Memaparkan catatan dengan label KAWAN2. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAWAN2. Papar semua catatan

Khamis, 18 Ogos 2011

ENTRY PENGHARGAAN BUAT SEORANG SAHABAT

Pernah dengar orang kata
"Perempuan bersepah, tapi isteri susah nak cari?"
Kalau saper pernah tengok cerita budak Kelantan mesti
macam bese dengar ayat tu kan????

Tapi jgn salah anggap, mama bukan nak cerita pasal pompuan
ni nak cerita pasal seorang sahabat.....
Mama nak ucapkan TERIMA KASIH buat seorang sahabat
yg sentiasa ada, sentiasa disisi memberi semangat dan dorongan
sentiasa ada utk mendengar masalah, sentiasa memberi kata2 semangat.
Syukur sangat  kerana dunia  pembloggeran yg mengeratkan kami
Walaupun, dah lama saling kenal, dah lama serasi bersama (chewahh)
tapi hakikatnya kami x pernah lagi bersua muka...
Ajaibkan dunia blogger nih????

Terima kasih x terhingga buat MRS.K...
kerana sentiasa meminjamkan bahu, bila mama menangis
sentiasa mengambil berat, sentiasa bertanya khabar
sentiasa sudi mendengar masalah, dan cerita mama..

"Sedia mendengar.....that's what fren for"
ni sms dari MRS.K, sesungguhnya mama menangis kesyukuran
dikurniakan kawan sebegini.
Saat kesukaran melanda, saat ase jatuh terjelepuk
ada jugak yg sudi menghulur tangan, pimpin supaya kembali berdiri

Terima kasih, Kay...for being such a good fren indeed.
Semoga suatu hari nnti ada jodoh kita berjumpa yea.
Nnti me banja makan2 ek.....


Buat kengkwan lain jugak, tq..kerana sentiasa ada
menjadi penyokong mama, sentiasa ada memberi dorongan.
Hanya Allah dapat membalas jasa kalian semua

Nota kaki:
Buat balas di balas baik..
Semoga hidup kengkawan sentiasa diberi kebaikan

Selasa, 19 Julai 2011

JEJAK KASIH

Dunia ni kecik jer kan? pusing2 putar2 alih2 ke tempat yg sama
Dah kata dunia tu bulat kan??? hehhee.

Nak tau x? Seramai berjuta2 rakyat Malaysia yg ada ni...
Kekadang kita duk dalam 1 gelung tayar yg sama jer,
Bila pusing2, berlaga jugak..itulah hakikatnya dunia ni.
Bila sebut sedunia, atau berpuluh juta tu rasa macam besar sangat dah.
Tapi hakikatnya,................???

Oklah, merapu juh lak, ni mama nak cerita kisah jejak kasih yg giler best.
Tingat lak dulu2, masa memula TV3 siar slot jejak kasih nih.
Bukan men berkerumun depan tv, yg x tahan tu menangis teresak2 kalah yg dlm tv.
Sebenarnya bagus jugak segmen tu kan....
Jom tengok slot mama lak..hahaha

Inilah kisah JEJAK KASIH antara mama dengan MamaAdam..

Kak zimah, pinjam gambar yea.


Ada yg kenal x ngan MAMADAM nih?/ mesti ramai yg kenal kan?
Mrs.Fiza mesti kenal ngan jiran ni kan??? heheh

Xceli ceritanya camnih,
Mama kenal kak zimah ni dah lama, tahun 2000 rasanya.
Mama kwan baik ngan sepupu kak zimah, pernah ler gi umah kak zimah
tumpang wat assignemnt ngan komputer dia..time tu xder lappy lagi.
Pernah ler berkongsi cerita, berkongsi rahsia, makan colek sama2,,haha

Pastu, lama dah lost contact, sampai ler kami terjumpa di alam maya.
Terima kasih kat Mrs.Fiza ler, sebab mama jumpa kak zimah ni melalui blog Fiza.
Alhamdulillah ler, silaturrahim tu terjalin kembali, dah siap add fb masing2.
Ada janji nak menerjah rumah memasing ni. Nak bergosip sampai lebam.
Eiiii...x sabar lak rasanya, indu kak zimah...
Kak zimah ada simpan rahsia besar mama tau..rahsia lama ler. haha

Kalau u oll rasa dunia dah kecik bila kami ni berpusing2 tang tu jer,
sebenarnya dunia ni semakin kecik lagi, bila kami berputar2 lagi.

