U oll mesti pernah dengar urutan 'cakar harimau'
ala yg glamer selalu ustazah Siti Nor Bahyah cerita tu
Maner yg dah tau tu kena amalkan selalu yea..
Mana yg xtau tu, meh ni nak bagitau..hehehe
(salah timing entry ni, patutnya publish semalam ni..hehe..
boleh praktik sempena MJ kan? hehehe)
Teknik Cakar Harimau
Apabila berada di kamar tidur, suami isteri hendaklah saling faham-memahami, bekerjasama dan bertoleransi untuk memenuhi tuntutan naluri masing-masing. Biasanya suami memerlukan layanan mesra dan ungkapan manis dari si isteri. Dalam bergurau senda dan menimbulkan suasana mesra teknik
Apabila berada di kamar tidur, suami isteri hendaklah saling faham-memahami, bekerjasama dan bertoleransi untuk memenuhi tuntutan naluri masing-masing. Biasanya suami memerlukan layanan mesra dan ungkapan manis dari si isteri. Dalam bergurau senda dan menimbulkan suasana mesra teknik
"Cakar Harimau" terbukti mampu meningkatkan lagi keintiman hubungan bersama. Teknik ini dilakukan dalam 7 langkah mudah
tu Ustazah Siti Nor Bahyah yg kata ek...hehe
Cara2nya:
Langkah Pertama:
Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.
Langkah Kedua:
Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan seterusnya
Langkah Ketiga:
Dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.
Langkah Keempat & Langkah Kelima:
Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.
Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah,
bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang
Langkah Keenam:
Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.
Langkah Ketujuh:
Sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut,
suami berasa tenang dan seronok.
Langkah Kelapan:
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’
Kalau u oll nak lagi detail kan, leh ler beli buku beliau:
Bagus buku ni, memang x rugi beli.
Banyak tips dah panduan utk kita amalkan bersama.
(mama ni big fan ustazah Siti Nor Bahyah)..hehe
Selamat mencakar2 yea kengkawan, jgn tersalah cakar sudah..
kang harimau lain plak mengaum..huhuh
*Kanda, kalau i jadi harimaunya, u nak jadi aper????
Nnti u bisik kat i jawapannya ek.
kang harimau lain plak mengaum..huhuh
*Kanda, kalau i jadi harimaunya, u nak jadi aper????
Nnti u bisik kat i jawapannya ek.
Nota kaki:
Sekejap jer dah hari jumaat kan?? huhuhu.
*Papa selalu suh mama pijak belakang kalau lenguh, best katanya kena pijak.
seb bek x patah pinggang dia kan..maklum ler bini x beraper nak kecik.hehe