Memaparkan catatan dengan label KAMPUNG. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label KAMPUNG. Papar semua catatan

Sabtu, 23 Julai 2011

DURIAN RUNTUH, SAPER MAU BELI????

Kan ritu mama bagitau mak mama datang rumah sebab nak jaga Dhiya
sementara mama mengursuskan diri (bukan menguruskan diri)..hehe
Seperti biasa ler kalau mak datang dari kampung, segala macam menda bawak
Kalau boleh ngan kampung2 nak bawak datang sini kan..hehe
Katanya kesian kat anak, duk bandar semua benda mahal, x segar lak tu..hehe

Lately ni, boleh kata semua blog tu tayang doyan kan???
Mama tengok blog orng sipolan meleleh air liur, blog si polin meleleh jugak.
Semua pakat buat mama terliur nak makan doyan..
Mak mama kata doyan belah Pahang x masak lagi, bolan pose baru ada
Tapi sekali semalam dia bawak doyan edisi banyakkkkkk punyerrrr
jadi stall durian jap umah mama. haha



Silalah menjeleskan diri anda tengok stok durian mama.
Tapi ni buat first round, x berapa nak manis ag..alaaaa, janji ada doyan
Kat kg sekarang 5biji RM10..
nnti dah banyak mesti jadi 10 bj RM10..heaven jer time tu tiba.


Ada jagung dan rambutan..
bestnya jagung tu buat bubur jagung..

Yg lain tu seperti biasa, mak bawak stok lauk2 basah yg fresh punyer


Ikan ngan sotong baru naik jeti..
Tapi x banyak sangat stok, sebab time mak nak bertolak datang tu
kebanyakan nelayan lum balik dari laut.

kali ni stok x banyak sangat macam sebelum2 ni...nak tengok, klik entry ni:
http://violetgloves.blogspot.com/2010/07/terbaik-dari-ladang.html
http://violetgloves.blogspot.com/2011/05/segar-dari-kampung.html


Ketam tu hasil tangkapan abah mama sendiri.
Tapi ketam masih kecik2, abah kata nnti bulan puasa ketam dah besar kot

Sian lak kat abah mama, dengar mak nak gi umah mama
pagi trus gi tahan pukat, tengahari balik dapat ler sikit ketam tu..
kalau dia balik petang mesti lagi banyak..hehe
Time kasih abah...sayang abah sesangat, sanggup menyabung nyawa di laut
demi anakmu yg sorang ni..sadisss ler plak tetiba mengenangkan kasih seorang ayah

Dan yg paling x tahan, mak mama bawak kelapa utk bekalan bulan puasa katanya
nnti bulan puasa kelapa mahal, so nak buat kuih senang skit.
Mak siap bawakkan yg agak2 muda, lagi sedap buat kuih kan...
Time kasih mak



 Biasanya mama hantar mesin kat kedai dekat rumah ni..
Sebiji 20sen dia amik upah mesin kan..
okey ler tu, dari sebijik kelapa rm1.50..hehe

Bestkan bila mak datang dari kampung..macam2 dia bawak
tu blum ag tunjuk beras pulut ler, gula kerek ler, gula kabung ler..
menda kecik2 yg remeh tu...macam2..



Nota kaki:
Harap2 mama balik dari kursus petang ni, masih ada ler saki baki makanan kat rumah.

entry ni autopublished...

Jumaat, 17 Jun 2011

REWANG KENDURI KAWIN

Rewang tu bahasa jawa kan?
Mama bukan orang jawa yea, tapi pinjam jer perkataan tu
Tapi kat kampung mama pun orang panggil rewang jugak rasanya

Salah 1 seronoknya gi kenduri kawin kat kampung ialah masa rewang
bila semua saudara mara berkumpul dan bekerjasama menjayakan majlis...
oppp..bagi yg x tahu, rewang tu aktiviti gotong royong membuat persediaan kenduri

Biasanya kalau kenduri kendara keluarga belah mak mama
kami x pernah pun order-order katering ni..semua buat sendiri
Almaklum ler keluarga besar...Nenek mama ada 8 anak, 60 cucu, 50+ cicit
So memang xder masalah utk buat kenduri.