Nak menjadikan fakta yg dunia itu semakin kecik,
Bila kak zimah dah add FB then bila husband dia tengok mama nyer family pic
husband kak zimah kata dia kenal ngan papa.

u oll jgn terperanjat bila edisi jejak kasih ni sangat unik
upanya hubby kitaorang ni sekampung jer, lagi tepat kampung sebelah2
tapi dekat sesangat ler, pendek kata kalau papa kentut kat rumah tok ma tu
hubby kat zimah di rumahnya komfem bergegar sama.hahaha.
Dah ler gitu saling kenal mengenali lak tu..kwan sekampung ler katakan

Bila mama tunjuk gambar hubby kak zimah kat papa, then tanya kenal x?
Papa kata, 'Ni Staja ni..maner awak kenal dia????"
(betul ker kak zimah, hubby akak dikenali dgn nama itu? ke ada nama glamer lain)
Bila cerita2 semula, papa tepuk dahi jer..adoiii pusing2 dalam bulatan jer kita nih.

Amacam, best x jejak kasih kami??? unik kan?

psssttt: kak zimah, raya tahun ni kami raya kat kelantan, kita beraya bersama2 yea..


Nota kaki:
Kecik jer dunia kami laki bini ni tau...


Antara mama ngan papa ni banyak tau, kebetulan yg sama..
1)ada sorang lagi tu, dia kawan rapat papa masa di maktab, at the same time, org itu senior mama masa sekolah. hadoiiii.


2) kalau u oll kenal kak eliza diana, dia 1 sekolah ngan papa masa form 3, then masa form 4, 5 dia 1 MRSM ngan mama lak, pastu jumpa semula kat blog jugak. Kak Eliza 1jajahan ler jugak ngan papa. huhu


Inilah kelebihan berblog. hehe



Sabtu, 30 April 2011

MEREKA2 YANG BERTUAH

Ai...kengkawang dah bergerombolan tubuhkan kelah mak buyung nih.
Ramai plak tu this year..nnti anak2 u oll selang beberapa hari or minggu jer kan?
Mama jeles ler jugak, sebab mama masih struggle dgn masalah hormon ag.

Anyway tahniah buat NAD dan MAMALIEYNA..


Orang kat penyakit ni berjangkit tau..mereka ni dah dijangkiti
so mintak ler menjangkiti mama plak ek..
Manerlah tau dapat buat team mak buyung bersama MRS.K plak. hehe
Ase jeles jugak, tapi papa kata, jgn plak nak berlumba2 ngan orang
itukan rezeki Allah, setiap dari kita rezekinya berbeza.

(Dr cakap ritu, walaupun ada gangguan hormon, kemungkinan to get preggy ttp ada)
Alhamdulillah, lega ler skit dengar kan.

Buat kengkawan yg sedang preggy tu...
Tahniah yea, jaga diri elok2...Mama doakan agar semuanya dipermudahkan Illahi.
Dari mengandung ni sampai ler bersalin nnti. Jangan lupa doakan mama.


Nota kaki:
Masih ramai kengkawan yg belum Allah bagi rezeki menimang cahayamata, bersyukur apa yg ada.
Sekurangnya dah ada Dhiya Khairina

Khamis, 21 April 2011

JOM DOAKAN IQY

Mesti ramai yg kenal ngan anak teruna Naa yg hencem dan suka sengeh depan kamera ni kan?

Ni dia IRFAN RIFQY..
Sian dia sekrang tengah sakit.

Skang ni anak Naa ni (RIFQY) sedang ditahan di hospital kerana disyaki paru2 dijangkiti kuman susulan demam yg iqy alami bebaru nih.

