Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label PETUA. Papar semua catatan

Jumaat, 17 Jun 2011

AWET MUDA

Ada org tegur mak mama a.k.a tok Dhiya awet muda..
Kalau mak mama dengar ni kembang ler tu..hehe


Tok Dhiya a.k.a mak mama

Secara jujurnya, mama pun rasa mak mama awet muda
Di umur 51 thun, dia xder lemak berlebihan macam anak dia (huhu)
Kulit muka pun menten ag kan??? cayalah mak..


Kalau nak tahu rahsia, baju mama pakai tu baju mak mama..
Mak mama kata baju tu tailor salah jahit..besarrrrrrrr...
yang terlebih besar tu, bagi ler anak yg sedia besar ni pakai kan?
Sedihhhhhhhhhhhhh

Tapi dalam 8 orang adik beradik mak mama
Mama rasa mak sedara yg sorang ni (kakak mak)
Memang betul2 awek muda...

Mak ngah

Mak ngah mama ni, anak 13 org tau...cucu dah 10
Tapi tengok ler dia, cantik lagi..badan dia solid jer tau
Sangat suka tengok kulit muka mak ngah yg memang cantik licin + tegang
Sejak anak2 dah besar ni baru nampak skit dia berisi skit, dulu badan bergetah
Dulu kalau dia balikkg naik teksi, mesti pakcik teksi ngurat
bila dia cerita anak 13 org dah ada cucu, pakcik teksi kata dia tipu..hehe

Tu kisah mak ngah..............
Ni kisah mak long plak, kakak mak yg sulong
Kalau mak mama tu anak yg ke 7, umur pun dah 51
bayangkan mak long mama ni umurnya berapa????
Cucu dia sajer dah 40 orang tau....


Mak long (tudung biru) dan Mak Cik (tudung hijau)

Bila mama tanya dowang ni aper petua awek muda...
mereka sepakat jawab, beranak ler ramai2.....

Dowang kata, masa dulu mereka berpantang dengan sangat teliti.
Makan dan minum air akar kayu...berbarut, berbengkung, bersalai, bertunku
Bila beranak ramai, makin kerap ler dowang makan akar kayu..
Makin kerap berbengkung, barut, bersalai...makan pun berpantang
Jadi badan semakin sihat, semakin sihat..

Oooo..gitu, nak beranak ramai jugak ler..hahaha
tapi kita sekarang ni sanggup ker berpantang macam dowang tuuu..
(tekad dalam hati nak berpantang secara traditional nih)

Pernah dengar quote ni:
'If u think i am cute, please look at my mother'
Maner x tumpahnya kuah kalau ke nasi kan????
Kalau anak semua awek muda......meh kita tengok maknya

Belah kiri (myhandside)..tok mama a.k.a nenek Dhiya.

Tok mama dah berusia, 83thun...
masih lagi cantik..hehe dan sihat tanpa 1 pun penyakit
xder kencing manis, darah tinggi, .....kulit masih lagi cantik

Paperpun.........mama sayang sangat kesemuanya...

Nota kaki:
Tingat masa mak mama berpantang adik bongsu dulu, bersalai atas dapur arang, bertungku, berbarut, mandi air akar kayu, minum akar kayu rebus, makan maajun....sangat teruja..
zaman sekarang maner nak dapat semua tu.

Khamis, 21 April 2011

PETUA - KETUMBIT MATA

U oll tau x ketumbit tu????
Ala, yg bengkak kat kelopak mata tu..
(org dulu2 kata, dapat ketumbit ni sebab ngintai org mandi)
Xder maknana okeh!! x ngintai pun boleh ketumbit jugak

macam ni ketumbit tu..
u oll pernah kena?

Bebaru ni, mama bangun jer pagi rasa macam gatal kelopak mata
tenyeh punyer tenyeh, ase sakit ler plak. Abaikan jer mula2.
Pastu petang tu ase macam x sedap jer. Tanya papa..naper mata mama ni?
Papa tengok then kata..kena ketumbit..Opppss, mama x ngintai tau..hehe
Mama lum pernah kena ketumbit or sakit mata..x pernah skali pun.

