Isnin, 4 April 2011

DOAKANLAH KEBAIKAN UTK SAHABAT KITA

Dengan internet yg lembab macam kura2 ni
hanya segelintir blog jer yg leh view...so aktiviti BW
terpaksa ler dikurangkan..sabar lagi 2hr utk pulih.

Blog kengkawan yg x banyak gambar, gambar kecik2,
yg senang loading leh ler terjah..ada jugak yg boleh baca
tapi xleh komen..hadoooo..siksa jiwa raga.

Dlm masa berBW tu, terbaca blog sorang sahabat.
Amy Syaquena.
Ya Allah, rasa sebak, keras rasa dada,  nak bernafs pun payah.
Air mata mama ni jatuh menitis laju...
Kesian sungguh sahabat mama tu..dugaan demi dugaan
dan lah diuji Illahi, dapat pulak kawan yg x sepatutnya jadi kawan.
X percaya??? u oll baca nih....

copy paste dari blog Amy
huhu..mulut longkang betul si X nih.

Sedih, sakit hati dan menyesal rasanya kalau ada kawan camnih.
Memang tersentap, kecewa....mama yg baca ni rasa tersentap
apatah lagi Amy sendiri.

Utk pengetahuan semua, Amy baru jer keguguran...
utk keberapakalinya, mama x sure ler, tapi bkn first time
Mama rasa dah banyak kali jugak Amy dapat
kata2 macam ni, selalu terbaca dalam blog n FB dia.
Mama pun kekadang ada jugak terkilan dgn kengkwan yg kekadang tu x paham dengan masalah dan kerumitan yg kt alami, tambahan dengan masalah zuriat ni.


Mama bukannya nak tambahkan luka hati Amy..
Tapi mama nak ajak kawan2 yg kenal mama,
yg baca blog mama ni.........
Jom sama2, kita doakan utk Amy..
Agar Amy segera dikurniakan cahayamata
Agar dia sentiasa bahagia..
Agar tertutup ler mulut manusia yg tak berhati perut ni.
Manalah tau, doa salah sorang dari kita dimakbulkan tuhan.

Buat Amy...
Bersabarlah, Amy
Semoga Allah permudahkan segalanya.
Semoga Allah sentiasa berkati hidup Amy dan suami
Dipelihara rumahtangga Amy..
Diberkati rezeki Amy..
dan dikurniakan zuriat yg sihat.Aminnn...
(semoga Allah mendengar doa saya ni, Amy. Ikhlas dari sorang sahabat)

dan mama terbaca dalam blog MaRyam..
Asenya sesuai utk Amy:


BILA DIRI DIHINA

DIAM dan SABAR. Sememangnya susah dan sukar untuk kita lakukan bila kita dihina, diumpat, dikeji, difitnah atau dimalukan lebih-lebih lagi khalayak ramai, di pejabat atau dalam masyarakat. Namun itulah tindakan yang terbaik bagi kita. Bila kita menjawab balik hinaan yang dilontarkan pasti bukan kita yang bercakap tapi yang "bertanduk dua" yang sedang menguasai akal fikiran kita pada masa tu. Jadi, seeloknya kita diam sejenakIstighfar di dalam hati banyak-banyak dan ingatkan diri kita supaya bersabar menghadapi hinaan yang dilontarkan.

