Memaparkan catatan dengan label HOBI. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label HOBI. Papar semua catatan

Khamis, 1 Mac 2012

MINAT MISTERI

Sekarang ni musim kebanyakan drama or filem
mesti berasakan novel, 
secara x langsung novel cintun semakin laris dipasaran
Terkini dan sensasi lepas ombak rindu mesti ler gemersik kalbu kan?

Novel ombak rindu mama, masih ad dipinjam
novel gemersik kalbu ntah pada siapa dah pun
kalau wat charge per hari maunya kaya mama wat pinjam novel
ramai org tengah mentelaah novel ni

tapi ntah naper, mama x berminat ler ngan novel cintun sekrang
x minat nak baca, sebab rasanya ending macam samer jer
Mama dah beralih arah tau....

Kan bebaru ni Unty ilah dapat voucher buku
unty ilah plak dah last sem, so mama pun mengepau ler
tapi idok ler sampai hati mengepau macam tu ajer
bayor ler skit2 hajat nyer..hehe

Sekarang ni mama suka novel seram, thriller, fiction
memang dalam hati ni taman kurang berbunga ler..hahaha
Jom tengok aper mama beli.....


Jejawi Tua
Ni novel Seram Islamik
Best sangat, tapi seperti bese ler..
Novel seram ni, kekadang kita kena berpikir out of the box
kena bayangkan, tafsirkan dengan pengetahuan yg ada
kalau sekadar baca kosong mesti kita x paham sangat...
dia nyer sipnopsis:

Apabila Iktikad dan Tauhid tidak bertaut, seluruh pegangan adalah makhluk
Antara Jejawi Tua dengan Tok Tom, barangkali ada pertalian besar yang kurang dicemariAntara Tok Tom dan Angah Soyah, barangkali ada dendam yang belum terurai...

PESANAN MAMA: Jangan biarkan dirimu selelubungi misteri..
(Sambil bayangkan ZainalAriffin dengan gaya tangannya sekali) hahahah

yang ni pun dah abis baca..cerita dia menarik sangat
tapi nama pun fiction, kena ler paham skit ngan istilah fiction
best cerita buku ni, kita rasa semua orang jahat
sampai susah nak teka siapa penjahat sebenar sampai ler akhir cerita



Haha..yg ni 1 ag...
Mama beli sebab ramai yg kata mama lama x update Dapur Dinda
pastukan, unty ilah nak belajar memasak.
so kiranya buku ni hak milik bersama ler.hehe
Tapi sejak ada buku ni, pastu sepanjang cuti ni unty ilah rajin masak.
suker..suker..hehe


Memang mama puas hati ler beli buku2 tersebut
xder ler baca macam rasa membazir jer beli..
cumakan...ada 1 perkara ni yg mama memang x puas hati
nak tau aper?????


Maner aci camni kan?
Xder makna ler blanja, kalau sign initial sendiri
ntah aper2 unty ilah....mcm x ikhlas jer.hahah



Nota kaki:
Dah ada beberapa gambar n resepi nak update dapur dinda
tapinya mood belum sampai, masa belum mengizinkan..huhuhu
Nak tunggu dapur rabu siap kot..hahaha

Isnin, 23 Mei 2011

TERSEDU SEDAN KERANA AKU MAHU KAMU

Dah lama mama x baca novel ek...
kalau dulu memang menjadi pengumpul setia novel
sejak ada anak ni, lebih suka buku2 ilmuan, keibubapaan 
tapi semalam jumpa bebrapa novel dalam beg unty ilah, teringin baca.

Bila baca novel AKU MAHU KAMU karya Aleya Aneesa
mama tersedu sedan menangis..sedih sungguh kisahnya
menggambarkan hati seorang perempuan, isteri dan ibu..X rugi ler baca rasanya....
Memula novel ni ngan kisah yg agak lucu..

Mama memang kureng skit ngan novel kisah cinta semata2..
kebanyakan Novel mama kisah rumahtangga, kisah suami isteri...
Macam novel OMBAK RINDU,,semua episod mama ada
Novel TAK SEINDAH MIMPI memang semua episod ada
then mama suka novel Ramlee Awang Mursyid

Tapi Novel AKU MAHU KAMU ni memang best ler..
u oll bacalah,,,,selami hati seorang isteri dan ibu 
dan selami jugak hati si suami...kebanyakan suami macam tu
ego utk mengatakan cinta dan sayang itu, dan sebolehnya mahu si isteri paham



sinopsis AKU MAHU KAMU
Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri.

Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.
 Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.



Ni novel ke3 buat mama nangis tersedu sedan lepas Lagenda Budak setan (dulu)
dan cinta Abadi..

Lepas baca buku ni terus teringin semula rasanya mengumpul novel..hehehe..
anak pun dah besar, dah tahu main sendri


Nota kaki:
Membaca tu 1 terapi, banyak pengalaman dan pengetahuan boleh kita korek dan jadikan landasan..
Nak sangat buku MALAYSIAN MAVERICK..tapi lum dapat beli...ada x nak hadiahkan utk mama??

Khamis, 10 Februari 2011

TERJEBAK DENGAN SUKAN PERMOTORAN

Dah lama asenya x cerita tentang Dhiya. Lama ker? hehe..
Yelah, blog ni kan dedicated to her, mesti kena cerita banyak pasal dia kan.

Sebenarnya xder cerita best sangat. Kami pun jarang jengjalan skang.
Tengah save budget nih. So aktiviti biasa Dhiya kat rumah ialah men basikal dan baca buku.Skang dah boleh baca skit2.
Nnti cerita lain entry pasal membaca ek.

Tapi ada 1 menda nak share nih. Skang ad hobi baru budak tuh. Hobby yg buat mama pokai.

 Hobi drift tau..
Drift xper, jangan merempit sudah..haha

Kalau g mana2 soping mall, ni ler hobby baru Dhiya.
Men kete control ni hah, tapi dia push sendirik ler.
5min RM3..tapi selalunya x cukup 5min tu tau..
kena jugaklah 10min RM5.

Pantang jumpa tau....kekadang tu mata dia melilau cari port men kete nih.
Dulu mama selalu jugak tipu, cakap dah tutup ler, semua kereta rosak ler..
tapi skang nih, dia lagi cerdik...dia g sendirik kat kaunter,
bila penjaga kaunter tu tanya "nak main ker?"..dia terus angguk..
then kata "Mama tipu, Dhiya ye"Ape lagi yg boleh mama buat..

Kontrol ayu.hokeh
siap bawak sebelah tangan..eksen..

 Ni baru 2 sesi..yg lain tu, x ingat lak nak amik gambar.
Tapi yg paling mama perasan ialah, tiap kali main,
 Dhiya akan cari kereta lain.Dia xkan amik kereta sama.

Pastu ada ag 1 lagi...
Men MERRY GO ROUND nih...
Kalau g IOI Mallk, memang dia akan tarik kami g ke sini dulu.
Huhu..RM2 per ride..

Mama kena temankan yg ni...x brani nak bagi dia naik sorang2

Layan je lah aper anak suka kan?
Tengok muka dia happy camnih, sangat ler menenangkan jiwa.
Lagipun masa kanak2 dowang bukan lama...skali ni jer utk dowang enjoy sepuasnya



Nota kaki:
Kelmarin Ayahcik tanya Dhiya, nak ape utk besday, naper Dhiya x cakap nak kereta control nih..
jimat duit mama tau..hahaha..(Ayahcik, silalah baca)

Khamis, 11 November 2010

BERANAK PINAK, BERCUCU CICIT

Ingat lagi dengan kebun mama yg x berapa nak menjdi tuh?
Kalau x ingat, KLIK SINI..

Arini nak cerita pasal 1 pokok ni.
Amboi, kan men lagi dia beranak pinak, subur betoi.
Mama plak xtau macam tu skali proses beranak pinak dia terjadi..
skali tengok terkejut gaban mama.haha



Ni pokok mama maksudkan..
namanya x tau.
Macam pokok daun setawar..tapi yg ni lain, daunnya tebal lagi
Aritu, nenek yg bagi kat mama..pokok ni senang idup katanya.
(agaknya dia tau, mama ni xder bakat dalam bab bertani nih)


Tengok anak2 dia nih..
semua ni dalam pasu bawah pokok besar tuh..
membiak dengan jayanya..


Yang ni mama dah alih letak dalam pasu lain
sebab dia pi tumbuh dalam pasu kaktus mama.
sebabnya pasu kaktus tuh letak dekat2 ngan pasu pokok nih



Dalam setiap pasu kaktus tuh
mesti ada anak pokok ni
(pokok aper ek namanya..siapa tau)


Dia membiak lebih kurang cam pokok setawar tuh
kluar anak2 celah daun
pastu kalau jatuh ketanah...terus hidup.

