Rabu, 9 Februari 2011

HIDUP INI PENUH PANCAROBA

Kelmarin sewaktu baca entry k.eli@eliza diana, (bukan senang nak senang)
buat mama termenung panjang, memikirkan kehidupan kami sekuarga.
Masa baca entry k.eli tu siyesly menitis air mata, sedih , sebak semuanya ada. Gigih sungguh suami k.Eli
berusaha utk kesempurnaan hidup mereka sekuarga.
Mungkin k.eli dah temui sedikit harga utk susah payah, pahit duri dan segala macam dugaan yg mereka tempuh dalam mencari erti kehidupan.

Semalam, kami laki bini, tido pukul 3pg, dengan mata bengkak. 
Menangis semahunya bila kami kenangkan kehidupan kami, susah payah kami, dugaan hidup kami.
Mengingati balik semua dugaan yg Allah turunkan buat kami buat kami rasa sangat insaf.

Seriusly, kami xder apa2. Hidup kami amat sederhana. 
Papa masih kuat lagi rasanya menempuhi segala dugaan, diakan lelaki.
Tapi mama sebaliknya, mama pernah rasa rendah diri yg amat sangat, rasa patah semangat dan sebagainya.
Mungkin apa yg pernah mama lalui dalam kehidupan x sepahit apa yg org lain lalui.

Tapi Alhamdulillah, kami sedar dugaan yg kami lalui banyak mematangkan kami.
Menyedarkan kami, kami masih ada satu sama lain, masih saling menyayangi antara satu sama lain.
Kami masih berusaha dan berusaha semoga Allah tunjukkan kami jalan utk kesempurnaan hidup kami.

Teringat kisah mula2 kami bercinta dulu, masa papa ajak mama kawin, papa pernah kata
"saya ni anak org susah,  saya sendiri pun susah. Kalau awak sanggup hidup susah, terimalah saya"
kata2 tu masih terngiang2 di telinga mama. Papa anak yatim, kehilangan ayah sejak umur 15thun. 
Masa mama kawin ngan papa, papa masih menanggung seorang ibu yg sakit, adik lelaki belajar u, beserta adik bongsu yg masa tu sekolah menengah. Itu pengorbanan papa yg amat x ternilai.
Tapi kami masih boleh hidup gembira, bahagia. Dan bila papa minta tolong mama jagakan ibunya, mama berbesar hati. Itulah yg hanya mampu mama lakukan utk membalas jasa  mak mertua mama membesarkan seorang suami yg baik utk mama. 

X semua antara kita semua ni, hidupnya senang. X semua hidupnya bahagia. x semua hidupnya sempurna.
Mungkin ini dugaan Allah, buat kami, tapi lain pulak dugaannya utk org lain.
Mama tahu ramai jugak yg mencemuh "dah tahu susah, naper x kerja?" 
memang dah lali dgn ayat2 macam tu. Selalunya datangnya dari org2 yg dekat dengan kita, yg boleh lihat kadaan kita, tapi buat2 x paham.
Biarlah kami laki bini yg tahu kenapa. Mama yakin setiap apa yg baik kita lakukan, akan di balas baik.
Lambat atau cepat ajer. Kalau kita sabar, Insyallah semuanya akan lebih bermakna.

Ini hanya luahan hati mama. Xder tempat rasanya nak luahkan apa yg terbuku di hati.
Papa tu dah kebal telinga dah kot nak dengar. Dialah suami, dialah kawan, dialah segalanya bagi mama.
Rakan kongsi sehidup semati. 

Semoga kami sekuarga temui jalan utk kesempurnaan hidup sepertimana k.eli dan keluarganya temui, 
sepertimana IBuayahdamia temui..Mereka ni org yg x lokek bercerita tentang kehidupan.
segala cerita kehidupan mereka menjadi inspirasi utk mama memperbaiki kehidupan. Doakan yg terbaik buat kami.


Pic:Mr.Goog


Nota kaki:
semoga kita semua bahagia dunia akhirat. 

9 ulasan:

Unknown berkata...

insyaallah kita jga psti temui apa yg dicari..

org yg byk dugaannya dan tabah mengharungi dugaan psti akan dijanjikan sesuatu oleh-NYA

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

T_________T


if u need me, as usual, pm me on FB.. hehehe

Unknown berkata...

sebak bila sy baca entry ni..setiap dugaan yg datang tu ada hikmah di sebaliknye..bersabar la kerana tuhan tu maha adil..

eim berkata...

salam kenal,

sebak baca entry ini..betul setiap susah senang hidup kita adalah perjalanan yg telah ditentukan ...

e.l.i.z.@ berkata...

besar pengorbanan eily utk suami..insy'lah eily..Allah tu maha adil..setiap apa yg kita korbankan, pasti ada anugerah dr Nya..k.eli yakin ;-)

eily lagi tabah dr k.eli..siryes!
ni baru k.eli tahu eily kena jg MIL. kalu k.eli, xsanggup kot *jahat keh*
tp k.eli ado reason bakpo k.eli tak sanggup

amirah berkata...

eily, setiap sesuatu yg terjadi sememangnya ada hikmah sebaliknya.dunia ini adalah ujian kita.yakinla pengorbanan yg ikhlas insyaAllah ada balasan baiknya nanti.jgn sedih2, la tahzan, moga terus kuat dan tabah..beri semangt untuk diri sndr jugak.. : P

Tanpa Nama berkata...

lama tak singgah cni=)sedih cerita kamoo eily.setiap dugaan n kesusahan yang datang tuh pasti diakhirnya ada hikmah n kesempurnaan di hujungnya.sabartuh separuh dr iman=)nurul kagum=)

Diyana berkata...

huhu..sebaknye baca entry eily ni..tmbh lg part kisah suka duka bersama suami ..tringat jg ms diyana n suami awal2 kawin dulu...sampai penah tahap korek tabung nak beli makan..malu nak bgtau parents takde duit masa tu..:|.kalau bulih tu,nak usaha sndiri jg.

Ayu Zarina berkata...

maaf eily, kak ayu 2-3 hari ni memang tak sempat nak jenguk2 blog kawan2...sekali tgk terpampang pulak nama kak ayu disitu...ya allah..sangat2 terharu..

bila kita ingat kita susah, pastikan dalam hati terdetik yg org lain ada lagi susah..tu lah satu2 penawar utk kita tidak down...dan bila lihat kejayaan org lain..terdetikkan lah satu hari nanti aku pun nak jadi cam tu...insyallah..yakin pada rezeki..

apa yg eily buat tu satu pengorbanan besar tau...allah tak bagi bahagian ni, allah gantikan dengan bahagian lain...jadi anggap semua tu sementara dan cubaan..berani langkah ke hadapan utk terus maju...