Dalam situasi bila mana kita terasa diri kita sangat lemah umpama anak ikan yang dikelilingi oleh jerung-jerung kelaparan kita tidak tahu apa yang harus kita lakukan. Untuk tujuan itu, saya ingin kongsikan sedikit panduan dalam menghadapi keadaan bila mana kita dihina. Antaranya ialah:
  • Orang yang menghina kita dengan menggunakan perkataan yang teruk (Contohnya bangang, bodoh, gedik dan sebagainya) 
  • sebenarnya sedang mendoakan keburukan itu untuk dirinya, suami atau isteri mereka, ahli keluarga, adik-beradik dan lebih parah lagi sebenarnya mereka mendoakan untuk anak-anak mereka. Nauzubillah.. 
  • Sebenarnya cacian dan hinaan yang dilemparkan itu adalah RAHMAT daripada ALLAH. Kenapa? Sebab setiap hinaan yang dilontarkan kepada kita adalah penghapus bagi setiap dosa-dosa kita semalam. Lebih beruntung lagi kita akan dapat banyak pahala percuma. (Tapi dengan syarat kita kena sabar dengan apa yang berlaku) 
  • Ingatlah bahawa ada HIKMAH di sebalik setiap dugaan dan cabaran yang kita hadapi. Sebenarnya Allah hendakkan hamba-Nya kembali kepada-Nya. Mengadu kepada-Nya lantaran sebelum ini kita semakin jauh, lalai dan lupa kepada-Nya.
  • Bila kita difitnah, kita akan tak dapat tidur malam lantaran memikirkan tentang fitnah yang dilontarkan kepada kita. Maka, kita dengan sendirinya akan bangun bertahajud setiap malam mohon kepada Allah agar diberi ketenangan, kemaafan dan keampunan dari-Nya sepanjang hidup ini.Kesan daripada itu (Sentiasa bertahajud selalu), hati akan menjadi semakin tenang dan bahagia walaupun dikelilingi orang yang sentiasa mencari salah kita dan orang yang tidak mahu memandang wajah kita. 
  •  HIKMAH dan REZEKI yang melimpah ruah menanti kita di sebalik ujian tersebut. Contohnya Allah permudahkan segala urusan kita. Allah pertemukan kita dengan rakan-rakan yang mulia hatinya, rakan-rakan yang boleh membantu kita menjana ekonomi kita dengan lebih mantap, pasangan yang memahami dan menyayangi kita dengan sepenuh hatinya, anak-anak yang baik, keluarga yang memahami dan pelbagai lagi.
  • Kita juga akan menemui dan dapat menilai siapa sahabat kita yang sebenar dan siapa musuh kita. Cara dan gaya hidup kita pun mungkin akan berubah ke arah lebih baik dan lebih bermotivasi. Mungkin sebelum ni kita susah nak baca buku-buku yang bermanfaat. Mungkin kita juga berpeluang mengenali tokoh-tokoh motivasi yang hebat yang terkenal di seluruh dunia. (Contoh : Dr Aidh Abdullah Al-Qarni, Imam Ghazali dan lain-lain). Selain itu, kita juga akan mampu untuk menjadikan diri kita insan yang sangat kuat, tabah, sabar dan mengubah seluruh pemikiran dan idea kita selama ni.

Pendek kata, apa yang berlaku pada kita 
walaupun buruk pada pandangan manusia, 
namun sebaliknya pada pandangan Allah. 
Fikirkanlah bahawa semua yang berlaku adalah RAHMAT ALLAH. 
Insya-Allah hidup kita lebih tenang, bahagia dan sangat matang. Insya-Allah.


Nota kaki:
Setiap perbuatan yg baik akan dibalas baik..dan setiap yg jahat itu, kejahatan menanti mereka


*Dulu mak mama selalu kata, 1x kita buat jahat kat org, 10x org lain akan buat kat kita. 1x kita buat kebaikan kat org, 10x bahkan berkali2 kebaikan menanti kita.
Renung-renungkan..


*Amy..Mak eily pernah kata, kalau org tanya, naper xdapat anak ag...jawab kat org tu:
"Try awak doa kat tuhan n try tanya, naper Allah x bagi saya anak lagi ek..maner lah tau, Allah bagi akak jawapan sebab dia x bagi saya jawapan lagi,"..huhu ( tu mak ajar eily jawab soalan yg org selalu tanya..hehe)

26 ulasan:

- berkata...

as-salam...
kalo org tanye kenapa x de anak lg..ckp kat org tu balik...apakata tlg doakan saya utk dpt baby..mana tau doa saudara/saudari Allah makbulkan..insyaAllah...
jgn le ckp tanye Allah...mcm x puas hati plak dgn Allah sbb x bg anak...ada hikmah di sebaliknya...
maaf ye..sekadar pandangan diri ku yg x seberapa ini....