Pasnih..kompom kebun mama penuh ngan pokok tu jer..huhuhu
xper ler senang jaga kan??
tpi x cantik sangat sebab hijau jer,xder warna2
saper nak pokok nih????
hehe


Sajer tempek gambar lidah buaya ni
Takut sangat Dhiya rajin nak pegang ker, tersepak ker,,hadui..
tapi berguna pokok ni
seb bek ler setakat ni, dhiya x tertarik pun ngan pokok nih


Nota kaki:
teringat zaman sekolah dulu, pantang jumpa pokok daun setawar, amik daun simpan dalam buku sampai ler berakar2..saper wat gitu jugak????

Rabu, 13 Oktober 2010

ALAHAI....... KEBUN MAMA

Selalu baca entry Mrs.K@ibu hadif tentang hobi en.hubbynya yg suka berkebun.(ENTRY Mrs.K)
sangat jeles melihat kebun mereka itu..
lagi jeles lihat bonda(T.C.B) bersama segala macam pokok disekeliling rumahnya  (ENTRY bonda)

Mama ni dah berkali2 try untuk mengebunkan segala pokok yg mama import dari rumah nenek.
Tapi ntah berapa kali ler pokok2 itu mampus di tangan mama nih.
Panas sungguh tangan ku ini, memang ler xder bakat.

Selepas berlaku beberapa sesi eksport import pokok2 itu
ini sajo yg idup segan mati x mau..huhu

 Ni antara yg ada di dapur..
daun kunyit
pandan
daun selasih (basil)


 Sian kan tengok daun pandan tu..halus2 dan kecik2 jer
kalau skali wat nasi lemak dah kena pakai 4 atau 5 daun
terus gondol pokok ku..huhu
ni pun ntah import kali ke braper baru idup paras2 idung gini

 yang daun selasih tu plak..
batangnya tinggi bukan men ag, tapi daunnya boleh bilang..huh
guna skali jer kompom x berdaun ag

 Lengkuas ini jer yg nampak gagah berdiri
itupun sebab org lain yg tanam
(yg tepi2 tu daun2 yg dah kena trim)

 Meh tengok pokok hiasan @ pokok bunga pulak
Xder makna kot hiasan itu


 Seb bek ler kaktus..kalau yg lain dah lama mampus kot

 Yg ni nampak segar bugar sebab baru beli
apa nasib dia lepas ni..blum dapat dipastikan
harap dia terus segar seperti ini..
hanya dialah penyeri

yang ni lagi sadis

masa beli sama size jer..tapi yg satu semakin besar dan tinggi
yg satu ag besar skit jer dari time beli tu..
terbantut camtu jer tumbesaran dia
apa sebabnya..belum dapat dipastikan

(konon2 kalau pokok ni besar dan tinggi dapat ler cover pandangan umah sebelah, 
sebab mama jemur kain kat sini)


☻Tolong ler jangan gelak guling2 tengok gambar last nih

itu antara pokok yg tidak menjadi dan mampus begitu sajer
termasuklah pokok keladi, pokok lada, dan....
kaktus pun leh mampus sebab tangan mama nih

Apa sebenarnya yg terjadi?
betul ker wujud tangan panas x panas nih?
atau kurang skill dan bakat?




♥Nota kaki♥
Kan mama dan kata tangan mama ni, tangan batu..hahaha
*En suami x minat dgn pokok2 ni yea

Isnin, 27 September 2010

MY FIRST HANDMADE FROM MY ROCK HAND

*ROCK itu membawa maksud batu yea kengkawan
bukan ROCK yeah..yeah...Bandi Amuk tuh!

Hari ni dalam sejarah, pertama kalinya berjaya menggubah bunga sendiri..
huhu..terasa bangga tahap gaban...Wakata..wakata...(teringat lagu gaban)

Betul beb...jangan x percaya..rock hand yg keras lagi x berseni ni dah pandai gubah bunga.
Papa siap tanya lagi.."sejak bila plak awak ni pandai gubah2 nih"
dengan bangganya menjawab "sejak jadi surirumah berjaya"

 Ni lah hasilnya..
cantik x? cantik x?
Walaupun ada yg x balance sana sini..
tapi menggubah bunga itukan satu cabang seni..
seni x semestinya selari..kan?kan?

 Pandangan dari atas..
 boleh la nak bangga ngan percubaan pertama ni 
tnpa guide, tanpa pengalaman..men terjah jer ni
Ehhh..betul wat sendiri tau..
(perasan jerrr..;nyampah!!!!!)