Sian betul tengok budak kecik admitted tu ward
mesti lebam2, bengkak2 tgn kena amik darah

Semalam mama 'terchat' dengan baba Iqy ni, mama tengok YM Naa online, mama ingatkan Mamarifqy tapinya babarifqy yg on..tapi dari perbualan tu, katanya Iqy semkain aktive semalam berbanding hari sebelumnya.

Jom sama2 kita doakan iqy cepat sembuh...
manerlah tau, suatu hari nnti kita pulak ditimpa musibah,
doa dan sokongan dari kengkawan jugak yg kita perlukan.

Semoga Rifqy cepat sembuh dan ceria selalu.
Semoga Allah sentiasa lindungi Rifqy dan keluarga dari segala kejahatan dunia,
dari segala penyakit merbahaya dan dari gangguan syaitan. Aminnn..


Nota kaki:
Skrang ni macam 1 fenomena tau, bila budak demam jer, kena jangkitan paru2. 
Bimbang lak rasanya kan?


* x dapat bukak FB. x tau status Iqy harini..huhu..semoga bertambah sihat yea, cayang

Ahad, 17 April 2011

DAPAT HADIAH - TERHARU SKALI LAGI

Balik dari mana ntah aritu ada slip POS LAJU tertampal kat pintu.
Tengok nama DHIYA KHAIRINA..aikkkk...rasanya xder menang kontest.
Saper plak yg bagi ni...
2,3 hari slip tu kat atas meja, papa x sempat pegi lagi amik.
X terpikir lak nak call suh buat 2nd delivery.

Semalam, papa gi amik jugak. Mama paksa hokeh.
Sebab hati ni x senang, asyik terpikir dan tertanya2 tentang parcel tuh.

Then, bila bukak...hati sangat tersentuh oooooowww
Masih ada yg sayang gitu, wakakah...terharu dengan ingatan kawan2.

Dapat hadiah besday yg sangat comel dari MRS.K
Terima kasih, dear....atas ingatan dan persahabatan ini.

Nota ini amat menyentuh jiwa...telahpun diframe dan letak ats meja tulis.

Nak tau ker mama dapat aper????


Tirai pintu yg kiut ni..
Xceli nak gantung kat pintu dapur...tapi
Disebabkan hadiah ni, Kay pos skali ngan hadiah besday Dhiya
jadinya Dhiya kata ini dia punyer...so.....
Terpaksa gantung kat bilik dia, yg bilik dia punyer tukar ke dapur..huhu
(sesuai pulak ngan tema bilik pink dhiya.)


Dhiya dapat tabung Princess...
Kat tangan dia tu dah siap ada duit 50sen..x sabar nak letak.hehe


My dear, kay....
Tq so much for this present...hargai sepenuh hati sepertimana i hargai persahabatan dgn u. Walaupun jauh tapi dekat....

Nota kaki:
Siyesly, x pernah terbayang, dunia blogging ini teramat indah...
dapat pulak kengkawan yg ikhlas berkawan...yg ada tika susah senang

DAPAT HADIAH - TERHARU

Tamau banyak bebel...
Nak ucapkan TERIMA KASIH DAUN KELADI kat
Nad a.k.a Mamazakwan kerana sudi bagi hadiah kat mama..
Terharu sesangat...TQ SO MUCH

aishhh..gelap ler plak..


 Cantik pembalutnya...


Tapikan Nad.....sangat sedey bila....



 Frame semua pecah...
Tapi xper, still hepi sebab dapat hadiah...
Papa kata nnti dia repair.

 Rasanya memang terhempap benda berat kot
Sebab frame kemek dan penyedal tu tercabut.

Sebenarnya ada cerita ni tentang parcel dari Nad ni.
Pagi tadi Pos Office call mama, siap marah2 kat mama..
Katanya, len kali jgn lah suruh orang hantar benda yg fragile..
Abis pecah dalam van katanya..berderai kaca sini sana..
(Nampak sangat ler menipukan, xkan ler berderai barai, 
Frame tu kan dalam plastik, paling kurang pun seketul dua jer yg terkeluar..
Mama hangin jugak memula, aper plak nak marah2 ni, mama x tau aper2 pun..
Pastu dia xnak anta rumah tau, suh amik kat pusat serahan, alasannya kaca dah pecah.
Mama paksa gak sruh anto...seb bek ler dia anto..hehe..
Ntah2 posmen tu takut kot, dia yg buat pecah kot..hahaha..jahat.