Masa mama kahwin dulu pun, xder tempah katering pun.
Semuanya masak berkawah2..(Kawah tu plak pengantin kn basuh)
seminggu sebelum majlis sedara mara dah berkumpul, berbincang
bagi2 tugas yg perlu dilaksanakan.....yg pasti ahli keluarga yg buat semuanya

Layan Pic majlis rewang masa kenduri kahwin sepupu mama bebaru ni


Bahagian masak memasak....
orang lelaki ler yg kuat nak kacau kawah ngan api besar gitu
(semua guna air telaga tau)

Yang perempuan sediakan bahan

 Sibuk semua mak sedara mama ni..hehe

 3 periuk nasi yg dah hitam ni akan disental oleh pengantin.hahaha


Basuh pinggan

Yang dah penah berehat dulu bawah pokok kelapa


Sajer jer amik gambar ni, cantik pulak kombinasi warnanya

Mama x sempat nak snap org sembelih dan potong daging lembu
hari sebalum tu lupa bawak kamera..huhuhu..
Lagipun segan jugak, kang orang kata, orang sibuk buat kerja
mama plak sibuk ngambik gambar jer..hhuhuhu

Kat bandar maner nak dapat semua ni kan? 
Rindu kampung



Nota kaki:
apa yg penting..............kerjasama

Selasa, 14 Jun 2011

TENGOK AARON AZIZ KAWIN

Balik kampung ritu sempat ler meraikan perkahwinan Aaron Aziz
Whattttt???? Mesti ada yg terkejut kan? kan?
Betul ker Aaron Aziz kahwin lain???
Jangan bikin kontroversi..hehehe

Alah sajer je mama nak hangatkan suasana..
sebenarnya mama meraikan majlis perkahwinan sepupu mama
Tapi mama mengusik adik sepupu ipar (ada ke istilah tu)..
Mama kata muka dia macam dia macam Aaron Aziz..hahaha



haaaaa..tu dia Aaron Aziz kita kena tol..hehehe
Macho x?

Ada gaya Aaron Aziz x????
Ada ler gaya bau2 bacang kan..

ngusik org baru dalam keluarga besar kami ni memang best
Dapat merapatkan lagi persaudaraan...
well utk adik sepupu mama Azieyan dan pasangannya Amir
Selamat datang ke Komuniti bini dan laki orang..hehe
semoga tabah menempuhi setiap dugaan dan cabaran dalam alam rumahtangga

Xceli majlis aritu meraikan 2 pengantin...
Adik sepupu mama jugak merangkap abang si Aziyan
masa tu buat majlis sambut menantu skali...

Selamat pengantin baru....
Amir + Azieyan & Rosdi + Siti 
Semoga kekal sampai syurga..


Nota kaki:
Tengok orang naik pelamin, gian terasa..hahahha..
sempat jugak ler berposing...dapat snap sekeping 2, tapi x cantik gambar..huhu.
Malu kat org yg nengok

MURTABAK MENGKASAR, PEKAN

Balik Pekan ritu ajak papa singgah makan murtabak kat Mengkasar
Lama dah mama x makan murtabak kat sini, rasanya zaman2 sekolah dulu kot last
Orang kata dh x berapa sedap dah sekrang ni tapi kereta masih bersusun2,
orang masih beratur panjang2 nak beli, mungkin sebab publisiti kot..

Xceli, mama kesian kat papa, walaupun dah jadi menantu org daerah Pekan
Tapi mama lum pernah ajak dia makan kat sini...
Ritu kebetulan gi antar ayah tiri mama balik ke Kuala Pahang
we oll pun singgah makan murtabak kat sini..
time ni ada mama, papa, Dhiya, tok Dhiya dan pakteh Dhiya


Masa tu dah nak malam dah...org ramai giler
kami terpaksa tunggu hampir setengah jam nak dapat meja
then bila dah dapat meja lebih setengah jam lagi nak dapat murtabak tu..

Masa ni tengah tunggu turn nak dpt meja

harganya RM6 utk murtabak biasa dan RM8 utk murtabak special
ape yg bezanya pun x tau ler..rasa lebih kurang jer kecuali yg special lebih tlur
Rasanya pun dh x berapa kawwwwwwwww lerrr...
X sama macam dulu lagiiiii....


