Orang tua2 kata "banyak udang banyak garam, banyak orang banyak ragam.".
Macam2 versi versus cerita, pandangan, pendapat dan teguran orang sekeliling mama ni
tentang menyusu badan..(La..mama ni, tu jer ke topiknya?)..
Iye..itulah topik perbincangan kita.
Mama berjaya menyusukan Dhiya selama 2 tahun tanpa bantuan susu formula,
dan mama menyusu secara terus kepada Dhiya.
Pendek kata Dhiya x pernah pun isap puting getah.HEHE.
Alhamdulilah, sebagai ibu mama berbangga dgn pencapaian diri sendiri..
Wah!!! Ni versi Angkat bakul :)
Sepanjang menimba pengalaman sbgai ibu menyusu mama ada jumpa dengan
2 kumpulan manusia di sekeliling
NO.1....GOLONGAN YG BANYAK ILMU
* Kebanyakan kengkawan yg berilmu nih adalah mereka yg begitu menyokong penyusuan ibu. Mereka yg sentiasa menggali, mencari dan menambah ilmu supaya dapat menyusukan baby selama yg mungkin. Biasanya apa sahaja pendapat atau pandangan atau teguran dari golongan NO.1 ni berdasarkan fakta dan hasil pengalaman serta penggalian mereka. Mama cukup tabik dan gembira ada kawan2 dari golongan NO.1 ini.NO.2..GOLONGAN YG AGAK CETEK ILMU
*Adoi..nak citer lelebih kang ada plak yg terasa kan? Golongan ni biasanya terdiri daripada Mak Joyah yg lebih kuah dari nasi. Hehe. Kekadang suka sangat jaga tepi kain orang..ape orang lain buat semua x betul. Ade je salah silap di mata dia.HUH. Mama ada jugak kenal golongan NO.2 ni. Sakit telinga di buatnya.Meh mama citer situasi2 yg pernah mama alami...
Situasi 1
Mama pernah bertandang kerumah orang kenduri. Masa tu umur Dhiya hampir menginjak 2 thn.Dhiya menangis nak susu. Mama pun carilah tempat yg agak tersorok.
Tiba2 terserempak dengan Mak Joyah (Gol NO.2) Dgn ramahnya dia tanya mama..
'Laa, nyusu badan lagi ker? Napelah x bagi jer susu botol..kan senang kat tempat orang ramai gini.'
Mama pun berkata dalam hati.
.'uihhs..bukan ke susu badan agi senang, angkat baju, trus dapat.
X pyh ler aku duk mencari air panas, sinki nk basuh botol'.
Pastu mak Joyah bersuara lagi..'Kerja aper skang?'.
Mama pun menjawab dgn penuh tdk minat.
' x kerja dah sejak anak lahir, nak jaga sendiri..lagipun suami kata setuju'
.Dengan panjang lebar mama menjawab.
Pastu Mak Joyah jawab
'Baik ngko x payah blajar tinggi2 kalau nak duduk rumah jer, jaga anak, jaga laki'..
Mama dah naik geram..tapi dalam hati menjawab jugak.
.'Baik aku jaga laki, kang laki aku lari, ko kata aku x pandai jaga laki'..huh.
Tapi, setelah diselidik, rupa2 Mak Joyah ni jaga cucu dia sebab anak dia sibuk cari duit.
Kaya nyer x jugak mama tengok..HEHE.
Motif Mak Joyah ialah nak bandingkan mama dengan anak dia yg berjawatan tinggi
dan cucu dia yg minum susu mahal..
Situasi 2
Sejak mama berjinak dalam FB ni, ramai ler kengkawan yg kontek balik.Ramai ler kengkawan masa sekolah, masa kat U yg kontek semula.
Yang mama malas nak layan bila ada yg tanya mama kerja paer skang?
Hado..payah toi nak xplain kat dowang.
Terasa kecik plak kat mata dowang bila nak bagitau yang mama ni dah x kerja.
Benti sebab nak jaga anak. Lagi malas nak layan bila soalannya dari kengkawan yg obses kerja berbanding rumah tangga. Akan timbul lah sesi dialog ini:
"Eily, ko kerja paer skang?"
