Jumaat, 1 April 2011

BABAK MENITIS AIR MATA-SEMANIS KURMA

Malam tadi tetiba hati tersentuh amat masa tengok
rancangan SEMANIS KURMA
Menitik2 air mata masa dengar cerita penutup
dari Ustazah Siti Norbahyah
Tajuk semalam ialah TANGGANG MODEN, salah siapa?

Terus amik telefon rasa nak call mak....
Tapi tengok jam dah lewat, mak kat kampung tido awal
kang call jugak ganggu tido dia, pastuh takut dia terkejut ingatkan emergency malam2 tetiba call...

Pagi ni, pas papa gi kerja terus call
Lega dapat mintak maaf ngan mak
Mintak ampun segala dosa lalu, maklumler masa muda2 dulu
banyak jugak asenya buat salah,
banyak jugak asenya sakitkan hati mak tanpa sedar dan sedar..huhu
jiwa remaja ler katakan..

Bukan x pernah mintak maaf....selalu
tapi semalam memang hati tersentuh ngan cerita:

"seorang anak yg sebelum ni pernah derhaka ngan ibunya
tetiba waktu nak bersalin, suaminya tiada di sisi, 
hanya si ibu yg pernah didrehakainya dulu menemani di luar wad..
Tapi dia sukar utk bersalin...hinggalah dia tumpah darah...
then ketika doc kalut nak ganti darah, ibunya mintak didermakan darahnya
supaya darah yg mengalir dalam badan anaknya tetap darahnya


Malangnya bila si anak sedar betapa sukarnya menjadi ibu
sedar yg dia amat berdosa dengan ibunya..
belum sempat dia mintak maaf, ibunya sudah tiada
sejurus selepas mendermakan darah tu"

Mama x pandai ler nak bercerita,
Tapi memang sedih giler cara ustazah NorBahyah cerita
Dia sendiri pun sebak dan nak menangis masa bercerita tuh..

U oll tengok x semalam????
Kalau ada peluang, silalah tengok ulangannya..
Mesti tersentuh hati, mesti menangis punyer..

kenangan ngan mak masa Konvo 

* Mak, saya tahu banyak salah dan silap saya kat mak. 
Saya tahu banyak kekhilafan saya dulu..
mungkin saya pernah buat mak menangis, 
mungkin saya pernah buat mak kecewa, 
mungkin saya pernah buat mak sedih, 
mungkin saya pernah mengecilkan hati mak...
Ampunkan saya, mak, ampunkan saya....
Walau sekecil mana pun salah dan dosa saya 
tolong ampunkan saya. 
Saya betul2 sedar, betapa sukarnya menjadi seorang ibu...
Apatah lagi ibu beranak 6. 
Yang dulu hidup dalam serba kekurangan....


Semoga Allah sentiasa melindungi mak...
Sentiasa diberikan kesihatan yg baik, 
dipelihara dari segala penyakit, 
dari segala kejahatan syaitan dan dunia.
Semoga mak dipanjangkan usia, agar saya dapat berbakti pada mak 
Semoga semua amalan mak diterima, 
dan mak menjadi penghuni syurga..Aminn
(Harap nnti mak akan baca entry ni, kalau x pun, Dhiya akan baca...semoga dia amik pengajaran)


Doa2 dalam SEMANIS KURMA semalam:
Ayat doa 1: Doa Nabi Ibrahim


Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku anak yang terhitung dari orang-orang yang soleh! As-Saffat, Ayat 100

Ayat doa 2: Doa Nabi Zakaria


Ketika itu Nabi Zakaria berdoa kepada Tuhannya, katanya: Wahai Tuhanku! Kurniakanlah kepadaku dari sisiMu zuriat keturunan yang baik; sesungguhnya Engkau sentiasa Mendengar (menerima) doa permohonan. Ali-Imran, ayat 38





Nota kaki:
Sekrang ni ramai anak yg jadi Tanggang tanpa kita sedar,,
Si suami lebihkan isteri dari ibu, si isteri pulak lebihkan ibu dari suami..Renungkanlah..


* X suka ngan iklan sijil simpanan premium BSN kat Radio, nampak sgt ketepikan ibu dari isteri; skali ibu berkecil hati x berkat rezeki..
Ala iklan yg "Man, mak kecik hati dengan kamu, ayah kamu belikan merc, isteri kamu dapat barang kemas, mak yg membesarkan kamu...bla,,,bla...bla..
(sila dgr jawapan anak yg xleh blah)...

7 ulasan:

amirah berkata...

eily, bila dah jadi mak ni, memang rasa byk sgt dosa yg belum mintak maaf dgn mak lagi..moga mak-mak kita terus diberikan kesihatan yg baik..aminn

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

iklan tu memang ntah pape.. kite pon tak suke

Unknown berkata...

eily..na tak tengok ponnn!!!

aS_c0mei berkata...

kalau kat msia dulu,aku sokmo2 tgk semanis kurma.best.kat sini kdg2 jah tgk kat youtube.takpon kat online website mana2 yg ada....:(

Unknown berkata...

selamat pagi sabtu..
menitis air mata ayu bila kamu syer tentang semanis kurma minggu ini..
lagilah berkenaan ibu..
sangat menghayat hati....


PS: mak dan kamu, sama2 lawa...
dan ayu belum lihat lagi iklan BSN, agak melampau jer bunyinya

Diyana berkata...

tak tgk pn.eh..nak tny psl gmbr konvo tu?eily ke tu..?lain bebenor..;)

Monahiryanti berkata...

biler ek ulangan tu? rasa cam nak nengok aa..
err, iklan tu mmg ntah ape2 kan..