Walau camner punnnnnn.......................



Dah gantung kat bilik Dhiya..
Letak hasil sand art Dhiya ritu..

Beribu riban lemon TQ tu Nad and zakwan, papa zakwan also....
Semoga persahabatan ini kekal selamanya..Aminnn


Nota kaki:
Rasa bertuah memiliki kawan2 yg baik hati. Sepanajng hidup ni ler first time (asenya) ada org bagi hadiah besday by pos. Tambahan dari kawan yg belum pernah bersua muka. Indah dunia blogging nih.

Isnin, 4 April 2011

DOAKANLAH KEBAIKAN UTK SAHABAT KITA

Dengan internet yg lembab macam kura2 ni
hanya segelintir blog jer yg leh view...so aktiviti BW
terpaksa ler dikurangkan..sabar lagi 2hr utk pulih.

Blog kengkawan yg x banyak gambar, gambar kecik2,
yg senang loading leh ler terjah..ada jugak yg boleh baca
tapi xleh komen..hadoooo..siksa jiwa raga.

Dlm masa berBW tu, terbaca blog sorang sahabat.
Amy Syaquena.
Ya Allah, rasa sebak, keras rasa dada,  nak bernafs pun payah.
Air mata mama ni jatuh menitis laju...
Kesian sungguh sahabat mama tu..dugaan demi dugaan
dan lah diuji Illahi, dapat pulak kawan yg x sepatutnya jadi kawan.
X percaya??? u oll baca nih....

copy paste dari blog Amy
huhu..mulut longkang betul si X nih.

Sedih, sakit hati dan menyesal rasanya kalau ada kawan camnih.
Memang tersentap, kecewa....mama yg baca ni rasa tersentap
apatah lagi Amy sendiri.

Utk pengetahuan semua, Amy baru jer keguguran...
utk keberapakalinya, mama x sure ler, tapi bkn first time
Mama rasa dah banyak kali jugak Amy dapat
kata2 macam ni, selalu terbaca dalam blog n FB dia.
Mama pun kekadang ada jugak terkilan dgn kengkwan yg kekadang tu x paham dengan masalah dan kerumitan yg kt alami, tambahan dengan masalah zuriat ni.


Mama bukannya nak tambahkan luka hati Amy..
Tapi mama nak ajak kawan2 yg kenal mama,
yg baca blog mama ni.........
Jom sama2, kita doakan utk Amy..
Agar Amy segera dikurniakan cahayamata
Agar dia sentiasa bahagia..
Agar tertutup ler mulut manusia yg tak berhati perut ni.
Manalah tau, doa salah sorang dari kita dimakbulkan tuhan.

Buat Amy...
Bersabarlah, Amy
Semoga Allah permudahkan segalanya.
Semoga Allah sentiasa berkati hidup Amy dan suami
Dipelihara rumahtangga Amy..
Diberkati rezeki Amy..
dan dikurniakan zuriat yg sihat.Aminnn...
(semoga Allah mendengar doa saya ni, Amy. Ikhlas dari sorang sahabat)

dan mama terbaca dalam blog MaRyam..
Asenya sesuai utk Amy:


BILA DIRI DIHINA

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenakIstighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) 
  • sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  • Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  •  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  • Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita 
walaupun buruk pada pandangan manusia, 
namun sebaliknya pada pandangan Allah. 
Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. 
Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.


Nota kaki:
Setiap perbuatan yg baik akan dibalas baik..dan setiap yg jahat itu, kejahatan menanti mereka


*Dulu mak mama selalu kata, 1x kita buat jahat kat org, 10x org lain akan buat kat kita. 1x kita buat kebaikan kat org, 10x bahkan berkali2 kebaikan menanti kita.
Renung-renungkan..


*Amy..Mak eily pernah kata, kalau org tanya, naper xdapat anak ag...jawab kat org tu:
"Try awak doa kat tuhan n try tanya, naper Allah x bagi saya anak lagi ek..maner lah tau, Allah bagi akak jawapan sebab dia x bagi saya jawapan lagi,"..huhu ( tu mak ajar eily jawab soalan yg org selalu tanya..hehe)

Isnin, 7 Februari 2011

TETAMU DARI JAUH

Sepanjang cuti sekolah 9 hari nih kan..kami duk sebek jer kat rumah.
Memula kalau ikut jadual, kami akan balik ke Rompin. tapi bila tengok berita N9 dan Rompin
tu ada masalah banjir, takut jugak nak balik. Kg mama x terlibat banjir tuh, 
tapi jalan nak kesana tu..bimbang jugak terkandas.

Kat KL ni plak petang2 ujan, so semua plan nak berpiknik ker nak ke taman ker 
kena ler dibatalkan. Nak layan soping mall ase boring ajer. Bukan ada budget nak soping pun.
Internet xder, so duk ngadap muka papa hari2.hehe. 

Jauh pulak membebel..hehe
Paling x sangka, hari sabtu bebaru ni ada pulak tetamu dari jauh nak datang tau.
Org jauhhhhhhhhhhhhhhhhhh sangat tetamu ni tau.

Nak tau saper yg bertandang ke rumah buruk mama nih?


*



*



tadaaaaaa



Mama najla a.k.a Lelalelord datang umah mama ler
Dari jauhkan tetamunya?
Dari DOHA sana..hehe

Sebenarnya kedatangan Lela ni unplanned pun.
Lela ada antar SMS tanya mama ada kat rumah x? SMS tu kol 11 lebih gitu
Tapi mama baca SMS tu dah kul 12.30 tau.

Memang kalut ler mama, masa mama col lela ada kat KLCC.
Then dia bagitau mama nak datang umah sebelah petang2 skit.
So mama suh ler papa cari mee dan bahan2 basah kat kedai berhampiran nih.
Almaklum ler..barang makanan dalam peti dah semakin kosong, hajatnya nak beli 
kat pasar malam, ahad malam tuh.

Skali papa g kedai, semua barang basah xder, katanya pasar besar tutup sempena CNY.
Mama kalut giler..xtau nak buat aper utk hidangkan kat lela.
Memang dalam peti ada nugget jer tau. Tengahari tu kami makan kat luar ajer.

Then papa bersiap2 nak gi Mydin, tetiba Lela bagi mesej dah sampai kat Summit.
Tau x Summit tu depan umah mama ajer..hadoiiii.
Seb bek ler mama sempat buatkan puding roti, Memang masa idangkan puding tuh
panas ag..x sempat sejuk pun.huhu..
Then goreng ler fish n chicken nugget kat dalam fridge.

Sori lela..x sempat nak idangkan something ys best2 utk makan.
Mama lg kalut jadinya sebab, time Lela datang tu jugak ler Ayahcik Dhiya @ BIL
datang umah..unty ilah pun balik..hadoiii..ramai plak tetamunya.

Mama nak ucapkan terima kasih kat Lela sebab sudi singgah umah mama yg 
x seberapa nih. Utk pengetahuan Lela, sejak kami pindah sini
Lela kawan2 first datang kot, selain saudara mara. huhu
Memang xder ag kengkwan datang, apatah lagi blogger yg x pernah bersua muka.
Terima kasih Lela, jgn serik datang lagi tau.
Pasni, kalau dah planned awal2, insyallah...kami buat lagi baik.huhu



 Dhiya ngan Najla..
sekejap baik sekejap xnak kawan..hehe
budak2, sweet jer
 Masa ni berebut kerusi nak duduk..kelakar ler
Najla sangat ler comelll..kulit dia sangat gebu,
Kena angin Doha kot Lela..hehe

Dapat jugak gambar sekuarga walaupun Najla dah merajuk..
Berebut kerusi kecik tu ngan Dhiya.

