Isnin, 3 Mei 2010

TAHU APA ITU 'TAPAK MEGALITIK'?

Cuti Hari Buruh, mama sekuarga pulang ke kampung halaman mama di Pahang. Dalam perjalanan tuh klau sampai kat Kuala Pilah tu mama selalu tertengok signboard 'TAPAK MEGALITIK'. Mama sebelum ni x pernah dengar nama tuh..apa yg mama nampak cuma batu2 jer. Dah banyak kali jugak mama tanya papa apa itu TAPAK MEGALITIK..papa sendiri pun xtau, papa suh mama surf dalam intenet. Tapi tiap2 kalinya, bila dah sampai kat rumah trus x ingat nak tentang TAPAK MEGALITIK tuh..tapi kali ni mama set dalam memo henset, bila sampai rumah mama nak jugak tahu apa itu TAPAK MEGALITIK. Tahap ingin tahu mama ni dah sampai ke hidung.HEHE..
So ni mama kongsi apa itu TAPAK MEGALITIK---------> surf SINI untuk maklumat lanjut
ok..Tapak Megalitik ni upenya..satu kawasan yg didirikan batu2 besar secara menegak oleh org kuno dulu2 yang percaya pada semangat2 ghaib untuk menyuburkan pertanian dan sebagainya..secara amnya TAPAK MEGALITIK nih adalah tempat pemujaan dan dikenali sebagai satu tinggalan sejarah..

Tapi pada pandangan mama, TAPAK MEGALITIK yg mama nampak kat tepi jalan kat jalan
Tampin -Kuala Pilah tuh terbiar jer. Signboard pun usang..HUHU.
So skang mama x lah terpinga2 lagi tentang apa itu TAPAK MEGALITIK.

nota kaki:
peliharalah warisan tinggalan sejarah kita supaya generasi berikutnya tidak buta sejarah sendiri

Tiada ulasan: