Selasa, 19 April 2011

ANAK ANDA SUKA SAYUR?

Bebaru ni ada le sepupu mama tanya mama, Dhiya makan sayur x?
Bila mama cakap Dhiya paling suka sayur,dia tanya mama
camner nak buat bila anak x makan sayur..

Adoiii, susah jugak nak jawab tu. ilmu mama pun x dalam mane.
Dhiya memang azali ag suka makan sayur.
Skang ni, kalau makan nasi tu, Dhiya akan abiskan sayur dulu baru mkn nasi.
Sayur feberet Dhiya skang ni ialah, Brokoli dan kankung.
Tapikan, bagi ler sayur apapun, walaupun ulam, Dhiya akan makan.
Alhamdulillah..

Bagi mama, semuanya kena bermula dari awal.
Apa yg mama praktikkan ialah..
Masa Dhiya 6 bulan dulu, solid food yg pertama mama bagi dia ialah sayur.
Mama stimkan brokoli, kemudian lenyekkan bersama susu ibu.
Memang Dhiya suka...itulah makanan pejal pertama masuk ke perut Dhiya
Mama bagi menu tu utk seminggu, then bila nampak Dhiya dah x bersungguh makan
Mama tukar plak pada carrot. Still buat menda yg sama, stim sampai lembut
then lenyekkan dgn susu ibu.

Lepas beberapa minggu, menu Dhiya semakin variety
Keledek, kentang, bayam, betik, pisang, epal..
tapi pendekatan yg sama iaitu lenyekkan dgn susu ibu.
bila Dhiya 8 bulan mama bagi Cereal beras
Tapi mama campur dgn menu2 diatas...(sayur + susu ibu)
Bila Dhiya 10 bulan baru mama bagi bubur.

Bagi bubur pun mama x pernah blend..
Mama lenyekkan, then mama cuba cari makanan mana yg Dhiya suka
Memang pilihan utamanya ialah brokoli dan carrot juga kentang.


Masa Dhiya nak tumbuh gigi dulu. mama gunakan sayuran
utk dijadikan teether. Timun mama potong lebih kurang sejengkal, besar2 ibu jari.
Rebus sedikit, supaya getah tu ilang..then bagi Dhiya gigit.
(Timun tu skali dgn empulurnya (bahagian biji2 tu)..tapi jgn guna timun tua.
Memang Dhiya suka, tambahan bila dia dapat gigit bahagian isi timun tu..tersengih dia.
Carrot pun mama buat camtu, rebus sekejap tapi jgn over lembut.
bagi anak sebagai teether, tapi dengan syarat mesti dibawah pengawasan kita.
jangan sesekali lalai..takut anak tercekik plak.

Bila Dhiya dah besar ni, mama gunakan cara psycology plak.
Mama terangkan kat dia, carrot baik utk mata..
"Dhiya kalau nak mata cantik, kena makan carrot"
"Kalau nak kulit cantik kena makan sayur"
"Kalau nak pandai dan cerdik kena makan brokoli"

Alhamdulillah cara tu berkesan..
Sekarang ni kalau tanya Dhiya, kenapa kena makan carrot?
Dhiya akan cakap, nak mata cantik...and so on..
Kekadang tu sambil makan Dhiya akan cakap...
"Wow ada sayur, lepas ni cantik ler kulit Dhiya".hehe.
Sambil menghabiskan sayur dalam pinggan...

Lately ni, bila Dhiya semakin besar dan pandai..
Mama bawak Dhiya di supermarket then suh dia pilih sendiri sayur
yg dia nak makan, selalunya yg akan ada dalam bakul or troli ialah
Carrot, brokoli, bayam, kacang buncis, kangkung dan kentang
memang Dhiya akan amik semua tu. hehe..
Seronok pulak rasanya, bila tengok dia terkedek2 pilih sayur pastu di timbang.


anak u oll makan sayur x???
Camner cara yg u oll praktikkan utk didik anak makan sayur?
Jom ler kongsi, boleh ler mama berkongsi ngan kakak sepupu mama tu nnti.
sambil2 tu mama boleh tambah ilmu di dada.
Ilmu ni kalau di kongsi semakin berkat.


Nota kaki:
*Cara wardina ajar anak dia utk tidak makan makanan tidak berkhasiat dalam buku "mama saya lapar" sangat praktikal. Ilmu tu yg mama praktikkan kat dhiya. Alhamdulillah, menjadi. Tq Wardina kerana berkongsi ilmu


Papa yg kurang makan sayur tu pun dah jadi peminat sayur sebab hepi sangat tgk anak makan sayur dengan berselera.


* mama masak sayur kat rumah tanpa guna garam tau...

16 ulasan:

♥ Anje a.k.a Mama_Balqis berkata...

makan, balqis suka makan carrot...kalo leh dia ratah2 gitu je after masak

nad berkata...

bagusnye eily ni...

zakwan tak mkn sayur,takde tips nak dikongsi,huhu!

eB berkata...

alhamdulillah aerish mmg suker mkn sayur & buah... tapi nasik jerk dier x mo... dier more to noodles....

eB x paksa dier mkn... tapi eB makan deoan dier.... so dier ikot... aerish suker mkn ulam dari syr yg msk...

Hudalatip berkata...

yup i agree with u..anak saya yg pompuan pun suka makan sayur..saya guna cara psikologi jugak..memang kena praktik dari kecik. cuma yang laki sulung tak suka, tapi saya kena carik idea yang kreatif macamana nak masak sayur dan bagi dia suka makan..sekarang more to psikologi la..saya pun ada buku wardina tu..mmg bagus cara wardina tu..:)

dinor's family berkata...

bagus la dhiya suka makan sayur,anak2 klu kita jaga sendiri bleh praktikkan suma tu,tp klu anta k rmh pngasuh susah sikit la...tp anak2 ibu mmg xsuka mkn sayur...klu mkn pun kerot ja...

♥MiZz-siHa♥ berkata...

btl tu...anak kite pon suke mkn sayur..
mmg dr awal solid food lg kite ajarkan mkn sayur...blend syur n nasi or kentang lenyek ngan syur
paling die suke carrot n brokoli..

mummyrinazone beauty berkata...

maira makan semua sayur kecuali taugeh..tapi semua nak makan sendiri tak mau mummy suap..

Jeely jelly berkata...

thumbs up utk mama ! nanti kalau saye dah kawen... saye carik mama lah.. hehe :)

Monahiryanti berkata...

bagus laa elly..
pandai dhiya mkn sayur..
danny lngsg x mkn sayur..
nk kena jerit dulu br laa cuit sikit..

AngahSayang2314 berkata...

wahhh bagus la.....nie yg nak tiru nie amalan sihat nieeee

Bee berkata...

anak bee makan sayur tp tk suka makan dgn nasi , kalo letak dalam sandwith ke , buat brokoli rebus masukkan mayonis ke diaorang makan ler so kena kreatif jugak lah

mama tisya berkata...

bgs dhiya suka mkn sayur..kebykkn bdk2 tk suka sayur..tisya pn tk brp tp carrot mkn jugak..ikut mama die tk suka sayur..eheh

dyea irdina berkata...

wowo bagusnya anak dara dia....hero dyea yg sulung mkn jgk sayur tp yg terpilih jeww...dia cuma nak carrot, kobis, baby corn,pas tu klu terung n tauge yg masak lemak putih je dia nak mkn..yg no dua nampak cam tak berminat ngan sayur..leh la try practik cara awak ni..hehhehehe

mamaarifakeemaisy berkata...

waaah baguslah dhiya tak boring mkn sayur! arif selalunya suka carrot..asal nmpk carrot je, teruja dia..hehe..

selain tu, kentang jelah..others..kurang sket//apapun rasanya ianya bermula dr kecik kan..dr kecik didik kasi makan sayur, insyaallah smpai besar, diorang suka ...

dear anies berkata...

pendek kata semuanya kena ajar dari awal

Malas memasak

..:: k i n a k O y u @ m a m a ' a D a m ' ::.. berkata...

mana nak beli buku "mama saya lapar" tue yew mama dhiya?

nanti bg tahu kat shoutmix kina yew.