Terima kasih yea Lela atas ole2 dari Doha.
Lela punya ole2, terlupa langsung nak sampaikan, kelamkabut masa nak balik tuh.
Melayan Najla yg dah grumpy...nnti eily pos ek. Memang dah sediakan.
Maklumler tetamu first mama..mesti diraikan..


Nota kaki: 
Seronok menerima tetamu...dan lela dah jadi saksi setiap dinding yg diconteng oleh Dhiya.hehe

Khamis, 27 Januari 2011

KISAH LUCU DALAM KENANGAN

Semalam mama dapat mesej dari sorang kawan lama..
Kawan baik masa mama duk U dulu..memang best buddies ler..
Segala aktiviti memang kami buat bersama, samada yg berfaedah atau x berfaedah..
Then dia bagitau mama dia silent reader blog nih..

So mama nak share something, yg semestinya buat kawan mama ni gelak x kering gusi 
kalau dia teringat kat menda nih..dah lama dah ni, tapi utk rewind kenangan kan..hehe

jom layan cerita lucu nih..hehe

Tijah budak kampung, tapi bekerja di Kuala Lumpur


Biasalah bila sudah duduk "town", mula lupa asal usul. Pakaian seksi maut, bercinta pula dgn lelaki mat saleh. Ke hulu ke hilir menayang boyfriendnya yg bermata biru. 

Punyalah eksyen si Tijah, hinggalah suatu hari dia ternampak lelaki Inggeris tadi dgn wanita lain yg lebih cantik dan bergaya daripadanya. Tijah menangis tiga hari tiga malam. Pada malam ke empat, Tijah mengambil sehelai kertas dan menulis surat untuk memutuskan perhubungannya dgn lelaki mat saleh tadi yg baru sebulan dikenalinya. 

Begini bunyi surat yg ditulis oleh Tijah binti Kulup Kecil , yg berjaya "dicuri" .. 


Mike... . 


I WANT TO CUT CONNECTION US. 



I have think about this very cook-cook. I know I clap one hand only. Correctly, I have seen you and she walk-walk together at town with eyes myself. You grab hand she. 



You always ask for apology back-back. I don't trust you again! You are really crocodile land. 
My friend speak you play wood three. First-first I think my friend lie me. But now I know you correct-correct play wood three. 
So, I break connection to pull my body from this love triangle. I know this result I pick is very correct, because you love she very high from me. 



So, I cut this connection to go far from here. I don't want you to play-play with my liver. 
I have been crying until no more eye water thinking about you. I don't want banana to fruit two times. 



Safe walk.. Tijah


Well...miss kawan2 masa kat u dulu so much..
bilalah agaknya kita akan jumpa semula..
Me, u, Mila n Fizah..dan x lupa k.Zura...
frenship forever kan???.....sedar x sedar dah over than 10years kita bersahabat
Syukur kita x putus hubungan..

Ahad, 16 Januari 2011

TERIMA KASIH NAD@MAMAZAKWAN

Semalam keluar ke Pusat Serahan Subang Jaya..
Nak amik pos laju...
Xtau ler camner leh termissed pas laju nih...secara am nya mama sentiasa ada kat rumah.
Xder la plak dgr org ketuk2 pintu. Mungkin masa tu mama dalam tandas kot..huhu

Terpikir jugak ler kan....Saper ler yg anta Pos Laju nih..
Puas pikir2, x dapat gambaran pun.
Tu la, banyak sangat makan semut kot...sedangkan Nad dah remind dah yg dia dah pos hadiah.
huhu..

Masa amik tu, senyum sorang2 bila tengok pengirim adalah NAD@mamazakwan.
Hadiah kontest teka2 nad nak gi kemana minggu lepas.

Inilah hadiah pertama kot mama dapat tahun nih.

Jom tengok



Dapat GAP pyjama
Sangat sukerrrrrr....
TQ Nad...

Dhiya x sabar2 nak pakai, basuh dulu pun x sempat. huhu
Sibuk tanya..
"saper bagi hadiah Dhiya ni, mama?"

Mama jawab kawan Dhiya bagi..
tanya lagi 
"Kawan maner mama?"

LAst2..bukak blog Nad, tunjuk gambar Zakwan..

