Memaparkan catatan dengan label BOLA. Papar semua catatan
Memaparkan catatan dengan label BOLA. Papar semua catatan

Selasa, 9 Ogos 2011

PENGALAMAN BARU

Ekceli ni cerita lama...2 minggu lepas kot
tapi kena jugak abadikan dalam blog ni, hehe,

Xceli cerita ni kira sambungan dari entry ni :

Kan ada tiket free yg papa dapat tu, disebabkan papa ngan mama x leh gi tengok
so tok ngan aki dhiya gi layan bola kat stadium
kiranya ni first pengalaman tok Dhiya layan bola kat stadium, aki dhiya tu maybe dah pernah

Ken men xcited lagi tok ngan aki Dhiya ni menyarung jersey Chealsea.
Sebenarnya tok Dhiya tu bukan kenal pun team bola or pemain Chealsea.

Pak teh Dhiya lak sebenarnya fanatik Chealsea
ntah camner gi pakai jersey Harimau Malaya lak..
Ada semangat keMalaysiaan disitu

Kebanjiran kebiruan..

Gambar2 smua pakteh Dhiya yg snap...
Belakang pun belakang ler, dah itu ajer yg ada


yg paling lucu kan, Aki Dhiya cerita,
Ade ke patut, Tok Dhiya tu dia gi tanya,
'kenapa xder suara pengulas kat stadium tu, speaker rosak ker?"
Hahahha..klakau ler mak den nih, dia ingat macam tgk bola kat tv tu hah, ada pengulas
Tapi xper ler, itulah dikatakan pengalaman.


Nota kaki:
Bila ler plak nak bawak Dhiya gi stadium nih????

Khamis, 21 Julai 2011

FANATIC..FANATIC..FANATIC


Tengok gambar pun dah tau nak cerita pasal aper kan???
Tapi bukan mama yg fanatik tu..komfem ler bukan mama kan?
sebab time game tu main, mama mesti tengah tersengguk2 dengar ceramah..
x pun tengah sain aper2 borang merasmikan penamatan status surirumah..
Atau pun mama tengah makan makanan hotel yg best,
x pun mama tengah tido krohhh..krohhhh..krohhhhh...kat bilik hotel berekon. hehe

Yg mahel skit tu..RM108 pakteh Dhiya yg suh mama beli...
Dia memang fanatik Chelsea..huh....
Yang 2 keping lagi RM58 tu papa dapat free courtesy by Maybank
Camner papa dapat tu kena tanya dia ler, mama pun lum dengar cerita lanjut. haha

Mungkin tiket tu akan bagi kat Aki Dhiya gi layan Chelsea
Papa kata dia xnak gi....x minat katanya..bukan fan chelsea ler katakan..
Tapikan papa kata, dia nak gi ngan mama..nak bawak family layan bola
tapi x sangka ler plak kena time mama kusus..hhuhu.
Sian papa...ritu time Liverpool pun papa x dapat gi sebab ada kelas tuisen.

Buat pakteh, aki n maner ler tau papa gi tengok jugak kan..
Mama nak ucapkan semoga u oll enjoy the game..
sedihnya mama x dapat pergi....huhuhuhuhu...ingat ler mama kat sini ek..haha
(Entry ni kan, autopublished)...


Nota kaki:
Mama xder pasukan yg fanatik pun, mama asyik minat kat pemain jer. haha.
Dulu pernah ler duk giler ker Raul Gonzales, tapi sekarang dia dah tenggelam dek arus sungai. haha


Kalau ikut jadual, esok mama akan ada taklimat penempatan dan penerimaan penempatan.
Agak suspen hokeh, doakan mama dapat yg terbaik.

Rabu, 6 April 2011

PUKUL 3 PAGI

Tingtong...tingtong..tingtong...
Bunyi jam 3x..menandakan pukul 3a.m
(Nipu jer bunyi gituh, jam umah ni bukan berbunyi pun)

Dengan gigihnya mama bangun kul 3 pagi...
Sinsing lengan baju, yg memang dah pendek dah...
kletung, kletang, kletung, kletang kat dapur...
Nak tau buat aper????


Gambar Googled sajok
X sempat nak mencari kamera kul 3 pagi..haha

Masak megi kari, hokehhhhhh??
Semuanya gara2, game bola semalam ler.
Champs League: Real Madrid vs Tottenham Hotspurs (4-0)
(hahaha..siap bagi result fulltime tu, tengoknyer idok ler fulltime)
Sebelum game bermula tuh, perut berkeriut2 plak..papa pun kata lapar
Ape lagi meggi ler...jahanam tau diet mama
Seb bek ler masak sebungkus jer, kongsi berdua
siap men suap2 ag tu..Romantik gitu, pada kul 3 pagi
yg x tahan tu, papa request Nescafe Ais..
Dengan mama2 skali telan Nescafe ais pada pukul 3 pagi..
Sejuk sekejap pundi hempedu

U oll ada buat kerja2 gini kul 3 pagi??? hahaha...

