Isnin, 23 Mei 2011

TERSEDU SEDAN KERANA AKU MAHU KAMU

Dah lama mama x baca novel ek...
kalau dulu memang menjadi pengumpul setia novel
sejak ada anak ni, lebih suka buku2 ilmuan, keibubapaan 
tapi semalam jumpa bebrapa novel dalam beg unty ilah, teringin baca.

Bila baca novel AKU MAHU KAMU karya Aleya Aneesa
mama tersedu sedan menangis..sedih sungguh kisahnya
menggambarkan hati seorang perempuan, isteri dan ibu..X rugi ler baca rasanya....
Memula novel ni ngan kisah yg agak lucu..

Mama memang kureng skit ngan novel kisah cinta semata2..
kebanyakan Novel mama kisah rumahtangga, kisah suami isteri...
Macam novel OMBAK RINDU,,semua episod mama ada
Novel TAK SEINDAH MIMPI memang semua episod ada
then mama suka novel Ramlee Awang Mursyid

Tapi Novel AKU MAHU KAMU ni memang best ler..
u oll bacalah,,,,selami hati seorang isteri dan ibu 
dan selami jugak hati si suami...kebanyakan suami macam tu
ego utk mengatakan cinta dan sayang itu, dan sebolehnya mahu si isteri paham



sinopsis AKU MAHU KAMU
Empat tahun Qisya Khaleesa cuba bertahan demi merawat luka di hati. Biarpun sukar, dia masih mengharapkan kemaafan Ziyad Fallah. Namun, suaminya itu tetap meletakkan kesalahan ke atas bahunya. Padahal, jiwa ibu mana yg tidak merintih setelah kehilangan satu2 permata hati? Pemergian Faiq yg dijemput ILAHI benar2 meragut kebahagiaan dia dan Ziyad. Keegoan Ziyad membuatkan Qisya berjauh hati. Dia nekad membawa diri.

Di luar pengetahuan Ziyad, dia tabah mengharungi hidup sendiri sehinggalah zuriat kedua mereka lahir ke dunia. Walaupun berat hatinya, Qisya berkorban sekali lagi tatkala dia sengaja meninggalkan bayi comel yg baru dilahirkannya itu di kediaman Ziyad. Dia rela berpisah dgn Firyal hanya kerana mahu menebus kekecewaan suaminya itu.
 Namun, ternyata perpisahan itu bagaikan merentap naluri keibuan Qisya. Hatinya tetap juga bergetar hebat tatkala bayangan Ziyad dan Firyal melintas jiwa. Dia tahu, di segenap relung nadinya masih sarat dgn rindu. Dan, dia hanya berperang dengan waktu demi melunaskan kerinduan itu.



Ni novel ke3 buat mama nangis tersedu sedan lepas Lagenda Budak setan (dulu)
dan cinta Abadi..

Lepas baca buku ni terus teringin semula rasanya mengumpul novel..hehehe..
anak pun dah besar, dah tahu main sendri


Nota kaki:
Membaca tu 1 terapi, banyak pengalaman dan pengetahuan boleh kita korek dan jadikan landasan..
Nak sangat buku MALAYSIAN MAVERICK..tapi lum dapat beli...ada x nak hadiahkan utk mama??

11 ulasan:

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

nak nora elenaaaaaaaaa............

♥ aNJe a.k.a MaMa_Balqis ♥ berkata...

ingatkan ape la tadi, rupanya novel, kita pun dulu suka baca sampai nangis2 lagik

pena rozie berkata...

Memang dah bace novel ni. Memang best la

eB berkata...

uishhhh... tangkap lelh yg x thn nih..

mummy_ayu berkata...

wah..novel baru ek? best...nak cari la..

mummyrinazone beauty berkata...

nurul tak suka layan novel..tapi kalau citer kat tv diadaptasi suker lak nengok..nampak sangat malas baca=)

amirah berkata...

dah lama tak bc novel..kalau bc novel mmng rasa terbuai2 perasaan kan eily..tmbh lagi kalau watk tu ada la sipi2 kena kat kita..auww

Miss Sasu berkata...

hehee..ombak rindu besttt
ko untuk mu pun besttt. layan

Ayu Zarina berkata...

dah tak der masa nak baca novel sekarang, belek buku anak2 murid ngan anak sendiri jer..huhu

kayyana berkata...

yana pun mmg suke bc novel karya alaf 21 nih.. paling suke sgt citer ombak rindu & pergilah sepi... nangis2 gaklah baca.. kdg2 husband tak bg bc sebab terikut2 sekali perangai dlm novel tuh.. erm..

Cik Yan berkata...

ai pn suka bca novel aku mahu kamu ni..cinta abadi, ombak rindu..owh nk repeat bc balik ah!