Memaparkan catatan dengan label FAMILY. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label FAMILY. Papar semua catatan

Rabu, 18 Januari 2017

MY NOT SO LITTLE SISTER ANYMORE



Throwback
Mama ni ada sorang jer adik pompuan...
yang sorang tu lah bestfriend, kawan berkongsi hobi, berkongsi masalah
yang sorang tu jugaklah kawan bergaduh, kawan dengki mendengki. hehe

Well, dalam gembira dengan next step of her life (alwiz pray the best for her)
All good things..all good things..(kata olaf dlm frozen tu)
Rasa sedih plak rasanya melepaskan musuh ketat ni menjadi milik orang

Lepas ni, nak bergurau pun, kena berpada2 dah, 
dah berborak berjam2 sampai pagi pun kena berpada2 dah
masa nak berjumpa pun dan terbatas...





Majlis sambut nntu (selepas 2 bulan nikah) hehe



Selamat menempuh alam berumah tangga buat unty ilah. 
semoga semuanya selamat dan sejahtera
semoga rumahtangga dibina sentiasa dalam rahmat illahi.
diuji dan teruji tu perkara biasa, #Allahkanada

Nota kaki:
Ya Allah, lindungilah kami dan keluarga kami, jadikanlah kami isteri2 solehah yang menyenangkan mata dan hati suami2 kami. Jadikanlah kami ibu2 terbaik buat zuriat2 kami. Aaaaminnn

#adikidungmancung
#kakakidungkembang 


DOA UNTUKMU ANAK

Ya Ghaffar, ya Rahim
Kau letakkan di rahim kami anak-anak negeri ini
Kau amanatkan diri-diri mereka pada lindungan kasih-sayang kami
kau percayakan jiwa-jiwa mereka pada bimbingan ruhani kami
Kau hangatkan tubuh-tubuh mereka dengan dekapan cinta kami
Kau besarkan badan-badan mereka dengan aliran air susu kami

Tuhan kami, kami telah sia-siakan kepercayaan-Mu
kesibukan telah menyebabkan kami melupakan amanat-Mu
hawa nafsu telah menyeret kami untuk menelantarkan buah hati kami
tidak sempat kami gerakkan bibir-bibir mereka untuk berzikir kepada-Mu
tidak sempat kami tuntun mereka untuk membesarkan asma-Mu
tidak sempat kami tanamkan dalam hati mereka kecintaan kepada Nabi-Mu

Kami berlumba mengejar status dan kebanggaan
meninggalkan anak-anak kami dalam kekosongan dan kesepian

Kami memoles wajah-wajah kami dengan kepalsuan
membiarkan anak-anak kami meronta dalam kebisuan

Kami terlena memburu kesenangan
sehingga tak kami dengar lagi mereka menangis manja
sambil memandang kami dengan pandangan cinta
seperti dulu, ketika mereka mengeringkan air mata mereka
dalam kehangatan dada-dada kami

Dosa-dosa kami telah membuat anak-anak kami
menjadi pemberang, pembangkang, dan penentang-Mu

Dosa-dosa kami telah membuat hati mereka
keras, kasar, kejam, dan tidak tahu berterima kasih

Sebelum Engkau ampuni mereka, Ya Allah
ampunilah lebih dahulu dosa-dosa kami

Ya Allah, berilah kami peluang untuk mendekap tubuh mereka
dengan dekapan kasih sayang kami
berilah kami waktu untuk melantunkan pada telinga mereka
ayat-ayat Alquran dan Sunnah Nabi-Mu

Berilah kami kesempatan untuk sering menghadap-Mu
dan memohon kepada-Mu seusai salat kami
untuk keselamatan, kesejahteraan, dan kebahagiaan anak-anak kami

Bangunkan kami di tengah malam untuk merintih kepada-Mu
mengadukan derita dan petaka yang menimpa anak-anak negeri ini.
Izinkan kami membasahi tempat sujud kami
dengan air mata penyesalan akan kelalaian kami


MIRZA ZAHRAN, DHIYA KHAIRINA, KASIH KHAIRINA, MIRZA ZAHRIN


Nota kaki:
Ya Allah, kau peliharalah anak-anakku dari segala kejahatan manusi, kajahatan dunia dan kejahatan syaitan.
Pimpinlah anak-anakku ke jalan yang lurus, jadikanlah mereka golongan yang faham agamanya. Aaminn

Selasa, 17 Januari 2017

DAH TUKAR, SIAPA PERASAN???