Esoknya, ketumbit tu, masih lum serius ag..
Pas papa gi kerja, mama landing sambil buat 1 aktibiti terkini.
iaitu, meletakkan uncang teh atas mata, niat asal utk hapuskan eyebag
Ni gara2 cadangan u oll sumer dalam entry ni:
http://violetgloves.blogspot.com/2011/03/beg-yg-wanita-x-suka.html
Sejak itu, mama amalkan penggunaan uncang teh ni..
tahap keberkesannya..nnti mama cerita dalam next entry..

Berbalik pada tajuk...
selepas 2hari, papa pun tanya mama
"Eh Dinda, ketumbit awak ritu, x jadi pun. Dah baik dah kan?
Awak wat camner?"

Oh, baru tingat kat mata..raba2. genyeh2..eh x sakit dah ler.
Telek2 kat cermin, wahhh...xder kesan pun ..
Asenya xder letak paper ubat pun..then baru tingat kat uncang teh.

aktiviti pepagi mama skang ni.hehe
Kalau ada uncang teh, jgn buang yea.

Dan dengan ini diistiharkan bahawa...
Selain dari merawat masalah mata spt: eyebag, dark circle dan merehatkan mata
Uncang teh sejuk boleh digunakan utk merawat ketumbit tahap tdk serius.
Kalau dah serius tu, silalah rujuk pada yg pakar.hehe.
(Berita baik mesti dikongsi bersama)

------------------------------------------------------------------------------------------------------------
APA ITU KETUMBIT

Ketumbit merupakan jangkitan pada pinggir kelopak mata yang mengakibatkan bisul kecil yang berkembang pada bahagian tersebut. Ketumbit boleh dibahagikan kepada ketumbit luaran, iaitu apabila jangkitan berlaku pada folikel-folikel yang terdapat pada bulu mata, atau ketumbit dalaman, iaitu apabila jangkitan berlaku pada kelenjar minyak yang terdapat pada kelopak mata.
Ketumbit kebiasaannya terjadi pada kanak-kanak. Walau bagaimanapun, orang dewasa juga berkemungkinan untuk mendapat ketumbit, bergantung kepada tahap penjagaan mata mereka.
Penyebab
Ketumbit adalah disebabkan oleh kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata menjadi tersumbat. Kelenjar minyak yang telah tersumbat ini kebiasaannya akan dijangkiti oleh bakteria seperti bakteria Staphylococcus aureus. Penghasilan atau pengumpulan minyak yang berlebihan menyediakan keadaan yang sesuai untuk pembiakan bakteria. Antara faktor-faktor yang boleh menyebabkan kelenjar minyak tersumbat ialah 
* Tekanan
* Pertukaran hormon
* Mengguna peralatan solek yang sama buat satu jangka masa yang lama atau yang telah dijangkiti oleh bacteria
* Diabetis
* Kandungan lemak yang tinggi dalam badan
* Kekurangan vitamin dalam badan
Patogenesis
Kelenjar minyak yang terletak berhampiran dengan kelopak mata tersumbat dan mengakibatkan minyak yang dihasilkan oleh kelenjar berkenaan berkumpul dan mengalir keluar daripada dinding kelenjar tersebut membentuk seperti gumpalan kecil (bisul) di pinggir kelopak mata. Bisul tersebut kebiasaannya amat sakit, berwarna merah dan bernodul. Kebiasaannya, kelenjar minyak yang tersumbat amat mudah dijangkiti oleh bakteria dan ini menyebabkan pesakit mengalami kesakitan yang teruk dan kawasan di sekitar kelopak mata yang terlibat menjadi kemerahan.
Ketumbit kebiasaannya kelihatan putih atau kekuningan seperti jerawat. Ketumbit boleh berlaku pada bahagian sebelah mata sahaja atau kadangkala ia boleh melibatkan kedua-dua belah mata dalam satu masa, secara serentak.
Bisul yang terhasil pada kebiasaannya akan surut dengan sendirinya apabila bahan yang menutup lubang kelenjar minyak tersebut dialihkan. Jangkitan oleh bakteria juga akan pulih apabila nanah dikeluarkan dan bahagian kelenjar tersebut dibersihkan.
Simptom-simptom
* Bisul di bahagian atas atau bawah kelopak mata
* Bengkak di sekeliling kelopak mata
* Sakit
* Kelopak mata menjadi merah
* Kelopak mata terasa sakit apabila disentuh
* Mata menjadi pedih
* Mata berair
* Gatal-gatal di kawasan bisul
* Pesakit berasa tidak selesa semasa mengelipkan mata
* Sensitif kepada cahaya yang cerah



Nota kaki:
*Saper ada petua lain cepat kongsi..


