Khamis, 17 Februari 2011

JANGAN KIRIM SALAM

Petang ni nak kongsi skit pengetahuan dan info...baru jugak baca nih. Sangat berguna kat kita semua kot.
Mama pun sangat terasa okeh. Memang mama ada lakukan kesilapan nih. So kepada semua yg mama pernah ungkapkan perkataan 'salam'..mama mintak maaf yea..Tapi dari sudut hati, ia membawa maksud yg sebaliknya...

JANGAN GUNAKAN PERKATAAN "SALAM"

بِسْــــمِ ﷲِالرَّحْمَنِ الرَّحِيم

اَلسَّلاَمُ عَلَيْكُمْ وَرَحْمَةُ اللهِ وَبَرَكَاتُهُ

SIAPA YANG MENGGUNAKAN PERKATAAN "SALAM"? apakah maksud disebaliknya??

Maka berpalinglah (hai Muhammad) dari mereka dan katakanlah:"Salam (selamat tinggal)".

Kelak mereka akan mengetahui (nasib mereka yangburuk). (QS. 43:89)

baik gunakan,,,ASSALAMUALAIKUM atau ASSALAMUALAIKUM WARAHMATULLAH HIWABARAKATUH...

Ilmu utk dikongsi bersama. Sekadar peringatan untuk semua rakan-rakan muslim yang lain.



Ringkasnya, baginda SAW akan ;Beri salam dengan ucapan - “Assalamualaikum”

dan…Jawab salam - “Waalaikumussalam warahmatulallahi wabarakatuh”

Lagi satu, perlu diingatkan juga semasa menjawab salam, 
Jawab salam yang betul ialah ;



“WAALAI KUMUS SALAM”dan bukannya  “WAALAI KUM SALAM”


Apabila kita ingin berkirim salam pada orang lain, hendaklah kita berkata

“Kirim salam, assalamualaikum pada ASHREE ye” contoh lerr…

Dan bukannya : “Kirim salam kat ASHREE yer”

Dan jangan pula memandai-mandai tambah perkataan seperti ” Ko tolong kirim salam maut kat dia yer“.
Statement ini walaupun dalam nada bergurau, tapi ia adalah menyalahi syariat dan berdosa, walaupun sekadar gurauan!

Selain itu, janganlah kita menggantikan perkataan “Assalamualaikum” dengan“A’kum” dalam sms atau apa sekalipun melalui tulisan.

Jika perkataan “Assalamualaikum” itu panjang, maka hendaklah kita ganti dengan perkataan “As Salam” yang membawa maksud sama dengan “Assalamualaikum”.

Perkataan ‘AKUM‘ adalah gelaran untuk orang-orang Yahudi untuk orang-orang bukan yahudi yang bermaksud ‘BINATANG‘ dalam Bahasa Ibrani.

Ia singkatan daripada perkataan ‘Avde Kokhavim U Mazzalot’ yang bermaksud ‘HAMBA-HAMBA BINATANG DAN ORANG-ORANG SESAT‘.
.

* Jangan guna “Bye” kerana“Bye” adalah jarum sulit Kristian yang bermaksud “Di Bawah Naungan Pope.”

* Jangan guna “A’kum” kerana“A’kum” bermaksud “Binatang” dalam bahasa Yahudi.

* Jangan guna “Semekom” kerana“Semekom”bermaksud “Celaka Kamu.”Gunakan perkataan “ As Salam” sebagai singkatan  

    bagi“Assalammualaikum.”
(Sumber dari FB)



Jadi kengkawan, segala ilmu yg baik, mari kita amalkan dan kongsikan. Segala yg silap kita perbetulkan, segala yg kurang elok kita hindarkan..
Renung2kan dan selamat beramal...wahhhh...nak jugak guna tag line glamer tuh..wakakah

Nota kaki:
Kekadang rasa menyesal plak x dalami bahasa Arab dulu. Dapat B ajer PMR. Pastuh trus tenggelam. haha. Tapi asasnya yg sebenar tetap pada niat dan hati. Cuma bila kita dah tau, kita perbaiki ler kan?
 *Kalau ada mama tertulis salam masa komen kat entry u oll sila tegur yea, dah terbiasa..

4 ulasan:

Rose Khadijah berkata...

gud info..
terima kasih ingat mengingati..

http://farisarrayyan.blogspot.com

MamaRifqy berkata...

ok!! Thanxx Eily untuk peringatan ini

cikpuanhady berkata...

act. salam tu ada 2 maksud, utk org bukan muslim jika diucapkan kepada mereka bermaksud selamat tinggal..tapi jika diucap kepada muslin, maksudnya salam sejahtera..boleh tengok entri ini..

Jom skodeng :Tentang Salam dan As Salam

mummysyafie berkata...

thanks sebab sudi share info ni.