Tapikan, seyes x ingat nak snap gambar2 bunga yg belum dihias

  Tapi ada gambar ni sebagai bukti tau
 (sebenarnya...masih x percaya boleh gubah)

 Akhirnya letak kat sini
Mulaa2 ni, sebab ada x balance sini sana
so letak ler kat bawah2 dulu

Sebenarnya, x pernah pun terpikir nak gubah bunga
sebab sedia maklum tangan mama ni, keras macam besei, x berseni langsung
Tapi semalam gi Mydin tengok bunga murah2 jer (bunga setangkai RM1.70 jer)
Total semua tu termasuk bekas ad la dalam RM20 jer
Tapi bunga yg siap gubah harganya sure RM5o keatas...
(tu yg asyik x jadi nak membeli tuh)

 Mula2 kan nak gubah dalam bekas ni
(bekas hantaran mama kawin dulu)
konon2nya bunga tu ngadap ke luar bakul nih..
tapi bunga x berapa nak cukup..hehehe


 REview skit hasil tangan sendri..
Cantik kan???
Nampak ler seri skit meja tuh




Nota kaki:
Masih dalam mood bangga dan suka...(tangan mama ni keras ooo...menjahit, menyulam..atau aper yg seangkatan ngannya semua x menjadi termasuk ler berkebun..
*teringat mak mama jenuh dah ngajar mama mengayam ketupat, tapi x pandai2..keras tahap batu tangan..hehe

Rabu, 1 September 2010

SHOEAHOLIC...

Ada ker istilah tu ek? Mama jer yg guna kot..suka2 merosakkan bahasa. Kali ni nak citer tentang tabiat x baik mama..xceli bukan tabiat x baik tapi sebahagian dari hobi kot. Tambahan nak rya ni best bercerita tentang kasut. Kasut raya katanya...Dapat ler korang skit2 idea nak beli kasut

Bagi u oll yg kerja, x heran ler kalau ada koleksi kasut kan? Dulu masa mama kerja, memang tiap2 bulan ader jer budget utk kasut. Maklum ler g opis ngan kasut baru ag ler bersemangat..hahaha..tapi kan kebanyakan kasut time kerja dulu ada yg dah hancussss..mama kan berjalan kaki ke tempat kerja..cepat ler haus kasut tu.

Tapi sejak jadi surirumah ni, hobi membeli kasut masih tidak dapat dielakkan. hahah..papa pulak asyik memberi dorongan jer. Kalau muka mama sebek jer, moody jer maka papa akan ajak soping kasut..hahaha..dasyat tuh..suami yg amat prihatin dan memahami ( bodek kuat skit, dpat kasut ag nnti..hahaha)


Intai almari ksut sebelah kiri dulu

then sebelah kanan


isi kandungannnya????









Mama punya sahaja..ok...
ni semua yg beroperasi ye, yg xleh pakai dah derma, yg rosak dah buang..
Ada yg itam2 skit tu, mesti dah tua dah umur dia..haha

Antara banyak2 tu, yg ni paling kerap mama pakai...
Ksut CArlo Rino
Sangan comfortable

Yg ni antara terlatest...
Brand Summit.
Sekarang sangat suka brand ni sebab semua koleksinya sangat cantik dan sweet

2 pasang from carlo rino...
kotak kuning tu pinjam hawkeye sebab kotaknya rosak

Koleksi dari vincci

Cleef and Gisa dari JUSCO

Antara kasut mahal yg pernah ada..LEWRE
masa beli ni harga pas discount ialah RM199..huhu
tapi baru 2,3 kali pakai...dah 3 tahun dah umur dia.


 Itulah antara koleksi mama..
Ada orang giler kumpul beg tangan kan? Mama x obses sangat ngan beg tangan
setakat ni ada 4 jer handbag...
tu pun yg kerap pakai 2 jer
raya tahun ni, mama x request pun beg tangan ngan papa..
tapi maner ler tau papa nak bagi adiah kan? hehe

Tapikan...ada 1 ag kasut yg mama suka sangat tapi x dapat ag
Kasut clark ni hah..
sajer jer bagitau kat sini
manerlah tau papa dapat idea nak bagi hadiah aper kat mama besday ker, anny ker tahun depan..hahaha
(harap2 papa baca yer entry ni).



Tapi kan ada  1 ag yg lagiiiiiii  best.....















Koleksi yg ni.....




hahahaaaa...
Like mama like doter kan??????
tu blum termasuk yg ada dalam kete ag yer..




Nota kaki:
Ada ker yg korang berkenan? bagitau ler..mama jual separuh harga...wakakakah