Selasa, 22 Mac 2011

APA DAH JADI NI??





Sejak balik dari kampung ritu, mood nak mengarang, nak menulis, nak berblog ni merundum dengan jayanya.
pendek kata kalau dalam bursa saham tu, tersenarai dalam kaunter paling rugi ler.
(Tetiba lak berkait ngan bursa saham kan?? ntah aper2.)

Betulll, mama xder mood ler.
Walhal banyak giler cerita nak diceritakan nih. Gambar2 sumer dh transfer dalam lappy
tapi sangat ler liat kordinasi otak nak memikir, jari nak menaip..
modus operandi cerita semua dah terkarang dalam otak nih,
tapi mood berblog tu tertinggal kat kampung agaknya.
Terasa macam best plak kalau hari2 adalah Wordless Day..bukan hanya Wednesday.

Bukan itu ajer, kehidupan harian pun lembab jer.
Semua menda malas nak buat..
Baju dah banyak tak terlipat tuh, lantai x mop ag..
memasak pun macam xder idea jer..hadoiiiiiii............

Tetiba kan, teringin plak ase jadi org kampung
macam best jer hidup dowang kat kampung nun
x payah susah2 kepala pikir semua barang naik
Kalau nak kelapa, boleh kait jer belakang rumah...
kalau umah Abah mama, x payah kait pun, men pulas jer kat pokok
yelah, keliling umah pokok kelapa gading yg renek2 tuh.

Tengok ler kapasiti pokok kelapa kat rumah kat kampung nih
Memang xder masalah ler.

Pastuh kalau nak makan sayur, kangkung, pucuk paku, bayam
tumbuh menjalar belakang umah tanpa di jaga, tanpa di tanam pun kekadang
tu belum lagi cakap ubi kayu, serai, lengkuas, cili, daun kunyit..
pendek kata semuanya ada..
blum masuk bab2 buah-buahan
setakat nak pisang, betik, rambutan, mempelam..blakang rumah ajer


Balik kampung baru ni
semua pokok2 buahan keliling rumah 
tengah berbunga dengan jayanya..

Macam abah mama pulak, kalau rasa nak makan ketam
yg kat sini jual sampai berpuluh RM sekilo
kat kg, boleh makan anytime, percuma lak tuh
cuma idupkan enjin bot, pastuh sediakan pukat, jaring, pancing dan sebagainya
petang kang dapat ler ikan, ketam, udang
(sekarang musim udang galah dah nak mula)..yummy..yummy

Kat jeti ni ler abah mama meluangkan masa lapangnya
mencari ketam, udang, sotong dan ikan..
semuanya fresh.
Hari2 dia x bukak kedai ler..
Tu dia, aki abah ngan pak cu Dhiya
masa ni gu pukat ketam..dapat ketam besar2..
Tapi ni masa raya aji ritu

Best jugak duk kampung ni kan....
Dah, dah...eily oh eily..bangun, bangun...
banyak ag kerja x langsai nih
aper yg mama melalut nih...huhuhuhu..


Nota kaki:
Kalau dah asalnya dari kampung, xkan hilang cap kampung tu kan?kan? bawak dalam ic dan surat beranak sampai mati..


*Brodben dah mula slow..lagi ler mood melayang..

6 ulasan:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

dok kampong la beshhh

Mama Hanim berkata...

sejuk je mata dpt view cmtu kan.. hilang tensen jap..

Diyana berkata...

hihi.samala kita...mood tak berapa nak naik.maybe sebab balik kampung lama kot ;)

amirah berkata...

mmng best!

Tanpa Nama berkata...

mmg kalau balek kampung malas dah nak alik umah..hikhik..tapi apakan daya kerja menuntut..

beruk band mmg tak beshkan guna?kalau nurul kat umahpun takde mood nak berblog atau bercontest sb line slow.nak upload gambarpun slow cam siput

Fadzillah Kamarudin berkata...

cantik view...
esp yang jeti tu...
damai ja...