"Kawan yg ni bagi.."

"Hurrrmmmm...baiknya kawan Dhiya, mama"//
Itu respon Dhiya.

Dhiya ngan baju tido barunya




To Zakwan dan Mamanya
Terima kasih dari kami sekuarga..
Sangat suker hadiah itu..




Nota kaki:
Mama n papa duk risau nih, tokma masuk wad kat kg..HUHU...Masa ad kat sini xder lak tokma masuk wad, bila tinggal kat kg, masuk wad..alahaiii....mesti x jaga makan nih..

Sabtu, 8 Januari 2011

RALAT

 Hari ini mama nak wat entry ralat @ minta maaf
Haa..mama ada wat salah aper?? ade guris hati saper2 ker??? 
teka2 cepat..haha





Berikut adalah mereka2 yg mama nak hulur sepuluh jari mohon maaf

Pertamanya:

sebab................




kotak ni:



Kotak ni dah ada berkurun lama kat umah mama. (berkurun lama??? hadusss)
Mama ada janji yg x terlunas kepada mama najla nih..
Nak tahu aper????

Pernah baca x entry: ada apa dgn jalen?

Haaaa...sebenarnya kicap ni mama nak pos ke DOHA nak menemui si kenit Najla
Ariru Lelord ada kata dia kehabisan kicap, kebetulan masa tu ada kawan mama yg duk Doha nak balik sana.
So, mama tawarkan diri nak pos kan utk Lelord melalui kwan mama tuh.
Tapi malangnya, time mama call, kawan mama kata dia dah duk airport..huhuhu
x sempat ler nak pos melalui kawan mama tuh.
But mama kan dah janji, so mama nak jugak pos..nak wat courier ler.
Sampai kat jabat pos, org kat kaunter tu kata, x boleh pos makanan ke Qatar, kajaan Qatar x bagi.

Dengan hampanya mama bagitau lelord, tapi lelord kata sebelum ni segala macam makanan 
adik dia pos ke Qatar tu okey ajer...
Ada kawan tu, siap pos budu ag..boleh ajer....
Aissshhhh biar betulll...tapi gi pejabat pos memang dia kata Kerajaan Qatar x bagi masuk makanan.
Mama ingatkan nak bawak balik kg kotak ni, nak pos melalui pejabat pos kat kg mama
pekerja kat situ ada yg kenal, so nak kautim beaikk punyer...
But....xder rezeki lelord kot, mama tertinggal kotak ni kat rumah masa balik kg.

Bebaru ni, mama dengar Lelord nak balik Mesia akhir bulan ni...sedeynya mama.
x dapat tunai janji...

Buat lelord:
Kalau u baca, antar ler alamat kat Mesia..i pos jugak kicap ni..
Sowi, bukan nak mungkiri janji tau, tapi keadaan yg buat ia terbengkalai.




then....... kotak2 ni:


Ni hadiah utk Pemenang2 'Contest Pecah Tabung' aritu
Masih x pos lagi, tapi semuanya dah ready.

Alkisahnya, mama ingatkan nak cari hadiah special dari kampung.
Kat kg mama ada sorang pakcik ni dia pandai wat hiasan guna bahan2 semulajadi,
Mama ingatkan nak tempah tabung dari buluh ngan tempurung kelapa utk pemenang..
Sebab tu masa wat entry kemenangan tu mama ada tulis, sory lambat skit sebab nak balik kg dulu.

Mama tanya ler abah mama pasal tabung tu..
Nak tahu aper abah mama kata???

"Nak buat camner musim ujan2 nih. Nak jemur camner buluh ngan tempurung tu. PAstu nak syelek, cat semua tu..camner nak kering"

oppppsss...betul jugakkan??? so xder rezeki ler kali ni.
Mungkin lain kali, boleh buat hadiah tu.

So mama beli hadiah biasa2 jer...setakat yg mampu yea kengkawan.

