Jumaat, 24 Jun 2011

CAKAR HARIMAU...AUMMMMMMM

U oll mesti pernah dengar urutan 'cakar harimau' 
ala yg glamer selalu ustazah Siti Nor Bahyah cerita tu
Maner yg dah tau tu kena amalkan selalu yea..
Mana yg xtau tu, meh ni nak bagitau..hehehe
(salah timing entry ni, patutnya publish semalam ni..hehe..
boleh praktik sempena MJ kan? hehehe)

Teknik Cakar Harimau 
Apabila berada di kamar tidur, suami isteri hendaklah saling faham-memahami, bekerjasama dan bertoleransi untuk memenuhi tuntutan naluri masing-masing. Biasanya suami memerlukan layanan mesra dan ungkapan manis dari si isteri. Dalam bergurau senda dan menimbulkan suasana mesra teknik 
"Cakar Harimau" terbukti mampu meningkatkan lagi keintiman hubungan bersama. Teknik ini dilakukan dalam 7 langkah mudah

tu Ustazah Siti Nor Bahyah yg kata ek...hehe

Cara2nya:



Langkah Pertama:
Dalam urutan cakaran harimau ialah seseorang isteri perlu mengurut tengkuk suami mereka dengan penuh kasih sayang memandangkan bahagian itu terdapat banyak urat tegang yang perlu diuraikan.

Langkah Kedua:
Mengurut pada bahagian bahu hingga ke lengan dan seterusnya

Langkah Ketiga:
Dengan membuat `jemput-jemput’ pada bahagian tulang belikat.

Langkah Keempat & Langkah Kelima:
Merupakan sentuhan yang cukup penting dan perlu kreatif dan ia dimulai dengan `cakaran harimau’ – menggunakan kuku yang telah dipotong bermula dari bahagian tengkuk membawa ke pinggang.

Cakaran itu hendaklah diselang-selikan dengan urutan labah-labah,
bermula dari pinggang hingga ke bahagian tengkuk. Perlu diingat cakaran itu hendaklah berupa cakaran manja dan dilakukan dengan penuh kasih sayang

Langkah Keenam:
Dengan menggenggam kedua-dua tapak tangan dan kemudian tepuk-tepuk pada bahagian belakang badan suami dari atas hingga ke pinggang.

Langkah Ketujuh:
Sebenarnya merupakan satu `bonus’ tambahan di mana setelah diurut, 
suami berasa tenang dan seronok.

Langkah Kelapan:
Selepas itu, bisikan kalimah sayang ke telinga suami seperti `Saya cinta padamu’ 


Kalau u oll nak lagi detail kan, leh ler beli buku beliau:

Bagus buku ni, memang x rugi beli.
Banyak tips dah panduan utk kita amalkan bersama.
(mama ni big fan ustazah Siti Nor Bahyah)..hehe


Selamat mencakar2 yea kengkawan, jgn tersalah cakar sudah..
kang harimau lain plak mengaum..huhuh

*Kanda, kalau i jadi harimaunya, u nak jadi aper????
Nnti u bisik kat i jawapannya ek.


Nota kaki:
Sekejap jer dah hari jumaat kan?? huhuhu.

*Papa selalu suh mama pijak belakang kalau lenguh, best katanya kena pijak.
seb bek x patah pinggang dia kan..maklum ler bini x beraper nak kecik.hehe

15 ulasan:

iduraz berkata...

ernah dengar tp tk penah try pon cakar harimau nih..cakar ayam tau lalalalala

Diyana berkata...

eceh...tau la malam td malam jumaat pung....hahahahhahaha.ops

♥MiZz-siHa♥ berkata...

cakar ayam xde ke??kekeekkeke

Mek Rose berkata...

bila tengok ni..teringat lawak sepah kat maharajalawak..tiru gaya ustazah norbahyah..ehehe siap ade ayat Cakar harimau..auummmmm

ngah2 pegnent ni..if sy pijak somi sy sure kuar taik ijo..ahahah sbb bini dia dah mengalahkan tong drum!!

mummysyafie berkata...

pernah dengar tapi tak pernah buat. takut tersalah cakar ada yang pengsan. hahahaha...adehhh..

dinor's family berkata...

tq 4 info,penah dgr tp xpnh cuba g, sama la ayah pun slalu suruh ibu pijak pinggang n klu urut dia xsuka sakit cam cubit katanya...
p/s ibu tkekeh2 gelak bla baca n3 td xtau kenapa hik ..hik..gelak lg.....:p

Unknown berkata...

mak aih ngeri lak pijak belakang..tkut kita kalo laki tkmmpu tggung berat..hahaha..

*trgt cite harimau saka tu yg rusdi ramli ke cite pontianak tk igt yg maya karin pijak2 atas blkg tu msa urutan tu..huhu

amirah berkata...

hihi..betul betul..teringat kat lawak kumpulan sepah..tapi tk pernah buat sebab selalunya bukan urut husben, tp husben yg selalu urut bahu sebab bahu selalu bengkak..huhu

mamaarifakeemaisy berkata...

hehe...ada eh...tp cam tak cukup masa je..hahaha...takpe ada masa kita try..ekeke..

pepun thanks for the info, utk kebahgian rumahtangga kan..^_^

e.l.i.z.@ berkata...

errrkkk siye ko abe keli..jak dulu lg mitok keli urut..sokmo wi alasan "tggu cuti sem"..loni abih study doh pum x urut² gok hahaha dio hop jo urut keli ado la

MamaRifqy berkata...

hahahaaa..hahhahaa..kelakar laa..lucu lak na rase..cakar mencakauuu!!

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ berkata...

ha ha ha, best ni kalo dapat try sekali

kayyana berkata...

hahaha.. aduhai.. mmg bagus tips nih.. nnti yana try praktikkan.. jd ke tak.. sebab bile ckp pasal cakar harimau ni teringat sepah... semputttt....

kayyana berkata...

tp yana jarang dengar Ustazah Siti Nor Bahyah ni berucap.. mesti best kan... buku2 die pun mesti berguna ye dak.. nk g carilah..

Unknown berkata...

bagus nye entry ni...leh la umi try pasni kikikiki(",)