Sebagai langkah pertama....
Sila lihat sudut sebelah kanan blog mama ni..
dah tukar dah gambar family. 

Nanti kita citer banyak2 menda lagi tau..
Tunggu!!!!








Nota Kaki:
#Allahkansentiasaada
#semogakamisekeluargasentiasadirahmati

KAMI DAH DATANG

Assalamualaikum...
duk berkali2 buat comeback tapinya xde jugak entry terkini kan? kan?
Naik menyampah dah orang tunggu..

Tapi mmg nak buat comeback pun, kat blog ni nak simpan semua kenangan dengan anak2,
Since dah share cerita pasal Dhiya Khairina membesar, kita share jugakla cerita adik2 beliau kan.

Tapinya tulah, dah terlupa banyak menda ni..
terlupa camner nak share posting kat FB. terlupa camner nak tukar wallpaper,
terlupa camner nak edit header, terlupa camne nak tukar kaler tulisan.

Xpela...i will belajar slow2 semula. kena berguru semula dengan blogger2 otai ni.

so...untuk harini..kita share family pic terkini jela kan..
since ramai xtau yg keluarka kami dah berkembang dengan jayanya..


KAMI DAH BERENAM SEKARANG!!!

Pssttt!!! Macam x percayakan,  dulu mama tinggalkan blog ni, kami masih bertiga.
Skrang dh berenam. Sekejapan masa berlalu

Nota kaki:
1. Tengok dalam draft ad 15 entry pending!!!
harus di publishkan ker, biarkan jadi kenangan abadi.

2. Rindunya kengkawan blogger

Khamis, 14 Julai 2011

SEKEJAPAN DI FLORIA PUTRAJAYA

Memang sekejapan pun kami pegi..x sempat menjelajah pun.
Kami sampai dah nak maghrib...sebenarnya janji ngan Fiza Naman petang
Tapi kebetulan plak papa balik dari mesyuarat pun dah kat kul 4..
dhiya lak tido, kalau x kerana dah berjanji ngan Fiza, memang kami dah x pergi
Tapi janji mesti dikota kan?

Mama lak puasa hari tu, sampai2 tu suh papa carikan air utk berbuka nnti.
so mama berbuka ngan air jer, pastu jalan2 tengok2,
Lepas Fiza balik kami pun balik....memang sejam jer kot..huhu

Jom layan jer la, picc yg ada..tapi x banyak pun..
Kamera mama ni malam x berapa nak cantik gambarnya


Selamat datang kerumah saya..hehe
Ada rupa gadis ayu x???? 
tapi jgn tengok tang bahu Malek Noor tu, tang perut pun jgn tengok ek!!
 eh, cakap jgn tengok, tengok jugak ek???

 Aksi patah pinggang, mak ngan anak..

 Sekali lg mematahkan pinggang..Tangan tu baik punye cover


 Suka gambar ni, tapi x suka sebab mamanya nampak gemuk

 alahai budak yg x suka tengok kamera dan senyum ni


 Menten masam

 Tetiba ada pulak peminat Dhiya nih..
Dia ni kami x kenal pn tapi mintak bergambar ngan Dhiya, 
katanya Dhiya cantik..haha
Dia xtau Dhiya memang x suka kamera.
Muka pun dah macam kena paksa..puas dia suh dia tengok kamera.



 Semacam jer tengok gambar nih.