Ayat penyedap hati papa:
"Ala xkan ler gemuk sebab sesudu 2 megi tu"

Masa makan tu, memang ler tersedap skit hati..tapi arini ase x sedap hati plak
psyco diri sendiri, trus terasa gemuk..wakakakakah
padahal memang sedia ada gemuk punnnnnnn...


Nota kaki:
sempat ker kurus sebelum raya??? 

Ahad, 4 Julai 2010

JERMAN MENANG BERGAYA

Baru jap tadi mama dan papa layan World cup Jerman VS Argentina....Arini Dhiya baik skit, bagi chance kat mama n papa dia. Dhiya plak sibuk duk color buku Tom & Jerry tadi..memang wat umpan pun.Hehe
Puas hati toi ngan game malam ni..Jerman Menang 4-0, memang x sia2 lah mama pilih Jerman...
(Citer disebaliknya, SINI)
Cuma malam ni, papa pun pilih Jerman..so xder teman nak bet a mama..Papa kata dia x suka Argentina sebab x suka kat Maradona..well..no komen ler..
Apa yg mama dapat tahu, Maradona ni sebenarnya xder lesen sebagai coach...Argentina pilih dia based on dia nyer glamor..hehe..Then pada masa Argentina offer sebagai coach tu, Maradona xder pekerjaan tetap so dia pun terima offer tu..Well utk tahu cerita lebih tepat u oll google sendirik yee..

What ever it is, Jerman memang best....
Jerman 4- Argentina 0







 
Hero-hero Jerman 

Miroslav Klose: (68', 89')
Thomas Mueller: (3')
Arne Friedrich: (74')


Nota kaki:
Bila ler agaknya orang tu nak belikan jersi Jerman? :)

Isnin, 28 Jun 2010

JERMAN MENANG 4-1 vs ENGLAND

Masa memula world cup nak start dulu, papa ada tanya mama.."u pilih team maner, dinda?"..mama ngan selamber jawab .."jerman".Papa tanya agi.."why Jerman?"..dengan muka takder rase bersalah mama jawab.."saya pilih Jerman sebab jersi dia cantik.." Papa gelakkan mama dengan berdekah-dekah.
Ape le mama ni, xder semangat kebolaan sungguh..hehe..Tapi memang betul ler. Kalau mama kata sokong sebab Klose kang, papa jeles plak.hehe

Di sebabkan papa penyokong England, maka malam tadi bermulalah aksi2 mendebarkan dirumah kami ni. Siap betting ag, saper kalah kena banja. Awal2 ag mama dah besorak bila Jerman skor...pastu jadi cemas lak, bila England skor...Bila gol kontroversi Gerard tu, papa dah berang dah. Muka pun dah seposen. Marah betul dia kat pengadil tu. Hehe. Ala papa, marah sekali pun....Jerman tetap menang. Siap papa wat biter tambahan..kalau England kalah malam ni mesti ada yg bakar stadium, ada rusuhan sebab gol kontroversi tuh..
(tapi memang jelas pun bola tu gol kan?..nasib uols le england)


Bila dah nak abis kan...papa mula xberapa nak senyum dah. Buat lawak pun dia x layan. Mama aper ag, lagi ler cucuk jarum, demand lelebih utk banja sebab menang. Muka papa dah jadi 5sen...
Apa yg pasti papa tetap kena blanje mama..So x sia2 jugak mama pilih Jerman bedasarkan jersinya..hehe




Nota kaki:
Suh papa banje jersi Jerman ler 1..agak2 hangin x klau mama mintak ngn dia? kwang3  :)
Gambar kredit 2:FIFA official website

Sabtu, 26 Jun 2010

FIFA WORLD CUP 2010 - CERITA CERITI DISEBALIKNYA

World cup 2010 dah di episod pertengahan....ase rugi sangat tahun ni sebab x leh a nak follow sangat. Jeles tau ngan uols yg boleh mengikuti game demi game. So mama ni x layak ler nak citer pasal game..mama nak citer disebalik tabir piala dunia tahun ni..hehe

Afrika Selatan hos piala dunia tahun ni...then 10 stadium disediakan oleh Afrika Selatan untuk Piala Dunia tahun ni. 5 stadium di naik taraf, 3 stadium dibina semula dan 2 stadium baru

Ni Soccer City Stadium yg mempunyai kapasiti 90 000 tempat duduk..Ada 8 games wat kat sini termasuk perlawanan pembukaan dan penutup. Kalau nak tahu lebih lanjut tentang stadium ni boleh klik sini.. 