Tapi, mama x sempat nak pos lg sebab mama nak pos skali ngan hadiah contest mamariiqy.
Semuanya dah ada cuma lum balut kotak ag.
Lagipun mamaiqy ada kirim 1 barang ngan mama ni, so ingat weekend ni nak cari dulu
boleh pos skali jer..maklum ler pejabat pos bukan dekat. hehe

Hari isnin yea..mama suh papa pos



nota kaki:
Kita hanya merancang Allah yg menentukan...

***lelord xper ker revealed alamat tuh????...sowi...

Selasa, 28 Disember 2010

BILA SIFU AJAR, KITA IKUT JER..

Sebelum balik kampung ritu, pernah buat puding roti + jagung
pastuh kak ayu a.k.a ibu damia ada pulak wat puding roti ala ibudamia ler..
terliur betoi tengok, cantik jer...x macam yg mama buat..hehe

So balik kampung, kat umah tokma kat kelate tu ramai penduduk..hehe
Anak2 kakak ipar ada kat situ, so nak try ler resepi ibudamia ni
Nak jamu anak2 sedara makan..
Dowang dengar nak buat puding, bersorak kan main ag..haha

Dan yg paling bestnya, puding itu menjadi dan rasanya amat lah mebeles..
memang mama ikut step by step arahan sifu kak ayu nih..hehe.

TQ kak ayu kerana share resepi puding roti yg amat best ituh...
Mama ni, kalau ibudamia post entry resepi, memang komfom mama ikut
sebab setakat ni menjadi dengan jayanya
dan yg penting rasanya amat mebeles..hahaha

Kalau u oll nak resepi puding roti nih
silalah terjah

http://ibuayahdamia.blogspot.com/2010/12/puding-roti-karamel-bersos-coklat.html

copy ler resepi ibudamia itu step by step kompem jadi..hehe

Mama hanya sempat snap separuh jalan jer
malu ler asyik nak menyenap depan mak mertuadan ipar duai..hehe


ni tengah kukus
Budak2 x sabar nak tunggu masak


Dah siap...
Memula ingatkan nak masuk fridge dulu
nak makan time sejuk..
tapi sorang anak sedara masuk dapur tanya bila leh makan
selang seminit sorang ag tanya bila leh makan

last2, mama potong jugak
kesian lak dowang dah xcited kan??


u oll x terliur ker????
mama tengah wat entry ni pun, ase nak buat sekali ag..hehe
tapi yg mama buat nih, bahagian hijau tu dah nak bercampur..hehe
xpelah..janji sodap..boleh diimprovekan lagi


Mengikut sifu, last skali kena sudahi ngan toping sos coklat
tapi kat umah mak mertua ni xder sos coklat
makan camni pun sodap tau....

tapi.....last2 minit..
puding ini bertukar jadi camnih...


*





*






*







Mama jumpa coklat rice dalam peti
so hentam sajer lah...jnji coklat kan??
hahaha

rasanya masih ada umppppppphhhhhh!!!

So kengkawan silalah copy resepi dari ibudamia..
kompem korang x nyesal
My bigboss (papa dhiya) give me 9/10
1 point ag katanya, tunggu wat kat rumah guna sos coklat..hehe





Nota kaki:
sekelip mata saja licin tau...
pasni nak try resepi mi celup ibudamia lah..

Isnin, 22 Mac 2010

COMEL SUNGGUH BABY INI

Tahniah buat Tuan Azrol Effendy dan isteri atas kehadiran orang baru dalam kehidupan mereka. Baby mereka sungguh comel dan diberi nama Adriana Aneesa. Tuan Azrol ni kawan baik papa...

 Adriana Aneesa binti Azrol Effendy..
(gambar2 hari pertama melihat dunia)
 comel kan? mata bulat hitam, bibir merah dan mungil, idung mancung sangat..putih plak tu
sungguh indah kejadian tuhan
 selepas bebrapa jam lahir dah pandai senyum..:) geram sungguh

Ni mama n papa baby cute (Adriana)..baby sebijik muka mama dia kan?

Tahniah sekali lagi buat kalian berdua, moga dengan kehadiran Adriana Aneesa ni, rezeki makin bertambah dan makin mengeratkan hubungan suami isteri kalian berdua. Anak adalah permata dalam kehidupan............