 Gambar ni Dhiya yg amik...
Cantik kan?? nak wat camner, xder org nak amik gambar
harapkan anak jer la.




Itu sahaja cerita kami di Floria Putrajaya
Gambar2 bunga x snap punn...kami x tengok pun bot berhias dan sebagainya
ingat nak gi lagi, nak berphotoshoot ngan Naman...
Nak abadikan gambar family yg kami jarang2 ada..huhu


Nota kaki:
Gambar2 kat atas percubaan mama pakai inner ngan shawl..camner ok x?
Tapi yg mama pelik awat x jadi muncung macam Fiza, Mrs.K dan org lain pakai?

Khamis, 7 Julai 2011

PONDOK SATAY

Hari Ahad ritu, balik dari Sunway Pyramid dah kul 11mlm
on the road nak sampai rumah tu, 
boleh plak mem kecik ni mintak nak makan satay..
Aper ag, menerjah mencari satay, x sampai hati hampakan anak
Walaupun diet mamanya tergadai..ohhh..i'm sorry. haha



Kami pun menerjah kedai PONDOK SATAY..
dekat jer pun ngan rumah, kat USJ 8..
Memang kalau rasa nak makan satay, sini ler kami terjah
SATAY dia sedap..ala2 satay Kajang gitu..


Tu dia...yg kami order dah sampai pun..
Order 15 cucuk jer, sebab mama diet.hehe

Tapikan, mama tu kengkonon jer diet..
order jugak char kew teow, maner bleh tahan,.haha
Char keow teow kat sini boleh tahan mabelesnya..
Tapi mama salah order ler, x ingat nak kata special so xder udang

Char keow teow kerang..
Sepinggan kongsi ngan papa..

Mem kecik aka bos besar makan dengan berselera


Makan dengan jayanya..abis 5 cucuk ngan nasi impit separuh


Review skit menu char kuew teow..hehe
kot2 ada yg berminat


Then kami pun balik tido..lepas ler hajat mem kecik 
nak makan satay..macam2 mem kecik tu..haha


Nota kaki:
Mama ni diet konon, tapi x turun2 jugak beratnya..sian betoiiii
salah teknik dan taktik ni kot..

Isnin, 20 Jun 2011

KEJUTAN HARI BAPA

Orang lain sibuk booking2 table kat hotel ler kat resoran
utk celebrate hari bapa kan? well, meraikan orang yg tersayang
Apa ler salahnya kan???

Well, kami seperti biasa ler..Hotel 6 Bintang kat Subang Jaya tu
yg jadi pilihan kami......customer tetap tu..wahahahaha.

Xceli, disebabkan hari Ahad tu papa kerja
Ada kelas intensif utk budak2 UPSR so kami celebrate hari sabtu ag
Memula tu nak surprise....Banyak kali papa tanya nak buat aper..
Mama x jugak jawab2...hehehe

Nak tau mama buat aper utk meraikan HARI BAPA?












NASI KUKUS + Ayam Berempah...
Khas utk PAPA



Gigih tu mama memerap ayam pada malamnya...
keletung keletang menumbuk lesung..
Papa malas nak tanya dah sebab tanya banyak kali pun mama x jwb

Perapan ayam

Pepagi esoknya tidoo papa, di kejutkan dengan aroma ayam berempah.
Pepagi lagi harum seluruh rumah..perut pun jadi cepat lapar


Ayam goreng berempah 

Pastu bau nasi yg mama kukus ngan daun pisang plak
Last2 papa leh agak...bersri2 muka dia masa tanya mama
"Nasi Kukus ker?"
Mama angguk jer laaaa... hehe

Tapi mama terover kukus plak...abis kuning nasi kena warna daun tu..