*Papa kata, hari yg sama mama kena ketumbit tu, ada sorang cikgu pompuan kat sekolah dia datang sekolah ngan spek itam. Bila tanya cikgu (ustazah) tu kata terpaksa pakai spek arini. Dalam hati papa kata " ni mesti kes ketumbit macam bini aku"..gelak sakan mama dgr papa cerita.

Khamis, 10 Februari 2011

PENAWAR KENCING MANIS


Masa duk jengjalan blog kengkawan kan, terjumpa ler fakta menarik ini.
Boleh mama bagitau tokma nih. Maner tau kalau dipraktikkan memberi kesan yg sangat bagus.
Tapi tokma nak percaya ke ek? dah banyak sangat petua bagi kat dia. Mesti dia jawab, last2 kena makan ubat doc jugak yg berkesan..huhuhu..(org tua kan, biasa ler, kalau boleh nak nmpak result sepantasnya)
Xper..usaha tangga kejayaan...


Please note that another name for Lady Finger (Bhindi) is “OKRA ".
Last month in one of TV program I learnt of a treatment of Sugar
(Diabetes). 


Take two pieces of Lady Finger (Bhindi) and remove/cut both ends of each piece. Also put a small cut in the middle and put these two pieces in glass of water. Cover the glass and keep it at room temperature during night.
Early morning, before breakfast simply remove two pieces of lady finger (bhindi) from the glass and drink that water.Keep doing it on daily basis.

Within two weeks, you will see remarkable results in reduction of yourSUGAR.


My friend has got rid of her diabetes. She was on Insulin for a few years, but after taking the lady fingers every morning for a few months,she has stopped Insulin but continues to take the lady fingers everyday. 

But she chops the lady fingers into fine pieces in the night, adds the water and drinks it all up the next morning. Please. try it as it will not do you any harm even if it does not do much good to you, 
but U have to keep taking it for a few months before U see results, as most cases might be chronic
Mama amik dari.Ceriticeritu kami

Nota kaki:
U oll ada petua lain utk diabetes..jom ler kongsi..

Jumaat, 19 November 2010

SAGU PUNYA CERITA


(sagu dalam kuali yg dah jenuh mama kacau, nak tercabut dah lengan)

Sekarang ni susah betoi nak cari sagu yg elok kan???
Selalu kena macam nih (gambar atas)
Masak berjam2 pun, berkati2 air pun..masih x kembang dengan baik
masih putih2 tuh
pastuh nnti jd lembik xleh nak potong sebab terlebih air plak..hadoiiiii
(skali nampak macam mentah jer)

Kalau bagi makan mak mertua, mesti mak mertua kata x pandai masak.
Padahal dah banjir dah ngan peluh kat dapur..hahaha

Mak mama kata, kalau nak beli sagu jangan cari yg warna dia putih berkilat tuh
cari yg agak pudar2 skit..
yg putih bak mutiara tuh nampak sajer cantik
tapi hasilnya sangat hampeh.

Tapikan mak, kalau kat kedai skang nih sumer yg putih melepak tu ajer yg ada.
Payah benor nak jumpa yg putih x berapa putih itu.

Atau kengkawan ada petua ek??
Jom share, bersama saya.


Nota kaki:
Suami ku itu, suka sangat sagu gula melaka..i lioke tooooo

Khamis, 28 Oktober 2010

HILANGKAN LEMAK DI BADAN

Baca Majalah Harmoni - muka depan gambar Jimmy Shanley kawin
jumpa plak petua ni..
eiiii...mama memang suka bab ni.hahaha

HILANGKAN LEMAK DI BADAN
Ambil 5 biji buah delima dan keluarkan isinya.
tumbuk isi delima sehingga hancur
Masukkan kedalam 2 gelas besar air dan campurkan sedikit garam

Amalkan selama 2 minggu utk melihat hasilnya



Maka, mama pun amik henpon telepon Tok Dhiya (mak mama)........


