Jumaat, 29 April 2011

AYAT PELINDUNG DARI SIHIR

Hidup dizaman di penghujungnya ni, bermacam2 dugaan yg ada.
Termasuk jugaklah dugaan datangnya dari manusia yg berhati busuk..
Kengkawan, ni mama nak kongsikan antara ayat2 pelindung dari gangguan syaitan dan amalan ilmu sihir.

Kekadang tu, kita x sedar pun ada yg iri hati dengan kita kan?
Iri hati dengan kebahagiaan kita, iri hati dengan kehidupan kita.
yg iri hati sebab cinta x berbalas pun ada tau...huhu

So hati2 ler yea..kengkawan..Musuh sebenarnya ada di mana2..
Semoga Allah sentiasa lindungi kita semua dan keluarga dari gangguan syaitan
dan dari sifat keji dan kejam manusia sekeliling kita.


.) Al-A'Araf ( Surah 7 : Ayat 117-122 )


وَأَوْحَيْنَا إِلَى مُوسَى أَنْ أَلْقِ عَصَاكَ فَإِذَا هِيَ تَلْقَفُ مَا يَأْفِكُونَ (117) فَوَقَعَ الْحَقُّ وَبَطَلَ مَا كَانُواْ يَعْمَلُونَ (118)فَغُلِبُواْ هُنَالِكَ وَانقَلَبُواْ صَاغِرِينَ (119) وَأُلْقِيَ السَّحَرَةُ سَاجِدِينَ (120) قَالُواْ آمَنَّا بِرِبِّ الْعَالَمِينَ (121) رَبِّ مُوسَى وَهَارُونَ | 122
Dan kami wahyukan kepada Musa: "Lemparkanlah tongkatmu!" Maka secara tiba-tiba tongkat itu menelan apa yang mereka pura-pura adakan (117). Kerana itu nyatalah yang benar dan batallah yang selalu mereka kerjakan (118). Maka mereka kalah ditempat itu dan jadilah mereka orang-orang hina (119). Dan ahli-ahli sihir itu secara serta-merta bersujud (120). Mereka berkata: "Kami beriman kepada Tuhan semesta alam (121). Iaitu Tuhan Nabi Musa dan Nabi Harun (122). 


2.) Yunus ( Surah 10 : Ayat 81-82 )


فَلَمَّا أَلْقَواْ قَالَ مُوسَى مَا جِئْتُم بِهِ السِّحْرُ إِنَّ اللّهَ سَيُبْطِلُهُ إِنَّ اللّهَ لاَ يُصْلِحُ عَمَلَ الْمُفْسِدِينَ (81) وَيُحِقُّ اللّهُ الْحَقَّ بِكَلِمَاتِهِ وَلَوْ كَرِهَ الْمُجْرِمُونَ | 82
Musa berkata: "Apa yang kamu lakukan itu, itulah yang sihir, sesungguhnya Allah akan menampakkan ketidak benarannya." Sesungguhnya Allah tidak akan membiarkan terus berlansung pekerjaan orang-orang yang membuat kerosakan (81). Dan Allah akan mengukuhkan yang benar dengan ketetapan-Nya, walaupun orang-orang yang berbuat dosa tidak menyukainya (82). 

3.) Thoha ( Surah 20 : Ayat 69 )


وَأَلْقِ مَا فِي يَمِينِكَ تَلْقَفْ مَا صَنَعُوا إِنَّمَا صَنَعُوا كَيْدُ سَاحِرٍ وَلَا يُفْلِحُ السَّاحِرُ حَيْثُ أَتَى | 69
Sesungguhnya apa yang mereka perbuat itu adalah tipu daya tukang sihir (belaka). Dan tidak akan menang tukang sihir itu, dari mana saja ia datang (69).

Semoga memberi manfaat kepada semua di pagi jumaat yg indah ini.
Jadikanlah amalan yea...setiap kali solat mintalah perlindungan Allah.



Nota kaki:
Pernah lihat saat2 getir sepupu menghabiskan hayat, tersiksa kerana perbuatan sihir.
Muntah keluar paku, mata buta tiba2, badan panas 40c sepanjang masa. Setiap kali bangun tido badan penuh dengan kesan umpama kena cakar. nasi tetiba ada ulat. Kesian sangat teringatkan arwah..

4 ulasan:

mamaarifakeemaisy berkata...

thanks for sharing eily~ mmg benda ni tak mustahil berlaku dgn kita or org sekeliling kita kan..harus beringat sblm terkena~

tapi serius seram ..eily penh berhadapan dgn org yg terkena sihir..issh takutlah~ huu~hrp2 kita2 ni dijauhkan la...Alfatihah buat arwah~

amirah berkata...

jahat la siapa yg buat sihir ni..memang Allah laknat.moga kita semua dijauhkan dr sihir2 ilmu hitam segala ni..

Monahiryanti berkata...

hmm,kdg2 takut jugak bila pikirkan pasal benda ni.. ye laa, kita tak tau org nak dengki kita ke apa ke kan.. jadinya, lebih baik kita bersedia dengan pelindung..

MamaRifqy berkata...

sharing is caring, DEAR!!