Sangat hepi tgk papa makan ngan bersungguh-sungguh
Sebenarnya papa x tau pun kami nak meraikan hari bapa utk dia
terlupa katanya..then bila kami wish SELAMAT HARI BAPA
dia jawab.."no wonder ler..susah sangat nak jawab buat aper semalam"..haha

Memula tu nak buat kari daging skali, tapi daging xder kat kedai
so mama buat pejeri telor makan ngan nasi ni.
Nak buat pajeri nenas, papa x makan nenas, 
pajeri terung, mama lak x makan terung..


Itulah kisah hari bapa kami yg sangat simple dan sederhana..
yg penting kami hepi..


Nota kaki:

Khamis, 16 Jun 2011

BERCANDA DI PASIRAN PANTAI

Kalau balik kampung, Dhiya akan jadi permaisuri..
Naik lemak sesangat sebab semua orang akan ikut kata dia
semua orang akan lebihkan dia.....hadoiii geram mama tau

Tapi geram2 pun best jugak tau........
Balik kampung baru ni, Dhiya duk bising ajak tok dia gi beach
hari2 mintak, memang ler umah tok dia tu 10min jer nak sampai beach
tapi kan sepupu mama kawin, xder masa sangat nak gi beach
semua orang sibuk wat persiapan kenduri...

Tapi tok mana boleh hampakan cucu kesayangan dia ni..
Lepas jer habis acara2 sanding2 Aaron Aziz tu kami pecut ke beach berhampiran
memula nk gi beach belakang umah pengantin jer
tapi plan tukar last minut..kami ke Pantai Batu 16, Pekan...
Puas hati ler anak dara tu, hajat di penuhi




Ni pengaruh TV okeh..Dhiya kata dalam TV org gi beach pakai sunglases
Semua org ketawa tengok telatah dia


Di sebabkan baru balik kenduri..mama ngan tok berbaju kurung ek
(menjawab pertanyaan di entry WW)


Pakteh dan tok melayan kerenah Dhiya..
sama-sama main pasir..hehe

Pakteh ajar buat istana pasir guna kaki..hehe
teringat zaman kita kecik2 dulu..maner ader tool2 membantu


Tepuk kepala papa tengok anak dia dera tok..haha


Sampai tertido aki main pasir..
dhiya siap ajar buat peace

Apalah agaknya Dhiya buat lawak tu...
Ketawa besar tok ngan aki

ajak papa main air plak

Sweet moment together...


itulah episod ke pantai berbaju kurung..hehehe
yg penting kami happy sangat melayan kerenah dan keletah Dhiya
x kering gusi...
Walaupun sekejap tapi nilainya amat tidak terhingga..
Rindu nak balik kg lagiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiiii

Lepas tu kami terus makan murtabak...
http://violetgloves.blogspot.com/2011/06/murtabak-mengkasar-pekan.html



Nota kaki:
balik sekali lagi, nak bawak Dhiya main sawah padi plak...

Ahad, 12 Jun 2011

INI 1 FENOMENA BARU

Sebakul keropok goreng + french fries goreng + nugget goreng
di temani dengan air kopi o kawwww punyerrrrrr

Ni semua bekalan kami menonton bola Piala FA malam tadi
Hal lemak, minyak, kolestrol, gemuk semuanya tolak tepi dulu
yg penting masa enjoy masa bersama keluarga tersayang
esok lusa, bila timbangan semakin bertambah nilainya....
masa tu baru kecoh cerita pasal gemuk dan kolestrol dan lemak yea..
hehehe..Aci x? Aci x?

Bola sepak Kelantan ni 1 fenomena baru macam tsunami tau..
Balik kelantan ritu, mata ni asyik silau jer ngan warna merah.
Majoriti org pakai jersey kelantan, gi maner2 pun mesti jumpa punyer
seb bek ler bukan lembu kan? kalau x lama dah mama kejar..haha
Sampai mama pun berangan kalau dapat ler anak lelaki nnti
nak beli jugak jersey tu...Bila??????????? Nanti ler..hehe
Berangan dulu xper kan? x kena bayar pun..

