Memaparkan catatan dengan label SUSU. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label SUSU. Papar semua catatan

Isnin, 6 Februari 2012

SMS FROM NESTLE

Dhiya minum susu formula start umur 2 1/2 tahun
sampai ler sekarang..so dah hampir 2 thun ler kan??
tapinya dalam masa 2 thun 2, dah braper kali tukar susu
Pelik betul, ntah aper ler nasibnya sampai jadi sebegini.

Bukan sebab ada alahan ker aper ker..
tapinya susu tu sendiri yg bagi masalah kat mama nih
dhiya tu punyer ler choosy bab susu ni,
nak buleh stop susu badan ganti ngn susu formula tu pun
punyer ler payah yg amat...

http://violetgloves.blogspot.com/2010/02/dhiya-minum-susu.html
ni entry memula mama citer tentang percubaan bagi Dhiya susu formula
tapinya kejap jer menjadi tu pastu masalah demi masalah bermula
http://violetgloves.blogspot.com/2010/04/botol-nya-susunya.html
http://violetgloves.blogspot.com/2010/10/mama-ada-masalah-baru-harap-u-oll-dapat.
http://violetgloves.blogspot.com/2010/11/pengaruh-sheila-majid.html

cerita demi cerita...akhirnya Dhiya stick ngan nespray tu
sampai ler sekarang..tapi itu bukan pengakhir masalah
ada 1 ag masalah timbul plak...

beberapa minggu lepas, mama dapat sms dari NESTLE
"Susu Nespray membesar akan ditamatkan penegeluaran"
Hadooooooooooooo....mama pening tau, bermula plak sesi pick n try
bukan senang tau....first pilihan mama...


Kenapa mama terus pilih susu nih???
Sebab susu ni tengah hot, kerap sangat keluar iklan..
So mama cuma berharap, Dhiya terpengaruh ngan iklan tu.
Senoga taktik mama tu berjaya

Setakat ni Dhiya minum....tapi mama x bleh trus menarik napas lega
Takut masalah lama berulang lagi..try 2,3x pastu xnak.

Harap2nya kali ni masalah ni x serius..
Mama nak Dhiya minum susu terus menerus sampai besar
jadikan susu amalan, x nak stop.
lagipun sekang dhiya minum susu dalam training cup
memang dah x minum dengan botol susu, x der aper nak isau.




Nota kaki:
Anak-anak sekarang ni pandai sangat memilih kan?
Bila banyak sangat pilihan macam tu ler jadinya, parent pun pening

Selasa, 4 Januari 2011

KALAU KENGKAWAN BAIK HATI, TOLONG LER MAMA YEA!!!

Dengan rendah hatinya, mama nak memohon pertolongan
dari semua rakan2 blogger..
Harap2 ada ler yg sudi menolong mama n Dhiya

Kalau u oll semua, pergi shopping ker, pergi supermarket ker, hypermarket ker
kedai ubat ker...
boleh x u oll tolong tengokkan susu Excella Gold 3+ Honey

Susu tu skang ni dalam proses nak discontinued kat Malaysia nih
Kebanyakan tempat dah xder..
Kalau tempat yg ada stok lagi, harganya dah turun ke RM19++++

Aritu mama dapat beli kat Carrefour 4kotak
skang dah nak abis....
so kalau kengkwan terjmpa susu tu....tolong ler bagitau mama ek..

Kat area Subang Jaya ni...Carefour, Mydin, Giant, Tesco semuanya dah abis stok

Mama memang dah replace susu lain kat Dhiya
Tapi Dhiya x bersungguh minum, sian plak mama tengok dia
So, selagi ada stok mama ingat nak cari dulu, bagi puas hati.
Pastu, aper lagi yg boleh dibuatkan.....
At least berusaha dulu penuhi keperluan anak yg cerewet nih..

Segala bantuan anda (kalau ada yg sudi bantu), didahulukan dgn terima kasih...

Selasa, 9 November 2010

PENGARUH SHEILA MAJID

Papa teruja lelebih..
Kengkonon nak tiru Sheila Majid
Mama pun turut sama terkesima

Gasak laaa..janji anak berkenan


Intro ini adalah utk iklan

susu nespray:


Nespray 3+ madu
Semak label dulu.....blablabla..

Ntahlah nak komen camner kan..
Sejak susu Neslac Excella Gold discontinued ni
mama ngan papa dah buntu nak bagi susu aper
semua yg mama cuba semua Dhiya x nak

Bagi Anmum ngan Enfakid
sekotak tu hampir sebulan baru habis
Dari 12kg Dhiya turun ker 10.6kg
Fenin dah..
Sebelum ni Excella gold tuh sekotak seminggu sajok

Nasib baik ler, masa g Giant Kelana Jaya
jumpa ngan promoter Neslac..
cerita kat dia tentang masalah Dhiya nih
then dia ada bagitau Nespray tu sama jer taste dia ngan Excella
Cuma kandungan dan khasiat dia sedikit berbeza.

yelah...Excella RM30++ sekotak 600g..NEspray below RM20 1 kg..

Memula x pikir pun nak bagi Nespray tu
Papa kata try ler susu lain yg agak bagus..tapi semua x menjadi kan??

Last week, beli ler jugak Nespray
Bagi try, Dhiya minum abis sebotol...pastu tengahari mintak ag, petang mintak ag

Nasib baik..............tabiat menyusu dah kembali normal

Tengok label nespray..DHA agak tinggi jugak
cuma yg lain tu, limited ler skit berbanding susu yg harga tinggi tu kan.

Xpelah anak...asalkan minum susu.
Yg lain2 tu, kita tambah ngan supplement ek.


Papa kata, Sheila Majid guna aper susu nih..
(sambil ketawa berdekah2)

terpengaruh ngan iklan upernya laki ku itu..
hahahahha


Nota kaki:
Bagus jugak Dhiya, nak susu murah sajer..boleh ler mama menyimpan ke arah lain..hahaha

Khamis, 28 Oktober 2010

TOLONG BAGI PENDAPAT, BOLEH?

Mama ceritakan seringkas mungkin ek.
tolong ler kengkawan bagi pendapat tentang situasi yg mama hadapi nih:

Susu excella Gold yg Dhiya minum sekarang will be discontinued
so mama akan mengalami sekali lagi dilema susu
Mama dah try hampir kesemua susu yg ada dipasaran
tapi Dhiya seperti biasa ler..kecerewetannya amat memeningkan mama

Terkini mama try Mamil Gold dan Anmum
Dhiya x nak minum
kalau selalu 4-5x sehari, susu tu sebotol pun x abis..huhu





Then mama ase nak try Enfakid A+
mama tau susu tu baik
tapi mama agak was2 dengan logo halal Thailand tuh
Meadjohnson kan femes kat sini, naper dowang x dapatkan halal Jakim ek??





Kengkawan...........ape pendapat u oll???


Nota kaki:
*Papa pernah kata kalau was2 baik jangan....tapi masa mama try sampling susu kat Mydin aritu Dhiya kata nice

*Ape yg mama tau (baca dan siasat)...banyak barang Malaysia manufactured in Thailand sebab kilang dan buruh kat sana murah...pernah jugak org ckp spesifikasi bersih Thailand x ketat macam kat sini. huhu.

*Ase nak call meadjohnson ler, nape dowang x dapat halal Malaysia?

*Dulu masa ngandung minum Enfamama tapi tukar lain bila timbul soal halal Thailand nih