Mama: Asalamualaikum mak...mak, kat rumah nenek ada kan pokok delima, ada buah x, mak??

Mak : W'salam. hujan xder, ribut x. pepagi tanya buah delima??naper? mengidam ker? (sambil gelak)

Mama: Bukan mengidam, tapi ada petua nak kurus ni. suh minum air delima.. (dengan bersungguh)

Mak: (Sambil gelak ngekeh2) Ye ke boleh minum???? Air rebusan inai pun xleh minum, nak minum air delima pulak.

Mama: Nape pulak, mak?? Bukan ke delima tu sedap.

Mak : Kalau utk kurus, kena tumbuk dengan biji2 dia skali. Ingat manis jugak ker biji dia tu?

Mama: (sambil telan air liur) oooo..pahit sangat ker???

Mak : Try ler dulu, tapi kat rumah nenek, pokok delima tu xder buah. Beli jer lah, kat kedai buah, pasaraya pun ada jual skang nih

Mama: Xper la gitu mak..nnti cari ler kat pasaraya (dalam hati dah berbelah bagi)..hahahaha

Mak : semoga berjaya..Assalamualaikum.....(macam ayat perlikan)

Mama: W'salam..tengok ler. Raya aji ni kurusnyer...

(SEmpat ag berlagak tu....buah delima blum tentu kemana...kurus pun belum tentu) :)



U oll boleh telan x ubat2 traditional yg pahit tu?
Masa mama dalam pantang banyak ler petua traditional mak mama praktikkan
Ada yg boleh telan, ada yg tidak
Air inai tu, berkerut kening nak abis segelas..
Kena minum 2x sari, yg pagi tu,...lepas mak g kerja buang separuh
yg petang tu, xleh nak wat aper le..kena jugak telan.

(air inai: rebus daun inai bersama 3 gelas air..sehingga air jadi segelas)


Nota kaki:
ase nak try shaklee ler....macam menarik jer, tapi kalau kita tengah planning nak preggy leh makan ker shaklee tuh??? saper tau??

Rabu, 27 Oktober 2010

LAGI PETUA DI DAPUR: HALAU SEMUT..

SYHUHHHH....SYHUHHHHH..SYUHHHHH
skali macam halau ayam daaaa



Mama ada 1 ag petua nak kongsi harini
petua camner x bagi semut masuk dalam balang gula u oll semua.

Semut ni kan, kekadang ajaib jugak
Bekas kedap udara dah kita guna, tapi tengok ada jugak yg berjaya masuk dalam tuh
Kalau kat bandar ni, kurang skit semut kan

Kalau u oll selalu ada masalah ni...jom try petua dari mak mama nih:

Amik sebatang atau 2 kulit kayu manis
then letak dalam balang/bekas gula tu



insyaallah semut takut nak masuk
dan gula tu rasa ag sedap kalau wat air teh o atau kopi o.
mama dah praktik ni..




Nota kaki:
Saper ader petua kat dapur yg diwarisi dari ibu or nenek jom ler kongsi


*Ada yg tanya hadiah semalam sempena aper....
jawapannya: xder aper2...tetiba jer dapat hadiah

Selasa, 26 Oktober 2010

PETUA SIMPAN LENGKUAS

Dulu mama memang ada masalah simpan lengkuas.
x sampai seminggu dah kering.
Kat bandar ni plak sumer benda kena beli kan?
Kalau kat kampung lain ler, gali jer blakang umah
(tapi skang mama dah tanam lengkuas nih)

Tapi mak mama ada ajarkan 1 petua cara nak bagi lengkuas kekal lama..
dan bila mama praktis...amat ler mengkagumkan
boleh kekal segar berbulan2 ler beb..

nak tau?????

buat camnih..





Rendam lengkuas salam air dalam tupperware bertutup
kemudian simpan dalam peti

Setiap minggu tukar airnya..

insyallah kekal berbulan2



Nota kaki:
Pastikan tukar air tau, kalau x kang berlendir plak jadinya