Rabu, 9 Februari 2011

LANGSUIR YG SEBENARNYA

Kalau sebut LANGSUIR apa agaknya yg tergambar di fikiran anda semua? 
Adakah seperti ini:-

 Alamak....
ada yg takut ker?
Jangan ler takut..gambar jer semua tuh..

Macam2 cerita pasal langsuir ni kan?
Ni mama amik dalam wikipedia maksud langsuir

Langsuir adalah sejenis makhluk halus penghisap darah dalam kepercayaan masyarakat Melayu. Langsuir dipercayai akan merasuk mangsa dan menghisap darah mangsa secara perlahan-lahan sehingga mati.
Terdapat sesetengah pendapat bahawa Langsuir berasal daripada wanita yang mati bersalin atau selepas itu.
Langsuir dipercayai mampu menyerupai seorang perempuan yang cantik dan mengoda lelaki agar mengikuti mereka ketempat sunyi. Apabila sampai ketempat yang sunyi, langsuir akan berubah kembali kepada rupa asal dan akan merobek perut mangsa atau mencekik leher mangsa dan menghisap darahmereka.
Sekiranya dipaku di belakang tengkoknya akan menjadi seorang wanita yang cantik
Macam sama ngan pontianak plak kan, descripsinya...
So u oll percaya x kewujudan langsuir nih?Ada jugak kata pernah tangkap masuk dalam botol macam kat bawah ni hah..Betul ker tidak semua tu..Wallahualam..hanya Allah yg tahu
Tapi bagi mama dan keluarga mama. Istilah langsuir ni lain plak definisinya. Memang kami adik beradik didedahkan dengan kewujudan langsuir ni. Serius nak bagitau u oll, dulu2 kami selalu tengok langsuir nih.
Tapi langsuir yg mama paham bukan ler macam gambar kat atas atau descripsi Wikipedia. Nenek mama kata, langsuir ni sebenarnya hanyalah BURUNG

X percaya ker?
 Ooo..keluarga kami memang x percaya ngan hantu yg berambut panjang, mata merah, boleh terbang dan ada taring tu semua. hehehe..Nenek kata lagi, perkataan langsuir tu berasal dari:

HELANG + SUWE (CELAKA)=Langsuwe a.k.a langsuir

Cerita nenek, biasanya langsuir ni adalah seekor helang yg dipuja (jin yg dipuja ke badan Helang).
Orang tua dulu2 kan panggil Helang tu, lang jer..
Helang ni biasanya aktif ler waktu malam mengganggu rumah2 yg diarahkan oleh penjaganya.
Selalunya utk balas dendam...tapi kekadang dia sesat, sesuka hati jer nak kacau orang.
Cuma menakutkan jer, tapi kalau ada anak kecik tu, selak jugak ler dowang nangis sebab baby kan
nampak fizikal sebenar jin nih..

Masa kecik2 dulu, selalu tengok langsuir nih atas pokok kat pintu belakang rumah nenek.
Lang ni dia pandai tiru macam2 suara tau. Maklum ler, jin sebenarnya kan.
Kekadang kalau tengah malam tetiba bunyi itik ler, ayam berkokok ler kat  atas zink rumah,
sedangkan umah mana ada ayam, itik xkan boleh naik atas zink. so kami tau ler apa yg ada atas rumah tu.
Ada jugak yg boleh buat suara manusia, misalnya mintak tolong.
Kalau dengar mintak tolong sayup2, then dari arah yg berbeza2 tau ler langsuir punyer kerja. Dia kan terbang so, mestilah bunyinya x statik.Kekadang ag jugak dia wat suara mengilai atau ketawa.
Ada jugak yg lagi advanced, gi duduk atas areal tv, pastu mulalah areal tv bergerak2, siaran pun ilang. hahahha..betul, ni cerita benar nih. Terjadi kat kami. 

Selalu Abah atau Aki mama halau dengan baling ngan lada hitam sambil baca 100bismillah dan ayat kerusi. Kekadang bakar lada..baling kat dia. Kompem dia lari. 
Fizikalnya, apa yg pernah mama tengok, langsuir nih, helang biasa tapi selalunya size agak besar, tapi matanya merah..mungkin sebab malam atau sebab jin yg dipuja itu.
Kalau u oll tengok cerita omputih kan, yg cerita seram2 atau sihir2 ni, burung helang ni 
memainkan peranan jugak kan? so dowang pun tahu tentang ni kot.
Masyarakat kita jer agaknya masih lagi dengan kepercayaan kuno tentang hantu semua nih.
Wallahualam.

So kengkawan semuanya, pasnih jangan ler ada yg takutkan langsuir lagi ek.
Dia sebenarnya burung helang jer, x percaya tanya ler nenek mama. Akhir bulan ni dia datang umah mama.
Kalau nak dengar versi original dari mulut nenek mama, datang ler umah.
Kalau zaman dulu2, boleh datang ke rumah nenek tengok sendiri, kalau ada rezeki bertemu.
Tapi skang ni, dah x ramai kot org yg pandai seru jin ke dalam badan helang nih.
Tu yg pupus tuh. Sebab tu jugak kot, org asyik kata "Zaman skang maner ada hantu"..heeheh

Gambar semua ikhsan:mr.goog


Nota kaki:
Jangan ler takut dengan menda yg anda x pasti, kerana masa itulah syaitan memainkan peranan.
Ni kot syaitan marah giler ngan mama cerita kat u oll sumer, ramai yg x takut hantu dah..hahaha

5 ulasan:

amirah berkata...

ye ker?waaaa...memang dia bleh tiru suara mcm2 ek..

BIONIC WOMEN berkata...

huhuhu..camtu ler...tp yg suara2 manusia tu kira sedkit advanced ler..
yg selalu dengar yg bunyi ayam ler itik ler..

Anamarza berkata...

OOOO gitu eik, banyak versi gak la langsuir ni eik

Meh Baca: Tutorial paling sempoi...

Tanpa Nama berkata...

betulker langsuir tuh wanita yang mati n baru pas bersalin?eii seram..

rupanya ada ek burung langsuir.hikhik

Bee berkata...

ekeke bee baru tahu !