Isnin, 14 Februari 2011

JJCM KE PASAR MALAM

Ai sume..good morning. Samat pagi isnin. Ada yg terblues ker arini? Mesti ramai jugak yg cuti arini kan? terus sambung esok.

Pepagi ni nak wat entry makan2 ler, bagi semua org terliur. HEHE. Tapi bukan best sangat pun makanannya. Bese2 ajer. Beli kat pasar malam ajer pun. Selalunya kami memang jarang sesangat beli makanan kat pasar malam. Kalau gi pasar malam memang cari buah, sayur, lauk-pauk.

Tapi semalam, sebab mama teringin sangat nak makan popiah sira. Ni gara2 entry puan Zana ler nih.(LINK).
Kami pun terjah pasar malam kat tol LDP Puchong tuh. Selalu tengok masa nak g tesco macam besar jer pasar malamnya. Skali x gempak pun pasar malam nih. Apa yg mama hajati pun xder.Huhu..sadis. Yg terbeli adalah:
 Potato twister utk Dhiya.
Dhiya mintak sendiri nih, dia kata nak yg ni, mama belikan ler.
Mayonis tambah stok sendiri yea..dia letak ciput sangat.
RM2

 Ini di panggil RAJA DONUT.
U oll pernah makan donut besar bapak gini? 
Ni pun Dhiya yg mintak, dia kata "Mamaaa. besarrrnya donutttt"..semua panjang2 sebutannya.
So sebab teruja Dhiya pandai request nak itu ini, mama pun belikan.
Kitaorng makan bertiga pun jenuh nak abis. hehe.
RM2

 Pastuh beli murtabak nih.
Special skit murtabak ni sebab dia 2 lapis.
Namanya pun Murtabak 2 Lapisan Puchong..
RM4..yg 3 lapis RM6.

Sesungguhnya, hanya kulit yg tebal, walaupun 2 lapis tapi isi dalam ciput ajer.
X leh tanding ler murtabak Mengkasar kat Pekan tuh 
Apatah lagi murtabak raja kat Kelantan nuh.
Yg ni pun Dhiya jugak yg banyak makan, dia tu memang suka murtabak

Yg lagi x masyuk murtabak tu ada kuah gini jer. huhu.
Mama lagi suka kuah cuka merah tuh.

So kesimpulannya, serbuan yg hampa jugak ler. sebab tu kami x suka membeli kat pasar malam..
Papa kata kena pangkah Pasar Malam kat Puchong tuh. 


Nota kaki:
U oll ada ker juadah wajib beli kalau ke pasar Malam?

6 ulasan:

Unknown berkata...

eily potato twister tu mcm sedap mabeles delicious je! ahaks

BIONIC WOMEN berkata...

mrs.fiza:
yg ni sedap fiza, garing kruk2..sos dia pun sedap..selalu beli rasa muak

MRS. K ^ibuhadifhessa^ berkata...

adeh.. gambo tak keluar semua lah! potato tu mmg slalu dah makan..

Miss Sasu berkata...

huhu. nak makan popia sira yer.tp, jrg la ade jual kat pasar malam. bise jual waktu pg2 kan ?hehe.

sy x pernh pegi pun pasar malam tuh:D

Chik Na berkata...

tak pernah try makan potato twister tu..

akak suka beli murtabak..tapi hanya kat pasar malam serdang..murtabak hafidz..marveles

Tanpa Nama berkata...

menu2 eily beli kat atas mcm menu bulan ramadhan al mubarak plak=)sedap