Memang fenomena baru ler, sampai papa yg jarang sekali amik pusing
pasal bola sepak tanahair ni tetiba menunjukkan minat
kang orang kata, x mengikuti perkembangan plak kan??

Frust jugak Kelantan kalah malam tadi...tapi...
the best part is, kami enjoy our time bertiga...mama, papa n dhiya..


Nota kaki:
11 Jun tahun lepas, pembukaan World cup, 11jun tahun ni final piala FA...

Isnin, 16 Mei 2011

SEGAR DARI KAMPUNG

Weekend baru ni mak mama datang dari kampung.
Tujuan datang sebenarnya, nak say good bye kat Unty ilah..
Unty ilah kena praktikal kat Kangar, Perlis.. sempat ler antar kat KL Sentral aje

Seperti biasa kalau mak datang dari kampung, mesti bawak segala macam menda
Hehe..kali ni x banyak sangat yg mak bawak..sebab..
Puas mak tunggu kat jeti, tapi x ramai lagi nelayan yg dah balik..
Memandangkn mak ngan pakcik sama2 fail kalau drive memalam
maka mak bawak jer apa yg ada kat jeti tu...

So peti umah mama tu penuh ler dengan..........

Ikan kembong yg amat ler fresh..
memang nelayan tu tengah cabut dari pukat lagi
Petang semalam, ikan yg size x berapa besar tu buat ikan celup tepung.
sedapnyaaaa..bakar, goreng..best

Pastu sekarang ni musim sotong..
tapi sotong x berapa besar lagi kat sana...
Sotong2 ni, memang fresh tau...sedap sangat goreng 

Sebesen mak bawak sotong...
tapi nampak dah semakin layu sebab, 
duk terperam dalam kereta utk perjalanan jauh.


Memula mak kata, nak bwak ketam dan udang galah 
tapi pemukat2 ketam belum balik ke jeti, so xder ler ketam fresh..
Kalau ketam dah bermalam tu mak takut berbau pulak..
Agak kempunan ler mama nak makan udang galah dan ketam
Tapi mak kata xperlah, minggu depan adik mama nak datang sini
so dia bawak ler..hehehe..bestnya

Pastu mak ada bawak 




Buah mempelam yg baru kait dari pokok..
Manis sangat...................memang fresh dari pokok


So semalam aktibiti ketuk mengetuk rumah jiran tetangga..
Tapi jiran yg dekat2 ngan pintu rumah ler..
Rugi kan u oll x berjiran ngan mama..hehehehe

Nota kaki:
Besen dan pinggan mangkuk kat rumah mama ni semakin berkurangan, akibat tidak dipulangkan jiran. Aiii...kan pepatah ada menyebut 'org berbudi kita berbahasa'...ni dah tukar 
'org berbudi kita buat harta,,huh'

Isnin, 25 April 2011

KISAH HARI AHAD

Macam maner ujung minggu  u oll?
Ada masyukkkk????
Mama hanya melepak di rumah ajo..petang2 hujan ribut so xtiviti terpaksa batal.

Malam sebelum tu ajak papa gi Pasar Tani Stadium Shah Alam
Tapi kata papa, panas ler nak bawak Dhiya, lagipun Dhiya bangun lambat.
Mama suh tinggalkan Dhiya ngan unty jer, 
papa kata x best jengjalan Dhiya xder...Xnak gi ler tu kan???

Pastu ajak bekfes kat mamak jer...lama dh x bekfes luar
Skali semua macam bermalasan jer nak bangun..
So...terhidang menu berikut di pagi ahad
Gigih mama berkeletung keletang kat dapur

Nasi lemak + sambal udang+ ayam goreng lada hitam

Tersangat kenyang sampai lunch pun tidak..
Harini....dah tinggal ber2 ngan Dhiya jer..huhu


Nota kaki:
* yeay..yeay..harini gaji

Khamis, 14 April 2011

BEAUTIFUL MOMENT- FIREFLIES PARK

Sambungan entry lepas yea...
Still surprise for besday mama from papa..TQ kanda.