Dengarnya sekarang Murtabak mengkasar ni dah ada kedai lain
Tapi siyesly jangan tanya mama, memang mama x tau pun..

Gambar2 kami makan x sempat snap pun, segan jugak sebab kedai ni stail terbuka
kang orang kata jakun plak, dah ler malam komfem kluar flash bagai.
huhuhu..x leh jadi blogger tegar ag kan...


Nota kaki:
sangat teruja bila abah mama kata thun ni nak jual murtabak  bulan puasa, dah beberapa tahun abah mama x buat..

Rabu, 1 Jun 2011

HATI SUDAH DI KAMPUNG

Kami balik kampung utk 2 minggu..
wah...memang hati ni teruja nak menghirup udara kampung
tambahan lagi dengan lauk pauk fresh...

Kat Kampung bodben xder line..
mungkin x berhupdate ler blog ni..huhu
Alaaaa..kat sini pun skang ni bodben dah demam
So tunggu mama balik dari kampung nnti ler ek...
jamu mata u oll ngan kampung mama..hehe

Jumpa lagi yea.....
see you...

Nota kaki:
Masih banyak hutang nak kena langsai ni..sowi....
alamt2 yg u oll bagi dalam inbox tu xleh nak bukak sebab bodben yg slow..
nnti yea..maaf mama pinta

Isnin, 16 Mei 2011

SEGAR DARI KAMPUNG

Weekend baru ni mak mama datang dari kampung.
Tujuan datang sebenarnya, nak say good bye kat Unty ilah..
Unty ilah kena praktikal kat Kangar, Perlis.. sempat ler antar kat KL Sentral aje

Seperti biasa kalau mak datang dari kampung, mesti bawak segala macam menda
Hehe..kali ni x banyak sangat yg mak bawak..sebab..
Puas mak tunggu kat jeti, tapi x ramai lagi nelayan yg dah balik..
Memandangkn mak ngan pakcik sama2 fail kalau drive memalam
maka mak bawak jer apa yg ada kat jeti tu...

So peti umah mama tu penuh ler dengan..........

Ikan kembong yg amat ler fresh..
memang nelayan tu tengah cabut dari pukat lagi
Petang semalam, ikan yg size x berapa besar tu buat ikan celup tepung.
sedapnyaaaa..bakar, goreng..best

Pastu sekarang ni musim sotong..
tapi sotong x berapa besar lagi kat sana...
Sotong2 ni, memang fresh tau...sedap sangat goreng 

Sebesen mak bawak sotong...
tapi nampak dah semakin layu sebab, 
duk terperam dalam kereta utk perjalanan jauh.


Memula mak kata, nak bwak ketam dan udang galah 
tapi pemukat2 ketam belum balik ke jeti, so xder ler ketam fresh..
Kalau ketam dah bermalam tu mak takut berbau pulak..
Agak kempunan ler mama nak makan udang galah dan ketam
Tapi mak kata xperlah, minggu depan adik mama nak datang sini
so dia bawak ler..hehehe..bestnya

Pastu mak ada bawak 




Buah mempelam yg baru kait dari pokok..
Manis sangat...................memang fresh dari pokok


So semalam aktibiti ketuk mengetuk rumah jiran tetangga..
Tapi jiran yg dekat2 ngan pintu rumah ler..
Rugi kan u oll x berjiran ngan mama..hehehehe

Nota kaki:
Besen dan pinggan mangkuk kat rumah mama ni semakin berkurangan, akibat tidak dipulangkan jiran. Aiii...kan pepatah ada menyebut 'org berbudi kita berbahasa'...ni dah tukar 
'org berbudi kita buat harta,,huh'

Selasa, 22 Mac 2011

APA DAH JADI NI??





Sejak balik dari kampung ritu, mood nak mengarang, nak menulis, nak berblog ni merundum dengan jayanya.
pendek kata kalau dalam bursa saham tu, tersenarai dalam kaunter paling rugi ler.
(Tetiba lak berkait ngan bursa saham kan?? ntah aper2.)