'Aku dah x kerja, dah benti sejak baby lahir. Aku nak jaga anak sendiri'
"Uihh, ngko biar betul, nak makan aper x kerja"
Masa tu mama nak jer jawab..'apa ko ingat laki aku x bagi makan?'
"Kerjalah eily, rugilah belajar susah2, last2 x kerja..lagipun kalau kerja leh ada duit sendiri, leh shopping"
Dalam hati mama berkata..
"Shopping jer ngko ingat, aper ngko ingat laki aku x bagi duit blanja ker?"
X murni ker jadi surirumah? x bagus ker kita jaga makan minum suami kita.
Tengok anak2 kita tidak terabai...x murni ker semua tu? Hina sangat ker jadi surirumah?
Situasi 3
Tapi bila jumpa gol NO.1 emosi mama ceria semula sebab dialog akan jadi:
"Ngko kerja ape skang?"
'x kerja jaga anak'
"Wahh, best lah, x payah pening pikir nak bli susu, nak pilih nursery, bayar nursery, anak pun terjaga"
Lega skit hati mama tau...Gol NO.1 slalunya akan tanya soalan yg positif tentang susu,
tentang anak dan tentang pengalaman menjdi ibu dan surirumah...
Then soalan yg paling best yg Gol NO.1 tnya
"Kenapa stop susukan Dhiya? Truskanlah selagi boleh."
Mama pun jawab 'Nak pregnant ag tahun ni'
"Eh, bolehlah meyusu walaupun pegnant, dah ada baby pun bleh share ngan kakak dia tau?
Pergilah mintak consult ngan paed."
Wow..bestkan..nampak x betapa banyak ilmu yang mereka ada? Itulah yang mama maksudkan.
Nota kaki:
X salah kan jadi surirumah? Apatah lagi dapat menyusukan anak selama yang mungkin. Susu ibu tu kan terbaik utk bayi. Kepada kengkawan semua bagilah sepenuh semangat pada ibu yg menyusukan anak. Sokongan, galakan dari anda tu lebih baik dari cemuhan tau...
*Pemberitahuan kpd kwn2 mama yg tnya knp mama stop Breastfeed Dhiya bila dia 2 tahun...
Jawapannya, mama nak pregnant lagi this year, and mama mengalami masalah period x regulate, so klau nak pregnant, gynae suh mama stop breastfeed and amik hormon pill for at least 3months to regulate period than baru leh try pregnant..doakan mama ek.
6 ulasan:
hmm,itula eily..mulut org mmg susah nak tutup.kdg2 tu mulut mcm longkang.abaikan ,bkn depa pun yg kasik duit kat kita..huhu
hmm,psl bfeed tu kan.eily mmg mcm saya jg,period tk tratur lps bersalin.saya ni bile bfeed je trus tak period2.masa damia 6bln dl,die demam campak ,mak tolong jagakan di kampung so trus putus susu dan saya pun bln berikutnya period.next monthnye,trus lekat.uwaa.
lps ni tekad nak bfeed lama sikit,bley jarakkan anak.huhu
Diyana...time kasih..tulah susah jugak kalau ramai sangat geng2 mak joyah kan?hehe..
saya ada masalah period ni sebelum kawin lagi..tapi rezeki tuhan, Dhiya tu bunting pelamin plak..hehe
ni try nak pregnant 1 ag..lama dah rasanya x bau baby nih..hehe
doakan ek..amin
salam perkenalan. i hate mak joyah.. baguslah jaga anak sendiri. didik sendiri. so boleh dibentuk mengikut acuan sendiri. tak lah pening2 nk pikir apalah org duk ajar anak aku ni.. tp saya pun masih antar anak kt nursery coz bekerja hikhikhik. mmg impian nk sgt duk umah jaga anak2. Saya sokong breastfeed!! susukan anak kita selagi termampu
betul2.kite pn sokong susu ibu.
kpd mak joyah 2,benci benci benci.
mcm pernah knl je atak mak joyah 2.hik.
Saya pun surirumah dan breastfeed ank kedua saya hmpir sethun dah sjk lahir.Betula..situasi sama gak saya alami.Lbih ramai yg pndg rendah pd surirumah drp yg pndh positive profesyen ni..especially sedara mara yg dah berusia(makcik2).Drp tugas yg mulia, tp mcm hina sgt pd pndgn diorg.
Catat Ulasan