Unknown berkata...

kejam sungguh yg bertanya tu kan?tidak kah dia terfikir nasib,rezeki ni tuhan yang tentukan bahagian masing2..

KatekateKite berkata...

ei....

peliknyer...

ade jugak yea orang macam tu... =.='

*kite selalu risau, takut jugak, tatau lagi pemberianNYA...

amirah berkata...

siannya amy..tk patut betul la tnya soalan mcm tu..sy doakan moga amy dpt zuriat sendiri lepas ni yg comel dan sihat..

alinalan berkata...

Semoga Amy kuat , Tabah & sabar yer. Semoga dipermudahkan segala urusan Amy terutama skali tuk cepat2 dpt zuriat... setiap yg berlaku ada hikmat yg tersendiri. pk2 kan yer..

nice sharing Eily. I like!

Unknown berkata...

amboi lasernya mulut org tu..
stp apa yg berlaku ada hikmahnya dan setiap perbuatan yg kita lakukan tk kira baik atau buruk ada balasannya..

sama2lah doa utk kebahagiaan amy dan beroleh rezeki plg bernilai dlm dunia iaitu zuriat

Kak Amy berkata...

As'salam dear ,

Firstly terima kasih tak terhingga dengan doa dan kata2 semangat yang awak berikan. Jujur amy katakan , menitik air mane amy membaca entri awak..x sangka masih ada teman yang memahami amy.Terharu sangat! walaupun kita tak pernah jumpa tapi amy sangat bersyukur di temukan dengan kawan2 di alam maya nie..alhamdulillah bersyukur ke hadrat illahi..terima kasih sekali lagi eily..

edane berkata...

susahnya mnusia kalau jenis tak tahu jaga hati perasaan org lain. btw life is karma...

mamaarifakeemaisy berkata...

ya Allah..sampainya hati..kalau gitu gaya kawan, baik takyah ada kawan..hu~ makin menmbah parahkan lagi keadaan...sanggupnya dia kata camtu kt seorang kwn..hissh..mintak simpang ada kwn cenggini..hu~..

apapun hrp kwn eily tabah dan Insyaallah berkat doa selalu dr diri sendiri dan sahabat2, Allah makbulkan doa..semua ketentuan Ilahi, ada sebab kenapa begitu dan begini..

sedihlah~ ada kwn cenggini..hu~

aS_c0mei berkata...

tak reti aku nak ckp apa.sedih la ada org camni.nape la sampai hati nak ckp camtu.otak tak pakai ke apa.haih lah...

Monahiryanti berkata...

sedih dngr cerita amy tu.. sama mcm mona jugak.. still takde anak.. n still orang sekeling bercakap pasal benda2 ni.. ape, diorang ingat kami takde perasaan ke? setiap kali nampak org mengandung, menitik air mata ni tau.. tuhan je yang tahu macamana rasa azabnya.. kawan2 tolong doakan saya jugak ye..

dear anies berkata...

ek eleeeehhh ni bkn mulut longkang da...ni mulut spesis IWK or Alam flora. mcm bgs nk kata org. tgk je la nnt kalu tuhan nk balas: CASH ON DELIVERY!

Wansteddy Tales berkata...

kawan walau rapat xrapat. kenal baru kenal lama. kenal dr keturunan hatta dr selisih tepi jalan. haruslah sama2 mendoakan yg terbaik buat kawannya. buat semasa muslim sesama manusia walau berlainan agama. kejadian yg menimpa kawan eily ni ada hikmahnya. manalah tahu dr kekecewaan begini Allah berikan ganjaran yang banyak utknya. sama2 kita doakan yang baik2 utk beliau. dan semoga beliau dipermudahkan dlm segenap urusan, amin...