Betulll, mama xder mood ler.
Walhal banyak giler cerita nak diceritakan nih. Gambar2 sumer dh transfer dalam lappy
tapi sangat ler liat kordinasi otak nak memikir, jari nak menaip..
modus operandi cerita semua dah terkarang dalam otak nih,
tapi mood berblog tu tertinggal kat kampung agaknya.
Terasa macam best plak kalau hari2 adalah Wordless Day..bukan hanya Wednesday.

Bukan itu ajer, kehidupan harian pun lembab jer.
Semua menda malas nak buat..
Baju dah banyak tak terlipat tuh, lantai x mop ag..
memasak pun macam xder idea jer..hadoiiiiiii............

Tetiba kan, teringin plak ase jadi org kampung
macam best jer hidup dowang kat kampung nun
x payah susah2 kepala pikir semua barang naik
Kalau nak kelapa, boleh kait jer belakang rumah...
kalau umah Abah mama, x payah kait pun, men pulas jer kat pokok
yelah, keliling umah pokok kelapa gading yg renek2 tuh.

Tengok ler kapasiti pokok kelapa kat rumah kat kampung nih
Memang xder masalah ler.

Pastuh kalau nak makan sayur, kangkung, pucuk paku, bayam
tumbuh menjalar belakang umah tanpa di jaga, tanpa di tanam pun kekadang
tu belum lagi cakap ubi kayu, serai, lengkuas, cili, daun kunyit..
pendek kata semuanya ada..
blum masuk bab2 buah-buahan
setakat nak pisang, betik, rambutan, mempelam..blakang rumah ajer


Balik kampung baru ni
semua pokok2 buahan keliling rumah 
tengah berbunga dengan jayanya..

Macam abah mama pulak, kalau rasa nak makan ketam
yg kat sini jual sampai berpuluh RM sekilo
kat kg, boleh makan anytime, percuma lak tuh
cuma idupkan enjin bot, pastuh sediakan pukat, jaring, pancing dan sebagainya
petang kang dapat ler ikan, ketam, udang
(sekarang musim udang galah dah nak mula)..yummy..yummy

Kat jeti ni ler abah mama meluangkan masa lapangnya
mencari ketam, udang, sotong dan ikan..
semuanya fresh.
Hari2 dia x bukak kedai ler..
Tu dia, aki abah ngan pak cu Dhiya
masa ni gu pukat ketam..dapat ketam besar2..
Tapi ni masa raya aji ritu

Best jugak duk kampung ni kan....
Dah, dah...eily oh eily..bangun, bangun...
banyak ag kerja x langsai nih
aper yg mama melalut nih...huhuhuhu..


Nota kaki:
Kalau dah asalnya dari kampung, xkan hilang cap kampung tu kan?kan? bawak dalam ic dan surat beranak sampai mati..


*Brodben dah mula slow..lagi ler mood melayang..

Khamis, 17 Mac 2011

BALIK KAMPUNG



Masa u oll baca entry ni,
Kami dah ada kat kampung...sebab entry ni autopublished.hehe



Yeah...balik mengadap keindahan desa yg aman..
Balik mengadap kedut2 muka nenek
Balik menatap kerut2 di wajah emak
Balik menelek urat2 tegang di tangan abah...



Sebenarnya...
Kami balik ni sempena meraikan sesuatu..
Apa???
Nnti lah diceritakan...
tapi telek ler lirik lagu ni ek...


Ayahku kahwin lagi
Dengan sidara jelita
Riang rasa hatinya
Mendapat isteri yang muda

Tapi ku sedih sekali
Kenang ibu yang ku kasihi
Tempat ibu sukar diganti
Tapi ayah kahwin lagi



Oppppp...apakah yg berlaku????
Tunnnnnggggggguuuuuuu...kami balik nnti


Nota kaki:
Kehidupan ini hanya pimjaman dari yg Esa, dia menentukan apa yg terbaik utk setiap hambanya...
Kita manusia, hanya merancang setiap perjalanan kehidupan itu.

