Jumaat, 17 Jun 2011

REWANG KENDURI KAWIN

Rewang tu bahasa jawa kan?
Mama bukan orang jawa yea, tapi pinjam jer perkataan tu
Tapi kat kampung mama pun orang panggil rewang jugak rasanya

Salah 1 seronoknya gi kenduri kawin kat kampung ialah masa rewang
bila semua saudara mara berkumpul dan bekerjasama menjayakan majlis...
oppp..bagi yg x tahu, rewang tu aktiviti gotong royong membuat persediaan kenduri

Biasanya kalau kenduri kendara keluarga belah mak mama
kami x pernah pun order-order katering ni..semua buat sendiri
Almaklum ler keluarga besar...Nenek mama ada 8 anak, 60 cucu, 50+ cicit
So memang xder masalah utk buat kenduri.

Masa mama kahwin dulu pun, xder tempah katering pun.
Semuanya masak berkawah2..(Kawah tu plak pengantin kn basuh)
seminggu sebelum majlis sedara mara dah berkumpul, berbincang
bagi2 tugas yg perlu dilaksanakan.....yg pasti ahli keluarga yg buat semuanya

Layan Pic majlis rewang masa kenduri kahwin sepupu mama bebaru ni


Bahagian masak memasak....
orang lelaki ler yg kuat nak kacau kawah ngan api besar gitu
(semua guna air telaga tau)

Yang perempuan sediakan bahan

 Sibuk semua mak sedara mama ni..hehe

 3 periuk nasi yg dah hitam ni akan disental oleh pengantin.hahaha


Basuh pinggan

Yang dah penah berehat dulu bawah pokok kelapa


Sajer jer amik gambar ni, cantik pulak kombinasi warnanya

Mama x sempat nak snap org sembelih dan potong daging lembu
hari sebalum tu lupa bawak kamera..huhuhu..
Lagipun segan jugak, kang orang kata, orang sibuk buat kerja
mama plak sibuk ngambik gambar jer..hhuhuhu

Kat bandar maner nak dapat semua ni kan? 
Rindu kampung



Nota kaki:
apa yg penting..............kerjasama

9 ulasan:

dinor's family berkata...

mmg krj susah jadi senag klu kerja sama...kuarga cik somi ramai 12org sumanya klu kenduri suma ringan tulang nolong....

♥SyilaSyira♥ berkata...

best klo buat majlis mcm ni ada ramai nak membantu...mmg cantik gambar bawang ngan cili tu. Sbbnya digaul sekali mcm tu..meriah warnanya. Kat kmpg syila masak nasi dah tak guna periuk. tapi kukus dalam bekas apollo mcm roket tu...

MRS. K berkata...

suke time kenduri sebab ramai datang umah kite.. huhuhu.. sedara semua berkumpul

iduraz berkata...

sonoknyer rewang..kita suka suasana camni..kat kampung arwan uwan kita dulu ada...

http://aniesandyou.blogspot.com berkata...

budaya ni x kn dijumpa @ bandar lg

Honeymoon

Puanbee2 berkata...

salam mama , hee dah join kelab kan .. meh ada aktiviti pertama untuk semua hehe

http://puanbee.com/aktiviti-kelab-ksrs-pertama/

Izzlorna berkata...

kg belah hubby lorna di segamat pun still amalkan rewang nih...2 thn lepas pun lorna kena gak basuh kawah itam cenggitu...kena 'dera' wooo....ehehe...

kayyana berkata...

rewang ni biasanye kt kg.. klu kt bandar semuanye pakai katering.. klu rewang kite mmg terasa meriah sgt.. bru btul kenduri namanyer.. brulah ada kemesraan antara jiran2 dengan adanya rewang ni kan

MamaRifqy berkata...

kat kampung mmg senang nak berewang..kat bandar..mmg payah kan??