Pernah dengar vuvuzela.. ? Secara traditional vuvuzela digunakan oleh masyarakat Africa utk memanggil penduduk kampung menghadiri perjumpaan masyarakat..Ala macam beduk n canang bagi masyarakat melayu dulu. Dalam bola sepak Africa plak bunyi tiupan vuvuzela melambangkan kegembiraan penyokong dan sebagai tanda sokongan. Menda alah ni jadi famous ler bila Africa jadi hos tahun ni. Menda alah ni jadi kontroversi jugak, bila FIFA cadang nak halang penggunaannya sebab bunyinya yg kuat leh buat pekak telinga..nak tau lebih lanjut boleh klik sini..vuvuzela



Zakumi dipilih sebagai maskot Piala Dunia Africa 2010. Zakumi beerti persatuan Africa Selatan. 'Za' merujuk kepada Africa Selatan dan 'Kumi' bermaksud sepuluh yg merujuk kepada 10 bahasa yg digunakan dinegara tersebut. Nak tahu lebih lanjut lagi klik zakumi


Penaja utama jersi seperti biasa ler Adidas, Nike & Puma.
wahhh...dalam x layan pun sempat ag tengok jersi. hehe. Time kasih papa atas kerjasama anda. HEHE.
Kalau uols nak tau, mama & papa amat tertarik ngan jersi Jerman..Ase nak cari ler sepasang
Tersangat kiut jersi ini, simple jer...kandaku, bila ler agak2 nak dapat jersi ni?

ADIDAS
  1. Mexico
  2. Perancis
  3. Greece
  4. Argentina
  5. Nigeria
  6. Jerman
  7. Denmark
  8. Jepun
  9. Paraguay
  10. Slovakia
  11. Sepanyol
NIKE
  1. Korea selatan
  2. USA
  3. Slovenia
  4. Serbia
  5. Australia
  6. Belanda
  7. New Zealand
  8. Portugal
  9. Brazil
PUMA
  1. Africa
  2. Uruguay
  3. Algeria
  4. Ghana
  5. Cameroon
  6. Itali
  7. Ivory Coast
  8. Switzerland
UMBRO
  1. England
LEGEA
  1. Korea Utara
JOMA
  1. Honduras
BROOKS
  1. Chile
Tu je la dulu untuk kali ni..kali ader paper agi mama ase nak habaq kat korang, mama sambung nanti ek..

Rabu, 23 Jun 2010

WORLD CUP 2010 vs PLASMATV

Piala dunia 2010 dah nak masuk pusingan kedua....grouping dah nak abis dah tapi satu entry pun mama x pernah wat tentang game world cup ni kan? Ase len macam lak, sebab papa tu kaki bola...

Nak tau nape mama x pernah wat entry? 
Sebab setakat ni mama x pernah ada peluang pun nak tengok...papa pun...sian sangat kat papa, dia teramat frust tau. Setakat ni hanya game kul 2 pagi jer dia bleh layan..
4 tahun lepas hari2 papa ajak mama kuar layan world cup. Tahun ni nak layan kat rumah jer xleh.
Papa plak, mama suh layan kat kedai, x mau..x best mama x temankan. Macamaner nak teman sayang oiii...

Tau x kenapa keadaan jadi gitu? 
Sebabnya kami ada anak bernama Dhiya Khairina yg x pandai tido awal dan asyik konker tv...
Amatlah sadis. Dhiya hanya akan tido selepas 12 tengahmalam dan sepanjang hari tu, tv hanya menyiarkan rancangan kartun. Sampaikan tokma pun terpaksa layan kartun.

Papa dah agak geram tu..tiap2 hari kuar dari mulut nak bli TV satu ag. Mama plak mengalu2kan niat papa tu..hehe. Kalau x mengenangkan raya dah x lama lagi..harus kami ke kedai Sen Heng berhampiran...
Dapat TV plasma 42" tu. memang layan ler....aritu papa siap amik catalog sony....
kembang kecut perut mama, xkan tengok sajer papa?... :)
Kita beli tv baru, tv buruk kita tu, letak dalam bilik Dhiya, biar dia layan kartun sengsorang...

Panasonic 42"
(puas hati wei...tengok bola. Memang lama dah mama idamkan)

Pastu tempek kat dinding camni

(Papa salu kata, jgn nak berangan sangat ler, ni umah kajaan..tunggu umah kita sendiri dulu
Huhuhu..bila tu, papa? )



Nota kaki:
Memang kalau World cup jer...kedai2 elektrik kempen TV plasma habis-habisan...