Rabu, 29 Disember 2010

BAGAIKAN TERDENGAR DERUAN OMBAK ITU

Semalam mama chating ngan kawan lama masa sekolah2 dulu
Tetiba dia wat kluar topik "pantai" kat umah mama kat kampung.
Katanya rindu dengan ketenangan pantai itu...
Yelah dah lebih 10 tahun pun berlalu
Dulu masa zaman mama sekolah asrama,
selalu bawak kengkawan balik kampung mama.
Biasanya dowang xcited ngan sungai, pantai dan sawah padi kat kampung mama..

Dah alang2, kawan mama tuh keluarkan isu 'Pantai kat kampung' tu kan..
Jom layan xtiviti mama ngan Dhiya kat Kg. Merchong, Pekan, Pahang..hehe



Bagi gambar suasana kmpung dulu utk hint..hahaha
gambar2 di amik dari tingkap umah ajer



Jeng..jeng..jeng
gambar pantainya...naik basikal pun sampai..hahahah
dekat ajer dari rumah..nak naik bot dari sungai pun boleh sebab kampung mama ni
letaknya kat muara sungai..so dari sungai tuh, boleh nampak pantai..

Tapi waktu kami pegi ni xleh mandi sebab musim tengkujuh
air laut pun keruh penuh pasir..lagipun air dari hulu sungai turun.



Main pasir di pantai yg sunyi..hehe


Bukan sajer anak xcited men pasir
mak pak dia pun sama ajer xcited
terutama mak budak tu ler...heheheh



Sesi bermain air pun bermula






Memula Dhiya takut jugak nak main air sebab ombak agak kuat
Tok ngan aki Dhiya pun jenuh pesan tadi
"jaga anak tuh, jgn bagi main air...ombak besar nih"
hehehe..

Tapi pastuh, Dhiya xcited.....n..hepi


tapi main d gigi air aje


Mak Dhiya pun nak tunjuk skill jugak..
kalau ikutkan hati mama nak gedebus ajer dalam air tuh..x tahan godaan
tapi tengok warna air yg kurang biru, n airnya berpasir
trus simpan niat dalam hati



hasil tangkapan kami hari itu..


Kepada kengkawan yg indu ngan Pantai Merchong tuh, Harap terubat indu anda. hehe
Kalau senang datang ler.





Nota kaki:
Indu ngan ketenangan kampung ku itu....
Skang kat kampung mama ni dah ada chalet....pastuh skang terkenal ngan port memancing kat laut...abah mama pun kekadang ada jugak antar pemancing luar g memancing..


Jumaat, 19 November 2010

YEAYYYYHHHHH....CUTI BERMULA

Yahoooooooo..com.my
hureeeyyy..yippyyy.yippieee

hari ini hari Jumaat..
penghulu segala hari..dan tambah best bila hari ini
hari TERAKHIR papa kerja utk tahun ini.





Cuti panjang sudah bermula
Memulakan minggu pertama cuti kat rumah sendiri
gi merambu- ramba tengok sale (tengok sajer ek.. :) )

Then 2 minggu cuti kat Kelantan
yg pastinya padat ngan aktiviti berjimba bersama keluarga
Rantau panjang, PCB, KB Mall, Wakaf Che Yeh, Pasir Mas, Pantai irama, Water splash
menggamit2 nih

Pastu sambung 2 minggu umah my mom kat Pahang..
Teluk Cempedak, Bukit Gambang, Cherating, ECM, Umah ustaz Lah
macam2 agi ler..
yg penting nak makan masakan mak puas2
haduss..tidak sabar asenya

Then minggu berikutnya sambung ag bersoping YES kat sini
Mak datang bercuti umah kami
mungkin kami akan berpindah..


Ni lah yg paling seronok bila dah bergelar surirumah ini
tambahan lagi si suami adalah cikgu.
cuti amat banyak...
ongkos sajer x berapa nak banyak nak gi holiday sakan..
hahahaha


Harap2 sepanjang cuti ini, kedua kampung kami tidak banjir.
Kalau x punah ler harapan.
Duk terperap kat rumah sajer jawabnya.




Nota kaki:
*walaupun ada org lain dah start cuti sebelum raya aji aritu ag..tapi....argggghh biarkan lah

*u oll percaya x, mama x memasak kat rumah mak?? sebab mak saya mcm lipas kudung, belum sempat makanan hadam dah ada makanan menunggu..belum sempat masak dah terhidang makanan..hahaha..
just make a wish..then ur wish will complete..hahaha

♥♥ ada yg jeles ker???