Selepas senja nan merah berlalu pergi. tika malam melabuhkan tirainya
Kami meneruskan perjalanan ke 1 tempat yg belum pernah kami kunjungi..
Sebenarnya, jauh disudut hati, x percaya papa bawak kami jalan sejauh ini.
Yelah, selalunya papa ni jenis merancang giler perjalanan..
Kali ni buat2 surprise plak kan..hehe..

Nak tahu kami ke mana????? Kami ke.....

















Tengok kelip2...di Kg.Kuantan, Kuala Selangor


Tiket utk melihat keindahan kelip-kelip ni RM40 utk 1 bot.
Sebenarnya bukan bot tau, perahu jer...
Xceli ada 1 ag tempat tgk kelik2 iaitu kat Firefly Resort, Bukit Belimbing
Kat situ guna fiber bot dan berinjin, tiket Rm15 seorang rasanya..

Ni ler sampan kami naik...(gmbar google)


Mula2 Dhiya takut, yelah dia tengok malam gelap
kena pakai jaket lagi..dia macam konfius..ape jadi nih..
Menangis jugak ler xnak naik sampan tu..tapi bila pujuk2 akhirnya dia enjoy.





Macam ni ler lebih kurang aktiviti kami..
Gambar:google
Cantik sangat tau...
betul2 macam krismas tree...lagi cantik dari itu.hehe
memang x nyesal datang sini berbanding Bukit Belimbing tu
Sebab kat sini naik sampan jer, then 1 sampan tu kami ber3 jer 
(+ pengayuh jd 4 ler kan)
So memang enjoy our moment together kat ats sampan tu..
Kalau kat Bukit Belimbing tu dowang guna enjin, mesti x setenang dan sedamai
yg kami rasa..kan?kan?kan? Romantik gitu...

Oh yea...semasa tengok kelip-kelip ni, kita xleh amik gambar berflash
nnti kelip2 tu x nyala...so kamera kami xleh nak capture.
Sebab dah malam sangat, gelap gulita lak tu..
tu yg amik gambar dari google jer tu..

Dhiya pun suka..x abis2 cakap fireflies macam dalam buku Dhiya. hehe.

Dah naik kat jetty

Best..kami enjoy..(opppss, jaket tu hapak tau..huhu)
tapi x puas hati sekejap sangat jer masanya..
x puas lagi tau tengok.

TQ papa for this beautiful moment..i lioookeee.
Memang surprise yg best dan lain dari yg lain.
Papa dah semakin kreatip sekarang ek..hehe


Kami nak balik dah....

Memula ingatkan nak beli FM utk bagi kat kengkawan..
Tapi kan, xder yg cantik ler, tambahan kat situ ada 1 kedai jer yg jual souvenir
so memang mahal gilos. Ada 1 design jer utk FM yg x berapa nak cantik.
Yg lain tu FM biasa yg xder kaintan ngan Firefly Park..x best ler kan?
Xper, nnti kalau pergi lagi kat tempat2 unik camni mama belikan FM..ok??

Psssstt:
Kanda....i tarik balik ler yg dulu, dulu, duluuuuu.... i kata u x romantik langsung.hehe. 
Skang u semakin lompatik ler...semakin kreatip membuat surprise.
(pengalaman mendewasakan ek??)hehe. Vangga i ngan u..
Bertambah2 lompatik bila i dapat ni malam tadi...

Eily MdRozali
bait demi bait
baris demi baris
demi kamu..

youtu.be
lyrics: Setiap nafas yang dihembus Setiap degupan jantung Aku selalu memikirkanmu Dalam sedar dibuai angan Dalam tidur dan khayalan Aku selalu memikirkanmu T...


10000x sukerrrr... luv u kanda. alwizzz n forever. Tq for everything.

Nota kaki:
Secara keseluruhannya...enjoy this besday surprise..
And TQ Dhiya kerana sangat sporting.