Jumie Samsudin berkata...

Ya rabbi....kuatkanlah hati Amy.....gila kalau aku dapat pompuan yang carut kat atas tu memang dahlama dia makan nasik dua kupang tak habis.

juelee berkata...

ya allah ada gak org yg tak jaga mulut gini..
huhu saya ni kan kalau tau kawan tu kawen dah lama takde anak, takkan sekali2 tanya pasal anak.. takut die terguris ati, biar die je yg cete sndiri.. huhu
anak tu rezeki allah, percayalah ada bahagian die nanti..

papepun, kite sesama doakan..

cik chinta berkata...

salam, berani nya dia cakp camtu, sabar jela

sarah-najwan berkata...

semoga amy terus tabah..
sebagai sahabat alam maya ini..sama2lah kita mendoakan kesejahteraan dan kebahagiaan amy..

Rina Rahamat berkata...

apalah punya kwn mcm tu ek..seronok tgk kesusahan org lain la tu..

Heart of Roses berkata...

Eii.. tak patotnye cakap cmtu kat kwn sendri..emm.. akui sangat sekarang nk cari kawan sejati susah.. tp suka dgn ayat-ayat smangat tu.. memang betul pn.. sabar dan diam 2 jalan yang terbaik.. =)

Myra Jay berkata...

Mmg mulut org takleh ditutup tp kita kena juga menjaga hati dan perasaan orang....huhuu..

Ayu Zarina berkata...

memang dasyat betul yer pompuan X ni...kalau suami suka buat hal..beranak 8 pun tetap cari yg lain...tapi kalau suami setia dan percaya pada qada' dan qadar, tak der anak pun boleh bahagialah....

haishhh...tak sayang mulut betul pompuan x tu...

zati embong berkata...

semua 2 dah tertulis kan kak.jalan cerita kita semuanya dah di tetapkan. sebagai manusia,kita xlayak nak mempersoalkan ketentuan Allah.

munna berkata...

munna pun doakan yg terbaik buat amy syaquena

hezrina83 berkata...

eeei gerammm nurul baca tau..sebenarnya kalau ikutkan nurulpun masa mudalagi doktr kata esk kalau kawin dapat anak lambat n maybe rahim tak kuat sb mslah pompuan tapi allah maha mengatahui..adaker budak tuh kata amy mandol?tak sekolah ape?kalau mandul mana datangnya preggy2?bg nurul sebagai sesama manusia n sesama wanita mybe..kita patut jaga mulut sb aper yang kita cakap bg balik pd diri kita..tak tpk ker kalau satu hari nnt kita diuji bertalu2?sedangkan sb ape allah uji?sb dia sayangkan hambanya nak hambanya lagi dekat ngan DIA...

takper nurul akan doakan amy supaya ALLAH memberikan zuriat yang sempurna n terbaik utk suami isteri ini..

Diyana berkata...

huhu....pergh....busuk gile mulut kawan amy ni.kuang ajar.dia tatau ka,kalau dia ada anak 10 pun, kalau sekelip mata Allah nak tarik..kejap je boleh jadi. hish...lambat cpt ke org tu dpt anak, bukan kerja kita.Kita hanya mampu berusaha ...isk.emo la plak pepagi ni.

kayyana berkata...

amin... kenapelah ada org mcm tuh.. tak baik tau.. soal cahaya mata ni soal yg sgt sgt sensitip... mcm akak kt opis yana ni..ada sorang akak tu dah kawin dekat 7 tahun tp masih belum ada rezeki nk dpt baby.. tp kami seboleh-bolehnye taknak bukak story anak ni depan die.. takut die terasa tau.. takpelah. kami simpan dulu citer anak2 kami.. kami citer hal2 lain je klu die ade.. kami taknak die terluka.. tp knp ada org sanggup ckp mcmtu je,., yana doakan mudah-mudahan sahabat kite tu akan dpt cahaya mata.. kembar lagi.. AMIN