Rabu, 27 Oktober 2010

BERBAKTI PADA TANAH, BANYAK HASILNYA

Hari2 mama baca coretan eb a.k.a mamaerish@ ten little fingers
tentang tumbuhan herba kat sekeliling umah dia, membuatkan mama rindu kampung..huhu
Hampir setiap hari ada jer catatan eb pasal tumbuhan herba
u olls leh ler ke blog beliau utk cari ilmu ek.
Bagus tau info2 tentang tumbuhan herba ni, tambahan kita org muda, banyak kita xtau
terutama khasiat dan kebaikannya.
time kasih eb share with us..

Mama teringat kat nenek bila cerita tentang semua herba nih.
Mama duk ngan nenek masa kecik2 dulu.
cakap jer pokok aper...semuanya ada kat rumah nenek.
Pendek kata kalau nak memasak tu, men amik jer kat blakang rumah.

Bukan itu saja, ade jugak pokok2 kat rumah nenek mama yg x semua rumah ada.
sampaikan org kampung ada yg datang rumah mintak...


Antaranya:


pokok lada hitam

Dulu pokok lada hitam banyak sangat kat kebun toki mama
Memanjat kat pokok besar2..buah pun banyak
we oll slalu g kutip then jemur utk keringkan dia
so x payah beli...skali kutip dapat ler sebakul


ni ler rupa buah lada hitam sebelum dikeringkan ek...


Pastu pokok gelugor ni
kat rumah nenek ada pokok ni
mama antara yg rajin mengait buahnya
then nenek akan belah2 keringkan
buat asam gelugor or asam keping..
org kampung memang ramai datang mintak asam ngan nenek

u oll pernah tengok buah gelugor nih?


ini dia..
macam manggis pun ada.

pastu antara pokok yg berjasa jugak ler pada kami sekuarga



pokok kekabu ni.
Memang semua bantal kat rumah nenek, nenek wat sendrik
kalau time mak mama ngandung, nenek sibuk ler kait buah kekabu dah tua
utk dijemur amik kabunya..wat bantal ngan tilam baby
ada jugak org kampung datang nak mintak kekabu
nenek x pernah jual pun, amik aje


pokok pinang antara yg paling banyak kat keliling umah nenek
selain pokok kelapa

memandangkan nenek makan sireh, pinang ni memang pelengkap ler
x payah susah2 beli..keliling rumah banyak malahan org lain plak datang beli
Pinang ni selain peneman makan sireh, banyak khasiatnya dari segi perubatan

tapi nowdays banyak pinang moden tu jer yg kita jumpa
yg buah merah2 kecik2 tu, pastu rendah2
pinang tu khasiat dia x sama macam pinang tradisional nih
malahan kalau makan jadi pening tau


ni buah pinang yg slalu kita jumpa arini
xleh makan ngan sireh nnti mabuk..huhu


ni pinang traditional..


Tapi sejak arwah toki meninggal..
semua pokok2 yg ada ni macam turut bersedih
kebanyakannya x mengeluarkan hasil lagi
nenek pun dah tua, x berdaya nak pedulikan pokok2 nih
semuanya banyak yg meninggalkan kenangan indah zaman kanak2 mama

Banyak lagi pokok2 lain yg ada kat rumah nenek ni
nnti mama balik kampung mama snap aper2 yg menarik ek..



Ni halaman rumah nenek
di snap dari tingkao tepi rumah..hehe
u oll pernah makan buah kuini????(xtau org lain panggil aper)
umah nenek ni keliling umah pokok kuini
pendek kata kalau musim dia berbuah, memang rumah berbau kuini jer



Ni nenek..(abaikan lah unty ilah tu)
gambar diambil hari raya bebaru ni..
antara org yg paling mama sayang di dunia ni.
Tangan ni ler yg membesarkan mama


Nota kaki:
*Ada gambar yg kredit to mr.googs

Teringat pegaga yg banyak menjalar2 kat belakang umah nenek....lambatnya nakbalik kampung nih...induuuuuuuu