x sanggup mak nak letak video dalam diari tatapan anak2 suatu hari nnti.
Ni bukan mama nak cerita pasal details video itu.
Mama tengok pun gitu2 jer kat Berita semalam..
Zaman dah di punghujung ni, macam2 boleh berlaku
Apatah lagi dalam dunia politik yg memang kita x pasti mana betul mana salah
kekadang yg salah jadi betul, yg betul jadi salah
hakikat politik itu, payah benar nak cari yg benar dan sahih...
semuanya putar belit belaka..
Semalam baca dalam blog AMIRAH.
http://amirahabukassim.blogspot.com/2011/04/di-sebalik-kontroversi.html
tertarik juga, nak bercerita pasal perasaan seorang isteri di sebalik semua ni.
Apa agaknya perasaan seorang isteri setelah bertahun2 tidak putus ngan kontroversi hina si suami?
Adakah kita sekuat Datin Seri Wan Azizah ni?
tapi..Benarkah dia kuat menangani semua nih? Atau berpura2 supaya nampak kuat?
Hanya dia dan Allah saja yg mengetahuinya kan
Sekali kita lihat cara dia mempertahankan suaminya..
mmg kita dapat rasa kekuatan, kesetiaan dan ketabahannya menghadapi semua ini
tapi bila 2x kita tengok, seolah2 kekuatan yg cuba dia tonjolkan,
sikap mempertahankan itumakin memperlihatkan kelaraan hatinya..
Sekiranya bukan Anwar Ibrahim dalam klip tuh?
Betapa berdosa org yg menhuru-harakan suasana demi pangkat dan harta
hingga sanggup merobek-robek perasaan seorang isteri dan anak2 yg sudah bertahun2 bergelut dalam kontroversi
Tapi sekiranya betul Anwar Ibrahim dalam klip tu..?
huhuhu..bayangkan betapa walangnya perasaan seorang isteri..
hancur luluh hatinya, porak porandalah jiwa, sia-sia rasanya selama ini berjuang
demi kepercayaan terhadap seorang lelaki, demi maruah seorang suami
akhirnya tersentap pulak dengan 1 lg kejutan
Sudahnya, yg menjadi mangsa, masih seorang isteri...
Tapi ...bila bercakap tentang ni, teringat kata2 pakcik mama:
Kalau kita berkahwin dengan seorang askar, maka kita harus pandai bertempur seperti askar
kalau kita berkahwin dengan seorang kelasi kapal, maka kita tdk boleh mabuk laut
kalau kita berkahwin dengan seorang seorang peguam, maka jagalah kata kerana kita xkan menang
kalau kita berkahwin dengan seorang doctor, jangan sesekali kita mabuk darah
kalau kita berkahwin dengan seorang guru, hendaklah tidak alah dengan kapur
kalau kita berkahwin dengan seorang artis, kena tahan gosip dan paparazi
dan jika kita berkahwin dengan ahli politik, maka pemikiran kita harus juga seperti seorang ahli politik, harus berkata seperti seorang ahli politik, kerana pada dasarkan seluruh kehidupan peribadi kita sudah pun dipolitikkan..
Disebalik gagah seorang suami, ada isteri yg sentiasa memahami,
dibahu si isterilah suami menangis bila terasa kegagahannya tergugat...
kerana hanya isteri pandai menyimpan rahsia kelemahan si suami
Hari ni, bila kecoh orang bercerita tentang kisah Anwar ni..
seriuosly teringat ayat2 pakcik tu..(ni mama kena tazkirah pasal pilih jodoh dulu ler)
Memang kita xkan tau apa sebenarnya yg terjadi dalam kehidupan mereka
kerana kehidupan mereka politik....
so sebagai org yg tidak tahu, tidak arif serta tidak berkecimpung dlm dunia politik
kita x boleh buat kesimpulan aper2 pun, dari pihak mana skali pun...
kerana dalam politik, apa sahaja boleh berlaku...
Antara tanda2 kiamat yg sangat relevan dengan kes ini:
- Zina bermaharajalela
- Pemimpin yang terdiri dari orang yang jahil dan fasik
- Banyak dusta dan tidak tepat dalam menyampaikan berita
"Pada akhir zaman akan muncul pembohong-pembohong besar yang datang kepadamu dengan membawa berita-berita yang belum pernah kamu dengar dan belum pernah didengar oleh bapa-bapa kam sebelumnya,kerana itu jauhkanlah dirimu dari mereka agar mereka tidak menyesatkanmu dan memfitnahmu" - Sahih Muslim
- Banyak saksi palsu dan menyimpan kesaksian yang benar
"Sesungguhnya sebelum datangnya hari kiamat akan banyak kesaksian palsu dan disembunyik kesaksian yang benar" - Riwayat Ahmad
- Banyaknya sifat bohong dan ia menjadi perkata biasa
- Akan terdapat banya pengkritik, pembawa-cerita, penikam-belakang dan pengejek dalam masyarakat.
- Penjualan jawatan atau kepemimpinan (politik wang)
Sumber:
Nota kaki:
Bertahan utk tdk mempolitikkan blog ni, tapi x tertahan terbuat entry ni..
kerana saya juga seorang isteri..cuba memahami perasaan isteri lain
Semakin ramai manusia yg mengambil kesempatan atas kekhilafan org lain, bukan menginsafi diri atas kekhilafan itu...
secara simboliknya, inilah maksudnya tanda2 dunia akhir zaman:
Apabila manusia memakan daging saudaranya....
15 ulasan:
kalau kawin dengan pegawai SPRM camno pulak? hikhik..
jauhi rasuah le jawab nye.. huhu
itu la.. kesian die kan? ape pon, die memang seorang isteri yang tabah, setia dan taat pada suami.. smpai sekarang die masih lagi bersama DSAI
hahahha..lucu kay..
tu la...tanya blk kat diri kita... if we were in her shoes...camno?
hehehe..betul eily..setuju.
nasib baiklah tak alah kapur...hahahaha
eh tertinggal plk..smlm tgk dia pon terpk betapa kuatnya dia tempuh dugaan..tp sebaliknya kita tkthu apa dia rsa..luar mmg nmpk tenang..
kalo kita kt tmpt dia belum tntu blh hadapi semua tu
like post ni!
no komen..alamak..terkomen la plakk huhuhhhh
tula. hati seorg isteri sekuat die tug ssh nak cari :)
huu~ hanya Allah maha mengetahui segalanya..
memula tu aku tak paham.. video apekah yg dimaksudkan olehmu wahai elly.. then tanya my hubby.. dia cakap pi tengok kat youtube..
owhh, baru laa aku paham.. hikhik.. ni laa akibat tak bace paper or nengok berita.. ampunnn..
hmm.diyana pn mmg kdg tgk muka wan aziziah ni..mmg itu aje yg terpikir..?selama mana lg dia mampu bertahan demi seorg suami? baik buruk suami kita org perkatakan, cuma kita sndiri yg akan tempuh semuanya kan...
syahdunye bc entry akak.. erm... tulah.. kalaulah dlm video tu bukan anuar.. berdosa besar org yg buat fitnah kan..
tp cara die mempertahankan suaminye dalam berita aritu nampak dr riak mukenye mcm beban sgt dengan pe yg die sedang hadapi.. knplah org sanggup musnahkan masa depan org lain demi pangkat dan nama?
Catat Ulasan