rebus??? Mama masa pantang kena minum
semua yg rebus2..huhu..

Isnin, 18 Julai 2011

MILK SHAKE KOKOKRUNCH YANG YUMMY

 Selagi x abis 1 beg besor kokokrunch tu
jangan ler pelik nama semua resepi ada based on kokokrunch yea. hehe
Terbaru atas cadangan dari Mama Tisya...
Berjaya jugak buat MILKSHAKE KOKOKRUCH...
Best...best..best...

Cara dia sangat mudah dan senang....



Masukkan susu segar, kokokrunch, ketulan ais, 
eskrem vanilla dan sikit coffeemate
Dalam blender, pastu trus blend sampai ais hancur



Kemudian tuang ler dalam gelas
Then hias ler sesuka hati

Mama letak 2 biji coklat Hershey KIsses + manik2 star


Tadaaaa..best2..
(try godek2 function kamera tu, tapi gelap sangat ler plak)


Sangat ler best minum time2 tengahari or petang yg panas. hehe
Akhirnya..macam2 jugak leh guna kokokrunch tu kan..
Last part mama buat eskrem goreng, yg tu nnti mama upload
kasi simpan lama2 skit, kang sokmo2 cerita pasal kokokrunch u oll muak lak.


Nota kaki:
Nak bagi petua, kalau u oll ada 1 blender jer kat rumah, then u oll guna blend bawang.
Kalau nak ilang rasa or bau bawang tu pada blender (utk guna blend menda lain)
letak beberapa sudu gula pasir dan air panas mendidih dalam blender
pastu blend sekejap (dala 2,3 kali pusing)..pastu buang air tu..

PEMENANG TOP COMENTATOR - JUN

Salam u olls.........
Pepagi ni mama bukak entry dengan berita gembira..hehe
Mama nak umumkan pemenang top commentator untuk bulan JUN..
Dapat teka ker saper yg menang????????




Ok lah tanpa melenngahkan masa, mama umumkan...
PEMENANG TOP COMMENTATOR BULAN JUN ialah:



























dengan total komen sebanyak 48




Tahniah umi, terima kasih kerana sudi menjadi pembaca setia blog mama.
Nnti Umi jgan lupa hantar detail kat mama ek
Just klik emel mama icon kat sidebar tu...



Nota kaki:
Pada yg x berjaya tu..jgn putus asa yea, mungkin ada lagi GA dari mama. hehe

*Hadiah mama akan pos minggu depan, sebab minggu ni mama kena hadiri 
kursus orientasi dan lapor diri.

Sabtu, 16 Julai 2011

EKSPERIMEN MENJADI LAGI

Kek batik kat bawah ni nampak biasa, tapi sebenarnya luar biasa..
Waahhh..aper yg luar biasanya??SEcret resepi dari mama ni...hehehhee...
Mama sekali lagi buat xperimen resepinya dengan memanupulasikan
kokokrunch 1 beg besor yg Dhiya xnak makan ritu (Secret resepi tu).hahhaha



Resepi macam biasa jer..
Serbuk koko, butter, susu segar, gula, biskut marie
tapi mama x letak milo..gantikan ngan kokokrunch di blend..
sedapppp!!!

Tapinya terlebih biskut ler plak..
Mama men taruk jer biskut marie tu sepeket..



Terliur x?????
Sedap tau..yummy2, resepi pun sempoi ajer..
Esok nak buat lagi, kali ni nak kurangkan biskutnya plak...
Mesti lagi best..nnti mama update resepi dalam dapur dinda yea..



Nota kaki:
eksperimen Milkshake kokokrunch ngan eskrem goreng kokokrunch akan mama update later.
yg pasti selamat sudah kokokrunch 1 beg besor tu..